Anda di halaman 1dari 12

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

MEMAHAMI SITUASI NUZUL AL-QURAN DALAM KONTEKS TAFSIF HARAKI AL-QURAN


MUQADDIMAH
Masyarakat hari ini memerlukan satu bentuk baru tafsiran Al-Quran. Olahan bentuk baru ini yang dimaksudkan ialah menyesuaikan penafsirannya selaras dengan kaedah dakwah yang merupakan keseluruhan roh penurunan Al-Quran. Al-Quran tidak diturunkan untuk dilagukan, tetapi untuk difahami kandungannya dan beramal dengan tuntutannya. Tetapi bagaimana cita-cita ini boleh dicapai kalau umat Islam memisahkan tafsiran Al-Quran dari suasana dakwah yang melingkari persekitaran penurunan Al-Quran ? Kertas kerja ini cuba menyentuh satu aspek penting dalam penafsiran Al-Quran yang dicadangkan. Ia adalah situasi nuzul atau disebut sebagai . ) )

MENDEKATI RIWAYAT : WASILAH MEMAHAMI SITUASI NUZUL


Sepatutnya umat Islam mendekati tafsir-tafsir yang menitikberatkan riwayat seperti tafsir At-Tabari1 dan Ibnu Kathir, mengkaji sebab-sebab sesuatu ayat atau surah, sebelum menyelami roh situasi nuzul ayat-ayat Al-Quran atau sesuatu surah tertentu. Buku-buku sebab nuzul seperti yang disusun oleh Al-Wahidi2 dan As-Sayuti3 boleh juga dirujuk bagi membantu kajian yang dimaksudkan. Demikian juga buku-buku sirah dan tarikh yang menitikberatkan persoalan sanad dan riwayat seperti Ibn Hisyam4, Ibn Kathir5 dan Tabari6 , merupakan buku asas yang tidak boleh ditinggalkan. Oleh kerana berlaku di dalam mana-mana riwayat (samada yang disusun oleh Imam Tabari, Ibn Kathir, Al-Wahidi dan As-Sayuti serta Ibn Hisyam), kedhaifan pada sanad, maka ia memerlukan satu disiplin ilmu yang lain pula untuk menilai dan menimbang terima sesuatu sanad / riwayat, bagi mengenal pasti riwayat-riwayat / sanadsanad yang mencapai martabat sahih samada pada pengucapan, perilaku dan iqrar

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Baginda Rasulullah saw manhaj ini dikenali sebagai Manhaj Tahqiq yang bertujuan mengelakkan dari mendustakan Baginda Rasulullah saw secara yang tidak disedari. Setelah semua riwayat yang tidak sahih diketepikan, maka pada waktu itulah daie memulakan langkah seterusnya menghayati dan menghadirkan diri dalam situasi bagaimana sesuatu ayat atau surah diturunkan kepada nabi S.A.W. Kemanisan penghayatan situasi ini telah dirasai oleh orang-orang yang terdahulu, yang berada di persekitaran Baginda S.A.W apabila Jibril a.s turun menurunkan suatu ayat atau surah. Situasi inilah yang cuba diketengahkan oleh penulis kepada para daie dalam rangka mencari bekalan, mengubat hati yang luka, menenangkan perasaan duka apabila menghadapi mehnah di medan dakwah, yang mana semuanya itu telahpun dilalui oleh generasi awal, para sahabat r.a dalam penerusan tugas dakwah mereka. Al-Quran sebagaimanayang sedia dimaklumi diturunkan melalui dua peringkat pertama Makkiyyah dan kedua Madaniyyah. Kedua-dua peringkat ini merupakan marhalah dakwah. Oleh itu kerana Al-Quran diturunkan dengan mengambil kira marhalah dakwah, maka tidak syak bahawa Allah S.W.T menurunkan adalah kerana tujuan dan kepentingan dakwah. Oleh kerana tugas dakwah ini berpanjangan, maka mehnah juga berpanjangan. Kalaulah Al-Quran di zaman penurunannya bertujuan mengolahi persoalan dakwah yang meliputi manhaj dan mehnah, maka ia perlu diolah kembali di zaman kini bagi memantapkan pembentukan manhaj dan keutuhan menghadapi mehnah. Bukti nyata yang menunjukkan kebenaran kenyataan di atas boleh apabila didapati kita mendekati dan meneliti Al-Quran, kerana di sana kita akan dapati tatabicara Al-Quran di dalam ayat-ayat dan surah-surah Makiyyah berbeza dari uslub dan gaya bahasanya di dalam surah-surah Madaniyyah. Pemilihan kalimah dan pengucapan ayat-ayat yang diturunkan di masa perang berbeza dari zaman damai dan zaman taujihat syriat. Corak kisah dan kandungannya di dalam Al-Quran adalah dipengaruh oleh persekitaran yang melingkari realiti dakwah dan gerakannya di masa itu.

MEMAHAMI SITUASI NUZUL : SUATU CONTOH

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Kalaulah faktor masa tidak menghalang, penulis bercadang mengenengahkan tiga surah untuk dijadikan bahan diskusi dan contoh bagaimana cadangan di atas boleh dilakukan. Tiga surah itu ialah surah Hud, surah Al-Fath dan surah Al-Kahfi. Kalaulah diteliti kepada susun atur penurunan surah, kita akan dapati surah ini diturunkan selepas surah Yunus. Surah Yunus pula diturunkan selepas surah Isra. Ketigatiganya adalah di dalam lingkungan surah Makkiyyah. Turutan ini membuka ruang kepada kita untuk memahami situasi turunnya surah Hud. Surah Isra, memadai dengan namanya sahaja sudah menunjukkan kepada kita satu peristiwa besar yang berlaku dalam kehidupan dakwah Baginda S.A.W peristiwa besar itu ialah Isra dan Miraj7 . Kalau dirujuk kepada sirah dan riwayat, peristiwa ini berlaku 18 bulan sebelum berlakunya hijrah Baginda S.A.W ke Madinah8 . Dikatakan bahawa Allah S.W.T telah mengangkat nabiNya ke langit bermuzakarah dengan para anbiya ekoran dua peristiwa sedih yang menimpa Baginda iaitu kematian Abu Talib dan isterinya Khadijah r.a. Bertitik tolak dari sini boleh kita katakan bahawa surah Hud ini diturunkan di persekitaran tahun dukacita ( ) memanjang kepada sebelum peristiwa Baiah Aqabah. Tarikh tepat surah ini diturunkan, setakat kertas kerja ini ditulis masih belum dapat ditentukan. Tetapi ia tidaklah mengurangi nilai kepentingan menghayati situasi nuzulnya yang berterusan sehingga sebelum peristiwa Baiah Aqabah. Dalam dekad inilah berlakunya dua kematian iaitu Khadijah isteri yang paling disayanginya dan Abu Talib tokoh yang banyak membantu beliau menghadapi tindakan keras kaum Quraisy. Dalam dekad ini juga berlakunya penolakan kaum Thaqib terhadap dakwah Baginda S.A.W serta tindakan mengejek dan memperlekehkan mukjizat Isra dan Miraj. Abu Talib sepanjang hidupnya terkenal sebagai seorang yang kuat membantu gerakan dakwah sekalipun beliau menghabiskan nyawanya dalam kekufuran. Golongan Quraisy tidak mampu menggiatkan tindakan ganas terhadap dakwah Rasulullag S.A.W sepanjang beliau masih hidup lantaran penghormatan Quraisy terhadapnya. Dengan kematian Abu Talib kafir Quraisy mula mengganas dan menggiatkan gerakan mengepung

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dakwah Baginda S.A.W secara terang-terangan9 . Khadijah pula dikenali sebagai seorang isteri yang banyak memainkan peranan meringankan bebanan tugas dan masalah yang dihadapi oleh Baginda S.A.W malah hartanya bukan sedikit dihabiskan untuk tujuan tersebut. Kalaulah anda berada di tempat Baginda S.A.W, anda akan ketahui betapa berertinya hidup berumahtangga dengan seorang tokoh isteri seperti Khadijah. Ini kerana hampir kebanyakkan nabi-nabi10 yang sebelum Baginda S.A.W memiliki para isteri yang menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang mengkhianati dakwah para suami mereka. Tapi Baginda dikurniakan Khadijah yang bukan sahaja tidak menghalang tugas dakwah suaminya malah turut sama turun ke gelenggang bergolok bergadai semata-mata kerana Islam11. Sebagai mengubati hati duka setelah kematian Abu Talib dan Khadijah serta berbagai episod gerakan mengecam dakwah, Baginda mengorak langkah mencari tempat menentu nasib yang lebih baik dari kota Mekah. Lalu Baginda bertolak ke kota Thaif dengan harapan moga-moga masyarakat Thaqif yang mendiami Thaif bersedia menyambut beliau dengan sambutan yang baik. Tetapi apa yang berlaku adalah diluar dugaan sama sekali, di mana masyarakat Thaif menganggap Baginda S.A.W sebagai tetamu yang tidak diundang, lalu dibentuk satu gerombolan pemuda tahan lasak dan pemuda upahan menghalau, mengejar dan melontar beliau dengan batu-batu sehingga berdarah. Lalu pulanglah beliau ke Mekah tanpa membawa apa-apa hasil dari Thaif. Selepas itu berlaku pula peristiwa besar dalam sejarah kerasulan Baginda S.A.W iaitu mukjizat Isra dan Miraj, di mana Baginda dijemput berjalan malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa dan seterusnya diangkit ke langit. Setelah selesai bermuzakarah dengan para anbiya dan menerima perintah sembahyang lima waktu, lalu beliau dihantar kembali ke rumahnya di Mekah pada malam yang sama. Sebaik saja diceritakan mukjizat inilah maka riuh rendah dan gegak gempita golongan Musyrikin mendengarkan cerita Baginda tersebut dan seterusnya mendustakannya12. Dalam situasi sebeginilah surah Hud diturunkan dan sebelumnya surah Yunus dengan didahului surah Isra. Ketiga-tiga memiliki ciri situasi tirun (nuzul) yang hampir bersamaan dan dalam tabiat dakwah yang hampir serupa13.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Dengan ini adalah dekad tekanan dan ejekan. Ia mempengaruhi dengan jelas kandungan surah ini dan kesannya terhadap pembentukan isi surah ini. Paling ketara ialah pada unsur yang bergerak cergas menguatkan langkag Baginda dan para sahabat untuk maju ke hadapan seiring sejalan menegakkan kebenaran. Begitu juga pada unsur yang menyegarkan kembali roh perjuangan mengubati hati Baginda dan para sahabatnya yang dikepungi oleh keganasan Quraisy dan kesempitan dek pemulauan masyarakat jahiliyah terhadap mereka14.

DURUS DARI SITUASI NUZUL DALAM TAFSIR HARAKI


Setelah kita menghadirkan situasi nuzul tadi di hadapan kita secara ringkas, marilah kita cuba melihat durus dari situasi tadi dalam tafsir haraki. Dan penulis sebenarnya tidak bercadang membuat tafsiran terperinci seluruh ayat-ayat dalam surah ini kerana masa tidak begitu mengizinkan. 1. Surah Hud yang diturunkan dalam situasi di atas tadi membentangkan kepada pembaca Al-Quran, gerakan aqidah zaman berzaman. Surah Hud membentangkan kepada Baginda dan para sahabat serta kepada kita semua gerakan aqidah Islamiyah dan perjuangan menegakkannya zaman berzaman. Ia bermula dari zaman nabi Nuh a.s sehingga zaman nabi Muhammad S.A.W. Ia menggambarkan kesatuan gerakan yang berpusat pada satu paksi bagi melaksanakan satu cita-cita iaitu menyeru manusia supaya tunduk dan patuh secara mutlak hanya kepada Allah S.W.T, tanpa syirik dan mengabdikan diri kepadaNya tanpa sebarang penyengutuan. Dari itu, ia bukanlah dakwah yang direka-reka oleh Muhammad S.A.W, malah ia merupakan gerakan penerusan yang telah dimuqaddimahkan oleh para anbia sebelum Baginda S.A.W, lalu dibentangkan sebagai bukti bagi membuka mata mereka, gerakan dakwah nabi Nuh a.s15, gerakan dakwah nabi Hud a.s16, gerakan dakwah nabi Soleh a.s17, gerakan dakwah nabi Syuaib a.s18, gerakan dakwah nabi Musa a.s 19, dan lain-

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

lain. Kesemua mereka bersatu bangkit mengemukakan kalimah yang satu iaitu aqidah Tauhid. 2. Surah Hud cuba menarik perhatian Baginda dan para sahabat juga para daie sekelian, bahawa keingkaran menerima kebesaran dan gerakan menekan usaha dakwah adalah merupakan suatu ciri episod yang tiada penghujungnya. Dibentangkan kepada Baginda bagaimana sifat para rasul terdahulu menghadapi tekanan dan menangani masalah yang datang bertubi-tubi dari kaum mereka. Dengan itu ia membuktikan suatu kekuatan yang tiada taranya bahawa bukan beliau sahaja yang menerima tekanan dan pemulauan malah nabi-nabi yang sebelumnya hampir keseluruhannya senasib dengan beliau, tetapi demi kebenaran mereka tidak mundur kebelakang walau selangkah. Dengan berbekalkan kebenaran Thiqah kepada kebenaran wadah yang didokong, serta yakin kepada pertolongan yang bakal datang membantu kebenaran yang menyebabkan mereka terus iltizam dan terus istiqomah di atas dakwah mereka. Mereka yakin bahawa janji kemenangan pasti bersama mereka. Kalaulah Allah S.W.T kehendak, maka boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja pendokong kebatilan menemui padah dengan dihapuskan mereka hingga ke akar umbi, tetapi cara perjuangan itu adalah sunnah seluruh para anbiya dan kemenangan kebenaran mesti melalui liku-liku sunnah yang ditetapkan, maka ditangguhkan kemenangan sehingga tiba masanya yang sesuai dengan harapan agar mereka akan bertaubat dan berpaling tadah dari wadah yang batil. 2. Surah Hud adalah antara surah yang memiliki keistimewaan kepelbagaian kisah para anbiya. Kisah-kisah ini membentangkan pengalaman orang yang terdahulu dalam gerakan dakwah mereka. Pembentangan kisah juga bukan semata-mata bahan hiburan penawar hati luka dek kerana situasi dakwah yang penuh cabaran dan tekanan, tetapi pembentangan yang diekori oleh taujihat yang memberangsangkan. Taujihat ini boleh dikatakan tidak putus-putus datang mengakhiri setiap kisah, selaras dengan

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

bimbingan yang diperlukan oleh mana-mana pendakwah dalam masa yng sebegini penting. Ia mentaujihkan Rasulullah kepada pengalaman-pengalaman generasi awal dakwah, masalah yang mereka hadapi dan bagaimana Allah tetap memelihara dakwah mereka serta bagaimana Allah tetap meletakkan di bawah jagaanNya. Agar dengan ini Nabi Muhammad S.A.W terus teguh mengharungi samudra dakwah dan tetap yakin pada diri sendiri bahawa mereka di pihak yang benar. Dakwahnya adalah dakwah Ilahi dan kebenarannya adalah setanding dengan kebenaran dakwah para rasul sebelumnya. Dan dengan pembentangan kisah-kisah di dalam surah ini kepadanya dan juga kaumnya, maka ia sekaligus mentaqrirkan bahawa apa yang didakwa oleh Nabi Muhammad S.A.W tentang wahyu dan risalah adalah suatu yang benar. Buktinya ialah bagaimana ia boleh mengetahui dan menceritakan kisah-kisah ini kepada mereka, kalau tidak melalui wahyu Ilahi ? Firman Allah Taala :

49))
(Hud : 49 ) Maksudnya : Itu (kisah-kisah para rasul dan umatnya) adalah di antara berita-berita tentang perkara ghaib yang kami wahyukan kepadamu (Muhammad) di mana tidak pernah mengetahuinya dan tidak pula kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah, demi sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Perhatikan taujihat Ilahi yang kita sebutkan tadi melalui ayat-ayat di bawah di mana taujihat ini hampir keseluruhannya datang mengiringi setiap kisah. Dalam kisah nabi Nuh a.s taujihat datang mentaqrirkan kebenaran wahyu dan apa yang disampaikan olehnya (Hud : 49 ) dalam kisah nabi Hud. Firman Allah :

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

)95( 60))
(Hud : 59-60 ) Maksudnya : Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka dan menduhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa mereka (yang menyeleweng) lagi menentang kebenaran. Dengan itu kutukan / laknat Tuhan selalu mengikuti mereka, baik di dunia mahupun di hari qiamat. Ingatlah kaum ad itu kafir kepada Tuhan mereka . Ingatlah kebinasaan kaum ad (iaitu) kaum nabi Hud itu. Dalam kisah nabi Soleh, Firman Allah :

)66( )76( 68))


(Hud : 66-68 ) Maksudnya : Maka apabila datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta orangorang yang beriman bersamanya dengan rahmat dari kami dan dari kehinaan di hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu maha kuat lagi maha perkasa. Dan satu tempikan suara keras menimpa orang-orang yang zalim itu lalu mereka mati (menjadi bangkai) bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah kebinasaan kaum Thamud itu. Begitulah seterusnya dalam kisah-kisah yang lain. Setelah selesai pembentangan kisah dan taujihat setiap selepas kisah, lalu dibentangkan satu gagasan umum yang memanjang sehingga ke akhir surah Hud. Firman Allah :

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

) 001( )101( 102 ))


(Hud : 100-102) Maksudnya : Adalah sebahagian dari berita-berita negeri (yang telah dibinasakan) yang kami ceritakan kepadamu (Muhammad). Di antara negeri-negeri itu ada yang masih kedapatan bekasnya dan ada (pula) yang telah musnah. Dan kami pula tidaklah menganiaya diri mereka, tetapi meekalah yang menganiaya diri mereka sendiri, sembahan-sembahan yang mereka seru sebelum ini selain dari Allah, sedikitpun tidak memberikan apa-apa manfaat kepada mereka, apabila datangnya azab Tuhanmu. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah mendatangkan apa-apa hasil, melainkan menambah kepada mereka kebinasaan belaka. Dan sesungguhnya azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras. Firman Allah Taala :

)011( )111( )211( )311( 115)) )411(


(Hud : 110-115 ) Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah berikan Musa kitab (Taurat) lalu diperselisihkan tentang kitab itu. Dan seandainya tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Tuhanmu nescaya telah ditetapkan hukuman di antara mereka. Dan sesungguhnya kepada masing-masing (mereka yang berselisih itu) pasti Tuhanmu akan menyempurnakan dengan cukup (balasan) pekerjaan mereka. Sesungguhhnya Dia maha mengetahui apa yang mereka kerjakan. Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu serta orang-orang yang

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Dan tiada bagi kamu selain Allah sebagai wali, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingin mengambil peringatan. Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. Firman Allah Taala :

))021( )121( )221( 123)


(Hud :120-123) Maksudnya : Dan kisah semua para rasul yang Kami ceritakan kepada mu, adalah kisahkisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu. Dan dalam surah ini telah datang kepada mu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman : Buatlah apa yang kamu buat, sesungguhnnya Kamipun berbuat (juga). Dan tunggulah (hakikat perbuatan mu) sesungguhnya Kamipun menunggu (pula). Dan kepunyaan Allah lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNya lah dikembalikan semua urusan. Maka sembahlah Dia dan bertaqwalah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak pernah lalai dari apa yang kamu kerjakan.

PENUTUP
Saya kira pembentangan di atas cukup membuktikan kepada kita kepentingan memahami situasi yang nuzul dalam membuat tafsiran haraki Al-Quran. Di mana bentuk tafsiran begini lebih sesuai dan dekat bagi daie memahami Al-Quran

10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dengan mengaitkan langsung tugasan dakwahnya dan masalah-masalah yang dihadapi dengan situasi bagaimana Al-Quran diturunkan. Apabila daie mampu menyeragamkan situasi dakwah sewaktu Al-Quran masih turun dengan situasi hariannya di hari ini, tanpa syak lagi daie akan beroleh satu kekuatan untuk terus maju di medan dakwah. Seolah-olah ia berada di tempat Nabi Muhammad S.A.W yang terus-menerus mendapat taujihat langsung dari Allah S.W.T. Oleh itu, apabila membaca Al-Quran di samping memahami dan meneliti daie perlulah menghadirkan situasi nuzul setiap ayat ke dalam pemikirannya, kerana masalah dakwah sentiasa berulang sebagaimana sejarah selalu berulang. Wassalam Oleh Ustaz Zulkifli Hj. Yusoff Tarikh 13 NOVEMBER 1992 SUWEILAH HAI GHARBI 1 /10 /1992

1. 8991 2. 3. 3891 4. 5. 6. 7.

. . . .7041 : /4 3041 : 9041 . 8041 8891 27-3/. /3

8041-8991

. /90411 8891 .9891

11

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

.8 .9 .01 .11 .21 .31 .0481 .41 .51 .61 .71 .81 .91

. . /35 6041 6891 . /3 /072 . /3 /221 7041 7891 . /55 /51 8041 8891 /4/ . /4 /0481 1481 . :94 . : 05 06 . : 16 86 . : 48 59 . : 69 99

. /3 /701 801

HAK CIPTA TERPELIHARA ,TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH .DENGAN SYARIAH ISLAM

21

Anda mungkin juga menyukai