Anda di halaman 1dari 2

Pengangkutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pengangkutan (Bahasa Inggeris: Transport) merujuk kepada kenderaan
yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika
berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada
beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa,
dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :

Pengangkutan darat

Pengangkutan laut

Pengangkutan udara

Jenis pengangkutan juga dikira seperti :

Pengangkutan manusia
o

umum

individu

Pengangkutan kargo

Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta


dan kereta api.

Peranan pengangkutan
Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran
Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang
mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya
penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang
berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran
yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan
bantuan pengangkutan,harga akan dapat distabilkan kerana lebihan
penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan.

Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan


antarabangsa
Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat
mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan
keuntungan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan
licin dengan adanya sistem pengangkutan yang moden dan canggih.
Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan

terdapatnya sistem pengangkutan udara. Perkembangan pernigaan


antarabangsa juga dapat mengeratkan perhubungan diplomatik antara
negara di dunia.

Anda mungkin juga menyukai