Anda di halaman 1dari 2

Khatam Khwajahgan Hadharat Naqshbandiyah

KHATAM KHWAJAHGAN
HADHARAT NAQSHBANDIYAH
SYEIKH memulakan dengan berdoa membaca Surah Al-Fatihah berserta Ta’awuz dan
Bismillah sekali kemudian mengagih-agihkan biji-biji Tasbih yang berjumlah 110 biji,
sama ada berupa biji kurma atau biji kayu atau biji batu kepada ahli jemaah zikir. Pertama
sekali Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji Tasbih dan memberikannya kepada sebelah
kanan dan kirinya, maka yang menerimanya hendaklah membaca Surah Al-Fatihah dan
setelah membacanya hendaklah mengembalikan biji Tasbih tersebut kepada Syeikh.

Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 21 biji Tasbih untuk dirinya dan


mengagihkan yang baki kesemuanya kepada sekelian ahli jemaah zikir, maka yang
menerimanya hendaklah membaca Selawat sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang
diterimanya, jumlah keseluruhan bacaan Selawat adalah 100 kali. Kemudian membaca
Surah Alam Nasyrah sebanyak mana bilangan Tasbih yang diterimanya, jumlah
keseluruhan bacaan adalah 79 kali. Kemudian jemaah zikir hendaklah membaca Surah Al-
Ikhlas sebanyak bilangan biji Tasbih yang diterimanya dengan sepuluh pusingan, yang
berjumlah 1000 kali bacaannya. Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji Tasbih
dan memberikannya kepada sebelah kanan dan kirinya, maka yang menerimanya
hendaklah membaca Surah Al-Fatihah dan setelah membacanya hendaklah
mengembalikan biji Tasbih tersebut kepada Syeikh. Kemudian hendaklah membaca
Selawat sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya, dengan jumlah bacaan
100 kali.

Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Qaadhiyal Haajaat, maka jemaah zikir


hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya.
Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Kaafiyal Muhimmaat, maka jemaah zikir hendaklah
menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian
Syeikh mengucapkan Ya Daafi'al Baliyyaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di
dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh
mengucapkan Ya Shaafiyal Amradhz, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam
hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh
mengucapkan Ya Rafii'ad Darajaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati
sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan
Ya Mujiibad Da'awaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak
mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya
Arhamar Rahimiin, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana
bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kesemua ucapan tersebut berjumlah 100 kali
setiap satunya dan setelah selesai melakukan kesemua zikir-zikir tersebut, jemaah zikir
hendaklah mengembalikan kesemua biji-biji Tasbih kepada Syeikh.

Kemudian Syeikh mengangkat tangan berdoa dengan membaca Surah Al-Fatihah


dan menghadiahkan seluruh pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah Hadharat
Khwajahgan Naqshbandiyah Mujaddidiyah. Menerusi keberkatannya lalu berdoalah
memohon hajat masing-masing dari Allah Qadhiyul Hajat.

© Khanqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah


Khatam Khwajahgan Hadharat Naqshbandiyah

KHATAM KHWAJAHGAN NAQSHBANDIYAH

1. DOA AL-FATIHAH
2. Surah Al-Fatihah - 7 kali
3. Selawat - 100 kali
4. Surah Alam Nasyrah - 79 kali
5. Surah Ikhlas - 1000 kali
6. Surah Al-Fatihah - 7 kali
7. Selawat - 100 kali
8. Ya Qaadhiyal Haajaat - 100 kali
9. Ya Kaafiyal Muhimmaat - 100 kali
10. Ya Daafi'al Baliyyaat - 100 kali
11. Ya Shaafiyal Amradhz - 100 kali
12. Ya Rafii'ad Darajaat - 100 kali
13. Ya Mujiibad Da'awaat - 100 kali
14. Ya Arhamar Rahimiin - 100 kali
15. DOA AL-FATIHAH

© Khanqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah

Anda mungkin juga menyukai