Anda di halaman 1dari 2

Belajar Pintar Prinsip Memori

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Minat. Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya. Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya. Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu:

Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut. Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut

Berhasrat Untuk Mengingatinya. Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati sesuatu fakta. Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu:

Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul. Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan. Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada dihHTTP/1.0 502 Proxy Error ( Connection timed out ) Via: groupserver (MSProxy/1.0) for www.laman-map.com Content-Type: text/html

HTTP Proxy reports :


The proxy server has encountered an error (Connection timed out).

Anda mungkin juga menyukai