Anda di halaman 1dari 11

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 1

Tajuk Bab 6 : Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom


Standard kandungan 4.2 Peningkatan tamadun dan sumbangannya

4.2.1 Mengenalpasti lokasi peningkatan tamadun ( Nota :


Lampiran 1 )
Standard 4.2.3 Membincangkan peningkatan tamadun Rom dari aspek
pembelajaran seni bina ( Nota : Lampiran 2 )
K4.2.8 Membuat kesimpulan tentang kepentingan seni bina
sebagai lambang intelektual ( Latihan : Lampiran 5)
Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:
a) Menyatakan lokasi pembentukan tamadun Rom.
b) Menerangkan sekurang-kurangnya tiga faktor yang
Objektif pembelajaran mendorong perkembangan seni bina di Rom.
c) Menganalisis sekurang-kurangnya dua kepentingan seni
bina sebagai lambang intelektual pada zaman
kegemilangan tamadun Rom.
Tempoh masa 2 jam nota dan latihan
Nota Rujuk lampiran 1dan 2

1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang


diberikan dalam Lampiran 1 hingga 2 (anda digalakkan
untuk membina peta minda/i-Think berdasarkan nota)
Aktiviti
2. Jawab soalan pada lampiran 3 hingga 5 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang
dan bahan bacaan lain.

Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada


Pentaksiran
Lampiran 3 hingga 5.

STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui peningkatan tamadun
2 Memahami peningkatan tamadun
3 Menerangkan dengan contoh peningkatan tamadun
4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan peningkatan tamadun
5 Membuat penilaian peningkatan tamadun
6 Melahirkan idea yang berasas mengenai peningkatan tamadun

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran 1 Tarikh :

6.3 Tamadun Rom


Tamadun Rom
Merupakan kesinambungan Tamadun Yunani
Kebebasan pemikiran dan sikap ingin tahu asas kepada pembinaan Tamadun
Rom dan Tamadun Eropah
Muncul sebagai sebuah kuasa paling kuat di Laut Mediteranean.
Membentuk sebuah empayar yang luas berpusat di Rom, Itali
Lokasi dan perkembangannya
Terletak di Lembah Latium, berhampiran Sungai Tiber
Lembah Latium mempunyai tanah yang subur dan aktiviti pertanian dapat
dijalankan dengan giat.
Sungai Tiber sebagai sumber air utama dan laluan utama belayar
Tamadun Rom terbahagi kepada tiga zaman
 Zaman Beraja (753-509 SM)
 Zaman Republik (509-27 SM)
 Zaman Empayar (27-180 SM)
Mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27-180 SM)
 Wujud keamanan selama 200 tahun
 Berkembang meliputi tiga benua – Asia, Afrika dan Eropah
Masyarakat Rom terbahagi kepada tiga golongan :
 Patrician (atasan)
 Plebian (petani, artisan dan peniaga)
 Hamba
NOTA

Tarikh :
Lampiran 2
6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom

Seni bina Tamadun Rom menggunakan gabungan bahan binaan baharu serta reka bentuk
kreatif
Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran masyarakatnya dalam bidang seni bina.
Antara faktor kemajuan seni bina Rom adalah seperti kepakaran arkitek, buruh yang
mencukupi, pendidikan, kewangan, teknologi, dan dasar pemerintahan.

Colosseum
 Colosseum merupakan binaan yang melambangkan
keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat
mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar
seperti acara gladiator.
 Colloseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang
setanding dengan stadium pada zaman moden.
 Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang
dibina bertingkat-tingkat.
 Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M
dan diselesaikan oleh anaknya Tiitus pada tahun 80 M.

Pantheon
 Binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan
sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom.
 Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcus Visanius
Agrippa pada tahun 27 SM, namun musnah dalam
kebakaran pada tahun 80 M.
 Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada
tahun 125 M.
 Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman
Yunani terutamanya di bahagian hadapan yang mempunyai
tiang yang kukuh.
Amfiteater
 Binaan ini merupakan Colosseum mini atau sebuah
gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat
persembahan seni, pertunjukan dan gladiator.
 Amfiteater ini berbentuk lingkaran.
 Terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh
empayar Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan
kapasiti penonton yang berbeza.

Akueduk
 Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman
di sekitar bandar dalam empayar Rom.
 Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam
dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke
Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan.
 Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312
SM dengan panjangnya 16 KM.
 Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang
bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo
yang dibina pada tahun 19 SM.

Jalan Raya Rom


 Jalan raya dibina pada tahun 500 SM dengan tujuan untuk
menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan
pergerakkan tentera serta sebagai sistem pengangkutan.
 Oleh sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera,
jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan
menggunakan batu besar, batu kecil, dan batu kerikil
supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan
pasukan tentera.

Tembok Pertahanan
 Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi
Tamadun Rom daripada serangan musuh.
 Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang
terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang
bukan wilayah Rom.
 Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun
100 M dengan menggunakan batu yang disusun
memanjang serta mencapai ketinggian sehingga lima meter.
Tempat Mandi Awam
 Orang Rom membina tempat mandi awam yang boleh
digunakan oleh setiap orang.
 Tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan.
 Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan,
iaitu tempat mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
 Tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla
di Rom.
LATIHAN OBJEKTIF

Lampiran
3 Tarikh :

1. Rajah berikut menunjukkan perkembangan Tamadun Rom yang dibahagikan kepada tiga zaman

Zaman Beraja X Zaman Empayar

Apakah zaman yang mewakili X?


A Zaman Republik
B Zaman Diktator
C Zaman Demokrasi
D Zaman Pax Romana

2. Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangannya pada era Pax Romana (27 M - 180M).
Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?
A Keamanan empayar
B Pembentukan republik
C Pertambahan penduduk
D Kehidupan beradab

3. Maklumat berikut merupakan kelompok masyarakat Rom.

 Plebian

Apakah kelompok masyarakat Rom tersebut?


A Raja
B Anak Raja
C Hamba
D Pembesar

4. Mengapakah masyarakat Rom mementingkan aplikasi praktikal dalam sistem pendidikan?


A Memperkukuhkan jati diri masyarakat
B Membentuk masyarakat cemerlang
C Meningkatkan semangat patriotik
D Melahirkan rakyat yang mahir dalam pelbagai bidang
5. Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap Tamadun Rom?

 Marco Vitruvius
 Marcus Visanius Agrippa

A Seni bina
B Perubatan
C Matematik
D Ilmu falsafah

6. Maklumat berikut berkaitan seni bina di Rom.

 Lokasi menjalankan acara gladiator


 Dibina oleh Maharaja Vespian

Apakah binaan tersebut?


A Pantheon
B Amfiteater
C Collosseum
D Akueduk

7. Gambar berikut merupakan binaan Tamadun Rom.

Pantheon
Mengapakah puncak binaan tersebut mempunyai ruang terbuka?
A Membekalkan bekalan air
B Mengatasi masalah banjir
C Membolehkan cahaya masuk
D Memudahkan pengaliran udara

8. Apakah fungsi akueduk?


A Membekalkan air ke kawasan pertanian
B Membekalkan air ke rumah kediaman
C Lambang keagungan Tamadun Rom
D Sebagai tempat beribadat
9. Senarai berikut merupakan binaan Tamadun Rom yang terkemuka di dunia.

 Colosseum
 Pantheon
 Akueduk

Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan masyarakat Tamadun Rom?
I Kepakaran dalam seni bina
II Kekuatan angkatan tentera
III Kezaliman sistem pemerintahan
IV Sistem pendidikan yang praktikal
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10.Apakah manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?
I Menghubungkan bandar-bandar utama
II Kegunaan tentera
III Untuk tujuan pertanian
IV Sistem pengangkutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

LATIHAN STRUKTUR

4
Tarikh :
Lampiran

1. Tamadun Rom merupakan kesinambungan daripada Tamadun Yunani.


(Buku teks m.s 127) 

a Nyatakan lokasi pembentukan Tamadun Rom

Konstruk:
Mengingat
Aras: .………………………………………………………………………………
Rendah

.………………………………………………………………………………

                                                                    ( 1 markah )

b Nyatakan dua kelompok masyarakat yang terdapat di Tamadun Rom

i. ………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………

( 2 markah )

Konstruk:
Mengingat
Aras:
Rendah

K
B
A
T
c Pada pendapat anda, mengapakah Tamadun Rom telah mencapai
kegemilangan pada era Pax Romana?

………………………………………………………………………………
Konstruk:
K Menilai
B Aras:
A Tinggi ………………………………………………………………………………
T

………………………………………………………………………………

                                                                                                    ( 3 markah )

Apakah iktibar daripada kegemilangan Tamadun Rom yang boleh


diterapkan untuk kegemilangan negara kita?

………………………………………………………………………………
d

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

                                                                                                    ( 4 markah )

LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran 5

1. Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran seni bina. Binaan-binaannya juga mempunyai
ketahanan tinggi yang masih kekal hingga kini. (m.s 128-133)

(a) Jelaskan faktor yang mendorong perkembangan seni bina di Rom. (6 Markah)
Konstruk : Mengingat Aras : Rendah

(b) Terangkan ciri-ciri keistimewaan binaan Pantheon. (6 Markah)


Konstruk : Menganalisis Aras : Tinggi

(c) Apakah iktibar yang diperoleh daripada pembinaan binaan Pantheon? (8 Markah)
Konstruk : Menganalisis Aras : Tinggi

Anda mungkin juga menyukai