Anda di halaman 1dari 27

SENI BINA TAMADUN ROM

Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni


bina. Orang Rom membina bangunan bersaiz besar dan
mempunyai nilai estetika. Setiap bangunan mempunyai kegunaan
yang khusus. Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang
berwibawa dan kuat yang dapat menyatupadukan rakyat dan
meningkatkan jati diri mereka serta menyakini bahawa usaha
mereka akan mencapai kejayaan.
CONTOH–CONTOH SENI BINA
TAMADUN ROM
Terdapat 7 seni bina yang terkenal dan masih kekal hingga hari
ini.

• Colosseum
• Pantheon
• Amfiteater
• Akueduk
• Jalan Raya Rom
• Tembok Pertahanan
• Tempat Mandi Awam
BAHAGIAN HADAPAN COLOSSEUM BAHAGIAN DALAM COLOSSEUM
LATAR BELAKANG COLOSSEUM
Nama asal colosseum ialah Amfiteater Flavia. Colosseum ialah
sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka
separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang
digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom.
Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di
Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di
antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh
anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh
Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan
Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi
negara Itali moden.Empayar Rom.
COLOSSEUM SEBELUM DIBAIKI
SEJARAH COLOSSEUM
Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak
akibat kebakaran kerana disambar petir. Colosseum telah dibaiki
pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator
sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan. Bangunan ini
kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai jenis binatang
sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun
442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur
bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Colosseum
mengalami kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan
oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.
CIRI-CIRI COLOSSEUM
Colosseum tersusun atas 4 tingkatan, di mana penonton duduk
menikmati pertandingan gladiator dan pertunjukan lainnya.
Tingkatan ini tersusun dari tiang-tiang dengan gaya Romawi dan
Yunani. Tingkatan ini disokong oleh batuan yang membentuk
gerbang melingkar. Bahagian tengah Colosseum adalah
lapangan atau arena yang terbuat dari pasir sebagai tempat
pertandingan dan pertunjukan. Pasir ini digunakan sebagai
tempat gladiatro bertanding dengan sesama gladiator atau
dengan hewan buas, juga tempat pentunjukan lain seperti balap
kuda. Pasir ini juga meresap darah korban pertandingan
gladiator. Di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang
berisi lorong dan ruangan tempat budak, gladiator dan haiwan
buas yang akan ditunjukkan disimpan. Ketika pertandingan
dimulai, gladiator dan binatang buas keluar dari ruang bawah
tanah ke arena pertandingan di atasnya. Colesseum boleh
menampung lebih 50 000 penonton.
BAHAGIAN HADAPAN PANTHEON BAHAGIAN DALAM PANTHEON
SEJARAH PANTHEON
Dalam bahasa Latin dan Yunani, pantheon berarti “kuil semua
dewa”.Marcus Vipsanius Agrippa, seorang diplomat dan jenderal,
membangun Pantheon pada tahun 27 SM. Pantheon dibangun
untuk memperingati kemenangan tentara Octavianus dalam
Pertempuran Actium yang berlangsung pada tanggal 2
September 31 SM. Pertempuran ini terjadi antara tentera
Oktavianus melawan pasukan gabungan Mark Antony dan
Cleopatra. Pantheon yang dibangun oleh Agrippa yang hancur
pada tahun 80 M akibat kebakaran besar. Pantheon yang masih
bertahan hingga kini merupakan struktur yang dibangun kembali
pada tahun 125 M oleh Kaisar Hadrian. Hadrian memberikan
kredit kepada Marcus Agrippa dengan ukiran “Dibuat oleh
Marcus Agrippa, anak Lucius, pada masa jabatan konsul ketiga”
di pintu masuk Pantheon. Sejarawan menganggap Pantheon
adalah tempat pemujaan karena merupakan tempat semua dewa
dan dewi Romawi kuno.
CIRI-CIRI PANTHEON
Pantheon merupakan binaan berkubah terbesar di dunia. Di
bahagian hadapan Pantheon, terdapat tiang-tiang kukuh. Atap
Pantheon pula merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter
43 meter. Dinding Pantheon pula dibina daripada batu-bata yang
dilepa dengan simen. Puncak Pantheon mempunyai ruang
terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar
yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam
binaan ini.
BAHAGIAN HADAPAN AMFITEATER BAHAGIAN DALAM AMFITEATER
SEJARAH AMFITEATER
Amfiteater ataupun dikenali sebagai Colosseum mini merupakan
gelanggang terbuka yang digunakan untuk persembahan seni,
pertunjukan dan gladiator. Terdapat kira kira 230 amfiteater yang
dibina di seluruh empayar Rom. Rom menjadi bukti nyata tentang
pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang
menggemari aktiviti di luar.
CIRI-CIRI AMFITEATER
Amfiteater berbentuk lingkaran. Terdapat pelbagai amfiteater di
seluruh empayar Rom yang mempunyai pelbagai saiz dan
kapasiti penonton yang berbeza. Amfiteater yang terkenal
termasuklah amfiteater di El Djem, Tunisia yang boleh
memuatkan 16 000 orang dan di Arles, Perancis yang boleh
memuatkan 20 000 orang.
BAHAGIAN HADAPAN AKUEDUK
FUNGSI AKUEDUK
Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di
sekitar bandar dalam empayar Rom. Air dari akueduk juga
disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di
Rom termasuklah Colosseum sewaktu acara gladiator
diadakan.
SEJARAH AKUEDUK
Sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik yang
melambangkan teknologi dan kejuruteraan Rom. Akueduk
pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312SM dengan
panjangnya 16 kilometer. Marcus Agrippa merupakan antara
jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti
Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19SM. Akueduk dibina
berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air
yang ada, aliran air dan lokasinya. Akueduk yang termasyhur
ialah Pont Du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat.
JALAN RAYA ROM
SEJARAH JALAN RAYA ROM
Jalan raya mula dibina pada tahun 500SM dengan tujuan untuk
menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan
pergerakan tentera serta sebagai sistem pengangkutan. Oleh
sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya
tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu
besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan
beban serta pergerakan pasukan tentera.
CIRI-CIRI JALAN RAYA ROM
Luas jalan raya ini biasanya empat kaki (1.3 meter) tebal dan 20
kaki (6.7 meter) lebar. Terdapat batu tanda bagi menunjukkan
jarak satu kawasan dengan kawasan lain. Di tepi jalan raya dibina
longkang bagi mengalirkan air agar tidak bertakung di atas jalan
raya.
TEMBOK PERTAHANAN
TUJUAN TEMBOK PERTAHANAN
Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi
bandar, pekan atau penempatan lain daripada penceroboh yang
berpotensi Tamadun Rom daripada serangan musuh. Tembok ini
juga menjadi pemisah antara kawasan yang bukan wilayah Rom.
SEJARAH TEMBOK PERTAHANAN
Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100
M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta
mencapai ketinggian sehingga lima meter. Selain itu, terdapat
beberapa kubu kecil yand dikenali sebagai milecastel dalam jarak
sebatu (1.6 kilometer) setiap satu. Kubu kecil ini menempatkan
tentera yang mengawal tembok tersebut. Tembok terkenal di
tembok Hadrian di Britain yang dibina pada tahun 122M oleh
Maharaja Hadrian.
TEMPAT MANDI AWAM
CIRI-CIRI TEMPAT MANDI AWAM
Mereka yang hendak menggunakan tempat mandi awam akan
dikenakan bayaran tertentu. Tempat mandi awam ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, ruang mandi,
ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat dan
bersenam. Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang
berasingan, iaitu mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
Tempat mandi ini boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada
satu-satu masa.
SEJARAH TEMPAT MANDI AWAM
Orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan
kesihatan serta melambangkan kehidupan bertamadun. Bagi
memenuhi tuntutan tersebut, orang Rom membina tempat
mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang. Antara
tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di
Rom yang didirikan pada abad ketiga Masihi oleh Maharaja
Caracalla.
KESIMPULAN
Peningkatan dalam seni bina menunjukkan kemampuan dan
kebolehan orang Rom menghasilkan binaan yang menonjolkan
kebijaksanaan mereka. Binaan-Binaan ini juga menunjukkan
kebesaran dan keagungan Tamadun Rom. Kecemerlangan
Tamadun Rom bukan sahaja ditunjukkan dalam bidang seni bina
tetapi dalam bidang lain seperti pentadbiran dan pemerintahan,
ekonomi, ketenteraan, pertahanan, perundangan pendidikan,
sains dan teknologi. Sehingga hari ini, sebahagian daripada
kecemerlangan Tamadun Rom boleh terus dinikmati dan kekal
menjadi warisan dunia. Memahami dan mengetahui ketinggian
tamadun boleh menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan
dan kemajuan di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai