Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI

2018

1.0 TUJUAN:

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan dari pengurusan Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi untuk mengadakan
Program Malam Kesenian Islam dan solat hajat perdana peringkat sekolah 2018. Di samping itu,
Program Solat hajat merupakan program yang dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun
apabila menjelang musim peperiksaan. Pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan diharapkan
dapat mengisi tuntutan sebagai hamba yang taqarrub kepada Allah s.w.t selaras tuntutan Al
Quran dan Sunnah. Selain itu, untuk mendapatkan sumbangan dengan tujuan membantu
melancarkan perjalanan program dan memberi makluman secara teperinci mengenai program
kepada pihak yang terlibat.

2.0 RASIONAL:

Melahirkan generasi Muslim yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t secara seimbang dan
berterusan dalam konteks dunia dan akhirat. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat
membentuk dan mendidik jiwa seluruh warga SMA Kota Tinggi dengan cara hidup yang diredhai
oleh Allah s.w.t. Pengurusan Musalla merupakan salah satu bahagian di bawah naungan
organisasi pengurusan SMA Kota Tinggi. Bahagian ini diberi tanggungjawab untuk
memartabatkan dan memberi pendedahan mengenai aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam serta
melaksanakan solat hajat perdana peringkat sekolah yang merupakan program tahunan di
samping dapat merapatkan hubungan warga SMA Kota Tinggi, ibu bapa, PIBG serta komuniti
masyarakat sekitarnya. Oleh yang demikian, pengurusan Musallah Al-Hikmah SMA Kota
Tinggi ingin mengadakan program Malam Kesenian Islam serta solat hajat perdana peringkat
sekolah tahun 2018. Program ini merupakan program tahunan dan juga yang julung kali
diadakan bagi Program Malam Kesenian Islam di peringkat sekolah. Program ini bertujuan
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid serta mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Di samping itu juga ia bertujuan untuk meningkatkan sahsiah diri dan kemenjadian
murid seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Selain itu juga melalui program seperti
ini, ia dapat menyemai serta menanam pengisian jiwa dan rohani supaya lebih mengenali dan
mendekatkan kepada penciptaNya.

1
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

3.0 MISI :

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran


program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan serta protokol program yang telah ditetapkan oleh pihak
Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi supaya dapat membentuk pelajar yang
berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan
objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi sebelum, sepanjang
dan selepas pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT :

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah:

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti kasih sayang, bantu-
membantu, semangat bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga sekolah.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Sekolah ke


peringkat yang lebih tinggi.

4.3 Membentuk warga SMA Kota Tinggi yang berketerampilan dalam semua aspek di
samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi
yang efektif.

4.4 Menjalinkan hubungan sekolah dengan masyarakat setempat selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

5.0 OBJEKTIF :

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

5.1 Melatih warga SMAKT dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan


kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang
sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan
cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai
keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada
pada warga SMAKT seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan
untuk mencapai matlamat yang disepakati. Selain itu, dapat membimbing murid
menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat sebagai pemangkin usaha
dan kejayaan.

5.3 Melahirkan warga SMAKT yang mempunyai kemahiran pengurusan


maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi,
meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara
kendiri. Di samping itu dapat meningkatkan amalan ibadat solat serta menghayati
keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjemaah serta memenuhi
tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif warga SMAKT seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya.

3
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

5.5 Mendedahkan kepada warga sekolah tentang kemahiran pengurusan dan


keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah, menunjukkan
tingkahlaku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan


kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan
kebajikan warga sekolah.

5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan


saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan
tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.

6.0 TEMA :

“Islam Sebagai Cara Hidup”

7.0 ANJURAN :

SMA Kota Tinggi bersama PIBG.

8.0 TARIKH DAN MASA :

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2018.


Hari : Rabu dan khamis.
Masa : Rujuk tentatif program.

9.0 TEMPAT PROGRAM :

4
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

Tempat program yang dicadangkan ialah :


Dewan dan dataran Darul Hikmah SMA Kota Tinggi.

10.0 PUBLISITI :

Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar kawasan SMA Kota Tinggi amnya
menerusi :
i. Poster
ii. Banting
iii. Kain rentang
iv. Skrin digital
v. Mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan sekolah

Poster akan ditampal di setiap bilik kelas dan di bangunan pentadbiran. Banting dan kain
rentang akan digantung di hadapan pintu masuk sekolah. Sudut info di kawasan sekolah pula
lebih menekankan aspek konsep pemakaian, adab dan disiplin ketika program dengan harapan
semua warga sekolah dan jemputan akan hadir dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak jawatankuasa pelaksana. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan
mengenai program ini di semua masjid, surau dan sekolah di daerah Kota Tinggi.

11.0 CADANGAN PERSEMBAHAN / PENCERAMAH :

I. Kumpulan nasyid UNIC.


II. Ustaz Fairuz bin Ali Akbar (Penceramah dan pendakwah bebas).

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Sasaran peserta : Semua warga Asrama SMA Kota Tinggi, Guru, PIBG /
Pemuafakatan Asrama dan kakitangan SMA Kota Tinggi.
Jumlah urusetia : 30 orang.

5
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN PERBELANJAAN PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran C.

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :

SMA Kota Tinggi


Jalan Anggor Taman Kota Jaya
81900 Kota Tinggi
Johor.
(u/p : , Penyelaras Program)
Nama : Md Muzaidi Bin Muzamil (Penyelaras 1)
Tel : 0197879510

E-mel : muzaidialmuzamil@gmail.com

Nama : Zaidi Bin Zulkifli (Penyelaras 2)

Tel : 0192683521

17.0 PENUTUP
6
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

Diharapkan agar kertas kerja program Kesenian Islam dan solat hajat perdana ini
mendapat kelulusan daripada pihak Pengurusan SMA Kota Tinggi dan juga amat
diharapkan pihak Pengurusan SMA Kota Tinggi mempertimbangkan sewajarnya serta
meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,
menjadi harapan Jawatankuasa program ini dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga
diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah SMAKT yang telah
sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran. Secara tidak langsung, SMA Kota
Tinggi akan dapat melahirkan warga yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif
serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan
pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala
bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar program ini
dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan khususnya
kepada semua warga SMA Kota Tinggi ini.

Disediakan oleh,

7
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

MD MUZAIDI BIN MUZAMIL


Setiausaha (1)
PROGRAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA 2018
SMA Kota Tinggi.

MD ZAIDI BIN ZULKIFLI


Setiausaha (2)
PROGRAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA 2018
SMA Kota Tinggi.

Disemak oleh,

KHADIJAH BINTI ABDULLAH


Penolong Kanan Pentadbiran
SMA Kota Tinggi.

Disahkan oleh,

FAHARIAH BINTI PUNGUT


Pengetua
SMA Kota Tinggi.
Lampiran A

8
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT


PERINGKAT SEK. MEN. AGAMA KOTA TINGGI ANJURAN BERSAMA PIBG 2018

Pengerusi : Pn. Fahariah bte Pungut.

Timbalan Pengerusi : Pn. Khadijah bte Abdullah.

Naib. Pengerusi : Pn. Aishah bte Othman.

: En. Haironnizam bin Pungut.

Setiausaha 1 : En. Md Muzaidi bin Muzamil.

Setiausaha 2 : En. Md Zaidi bin Zulkifli.

Pen. Setiausaha 1 : Cik. Aisyah bte Sakiron

Pen. Setiausaha 2 : Cik. Norhasmida bte Mat

Bendahari : Pn. Rapidah binti Daim.

JAWATANKUASA NAMA PERINCIAN TUGAS

1. Cik Suzana binti Saim (K)


1. Mengemas dan menghias tempat
1. Persiapan tempat
2. En. Masri bin Norizan mengikut protokol dan kesesuaian program.
(Dewan utama) dan
3. Cik. Nur Asyikin binti
dataran: 2. Memastikan kawasan berada dalam
Kastawi keadaan bersih, kemas dan teratur.
Persembahan UNIC – 4. Pn. Siti Nurbaya binti Md
3. Menguruskan persiapan khemah utama
di dataran sekolah. Sah dan khemah jemputan vip serta tetamu
5. Pn Salasiah binti Ghazali jemputan seperti susun atur kerusi.
Solat hajat – di Dewan
6. Pelajar tingkatan 5 4. Memastikan kemudahan seperti lampu
Darul Hikmah.
dan kipas pada khemah utama dan khemah
jemputan berada dalam keadaan baik.

5. Menyusun dan memastikan kerusi di

9
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

khemah tetamu jemputan mencukupi.

6. Menyediakan bilik rehat untuk kumpulan


UNIC. (cadangan bilik warden aspura)
dalam keadaan bersih.

7. Membantu AJK lain dalam manjayakan


majlis.

2. P.A System / 1. Mohd Shafarulazhar bin 1. Menyediakan peralatan pembesar suara.


persembahan pelajar : Sulaiman.
2. Memastikan pembesar suara berfungsi
2. Pelajar Tingkatan 5 dengan baik semasa majlis berlangsung.

3. Menyediakan lagu – lagu yang


bersesuaian dengan majlis semasa dan
akhir majlis.

4. Memastikan kumpulan yang membuat


persembahan telah siap sedia untuk
memulakan persembahan.

5. Melatih pelajar dalam persiapan majlis


supaya keadaan suasana menjadi keadaan
teratur.

6. Sentiasa bersedia semasa majlis berjalan


mengikut waktu / masa yang di tetapkan.

7. Berhubung dengan agensi luar yang


menyediakan perkhidmatan P.A System jika
berkenaan.

8. Membantu AJK lain dalam manjayakan


majlis.

1. Pn. Nur Fasihah bte


3. Pengacara majlis. 1. Mempengerusi majlis / program sehingga
Hassan akhir majlis.
2. Pelajar tingkatan 5
2. Memastikan perjalanan program / majlis
berjalan seperti yang telah di rancangkan
dan mengikut protokol dan masa.

3. Pengerusi majlis merupakan orang yang


sangat penting dan bertanggungjawab

10
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

dalam menghidupkan suasana majlis meriah


dan ceria.

4. Menyediakan teks mengikut tentatif


program.

5. Membantu AJK lain dalam manjayakan


majlis.

4. Jamuan Tetamu 1. Pn. Norazilah bte Abdullah 1. Bertanggungjawab menguruskan hal –


(K) hal yang berkaitan dengan jamuan makan
- VIP pada dua program tersebut.
2. Pn. Hartini bt Mohamed
- Guru dan PIBG Razali 2. Menempah dan mengurus makanan
mengikut menu yang sesuai.
- Penceramah 3. Pelajar Tingkatan 5
3. Memastikan makanan mencukupi dan
- UNIC
selamat.

4. Memastikan peralatan pinggan, mangkuk


dan cawan mencukupi.

5. Menentukan bilik untuk jamuan VIP dan


tetamu UNIC.

5. Membantu Ajk lain dalam menjayakan


majlis.

5. Pendaftaran : 1. Pn. Masliana Bt Jaafar 1. Menyediakan dua buah meja pendaftaran


di bahagian hadapan berdekatan kawasan
- Pada program solat 2. Pn. Siti Habibah Binti Hj kantin sekolah.
hajat. Rahindi.
2. Menyediakan senarai nama kehadiran ibu
3. Pelajar tingkatan 5 bapa semasa program solat hajat.

3. Menyediakan buku lawatan untuk VIP


tandatangan.

4. Membantu Ajk lain dalam menjayakan


majlis.

6. Hadiah / 1. Pn. Mazlin binti Idris 1. Menyediakan cenderamata / sumbangan


cenderamata / kepada penceramah program solat hajat.
2.Pn. Nur Farhana binti

11
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

sumbangan Daglon Dol Hamid 2. Membantu AJK lain dalam manjayakan


penceramah: program tersebut.
4. Pelajar tingkatan 5.

7. Kawalan / 1. En. Mohammad Firdaus bin 1. Membantu mengawal pelajar agar


keselamatan pelajar : Rahman program tersebut dalam keadaan terkawal
dan teratur.
2. Pn. Suzy binti Md Noor
2. Bertanggungjawab menguruskan pelajar
3. Cik. Hasnita binti Sarah sebelum, semasa dan akhir program.
4. Pelajar tingkatan 5. 3. Memastikan tidak berlaku kesesakan lalu
lintas dan tetamu meletakkan kenderaan di
tempat yang sesuai.

4. Bekerjasama dengan pasukan anggota


RELA jika memerlukan.

5. Membantu AJK lain dalam manjayakan


program tersebut.

8. Pamplat / buku 1. Pn. Kamariah bt 1. Menyediakan buku program / pamplat


program : Sahalihudin sepertimana dalam tentatif program.

2. Cik. Solehana binti Mahmud 2. Mencetak buku program mengikut jumlah


jemputan.
3. Pelajar tingkatan 5
3. Mengedarkan buku program / pamplat
semasa pendaftaran tetamu.

4. Membantu AJK lain dalam manjayakan


majlis.

9. Sambutan dan 1. Ustzh. Fahariah bte Pungut. 1. Memastikan perjalanan program berjalan
Protokol : dengan baik dan lancar.

2. Memastikan perjalanan program mengikut


2. Ustzh. Khadijah bte peraturan dan agenda.
Abdullah.
3. Menyambut kehadiran / kedatangan
3. Ustzh. Aishah Bte Othman. tetamu ibu bapa / VIP / VVIP.

12
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

4. En. Haironnizam bin 4. Menjemput tetamu ke dewan utama yang


Pungut. telah disediakan.

5. Pelajar tingkatan 5 5. Memastikan susunan tempat duduk


mengikut format protokol dengan betul.
.
6. Memastikan senarai nama VVIP / VIP
disediakan di atas tempat berucap.

7. Menjalankan raptai sebelum majlis


bermula jika perlu.

8. Membantu AJK lain dalam menjayakan


program tersebut.

10. Rakaman dan 1. Pn. Nor Ishmawati binti 1. Merakam / mengambil foto setiap sudut
Dokumentasi : Ishak aktiviti sepanjang program sebelum, semasa
dan selepas program.
2. Pn. Khairunnisa' binti Mohd
Shah 2. Mendokumentasikan / menyediakan
laporan aktiviti program sebagai aktiviti
3. Cik Ummi Masyitah Binti tahunan.
Asari
3. Membantu AJK lain dalam manjayakan
4. Kelab majalah dan media. majlis.

11. Back drop / latar 1. En. Muhamad Zulfikri bin 1. Menyediakan wording dan menempah
pentas / poster / iklan / Jumaat back drop / latar pentas.
jemputan dan
2. En. Azmi bin Idrus 2. Memasang back drop / latar pentas pada
promosi:
tempat yang sesuai.
3. Pn. Noorasikin binti
Muhammad 3. Membuat iklan / poster dan promosi
program yang akan dilaksanakan di dalam
4. Pn. Khairiah binti Qarib dan sekitar kawasan taman kota jaya / kota
tinggi mengikut kesesuaian.
5. Pn. Rusitah binti Katip
- masjid / surau sekitar bandar Kota Tinggi.
6. Pelajar tingkatan 5.
- Sekolah dalam sekitar Kota Tinggi.

4. Menghantar surat jemputan.

5. Membantu AJK lain dalam menjayakan

13
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

program tersebut.

12. Bacaan Doa 1. En. Nik Mohamad Syaziman 1. Menyediakan teks bacaan doa.
bin Nik Mohd Zamri
/ Imam 2. Mengimamkan program solat hajat dan
2. Pelajar tingkatan 5 bacaan Yassin.

3. Membantu AJK lain dalam menjayakan


program tersebut.

Malam persembahan UNIC:

13. Peralatan 1. En. Baharin bin Buntat 1. Memastikan bilangan khemah diperlukan.

2. En. Hanafiah bin Mohamed 2. Memastikan jumlah kerusi mencukupi


termasuk di khemah vip.
3. Cik Siti Senja binti Nor
Rashid 3. Mamastikan kemudahan lampu dan kipas
disediakan di dataran semasa persembahan
4. Pelajar tingkatan 5 UNIC di khemah utama, khemah vip dan
tetamu jemputan.

Program solat hajat:

4. Menyediakan naskah surah Yassin.

5. Menyediakan tikar / sejadah.

6. Membuat senarai semak peralatan yang


diperlukan.

7. Membantu AJK lain dalam menjayakan


program tersebut.

14. Kebersihan 1. Pn. Bechek binti Othman 1. Memastikan kebersihan sebelum,


semasa dan selepas program berada dalam
2. Cik Nurul Nazirah Binti keadaan baik dan terkawal.
Rahim
2. Menyediakan plastik sampah yang
3. Pelajar tingkatan 5 mencukupi (jika perlu).

3. Memastikan peralatan yang digunakan


disusun dengan baik di tempat asal yang

14
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

diambil.

LAMPIRAN B:

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA
ANJURAN BERSAMA PIBG

SM AGAMA KOTA TINGGI 2018

CADANGAN HARI/TARIKH :Rabu dan Khamis,15 – 16 OGOS 2018

SUMBER KEWANGAN

1. Pengurusan asrama / sekolah

2. PIBG

3. Sumbangan Bank

4. Kecemerlangan

RM 2800.00

PERBELANJAAN

1. Sewa khemah & Peralatan ( Majlis Daerah KT ) RM 200.00

2. Jamuan (UNIC / VIP solat hajat) RM 300.00

3. Bayaran UNIC RM 2000.00

4. Bayaran Penceramah RM 300.00

RM 2800.00

Lampiran C : TENTATIF PROGRAM


PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA
ANJURAN BERSAMA PIBG
SMA KOTA TINGGI 2017
- Tarikh : 15 - 16 OGOS 2018

15
KERTAS CADANGAN PROGRAM MALAM KESENIAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA SMA KOTA TINGGI
2018

- Hari : Rabu - Khamis


- Tempat : Dataran SMA Kota Tinggi.

15 OGOS 2018 (Rabu):

8.50 mlm : Ketibaan tetamu

9.00 mlm : Persembahan nasyid dari SMA Kota Tinggi.

: Persembahan kumpulan nasyid UNIC.

10.30 mlm : Bersurai.

16 OGOS 2018 (Khamis):

8.30 pg : Kehadiran ibu bapa

: Ucapan aluan oleh pengetua

: Ucapan oleh PIBG

: Bacaan yassin

: Solat sunat Dhuha

: Solat sunat hajat

10.30 pg : Rehat

: Tazkirah oleh ust. Fairuz bin Ali Akbar (Pendakwah bebas)

12.30 tgh : Bersurai.

16

Anda mungkin juga menyukai