Anda di halaman 1dari 1

COU 3205 Kemahiran Asas Kaunseling

Refleksi

Minggu 1

18 Februari 2019

Memandangkan saya tidak dapat menghadiri kuliah kali pertama untuk subjek kemahiran
asas kaunseling ini, saya telah mendapatkan maklumat yang disampaikan oleh pensyarah
melalui kawan yang hadir.

Saya berasa teruja dan sangat bersemangat untuk mengetahui dan mempelajari
kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang kaunselor yang baik. Berdasarkan
maklumat yang disampaikan oleh kawan saya, pensyarah telah menerangkan serba
sedikit secara asas apakah yang akan dipelajari sepanjang semester dan objektif kursus
serta hasil pembelajaran untuk kursus ini. Pensyarah juga menerangkan tentang
penilaian dan tugasan yang perlu dipenuhi oleh pelajar.

Pembahagian kumpulan dan penetapan topik yang perlu dibentangkan juga telah
dilakukan dan saya bersedia untuk memberikan kerjasama yang baik kepada ahli
kumpulan saya. Saya sedaya upaya akan berusaha untuk memastikan saya akan
memperolehi segala skill dan ilmu yang akan diberikan oleh pensyarah dan juga dari
perkongsian rakan-rakan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai