Anda di halaman 1dari 7

KERJA KURSUS SEJARAH

TINGKATAN 1

REKA BENTUK SENI BINA COLOSSEUM


PADA ZAMAN TAMADUN ROM

NAMA : __________________________________

TINGKATAN : __________________________________

NAMA GURU : PN NORDIAH BINTI ABU BAKAR

SEKOLAH : SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR

1
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
1.1 Menjelaskan sumbangan Tamadun Rom dari aspek seni bina.
1.2 Menyenaraikan ciri -ciri reka bentuk Colosseum.
1.3 Menyatakan peranan Colosseum dalam Tamadun Rom.
1.4 Membuat perbandingan peranan Colosseum dengan stadium hari ini.
1.5 Menyatakan kepentingan seni bina Colasseum kepada generasi masa kini.

2.0 KAEDAH KAJIAN


2.1 Merujuk buku teks dan buku rujukan.
2.2 Bimbingan guru mata pelajaran Sejarah.
2.3 Melayari internet berkaitan seni bina Tamadun Rom dan Stadium Nasional.

3.0 PENGENALAN
3.1 Colosseum (asalnya bernama Flavian Amphitheatre), ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari
bangunan terbuka separa bulat dan berpentas yang terletak di tengah-tengah kota Rom, Itali.

Rajah 1: Bangunan Colosseum

3.2 Bangunan kuno yang mengerikan ini termasuk ke dalam salah satu dari 7 keajaiban dunia. Colosseum
dibina dari batu kapur travertine, tuff (batu gunung berapi), dan konkrit berwajah bata. Colosseum
merupakan bangunan terbesar yang pernah dibina pada masa itu dan mempunyai kapasiti tempat
duduk sebanyak 50,000 penonton.

3.4 Colosseum merupakan struktur bulat yang terletak di timur Roman. Colosseum dibina untuk
menganjurkan pertandingan gladiator, drama dan permainan seperti memburu haiwan dan orang ramai
juga boleh melihat secara terbuka.

3.5 Colosseum dibina di pusat Rom sendiri, pembinaan bermula di bawah pemerintahan Vespasian pada
tahun 72 masihi dan telah selesai pada tahun 80 masihi di bawah pengganti dan pewarisnya, Titus.
Pengubahsuaian lanjut dibuat semasa pemerintahan Domitian (81-96 masihi). Tiga empayar ini dikenali
sebagai Dinasti Flavianus, dan amfiteater tersebut dinamai dalam bahasa Latin untuk persatuan dengan
nama keluarga mereka (Flavian Amphitheatre).

2
3. 6 Colosseum sejak bertahun-tahun telah dimakan usia oleh bencana alam seperti gempa bumi, walaupun
begitu, ia adalah salah satu tempat popular bagi lawatan pelancongan di Rom.

4.0 PERKEMBANGAN
4.1 JENIS SENI BINA COLOSSEUM
i. Berbentuk oval
ii. Bagunan ini terdiri setinggi 4 tingkat
iii. Tersusun dari tiang gaya Yunani dan Romawi
iv. Tingkat Collaseum terbuat dari batu dan marmar
v. Arena di tengah padang pasir
vi. Di bawah arena terdapat ruang bawah tanah tempat gladiator dan haiwan buas.

Colosseum (nama aslinya Flavian Amphitheatre) adalah amfiteater berbentuk oval yang terletak
di kota Roma, Itali. Bagunan ini adalah salah satu peninggalan paling ikonik peradaban Rom Kuno.
Colasseum adalah amfiteater terbesar yang pernah dibangunkan. Pembinaan Colosseum bermula di
bawah pemerintahan Vespasianus pada sekitar 70-72 Masihi. Colosseum telah selesai hingga lantai
ketiga pada saat kematian Vespasianus pada tahun 79 Masihi. Tingkat atas diselesaikan oleh puteranya,
Titus, pada tahun 80 Masihi.

Reka bentuk Colasseum adalah berbentuk umum oval. Colosseum dibina dengan beberapa
bahan yang berbeza seperti kayu, batu kapur, tuff, jubin, simen, dan mortar.

Colasseum terdiri daripada 4 tingkat, dimana penonton dapat menikmati pertandingan gladiator
dan pertunjukan lainnya. Tingkat-tingkat ini tersusun dari tiang-tiang dengan gaya Rom dan Yunani.
Setiap tingkat ini disokong oleh batuan yang membentuk gerbang melingkar.

Rajah 2: Gambaran gladiator

Bahagian tengah Colosseum adalah lapangan atau arena yang terbuat dari pasir sebagai tempat
pertandingan dan pertunjukkan. Pasir ini digunakan sebagai tempat gladiator bertanding dengan sesama
gladiator atau dengan haiwan buas, juga tempat pertunjukkan lain seperti balapan kuda. Salah satu
kegunaan pasir ialah ia dapat meresap darah korban pertandingan gladiator.

Di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang berisi lorong dan ruangan tempat budak,
gladiator dan haiwan buas yang akan ditunjukkan disimpan. Ketika pertandingan dimulai, gladiator dan
binatang buas keluar dari ruang bawah tanah ke arena pertandingan di atasnya.

3
4.2 ASAL-USUL COLASSEUM
Nama Latin asal Colosseum ialah Amphitheatrum Flavium, yang sering disebut sebagai
Amphitheatre Flavian.Bangunan itu dibina oleh kaisar Dinasti Flavia, berikutan pemerintahan Nero.
Nama ini masih digunakan dalam bahasa Inggeris moden, tetapi secara amnya strukturnya lebih dikenali
sebagai Colosseum.Vespasian dan Titus, pembina Colosseum, juga membina sebuah amfiteater dengan
nama yang sama di Puteoli (moden Pozzuoli).

Asal penamaan bangunan ini adalah berdasarkan nama patung di kawasan Colosseum. Tinggi
patung itu adalah 40 meter atau dalam hitungan kaki setara dengan 130 kaki. Patung ini mewakili
Colossus, yang merupakan pembentukan semula pengganti Nero.Nero sendiri adalah perwakilan Dewa
Matahari yang dikenali sebagai Sol. Mereka menambah mahkota matahari ke patung Colossus untuk
menyempurnakan makna Dewa Matahari.

Pada abad pertengahan, patung Colossus telah menghilang. Pada tahun 1000 nama
"Colosseum" telah dicipta untuk merujuk kepada amfiteater dari Colossus Solis yang berdekatan.
Patung itu sendiri dilupakan dan hanya asasnya yang bertahan, terletak di antara Colosseum dan Kuil
Venus.

4.3 FUNGSI COLASSEUM


Fungsi dan peranannya ialah sebagai tempat penyelenggaraan sebuah pertunjukkan yang hebat,
iaitu sebuah pertarungan antara binatang (venetaiones), pertarungan antara tahanan dan binatang,
eksekusi tahanan (noxii), pertarungan air (naumachiae) dengan cara membanjiri arena, dan
pertandingan antara gladiator (munera). Colloseum juga berfungsi sebagai tempat pertarungan
pahlawan atau gladiator bangsa Rom hingga titik darah penghabisan.

Colosseum digunakan untuk menganjurkan pameran gladiator serta pelbagai acara lain.
Pertunjukan yang dipanggil munera, selalu diberikan oleh individu perseorangan dan bukannya negeri.
Mereka mempunyai unsur keagamaan yang kuat tetapi juga demonstrasi kuasa dan prestij keluarga, dan
sangat popular dengan penduduk.

Satu lagi jenis pertunjukan popular adalah memburu haiwan, atau venatio. Pertunjukan ini
mengunakan pelbagai jenis binatang liar, terutamanya yang diimport dari Afrika dan Timur Tengah, dan
termasuk makhluk seperti badak, kuda nil, gajah, zirafah, auroch, singa Barbary, panther, beruang,
harimau Caspian, buaya dan burung unta.Pertempuran dan perburuan sering diadakan di tengah-tengah
set rumit dengan pokok dan bangunan bergerak.

Semasa hari-hari awal Colosseum, penulis kuno mencatatkan bahawa bangunan itu digunakan
untuk naumachiae (lebih dikenali sebagai provis navalias) atau pertempuran laut. Pertandingan pertama
yang diadakan oleh Titus pada tahun 80 Masihi menggambarkan Colosseum yang dipenuhi dengan air
untuk mempamerkan kuda dan lembu berenang yang terlatih.

Colosseum juga kadang-kadang digunakan untuk hukuman eksekusi di mana wira cerita - yang
dimainkan oleh para tahanan - terbunuh dalam salah satu daripada pelbagai cara mengerikan, seperti
yang dibunuh oleh binatang liar atau dibakar sehingga mati.

4
Colosseum Hari ini
Colosseum kini merupakan tarikan pelancong utama di Rom dengan beribu-ribu pelancong
setiap tahun memasuki untuk melihat arena dalaman.Kini, terdapat sebuah muzium yang didedikasikan
untuk Eros yang terletak di tingkat atas dinding luar bangunan.

Sebahagian daripada lantai arena telah diletakkan semula. Di bawah Colosseum, rangkaian
laluan bawah tanah yang pernah digunakan untuk mengangkut haiwan liar dan gladiator ke arena
dibuka kepada orang ramai pada musim panas 2010 lalu.

Colosseum juga merupakan tempat upacara adat Katolik Rom pada abad ke-20 dan ke-21.
Sebagai contoh, Paus Benediktus XVI mengetuai Stations of the Cross yang dikenali sebagai Way of the
Cross di Colosseum pada hari Jumaat.

5.0 PERBANDINGAN
5.1 PERBANDINGAN COLASSEUM DAN STADIUM BUKIT JALIL

Keratan Rentas Reka Bentuk Colasseum

Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada
bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan digunakan sebagai
tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat
disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan Colosseum itu sendiri.

5
Stadium Bukit Jalil

Kegunaan atau peranan stadium pula ialah sebagai tempat perlawanan bola sepak tetapi ia juga
mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Selain itu, stadium juga selalu digunakan sebagai tempat
pertunjukkan pentas atau konsert kerana ia dapat menampung jumlah penonton yang ramai.

6.0 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN


STADIUM PADA HARI INI
Pemeliharaan stadium adalah bertujuan untuk menjaga bangunan tersebut. Pemuliharaan pula boleh
dimaksudkan dengan menjaga dan memperbaiki bahagian-bahagian stadium yang rosak.

6.1 Langkah Pemeliharaan

 Perketatkan kawalan keselamatan di semua kawasan stadium. Memasang kamera keselamatan


dan menempatkan pengawal keselamatan di semua Kawasan.
 Meguatkuasa undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengunjung.
Menulis peraturan keselamatan di belakang tiket masuk ke stadium dan mengenakan tindakan
tegas bagi mereka yang melanggar peraturan. Contoh : Penonton dilarang membawa barang
yang merbahaya seperti pisau, mercun, senjata api dan sebagainya.
 Menjaga kebersihan semua kawasan di dalam atau di luar stadium.
 Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencintai dan menghargai stadium, sehingga
lahir tanggung jawab bersama untuk menjaganya.
 Mengadakan seminar atau forum-forum diskusi untuk memberikan informasi tentang
kepentingan stadium.
 Menjadikan stadium sebagai tempat untuk pembelajaran murid-murid berkaitan seni bina yang
akhirnya tempat tersebut akan lebih dihargai Menjadikan stadium sebagai tempat untuk
pembelajaran murid-murid berkaitan seni bina yang akhirnya tempat tersebut akan lebih
dihargai.
 Menggunakan stadium dengan lebih efektif seperti perlawanan bola sepak, konsert,
pertunjukkan pentas dan lain-lain supaya ia tidak terbengkalai begitu saja dan tetap
memberikan manfaat.

6
6.2 Langkah Pemuliharaan

 Menggantikan semua peralatan yang rosak kepada yang baru Contoh : Kerusi dan Lampu
spotlight.
 Menaiktaraf kemudahan awam di kawasan stadium seperti Surau, tandas dan tempat letak
kereta
 Mengecat semula bahagian-bahagian dan bangunan stadium akan dapat mengekalkan
keindahan dan keceriaan kawasan stadium.
 Melibatkan syarikat-syarikat swasta untuk menaja atau memperbaiki stadium tanpa
menghilangkan nilai yang terkandung di dalamnya dan tanpa merubah bentuk bangunan
tersebut.

7.0 RUMUSAN
Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada
bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan digunakan sebagai tempat
pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh bentuk
dan struktur penciptaan Colosseum itu sendiri.

Bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat Rom ini, masih kekal utuh hingga kini, dan menjadi pusat
tumpuan para pelancong yang datang ke Rom. Kemampuan Rom untuk mengekalkan keindahan dan keutuhan
banguan bersejarah di negara mereka, khususnya Colosseum, perlu kita contohi.

Sesungguhnya, Malaysia juga mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang unik. Malaysia juga
memiliki beberapa Stadium yang seharusnya jadi kebanggaan kita. Bangunan-bangunan dan stadium ini,
seharusnya kita jaga, pelihara dan pulihara agar tetap kekal keindahan dan keutuhannya. Manfaatkan tempat-
tempat bersejarah ini sebaiknya kerana ia lambang keagungan bangsa dan negara kita.

8.0 RUJUKAN
 Mohd bin Samsudin, (2016), Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
 http://satupedang.blogspot.com/2016/03/sejarah-bangunan-colosseum-romaitaly.html
 https://www.tarahap.xyz/2019/10/sejarah-colosseum-lengkap.html
 https://sejarahlengkap.com/bangunan/sejarah-colosseum
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Koloseum

Anda mungkin juga menyukai