Anda di halaman 1dari 7

NAMA: FATIN SYAZWANI BINTI SABRI

KELAS: PISMP PAI 1 SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2018


soalan ketiga:
Berikutan penyebaran virus covid 19, Kerajaan Malaysia dan jabatan agama Islam negeri
telah melarang umat Islam dari melaksanakan solat Jumaat dan solat berjamaah di masjid
sebagai usaha mencegah wabak tersebut dari terus merebak kepada orang ramai .
Bincangkan beberapa kaedah fiqhiyyah yang digunapakai oleh pihak berkuasa di Malaysia
dalam menangani penyebaran wabak covid 19 pada hari ini.

1. Larangan solat berjemaah

Dalam isu pencegahan penularan COVID-19 menerusi himpunan orang ramai termasuk
melibatkan himpunan di masjid-masjid mestilah larangan tersebut hanya dikeluarkan oleh
pemerintah atau Ulil Amri bagi urusan tersebut. Ia bagi mengelakkan kecelaruan dan
mengakibatkan huru-hara jika yang timbul itu bukan dari pemerintah atau badan berwajib yang
diarahkan.

Di Malaysia, bidang kuasa agama terletak di bawah negeri kerana Raja atau Sultan merupakan
Ketua (bagi urusan) Agama Islam di negeri yang diperintah. Di bawah kuasa Raja, perkara yang
berhubung dan yang melibatkan masjid berada di bawah Majlis Agama Islam Negeri masing-
masing. Sehubungan itu, sebarang larangan himpunan yang memberikan kesan kepada
ketiadaan solat berjamaah fardhu khususnya dan sebarang aktiviti himpunan keagamaan.Ia
termasuklah dalam perkara mentaati perintah pemerintah pada perkara yang tidak bercanggah
dengan syarak disebabkan wujud keuzuran syar’i yang dipertimbangkan berdasarkan situasi
tertentu.

Firman Allah S.W.T:

‫أ‬ ۡۖ ‫أ أ‬ ۟ ِ ۟ ِ ۟ ٰۤ ِ َّ‫یـٰٰۤأَیـُّها ٱل‬


َّ ََ ِ ُُ‫ول َوأ ُ۟ولِی ٱۡلَم ِر ِمن ُك أم فَِإن تَـنَـَٰزعتُ أم فِی ََ أیء فَـ ُرُّو‬
ِ‫ٱَّلل‬ َ ‫ٱلر ُس‬
َّ ‫َطیعُوا‬ ‫ٱَّللَ َوأ‬
َّ ‫َطیعُوا‬
‫ین ءَ َامنُـوا أ‬
َ ‫ذ‬ َ َ
‫أ‬ ‫أ أ ِ ِ ِ أ أِ أ‬
‫ك َخ أ ری َوأ أَح َس ُن ََتو ًیل‬
ِ َ
ِ‫اخ ِِۚر ذَٰ ⁠ل‬
ِ َّ ‫ول ِن ُكنتُم تُـؤمنُو َن ب‬
َ ‫ٱَّلل َوٱلیَـوم‬
‫ـ‬‫ٱل‬ ِ ‫ٱلرس‬
ُ َّ ‫َو‬

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

[An-Nisa’: 59]

-Keuzuran syar’i mestilah bersifat jelas, bukan sangkaan

Arahan larangan dan ketetapan khas yang ingin dikeluarkan tersebut mestilah melalui proses
perbincangan dan prosedurnya. Ia bagi memastikan hasil keputusan yang dikeluarkan bersifat
matang, menyeluruh dan tidak kerana emosi.

Sehubungan itu, keharusan bagi meniadakan solat berjamaah di masjid sebagaimana yang
disebutkan oleh para ulamak seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Haiah Kibar Ulamak al-
Azhar dan lain-lain dapat disimpulkan secara asasnya:

(1) Ketakutan dan kebimbangan yang mencapai tanpa yakin ( ‫ )حمققا للخوف‬atau sangkaan yang

‫)غلبة الظن‬. Ia berdasarkan laporan dari ahli dan pakar rujuk sesuatu bidang yang terlibat
kuat (

dengan isu atau kes tersebut.

(2) Mudarat yang berlaku mengancam nyawa yang menjadi perkara asas ( ‫ )ضروري‬yang berada
diiktiraf oleh Syarak. Ia bukanlah bersifat syak atau sangkaan semata-mata.

(3) Bersifat pencegahan sebagaimana kaedah sad az-zarai’ ( ‫)سد الذرائع‬ agar masjid yang

menjadi tempat himpunan tidak menjadi kebarangkalian yang tinggi berlakunya penularan wabak
COVID-19.
(4) Larangan bersifat sementera bersesuaian dengan pencegahan mudarat. Ia sebagaimana
kaedah fiqh yang berbunyi:

‫الضرر يدفع قدر اإلمكان‬

Sehubungan, berdasarkan kepada laporan semasa kebimbangan terhadap keseriusan penularan


COVID-19 adalah dilihat serius apatah lagi apabila Malaysia berada di tempat pertama dan
tertinggi jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Jadi hal ini menjadi bukti keseriusan yang pasti
bukan hanya syak atau sangkaan. Dan di peringkat Kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan
Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020,
jam 10.00 malam.

2. Larangan solat jumaat.

Majlis Fatwa UAE yang diketuai oleh Sheikh Abdullah Bin Bayyah telah membincangkan
berkenaan hukum pergi solat jumaat dan berjemaah ketika berlakunya penularan virus COVID-
19. Mereka mengeluarkan beberapa garis panduan. Antara garis panduan tersebut :

 Wajib pada syara’ kepada masyarakat untuk mematuhi segala peraturan dan taklimat
kesihatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berautoriti di dalam negara. Tidak boleh untuk
menyanggahi apa yang telah dikeluarkan supaya ianya dapat mengawal virus tersebut
terus merebak. (Dalam konteks ini, jika di Malaysia adalah Kementerian Kesihatan
Malaysia)

 Haram hukumnya bagi sesiapa yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti virus tersebut untuk
berada di tempat yang umum atau pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,
berjemaah mahupun solat hari raya. Wajib juga untuk mengambil segala langkah
pencegahan.

 Rukhsah diberikan kepada mereka yang tua atau yang dijangkiti virus atau disyaki untuk
tidak hadir solat berjemaah, jumaat atau solat tarawih. Mereka boleh solat di rumah
mereka dan mereka boleh solat zohor sahaja sebagai ganti kepada solat jumaat.
 Wajib mendokong segala usaha untuk mengekang penularan virus dan tidak boleh
menyebarkan maklumat yang bukan datang dari maklumat rasmi kerajaan agar keadaan
sentiasa stabil dan aman.

Fatwa ini dikeluarkan adalah berdasarkan beberapa dalil daripada Al-Quran, sunnah, ijmak dan
juga qiyas.

-Penyebaran virus berbahaya ini telah mencetuskan pelbagai polemik dan persoalan dalam
kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama, sebagai langkah pencegahan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Mac 2020 menggesa agar [1]:

 Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi
mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku;

 Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak


menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk
aktiviti keagamaan;

 Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-
kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain).

-Maka, daripada gesaan dan saranan di atas, isu yang timbul ialah hukum melaksanakan solat
Jumaat dan solat berjemaah di masjid dalam situasi yang saat kritikal sekarang kerana
melibatkan perhimpunan secara beramai-ramai dan tidak menjaga jarak sosial (social
distancing).

-Satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (MKI) telah diadakan pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Keputusan pandangan ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, Sultan serta Raja di negeri-negeri bagi
mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya.

-Hasil daripada muzakarah tersebut, Majlis telah memutuskan bahawa semua aktiviti masjid dan
surau termasuk solat berjemaah, solat Jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama sepuluh hari
bermula 17-26 Mac 2020. Dalam tempoh ini, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk
melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman. Perlanjutan atau penamatan tempoh
sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).

-Berikut adalah fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh institusi fatwa antarabangsa berkaitan
penangguhan solat Jumaat dan solat berjemaah di beberapa buah negara. Jika diperhatikan,
dalil-dalil yang digunakan dalam mengeluarkan hukum tersebut berlegar pada beberapa poin
tertentu.

Antaranya ialah kewajipan meraikan salah satu daripada Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa
(hifz al-nafs). Haram seseorang itu sengaja membiarkan dirinya terdedah kepada bahaya dan
kebinasaan dengan tidak mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Hal ini
bersandarkan kepada firman Allah SWT:

‫َوََل تُـ ْل ُقوا ِِبَیْ ِدی ُك ْم ِ ََ التـ َّْهلُ َك ِة‬

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.

(Surah al-Baqarah: 195)

Begitu juga, kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa setiap tindakan pemerintah terhadap
rakyatnya perlu didasari dengan kemaslahatan.

‫تصرف اإلمام منوط ابملصلحة‬


ّ

Maksudnya: Tindakan seorang ketua ke atas rakyat, berdasarkan kepada


kemaslahatan. (Rujuk al-Asybah wa al-Nazair Lissuyuti, 121)

Ini kerana jika dibiarkan berlakunya perhimpunan beramai-ramai walaupun apa jua tujuan, maka
ia sangat berisiko untuk membawa kepada kemudharatan dan kebinasaan, sedangkan prinsip
Islam ialah menolak kemudharatan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh:

‫ال ضرر وال ضرار‬

Maksudnya: Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.

Hadith riwayat Ibn Majah: (2341)


‫درء املفاسد مقدم على جلب املصاحل‬

Maksudnya: Menolak kemudaratan itu lebih utama daripada mendapatkan maslahah.

Oleh yang demikian, setiap arahan dan ketetapan daripada pemerintah adalah wajib dipatuhi
dan ditaati, berdasarkan firman Allah SWT:

‫ُوِل ْاۡل َْم ِر ِمن ُك ْم ۖۡ فَِإن تَـنَ َاز ْعتُ ْم ِِف ََ ْي ٍء فَـ ُرُّوُُ ِ ََ اللَّ ِـه‬
ِ ‫ول َوأ‬
َ ‫الر ُس‬ ِ ‫َطیعوا اللَّـه وأ‬
َّ ‫َطیعُوا‬ ِ ِ َّ
َ ‫ََي أَیـُّ َها الذ‬
َ َ ُ ‫ین َآمنُوا أ‬
ِ ِ
‫َح َس ُن ََتْ ِو ًیل‬ َ ‫ول ِن ُكنتُ ْم تُـ ْؤِمنُو َن ِِبللَّ ِـه َوالْیَـ ْوم ْاْل ِخ ِر ِۚ َٰذل‬
ْ ‫ك َخ ْیٌ َوأ‬
ِ ‫الرس‬
ُ َّ ‫َو‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan
lebih elok pula kesudahannya.

(Surah al-Nisa’: 59)

Ini merupakan langkah pencegahan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan
penyakit yang berjangkit. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Usamah Ibn Zaid RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ وِذا وقع ِبرض وأنتم هبا فل خترجوا منها‬،‫ِذا مسعتم ِبلطاعون ِبرض فل تدخلوها‬

Maksudnya: Apabila kamu mendengar tentang wabak Ta’un di sesuatu tempat, maka janganlah
kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari
daripadanya.

Hadis riwayat Muslim: (2219)


Jika dilihat daripada sudut sejarah, langkah ini juga yang telah diambil oleh sahabt Nabi SAW
untuk mengekang penyakit berjangkit daripada terus merebak. Apabila berlakunya penyakit yang
berjangkit iaitu Ta’un di kota Amawas, Saidina ‘Amr al-‘As mengasingkan dan membawa
golongan yang menghidap penyakit ke kawasan bukit-bukau dengan dipisahkan dari masyarakat
yang sihat sehingga dapat menyelesaikan kemelut wabak tersebut. Hal ini seperti yang
dinyatakan oleh Ibn Athir dalam kitabnya, al-Kamil fi al-Tarikh:

َّ
‫ حىت رفعه هللا‬،‫ خرج ِبلناس عندما أصاهبم طاعون عمواس َِ اجلبال‬،‫أن عمرو بن العاص رضي هللا عنه‬

ُ‫ وأن فعله هذا بلغ عمر بن اخلطاب رضي هللا عنه فلم ینكر‬،‫عنهم‬

Maksudnya: Bahawasanya Saidina ‘Amr Ibn al-’As telah keluar bersama sekelompok manusia
yang dihidapi penyakit Ta’un di Amawas ke kawasan bukit-bukau, sehinggalah Allah SWT
mengangkat penyakit tersebut daripada mereka. Apa yang telah dilakukan oleh Saidina ‘Amr al-
‘As telah sampai ke pengetahuan khilafah pada ketika itu, Saidina Umar al-Khattab RA, dan
beliau tidak mengingkarinya. (Rujuk al-Kamil fi al-Tarikh Li Ibn al-Athir, 2:377)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َس ِد‬ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َوفَّر م ْن الْ َم ْج ُذوم َك َما تَفُّر م ْن ْاۡل‬

Maksudnya: Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.

Hadith riwayat al-Bukhari: (5707)

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW juga bersabda:

ِ ‫ََل یوِرُّ َّن ُمُْ ِرض علَى م‬


‫ص ٍح‬ ُ َ ٌ َ ُ

Maksudnya: Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.

Hadis riwayat Bukhari (5771) dan Muslim (2221)

Anda mungkin juga menyukai