Anda di halaman 1dari 4

NAMA: FATIN SYAZWANI BINTI SABRI

KELAS: PENDIDIKAN ISLAM 1 SEMESTER 4

SUBJEK: EDUP 3063

SOALAN TUTORIAL: Sila buat satu contoh merungkai standard berdasarkan contoh yang diberi di dalam
ppt.

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN: 6

TOPIK/SUBTOPIK: IBADAT (SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN)

STANDARD: Memahami, mendirikan dan menghayati solat jenazah

INDIKATOR:

1. Murid dapat menyatakan pengertian dan hukum solat jenazah setelah mendapat penerangan
daripada guru.

2. Murid dapat memperincikan panduan melaksanakan solat jenazah setelah mendengar penerangan
daripada guru dan video yang ditayangkan.

3. Murid dapat melakukan simulasi solat jenazah dengan bantuan guru.

KONSEP (Pengetahuan) :

- Untuk mengetahui pengertian, hukum dan panduan melaksanakan solat jenazah.

KEMAHIRAN:

1. Mengingat

2. Menjelas

3. Menyusun

4. Menganalisis

5. Mentafsir

6. Mengaplikasi
TOPIK/KONTEKS:

1. Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan pengertian dan hukum solat jenazah
serta mengadakan quiz pendek bagi memastikan murid dapat mengingat serta menjelaskan
pengertian dan hukum solat jenazah.

Idea Utama:

- Pengertian solat jenazah: Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup terhadap orang
Islam yang meninggal dunia.
- Hukum solat jenazah: Fardhu Kifayah

Soalan:

- Apakah yang dimaksudkan dengan solat jenazah?


- Terdapat seorang pakcik yang meninggal dunia di sebuah kampung. Namun begitu, hanya
seorang sahaja yang telah melaksanakan solat jenazah ke atas mayat pakcik tersebut iaitu anak
lelakinya. Apakah hukum melaksanakan solat jenazah? Adakah orang kampung yang lain perlu
melakukan solat jenazah terhadap mayat itu juga?

Perancangan Pengajaran & Pentaksiran:

- Guru memaparkan pengertian dan hukum solat jenazah di slaid powerpoint.

- Guru memberi penerangan kepada murid tentang pengertian dan hukum solat jenazah.

- Guru mengadakan quiz ringkas dengan murid berkaitan dengan pengertian dan hukum solat
jenazah.

Membuat Rumusan: Berdasarkan pentaksiran yang dilakukan iaitu quiz, guru membuat rumusan
tentang tahap pemahaman murid terhadap pengertian dan hukum solat jenazah melalui jawapan yang
diberikan oleh murid.

2. Guru menggunakan slaid powerpoint dan video bagi menerangkan dan memperincikan cara
melaksanakan solat jenazah dan mengadakan aktiviti menyusun kad cara pelaksanaan solat jenazah.

Idea Utama:

- Cara pelaksanaan solat jenazah:


1. Berdiri bagi yang mampu.
2. Berniat dalam hati ketika takbiratul ihram.
3. Membaca al-Fatihah.
4. Takbir yang kedua.
5. Membaca selawat ke atas nabi.
6. Takbir yang ketiga
7. Berdoa untuk jenazah
8. Takbir yang keempat
9. Berdoa untuk jenazah.
10. Memberi salam

Soalan:

- Bagaimanakah cara untuk melakukan solat jenazah mengikut susunan cara pelaksanaan yang
betul?

Perancangan Pengajaran & Pantaksiran:

- Guru memaparkan panduan cara melaksanakan solat jenazah di slaid powerpoint.


- Guru memberi penerangan mengenai cara melaksanakan solat jenazah.
- Guru memaparkan video cara melaksanakan solat jenazah bagi menambahkan lagi pemahaman
murid.
- Guru mengadakan aktiviti menyusun kad cara pelaksanaan solat jenazah dengan turutan yang
betul secara berkumpulan.

Membuat Rumusan: Guru membuat rumusan mengenai tahap pemahaman murid terhadap cara
melakukan solat jenazah melalui kemahiran menyusun semula maklumat yang telah diberikan.

3. Guru menggunakan kad simulasi yang dipaparkan di slaid powerpoint dan meminta murid untuk
melakukan simulasi solat jenazah mengikut kumpulan masing-masing.

Idea Utama:

Ahmad merupakan seorang polis.


Ahmad menerima satu kes
pembunuhan untuk diselesaikan.
Doktor Abu ingin melakukan
pembedahan ke atas mayat bagi
mengetahui punca kematian. Setelah
dibedah, mayat tersebut telah
dimandi dan dikafankan. Setelah itu,
Ahmad di minta untuk menjadi imam
bagi solat jenazah ke atas mayat
tersebut. Nyatakan hukum Doktor Abu
membedah mayat dan Simulasikan
cara-cara solat jenazah yang perlu
dilakukan oleh Ahmad.
Soalan:

- Apakah tindakan yang dilakukan oleh Dr Abu adalah tepat?


- Apakah hukum melakukan pembedahan ke atas jenazah?
- Apakah langkah yang perlu dilakukan setelah mengkafankan jenazah?

Perancagan Pengajaran & Pentaksiran:

- Guru memaparkan sebuah kad simulasi yang tertulis satu situasi di slaid persembahan
elektronik.
- Guru membacakan situasi tersebut kepada semua murid.
- Guru menjana idea dengan murid tentang situasi tersebut dengan bertanya beberapa soalan
dan mengaitkannya dengan jawapan yang betul.
- Murid-murid diberi masa selama 3 minit untuk berbincang di dalam kumpulan tentang cara
untuk melakonkan semula situasi tersebut.
- Setiap kumpulan dikehendaki untuk bekerjasama untuk melakukan simulasi bagi situasi yang
telah diberikan.
- Guru memantau aktiviti murid sambil membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.

Membuat Rumusan : Guru merumuskan tahap kefahaman murid mengenai cara melaksanakan solat
jenazah dengan memerhatikan cara murid menganalisis situasi, mentafsir situasi kepada simulasi serta
mengaplikasi pengetahuan dengan melaksanakan simulasi solat jenazah.

Anda mungkin juga menyukai