Anda di halaman 1dari 3

Seni terdapat di tamadun yunani

Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembanganMediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain. Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika. "Greece Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki (ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di pantaipantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan Ukraine.

Kesenian Tamadun Rom Kesusasteraan Rom telah menghidupkan kembali kesusasteraan Greek yang banyak mempengaruhi kehidupan orang Rom. Di samping mengekalkan kesusasteran Greek, orang Rom juga mencipta sastera mereka sendiri. Namun Rom tidak mempunyai ramai penulis agung. Pada zaman Pax Romana (zaman keamanan), sarjana-sarjana Rom mengkaji dan menulis semula karya-karya agung lama. Di antara tokoh Rom yang terkenal dalam bidang ini ialah Phiny dengan karya yang berjodol Natural History. Seneca adalah contoh penulis prosa yang terkenal. Cicero pula telah menjadikan bahasa Latin sebagai bahasa yang penting dalam kesusasteraan melalui tulisan-tulisannya. Bidang ini mencapai puncak pada zaman pemerintahan Augustus dengan dua orang penyair terkenal iaitu Horace ( penulis lirik) dan Virgil. Virgil telah menghasilkan Aeneid. Seni bina Seni bina Rom menggambarkan gabungan antara orang Rom, Etruscan dan Yunani. Gabungan ini dipanggil Graeco-Roman.Orang Rom meniru bentuk arca dari orang Etruscan dan dari situ mereka mencipta bidang-bidang baru lain yang tidak ada di Greek. Sebenarnya Rom banyak mewarisi seni bina Greek. Walaupun rekaan orang Rom tidaklah sehalus ciptaan orang Greek namun keluasan binaan Rom menampakkan sesuatu yang mengkagumkan. Mereka telah mencipta sendiri konkrit yang dibuat dari batu dan batu bata bagi menjimatkan belanja dan ciptaan ini kemudian ditiru oleh negara Eropah lain.. Bangunan-bangunan Rom mempunyai ciri-ciri seperti lengkungan, basilika dan dom. Seni bina rom banyak dipengaruhi seni bina Greek dan Asia. Seni bina Rom dapat dilihat melalui binaan pintu gerbang, bumbung yang melengkung, arked (peneduh), kubah, tiang , bangunan bundar,

saluran-saluran air yang besar (akuadak) , tempat mandi awam, arca, jalan raya, jambatan, pembentung, hospital, rumah dan gereja. Antara bangunan yang masyhur ialah Colosseum (tahun 80 M). Colosseum merupakan sebuah teater atau gelanggang yang besar untuk pelbagai jenis permainan yang boleh memuatkan seramai 50,000 orang. Colosseum dibina dengan gabungan tiga ciri utama zaman Greek iaitu doric, ionic dan corinthian. Pantheon pula merupakan kuil berbentuk kubah dengan ukuran 142 kaki diameter. Yang istimewa tentang Pantheon ini ialah domnya tidak disokong oleh tiang. Selain dari itu terdapat juga Circus Maximum yang merupakan stadium berbentuk elips yang menganjurkan pertandingan kereta kuda beroda dua. Stadium ini boleh memuatkan seramai 150000 orang. . Rom juga terkenal dengan binaan jalan raya yang dibina sepanjang 12,000 batu dengan 372 jalan utama yang menghubungkan Rom dengan negara-negara di bawah empayarnya. Rom membina saluran air (akuadak) yang ada yang sampai 80 km panjangnya. Contoh akuadak yang terkenal ialah Aqua Claudia. Rom juga terkenal dengan binaan kolam mandi. Antara yang terkanal ialah Caracalla seluas 11 hekatar yang boleh memuatkan seramai 1500 orang. Augustus telah membina sebuah istana di Bukit Palatine dan sebuah kuil untuk Apollo berdekatan dengannya. Kuil ini dicirikan oleh jajaran tiang. Seni bina Rom mencapai puncak pada zaman Trajan dan Hadrian.

Seni Ukir Seni ukir Rom boleh dilihat melalui seni binanya yang banyak dipengaruhi oleh corak Greek. Kaligrafi

Rom menggunakan tulisan Latin. Orang Rom juga telah mengambil tulisan orang Phoenicia (orang Phoenicia telah mencipta sistem abjad yang mempunyai 22 simbol) yang telah diubah suai oleh orang-orang Greek dengan menambah huruf-huruf vokal yang kemudian telah diubah suai lagi oleh orang-orang Rom. Tulisan ini kemudian telah tersebar ke Barat.

Anda mungkin juga menyukai