Anda di halaman 1dari 65

Futuhat An-Najihah

1

| | = = | | ` `. . , , < < > > 9 9 > > 9 9

S Se es su un ng gg gu uh hn ny ya a s su ur ra at t i it tu u d da ar ri i H Ha ad dh hr ra at t N Na ab bi i S Su ul la ai im ma an n ' ' A Al la ai ih hi is ss sa al la am m d da an n s se es su un ng gg gu uh hn ny ya a i is si i k ka an nd du un ng ga an nn ny ya a i ia al la ah h: : B Bi is sm mi il ll la ah hi ir r- -
R Ra ah hm ma an ni ir r- -R Ra ah hi im m " "D De en ng ga an n M Me en ny ye eb bu ut t N Na am ma a A Al ll la ah h Y Ya an ng g M Ma ah ha a P Pe em mu ur ra ah h Y Ya an ng g M Ma ah ha a P Pe en ny ya ay ya an ng g. ." "



:=:|.| |-,:
:=:|.| |-,:



P
PE EN NA AK KL LU UK KA AN N Y
YA AN NG G B
BE ER RJ JA AY YA A
D DA AL LA AM M M ME EN NT TA AF FS SI IR RK KA AN N D DA AN N M ME EN NT TA AK KW WI IL LK KA AN N
P
P
E
E
N
N
A
A
M
M
A
A
A
A
N
N
A
A
L
L
-
-
B
B
A
A
S
S
M
M
A
A
L
L
A
A
H
H











Futuhat An-Najihah


2

KANDUNGAN

Bab Pertama Fasal Pertama: Ba - Futuhat An-Najihah Fi Tafsir Wa Takwil Tasmiyah Al-
Basmalah

FUTUHAT AN-NAJIHAH: TAFSIRAN DAN TAKWILAN TASMIYYAH AL-
BASMALAH



































Futuhat An-Najihah


3

BAB PERTAMA: TAFSIRAN BASMALAH










FirmanNya:


Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang


















Futuhat An-Najihah


4

FASAL PERTAMA: BA ()

Huruf "Ba" () adalah Harf Jarr ( ) yang bertindak sebagai 'Amil () ke atas
Isim () katanama dengan menukarkan hal Isim tersebut dari keadaan Marfu' ()
kepada Majrur (). Pada sudut lafaz, Harf Jarr berperanan menjadikan Isim Mu'rab
( ) sebagai Majrur namun tidak berperanan terhadap Isim Mabni ( ).
Manakala pada sudut pengertian makna, Harf Jarr berperanan sebagai katasendi bagi
mempertemukan antara dua buah Kalimah () ataupun dua jumlah Kalam (`).
Huruf Ba () adalah bermaksud untuk memberikan pemahaman tentang Musahabat
() yang bererti kebersamaan ataupun kebersertaan, Isti'anat () yang bererti
meminta pertolongan dan Tabarruk () yang bererti bagi tujuan memperoleh
keberkatan.

Ada diterangkan di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan 'Allamah Rais Al-
Muhadditsin Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi Rahmatullah
'Alaih pada Bahagian Kedua dalam mensyarahkan Hadits Pertama bahawa telah
dikatakan oleh sesetengah Asfiya bahawa segala apa yang terkandung di dalam Kitab-
Kitab Allah yang terdahulu adalah dimasukkan ke dalam Surah Al-Fatihah, dan juga
apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah, dan
apa yang terdapat di dalam Bismillah adalah terkandung pada huruf pertamanya iaitu
Ba (). Sesetengah Asfiya mentafsirkannya dengan lebih mendalam lagi, bahawa apa
sahaja yang terdapat pada Ba () adalah terkandung di dalam titik yang
menggambarkan Keesaan Allah. Sesuatu itu tidak dapat dipecah-pecahkan
sebagaimana titik tadi. Dan diterangkan juga bahawa huruf Ba () adalah penghujung
yang menyelaras dan memberikan maksud pengesaan. Sesungguhnya matlamat yang
terakhir ialah untuk mendatangkan pengesaan daripada seseorang hamba kepada
Allah Yang Maha Berkuasa.

Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam
Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba () di dalam ayat Bismillah ( -) adalah
sebagai huruf Tadhzmin () yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa dengan
Allahlah telah terzahirnya segala ucapan yang bersifat baharu dan denganNyalah telah
tercipta sekelian makhluk ciptaan. Dikatakan juga bahawa, Huruf Ba () yang terdapat
pada permulaan Basmalah adalah dikenali sebagai Ba Isti'anah ( ) yang bererti
meminta pertolongan dan bantuan sokongan, bermakna bahawa seseorang hamba
mencari bantuan Allah dalam perbuatan yang akan dilakukannya.Para Mufassirin
mengatakan bahawa telah dihimpunkan oleh Allah sekelian 'Ilmu pengetahuan di
dalam huruf Ba () yang bermaksud bahawa,
"DenganKu telah berlaku apa yang telah berlaku dan denganKu akan berlaku
apa yang akan berlaku, maka kewujudan sekelian alam adalah berserta denganKu dan
tiadalah bagi segala sesuatu yang selainKu wujud secara hakiki melainkan dengan
nama."
Futuhat An-Najihah


5

Dan pengertian Majaz adalah makna perkataan golongan Sufi ketika mereka
berkata:

- `



"Tiada daku memandang kepada sesuatu melainkan daku telah melihat Allah
di dalamnya ataupun sebelumnya."

Kenyataan ini adalah tersembunyi dalam makna sebuah sabdaan Hadits
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam:

- `

"Janganlah kamu mencela Masa, kerana sesungguhnya Masa adalah Allah."

Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan
daripada Murshid beliau iaitu Hadhrat Qutub Al-Aqtab Khwajah Shah 'Abdullah
Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Hadhrat Sayyidina 'Ali
Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah menyatakan bahawa,
"Seluruh himpunan 'Ilmu pengetahuan adalah tercapai di dalam huruf Ba ()
daripada Bismillah ( -), bahkan ianya ada dalam titik Nuqtah pada huruf Ba ()."

Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa,
"Seluruh ilmu pengetahuan yang terhimpun di dalam satu titik Nuqtah secara
zahirnya boleh juga diertikan dengan pengertian makna bahawa setiap garisan huruf
Khat yang ditarik ketika penulisannya adalah bermula dan berdasarkan titik Nuqtah
bahkan menjadi sebagai permulaan. Apabila ditarik daripada titik Nuqtah tersebut
maka rupabentuk garisan Khat tersebut dapat diikhtiarkan. Maka dapatlah diambilkan
ibarat daripada ilmu penulisan Khat dan ianya berada di dalam titik Nuqtah."

Hadhrat Maulana Sayyid Zafar Hasan Amruhi Rahmatullah 'Alaih telah
menukilkan dalam Tafsirnya bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim kesemuanya
berjumlah sembilan belas huruf yang mana di dalamnya terkandung seluruh isi
kandungan Al-Quran. Beliau telah menukilkan daripada mafhum perkataan Amir Al-
Mukminin Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu bahawa,
"Apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung di dalam
Surah Al-Fatihah dan apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di
dalam Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Bismillah kesemuanya ada
terkandung di dalam huruf Ba Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Ba
Bismillah adalah terkandung di dalam titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba dan
daku adalah titik Nuqtah tersebut yang berada di bawah huruf Ba."

Futuhat An-Najihah


6

Daripada petunjuk yang dikhabarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu
'Anhu, Para Mufassirin telah memberikan berbagai-bagai huraian. Hadhrat Maulana
Sayyid Imdad Husin Kazimi Rahmatullah 'Alaih, seorang dari kalangan Mufassirin
golongan Syi'ah yang terkemudian telah mengemukakan sebuah huraiannya yang
menarik seperti berikut, bahawa pada mensyarahkan tentang titik Nuqtah ini beliau
telah mensarankan supaya membaca sebuah buku karangan Edward Clodd berjudul
"Story Of The Alphabet" yang menyatakan punca pengambilan dan pembentukan
huruf-huruf Hijaiyyah atau Tahajji. Beliau ada menyatakan bahawa penduduk
Qainuqiyah dan penduduk Mesir pada masa yang lampau telah mengadakan
hubungan perdagangan dan sebagai langkah untuk memahami komunikasi antara satu
sama lain mereka telah menetapkan beberapa isyarat yang mana kemudiannya telah
membentuk huruf-huruf Tahajji. Sebagai contoh bagi menyatakan mata, mereka telah
melakarkan garisan yang berupa mata yang hampir menyamai huruf 'Ain (). Dalam
bahasa 'Arab, 'Ain () adalah bermakna mata. Huruf Jim () bermaksud unta kerana
bentuk huruf ini adalah diambil dari bentuk unta. Jamal () adalah bermakna unta
dalam bahasa 'Arab dan Jim () juga adalah membawa makna unta di dalam bahasa
'Ibrani. Rupabentuk huruf Jim () ini adalah seperti keadaan seekor unta yang sedang
duduk manakala titik Nuqtah adalah menunjukkan kepada pemilik unta yang
mengenderainya. Begitu juga huruf Syin () bermaksud Shajar () iaitu pokok yang
terdapat haiwan menetap dan hinggap di atasnya. Begitu juga dengan huruf Ba ()
yang bermaksud Bait () yakni rumah dan titik Nuqtah yang berada di bawah huruf
Ba () bermaksud kepada pemilik rumah yang berada pada Bab () iaitu pintu rumah
tersebut. Maka, apa yang dapat difahami daripada keterangan Hadhrat Sayyidina 'Ali
Radhiyallahu 'Anhu bahawa segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran adalah
terkandung pada permulaan huruf Ba () dalam ( -), yakni sebuah rumah yang
terdapat pintu dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu diibaratkan sebagai
orang yang berada pada pintu tersebut.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
pernah bersabda yang mafhumnya,



Ana Madinatul-'Ilmi Wa 'Aliyyun Babuha.
"Daku adalah Kota 'Ilmu dan 'Ali adalah pintunya."


Dan mafhum sabdaannya lagi,



Ana Darul-Hikmati Wa 'Aliyyun Babuha.
Futuhat An-Najihah


7

"Daku adalah Rumah 'Ilmu Hikmah dan 'Ali adalah pintuya."
Apa yang diperjelaskan daripada keterangan ini ialah bahawa Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah seumpama kota bagi
seluruh ilmu pengetahuan Al-Quran dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu
adalah diumpamakan sebagai penjaga pintu kota tersebut. Maka, adalah lazim bagi
mereka yang ingin menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan Al-Quran bahawa
mereka hendaklah masuk ke dalam kota atau rumah 'Ilmu Hikmah tersebut menerusi
pintunya. Jangan sekali-kali datang dari arah yang membelakanginya kerana kerana
mereka yang datang secara demikian adalah dianggap sebagai biadab dan pencuri.

Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 189:

=`. s '#{ % % _!=9 _>9 _9 9 !, .!. V`,9
!L 39 9 +. . V`,9 !,, ). < 6=-9 >=.

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah
tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadat Haji, dan bukanlah kebajikan
memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan
orang yang bertaqwa, dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan
bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

Pada masa Jahiliyah, orang-orang yang berihram di waktu haji, mereka
memasuki rumah dari belakang dan bukan dari hadapan. Hal ini telah ditanyakan pula
oleh Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhum kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, lalu diturunkanlah ayat ini. Untuk
menghasilkan ilmu-ilmu pengetahuan dan rahsia-rahsia yang dalam berkenaan isi
kandungan Al-Quran hendaklah kita menempuhinya melalui pintunya kerana tanpa
menuruti laluan pintu tersebut kita sekali-kali tidak akan dapat memperolehi limpahan
'Ilmu Pengetahuan yang sempurna daripada Al-Kitab Al-Quran. Allah Subhanahu Wa
Ta'ala berfirman dalam Surah Ar-Ra'd ayat 43:

`) %! `. `.9 ` % 2 <!, : _, 6, s `=.
.39

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul."
Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang
mempunyai 'Ilmu Al-Kitab."
Futuhat An-Najihah


8

Menurut tafsiran golongan Syiah, "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab"
adalah merujuk kepada Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu.
Manakala menurut Hadhrat Imam At-Tabari Rahmatullah 'Alaih dan kebanyakan
tafsiran golongan Sunnah bahawa antara mereka yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab
adalah Hadhrat 'Abdullah Bin Salam, Hadhrat Salman Al-Farisi dan Hadhrat Tamim
Ad-Dari Radhiyallahu Ta'ala 'Anhum sepertimana yang diriwayatkan daripada
Hadhrat Muhammad Bin 'Abdul A'la Rahmatullah 'Alaih, meriwayatkan daripada
Hadhrat Muhammad Bin Tsaur Rahmatullah 'Alaih yang meriwayatkannya dari
Hadhrat Qatadah Radhiyallahu 'Anhu:

` : : :
` -

Tafsiran yang masyhur dikalangan Para Mufassirin Ahli Sunnah Wal Jamaah
bahawa "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah Para 'Ulama Ahli Kitab
Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk Agama Islam.


























Futuhat An-Najihah


9

FASAL KEDUA: BISMI ()

Kalimah "Bismi" () asalnya adalah Bi Ismi (). Huruf Alif () telah dilenyapkan
kerana kekerapan penggunaannya. Bagi menggantikan huruf Alif, tulisan huruf Ba ()
hendaklah dipanjangkan bagi menzahirkan keagungan dan kemuliaannya sebagai
Kitab Allah. Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam
kitab Tafsirnya yang berjudul Mu'allim At-Tanzil yang masyhur sebagai Tafsir Baghawi
telah meriwayatkan dari Hadhrat 'Umar Bin 'Abdul 'Aziz Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu
bahawa beliau pernah berkata:
"Huruf Ba () hendaklah dituliskan panjang, huruf Sin () hendaklah dizahirkan
dan huruf Mim () hendaklah dibulatkan."

Ba () adalah Harf Jarr dan kalimah Isim katanama yang datang sesudahnya
adalah sebagai Majrur. Apabila bertemu Jarr dan Majrur, ianya akan bertakluk sama
ada dengan sesuatu kalimah Isim ataupun kalimah Fi'il. Di kalangan Para 'Ulama
Nahwu terdapat dua pendapat dalam mentaqdirkan Muta'alliq () dengan huruf Ba
() pada Bismillah ( -). Pendapat pertama mengatakan bahawa Taqdir Muta'alliq
huruf Ba () adalah dengan Isim katanama iaitu,

-

Dengan Nama Allah permulaanku.

Dan berdalilkan Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Hud,

!% ,2 ! `., < !1> !8` | "-9 >

Dan Hadhrat Nabi Nuh 'Alaihissalam berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya
dengan menyebut: Dengan Nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Surah Hud 11:41]

Manakala pendapat yang kedua dari kalangan 'Ulama Nahwu mengatakan
bahawa Taqdir Muta'alliq ( ) bagi huruf Ba () adalah dengan Fi'il Amar ( )
ataupun Jumlah Fi'iliyyah Khabariyyah ( ) seperti berikut,

-

Daku memulakan dengan Nama Allah.

Futuhat An-Najihah


10

Berdalilkan firman Allah Ta'ala,

% `!, 7, %! ,=>

Bacalah dengan menyebut Nama Tuhanmu yang telah menciptakan. [Al-'Alaq 96:1]

Kedua-dua pendapat ini adalah benar kerana di dalam Fi'il () katakerja sudah
pasti mengandungi Masdar () katadasar. Maka, dengan mentaqdirkan Fi'il
katakerja, ianya akan merangkumi segala bentuk amal perbuatan samada ketika berdiri
atau duduk atau makan atau minum atau membaca Al-Quran atau mengambil Wudhu
atau mengerjakan Solat. Justeru, telah disyari'atkan berzikir menyebut Nama Allah
pada permulaan sekelian amal perbuatan mahupun pekerjaan bagi menghasilkan
keberkatan dan bantuanNya atas maksud kesempurnaan dan penerimaan dari sisiNya.

Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah
mengemukakan suatu Ikhtilaf perselisihan pendapat di kalangan Para 'Ulama Nahwu
Bahasa 'Arab berkenaan kalimah Bismi (). Hadhrat Abu 'Ubaidah dan para
pengikutnya berpendapat bahawa ianya merupakan Silah Zaidah ( ) yakni
sebagai suatu kata penghubung tambahan kerana yang dimaksudkan adalah Allahu
Ar-Rahmanu Ar-Rahimu (

-). Atas pendapat ini terdapat dua perselisihan


pendapat. Pendapat pertama dari Hadhrat Imam Qatrab Rahmatullah 'Alaih berkata
bahawa Silah Zaidah ( ) ini adalah bertujuan sebagai mengagungkan kebesaran
ingatan terhadap ZatNya supaya terdapat perbezaan menerusinya antara mengingati
ZatNya dan mengingati yang selainNya dari kalangan makhluk ciptaanNya. Pendapat
kedua pula dari Hadhrat Imam Al-Akhfash Rahmatullah 'Alaih yang mengatakan
bahawa ianya adalah bagi mengeluarkan hukum Al-Qasam () yakni sumpah bagi
maksud memperolehi keberkatan. Jumhur Para 'Ulama Nahwu menyatakan bahawa
Bismi () adalah merupakan antara maksud yang asal dan bukan sekadar kata
penghubung.

Telah timbul Ikhtilaf perselisihan pendapat berkenaan makna kemasukan huruf
Ba () pada Isim (). Adakah ia masuk atas pengertia makna Amar (`) atau Khabar
()? Atas perselisihan ini ada dua pendapat. Pendapat pertama dari Hadhrat Imam
Al-Farra Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa ianya masuk atas pengertian makna
Amar (`) dan Taqdirnya ialah:

-

"Mulakanlah dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih".

Futuhat An-Najihah


11

Pendapat kedua dari Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaih mengatakan
bahawa ianya berada atas makna Khabar () dan sebagai Taqdirnya adalah:

-

"Daku telah memulakan dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha
Pengasih".

Dihazafkan Alif Wasal ( ) dengan mencantumkan huruf Ba () dengan
Isim () pada lafaz dan tulisan kerana banyak digunakan sepertimana telah
dihazafkan Alif Madd ( ) pada Ar-Rahman (). Namun demikian, huruf Alif ()
pada Isim () sama sekali tidak dihazafkan tulisannya seperti yang termaktub dalam
Surah Al-'Alaq kerana ianya kurang dipergunakan,

% `!, 7, %! ,=>

"Bacalah! Dengan menyebut Nama Tuhanmu yang telah menciptakan. [Al-'Alaq:1]

Hadhrat Mansur Bin 'Abdullah Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa beliau telah
mendengar Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Iskandari Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa
beliau telah mendengar Hadhrat Abu Ja'afar Rahmatullah 'Alaih meriwayatkan dari
Hadhrat 'Ali Bin Al-Qasim Musa Ar-Ridhza Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah
meriwayatkan dari ayahandanya Hadhrat Al-Qasim Musa Ar-Ridhza 'Alaihissalam dan
beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Imam Ja'afar Bin Muhammad As-Sadiq
Radhiyallahu 'Anhu telah berkata mengenai "Bismi" () bahawa,
"Huruf Ba () adalah BaqaNya () yakni KekekalanNya dan huruf Sin ()
adalah AsmaNya () yakni Nama-NamaNya dan huruf Mim () adalah MulkNya
() yakni KerajaanNya. Jesteru, Iman seorang Mukmin adalah zikirnya dengan
KekekalanNya, dan khidmat seorang Murid adalah zikirnya dengan AsmaNya, dan
seorang yang 'Arif tentang sebuah kerajaan adalah zikirnya dengan mengingati Raja
yang memilikinya."

Beliau juga telah diriwayatkan sebagai berkata berkenaan Bismi (), bahawa
ianya tertera dengan tiga huruf iaitu Ba (), Sin () dan Mim (). Maka huruf Ba ()
adalah bermaksud Bab An-Nubuwwah ( ) yakni Pintu Kenabian. Dan huruf Sin
() adalah Sirr An-Nubuwwah ( ) yakni Rahsia Kenabian yang mana Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menerangkan
rahsianya kepada golongan Khawas dari kalangan Ummatnya. Dan huruf Mim ()
adalah bermaksud Mamlikah Ad-Din ( ) yakni Kerajaan Agama yang telah
dikurniakannya sebagai nikmat kepada hamba-hambaNya yang berkulit putih
mahupun yang berkulit hitam. Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah
Futuhat An-Najihah


12

'Alaih berkenaan kalimah Bismillah (- ), bahawa huruf Ba () sudah menjadi adat
baginya mengkebawahkan baris kalimah yang datang sesudahnya sebagaimana Harf
Min () yang bererti "dari" dan 'An () yang bererti "daripada", manakala Muta'alliq
bagi huruf Ba () ini adalah tersembunyi bagi menunjukkan kesempurnaan jumlah
Al-Kalam (`) pada ayat tersebut. Taqdir baginya adalah:

-

Daku memulakan dengan Nama Allah.

Ataupun:

: -

Katakanlah: Dengan Nama Allah.

Dan digugurkan huruf Alif () dari Ismi ( ) sebagai menuntut keringanan
terhadap penggunaannya dan kerana penggunaannya yang banyak, maka hendaklah
dipanjangkan huruf Ba (). Menurut Hadhrat Imam Al-Qutaibi Rahmatullah 'Alaih
ianya adalah supaya pembukaan Kalam bagi Kitab Allah dimulakan dengan huruf
yang agung.

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah
mengarang kitab Tafsirnya yang berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari
Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim" ( - ) adalah mengisyaratkan kepada kasih-
sayang Allah pada segala permulaan. Beliau juga telah menghikayatkan daripada
Hadhrat Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, huruf Ba ()
adalah Al-Birru () yakni Kebaikan Allah terhadap Ruh-Ruh Para Nabi dengan ilham
Kerasulan dan Kenabian. Huruf Sin () adalah As-Sirru () yakni RahsiaNya berserta
dengan Ahli Ma'rifat menerusi ilham untuk bertaqarrub mendekatkan diri kepada
Allah Ta'ala dengan hati yang jinak. Huruf Mim () adalah bermaksud Al-Minnah ()
yakni penganugerahan kebaikan yang berupa Nikmat dan RahmatNya atas sekelian
Para HambaNya yang berkehendak menuju kepadaNya dengan pandangan Rahmat
dan Kasih SayangNya yang berterusan.

Hadhrat Abu Bakar Bin Tahir Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa huruf Ba
() adalah Rahsia Allah berserta dengan golongan Para 'Arifin dan huruf Sin () adalah
As-Salam (`) yakni Kesejahteraan dan Keselamatan ke atas mereka dan huruf Mim
() adalah Mahabbah () yakni CintaNya terhadap mereka.

Futuhat An-Najihah


13

Dalam Tafsir 'Arais Al-Bayan Fi Haqaiq Al-Quran karangan Hadhrat Imam Al-
Baqili Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir pada Marhalah awal ada menyatakan
tafsiran berkenaan Bismi (). Menurut beliau, bahawa huruf Ba () adalah
penyingkapan Baqa () bagi Ahli Fana. Dan huruf Sin () adalah penyingkapan
ketinggian darjat yang suci bagi Ahli Uns iaitu ruh-ruh yang jinak. Dan huruf Mim ()
adalah penyingkapan Alam Malakut bagi Ahli Nu'ut yang sifat kelakuannya baik. Dan
menurut beliau juga bahawa huruf Ba () adalah BirrNya () yakni KebaikanNya bagi
golongan Umum. Dan huruf Sin () adalah SirrNya () yakni RahsiaNya bagi
golongan Khawas. Dan huruf Mim () adalah MahabbatNya () yakni KecintaanNya
terhadap golongan Khusus Al-Khusus.

Dan menurut beliau juga bahawa huruf Ba () bermaksud Badwu Al-'Ubudiyah
( ) yakni Lapangan Pengabdian dan huruf Sin () bermaksud Sirr Ar-
Rububiyah ( ) yakni Rahsia Ketuhanan dan huruf Mim () bermaksud Mannuhu
() yakni PengurniaanNya yang bersifat azali terhadap Para Ahli Sufi yang senantiasa
mensucikan diri. Beliau juga telah menyatakan bahawa, huruf Ba () daripada Bismi
() bermaksud: "Dengan KeelokkanKu, telah Baqa ruh-ruh Para 'Arifin dalam lautan
keagungan." Huruf Sin () daripada Bismi () bermaksud: "Dengan Ketinggian
DarjatKu, telah Ku racuni dengan rahsia-rahsia Para Sabiqin dalam udara kerinduan."
Huruf Mim () daripada Bismi () bermaksud: "Dengan KemuliaanKu, telah Aku
datangkan berbagai penghasilan pada hati orang-orang yang berpenghasilan dengan
cahaya-cahaya Musyahadah.

Dan telah diriwayatkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,



"Sesungguhnya huruf Ba () adalah BahaNya () yakni Keelokan Allah dan
huruf Sin () adalah SanaNya () yakni Ketinggian Darjat Allah dan huruf Mim
() adalah MajduNya () yakni Kemuliaan Allah."

Dinukilkan daripada tafsiran Hadhrat Khwajah 'Abdullah Ansari Rahmatullah
'Alaih, bahawa menurut kalangan Ahli 'Irfan iaitu gologan yang melihat dengan
pandangan batin terhadap kesucian 'Ilmu Allah yang suci, bahawa huruf Ba () adalah
bermaksud kebaikan, kecantikan, keindahan, keayuan, kejelitaan, keelokan dan
kemerduan di sisi Allah. Huruf Sin () bermaksud keindahan, kehebatan dan
kemegahan di sisi Allah. Huruf Mim () bermaksud penguasaan penuh, pemilikan,
kemahiran, keahlian, kepandaian, kemenangan yang sempurna di sisi Allah.

Menurut Ahli Ma'rifah iaitu golongan yang berilmu pengetahuan tentang
pendekatan terhadap Allah, bahawa huruf Ba () bermaksud keindahan Tauhid, huruf
Futuhat An-Najihah


14

Sin () bermaksud kemegahan yang kekal dan huruf Mim () bermaksud penguasaan
penuh ke atas kesucian.

Menurut Ahli Zauq iaitu golongan yang merasa dengan perasaan batin, bahawa
huruf Ba () adalah bermaksud kebaikan yang umum terhadap mereka yang
bersahabat dengan Allah. Huruf Sin () bermaksud rahsia orang-orang yang
mensucikan diri. Huruf Mim () bermaksud kebaikan yang khusus terhadap mereka
yang mendekatkan diri kepada Allah.

Huruf Ba () juga bermaksud KebaikanNya secara umum dengan Para
HambaNya, huruf Sin () bermaksud RahsiaNya dengan Para KekasihNya dan huruf
Mim () bermaksud KemurahanNya yang khusus dengan Para Pengharap yang sentiasa
berharap padaNya.

Secara lazimnya huruf Ba () membawa makna dalam, dari, dengan dan
sumpah. Ism () adalah nama. Sesuatu itu dapat difahami menerusi namanya.
Bagaimanakah untuk kita membezakan zat, sifat dan nama seseorang atau sesuatu
dengan yang selainnya?

Zat adalah diri kekal yang berdiri sendiri dan dapat menerima beberapa keadaan
sifat seperti kertas yang putih. Warna putih adalah sifat bagi zat kertas dan warna
hitam adalah sifat bagi zat dakwat pena. Sifat adalah sesuatu yang sementara dan tidak
didapati secara tetap pada sesuatu zat kekal. Contohnya, warna putih adalah sementara
dan didapatinya pada kertas yang kita anggapkan sebagai zat kekal.

Ism () adalah nama yang merangkumi Zat dan Sifat Yang Maha Pemurah iaitu
Ar-Rahman yang bererti Pemilik Rahmat, bahawa Dialah Zat Yang Memiliki Segala
Rahmat. Maka, Allah adalah Zat Diri Kekal yang bersifat dengan Sifat Ar-Rahman iaitu
Yang Maha Pemurah. Rahman dan Rahim adalah sifat-sifat Allah. Rahman adalah
bersifat umum manakala Rahim adalah bersifat khusus.












Futuhat An-Najihah


15

FASAL KETIGA: AL-ISMU ( )

Kalimah "Al-Ismu" (`) adalah Isim Mushtaq ( ) yakni kata terbitan yang terbit
dari kata dasar Isim Masdar ( ) iaitu Simwun () sebagaimana yang telah
dinyatakan oleh Hadhrat Qadhi Tsanaullah Panipati Rahmatullah 'Alaih di dalam kitab
tafsirnya yang berjudul Tafsir Mazhari. Kata Masdar tersebut berada pada timbangan
wazan Fi'lun () iaitu tanda baris Kasrah () pada Fa () dan tanda baris Sukun
() pada 'Ain () seperti 'Ilmun () ataupun As-Sumuwwu () yang bermaksud
Al-'Uluwwu ( ) sebagai menurut pendapat Para 'Ulama Basrah kerana terdapat
Sighah () sebutan terbitan baginya iaitu Summiya () dan juga terdapat Summiitu
() yang terbit sebagai dalil bagi menunjukkan bahawa terdapat asal perkataan
baginya. Manakala menurut pendapat 'Ulama Kufah pula telah menyatakan bahawa
ianya terbit dari kata dasar Al-Wasmu (). Ada juga pendapat yang menyatakan
bahawa ianya berasal daripada kata Masdar Usmun (), Simun (), Sumun () dan
Wasmun () seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Tafsir Al-Quran tanpa titik
karangan Hadhrat Abu Al-Fadhzal Faidhzi yang berjudul Tafsir Sawati' Al-Ilham.

Berkenaan kalimah Isim, terdapat empat kalimah yang dikaitkan sebagai asal
baginya iaitu Ismun () dengan Kasrah pada Alif, dan Usmun () dengan Dhzammah
pada Alif, Sumun () dengan Dhzammah pada Sin, dan Simun ( ) dengan Kasrah
pada Sin. Mereka yang memberikan Dhzammah pada Alif di permulaan telah
menjadikannya daripada Suma Yasmu ( ) dengan mengambil contoh daripada
Du'a Yad'u ( ). Mereka yag memberikan Kasrah padanya telah menjadikan
kalimah tersebut daripada Samiya Yasma ( ) seperti contoh Radhiya Yardha
( ).

Menurut Hadhrat Ibnu Kisan Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya berasal dari
perkataan Sumwun ( ) atau Simwun ( ) atas Wazan timbangan Fu'lun (

) dan
Fi'lun ( ). Kemudian dilenyapkan huruf Waw bagi menipiskannya sebagai memenuhi
tuntutan kekerapan penggunaannya. Apabila berubah pada akhir kalimah dan bukan
pada awal kalimah dengan Sukun, maka diperlukan huruf Alif Wasal bagi
menghubungkannya dengan bunyi sebutan Sukun iaitu pada huruf Sin, lalu
menjadikannya sebagai Ismun ().

Telah timbul Iktilaf perselisihan pendapat pada memberikan Kasrah pada huruf
Alif yang ditambah. Satu golongan berpendapat bahawa apabila huruf yang ditambah
itu adalah Sakin iaitu berbaris Sukun dan huruf sesudahnya juga adalah Sakin, maka
diberikan Kasrah pada huruf tambahan itu kerana pertemuan Dua Sukun. Segolongan
yang lain berpendapat bahawa setiap huruf yang ditambah hendaklah diberikan
Kasrah.

Futuhat An-Najihah


16

Ismun () di sisi 'Ulama Basrah adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada As-
Simwu () yag bermakna Al-'Ulwu () dengan memberikan dalil bahawa Tasghir
bagi kalimah tersebut adalah Sumayyu (). Maka dikembalikan huruf Lam yang
dilenyapkan kepada asalnya dan dikembalikan huruf Sin kepada baris harkatnya
kerana Tasghir dan Jama' menghendakkan sesuatu itu dikembalikan kepada keadaan
asalnya. Dan telah berkata Ulama Kufah bahawa ianya merupakan Mushtaq terbitan
daripada As-Simatu () yang bermakna Al-'Alamat (`) yakni suatu tanda, kerana
yang empunya tanda tersebut dapat dikenali dengan nama tanda tersebut.

Menurut Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (`) yakni
katanama adalah kalimah yang menunjukkan ke atas kewujudan sesuatu yang
dinamakan sebagai suatu dalil isyarat, manakala As-Sifat () yakni katasifat adalah
kalimah yang menunjukkan ke atas sesuatu yang disifatkan sebagai suatu dalil
kenyataan yang memberikan faedah. Apabila kita menjadikan sesuatu Katasifat ()
sebagai Katanama (`) ianya akan menunjukkan atas dua perkara iaitu sebagai isyarat
dan sebagai sesuatu kenyataan yang berfaedah.

Terdapat perselisihan pendapat pada Ishtiqaq Al-Ismi (` ) yakni sumber
terbitan kalimah Al-Ismu (`) atas dua pendapat. Pendapat pertama oleh Hadhrat
Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa kalimah Al-Ismu (`) adalah
terbit daripada kalimah As-Simatu () dalam bentuk Isim Ma'rifah ( ) atau
kalimah Simatun () dalam bentuk Isim Nakirah ( ) dan ianya bermakna Al-
'Alamat (`) kerana di dalam kalimah Al-Ismu terdapat pembezaan bagi sesuatu
yang dinamakan.

Pendapat kedua menyatakan bahawa ianya terbit dari kalimah As-Simwu ()
yang bermaksud Ar-Raf'atu () yakni pengangkatan ke tempat yang tinggi. Oleh
kerana Al-Ismu (`) dinamakan dengan Zat yang diberikan Nama, maka yang
demikian itu telah mengangkat martabatNya ke tempat tertinggi dari segala yang
selainNya. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Zujjaj
Rahmatullah 'Alaihima.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir Al-
Quran karangannya bahawa, Isim () katanama bagi sesuatu adalah apa yang dapat
diketahui menerusinya. Maka, Nama-Nama Allah Ta'ala adalah merupakan sifat bagi
kepelbagaian jenis rupabentuk yang menunjukkan dalil atas segala Sifat-Sifat Allah dan
ZatNya dengan pengkhususan bagi DiriNya yang Maha Ghaib. Dan dengan
kewujudanNya adalah atas kehendak KemegahanNya dan ketetapan ketentuanNya
adalah atas tuntutan KeesaanNya. Oleh kerana menerusi penzahiranNya, maka
dapatlah terhasil Ma'rifat mengenai DiriNya. Menurut Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah
'Alaih, Al-Ismu (`) bermaksud bahawa, dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas
hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Futuhat An-Najihah


17

Adapun berkenaan masalah Al-Ismu (`) ini, apakah ia sesuatu yang
dinamakan ataupun bukan? Pada masalah ini terdapat tiga buah pendapat. Pendapat
yang pertama mengatakan bahawa Al-Ismu (`) adalah Al-Musamma () yakni
diri zat yang dinamakan dan ini merupakan pendapat Hadhrat Abu 'Ubaidah
Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaih. Pendapat ini juga
telah dipilih oleh Hadhrat Al-Baqilani Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Ibnu Furak
Rahmatullah 'Alaih.

Telah berkata Hadhrat Imam Ar-Razi dan nama beliau adalah Muhammad Bin
'Umar yang juga dikenali sebagai Ibnu Khatib Ar-Ray Rahmatullah 'Alaih telah
menyatakan di dalam Muqaddimah pendahuluan Tafsirnya bahawa, golongan Al-
Hashawiyyah dan Al-Karamiyyah dan Al-Ash'ariyyah mengatakan Al-Ismu (`)
adalah Nafs Al-Musamma ( ) yakni zat bagi yang dinamakan dan bukannya
Nafs At-Tasmiyyah ( ) iaitu bukan zat bagi penamaan. Golongan Al-
Mu'tazilah berkata bahawa Al-Ismu (`) bukan bagi zat yang dinamakan bahkan
ianya adalah Nafs At-Tasmiyyah ( ) yakni zat bagi penamaan. Pendapat yang
dipilih oleh Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih ialah menganggap bahawa Al-
Ismu (`) sebagai Ghair Al-Musamma ( ) dan Ghair At-Tasmiyyah ( ).

Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (`) adalah
Al-Musamma () yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan merupakan
'AinNya () serta ZatNya (). Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah
Maryam ayat 7:

!2 !| 8:, =-, ` > 9 -> `&! `,% !

Wahai Zakariya, Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu bahawa
akan beroleh seorang putera namanya Yahya yang sebelumnya Kami belum pernah
menjadikan orang yang serupa nama dengannya. [Maryam: 7]

Allah telah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya namanya ialah Yahya dan
nama tersebut adalah merujuk kepada zat diri yang diberikan nama tersebut. Dan Allah
Ta'ala telah berfirman dalam Surah Yusuf ayat 40,

! ,-. | !` !. `. 2!, ! < !, L= |
`39 | < ,-. | !| 79 $! `)9 39 .2 _!9 =-

Futuhat An-Najihah


18

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya menyembah nama-nama
yang kamu dan nenek moyang kamu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan
suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan
Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah
Agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Yusuf: 40]

Dan FirmanNya dalam Surah Al-A'la ayat 1,

_, ` 7, ?s{

Sucikanlah Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Maha Tinggi.

Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,

8,. ` 7, =>: .}

Maha Berkat Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Mempunyai Keagungan dan
Kemuliaan.

Soal:

Jika ada yang bertanya, apakah makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya?

Jawab:

Makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya adalah sebagai pengajaran kepada
Para HambaNya tentang bagaimanakah tatacara memulakan pembacaan Kitab Suci Al-
Quran.












Futuhat An-Najihah


19

FASAL KEEMPAT: ALLAH ()

Pada mentafsirkan kalimah Allah (-). TakrifNya adalah:



Ia adalah nama bagi Zat Wajib Al-Wujud yang terhimpun dengan segala sifat yang
sempurna dan suci daripada sebarang sifat kekurangan, kelemahan dan kebinasaan.

Nama Allah (-) tidak boleh sama sekali diguna untuk menamakan sesuatu yang
selain Allah Yang Maha Memiliki Keberkatan dan Ketinggian. Sebahagian 'Ulama
Nahwu berpendapat bahawa lafaz Allah adalah Isim Jamid ( ) iaitu katanama
yang tidak terbit dari sebarang katadasar.

Hadhrat Imam Al-Qurtubi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan pendapat
tersebut daripada Jemaah Para 'Ulama. Antaranya ialah Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy
Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-
Haramain Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Ghazali Rahmatullah 'Alaih dan
ramai lagi dari kalangan Para 'Ulama yang muktabar.

Telah diriwayatkan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam
Sibawaih Rahmatullah 'Alaihima bahawa, huruf Alif () dan Lam () pada kalimah
Allah (-) adalah bersifat lazim seperti mana Alif Lam yang lain dan menganggap
kalimah tersebut sebagai Isim Mushtaq ( ). Walaubagaimanapun sebagai
menjawab, Hadhrat Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Apakah tidak kamu lihat bahawa kamu mengucapkan: Ya Allah ( -) dan tidak
pula mengucapkan: Ya Ar-Rahman ( )? Jikalau Ia bukan dari kalimah yang asal
maka mengapa boleh dimasukkan Harf Nida ( ) ke atas Alif dan Lam ()?"

Maka, dari perbahasan ini dapatlah diketahui bahawa bagi lafaz Allah (-)
terdapat dua perbezaan pendapat pada menentukan sama ada ianya adalah Isim Jamid
( ) iaitu katanama asal yang tidak terbit daripada sebarang katadasar ataupun
Isim Mushtaq ( ) iaitu katanama terbitan yang terbit daripada sesuatu katadasar.
Menurut Hadhrat Muhammad Bin Musa Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih, berkenaan
lafaz Allah (-) telah berkata bahawa, tiadalah seseorang hamba yang menyeru Allah
dengan Nama dari Nama-NamaNya, melainkan untuk dirinya akan beroleh bahagian
keuntungan kecuali Nama Allah (-), kerana sesungguhnya Nama ini digunakannya
hanya untuk menyeru terhadap Wahdaniyyah () Keesaan Allah dan tiadalah bagi
sesuatu kekurangan akan beroleh nasib keuntungan. Allah ( - ) adalah Isim 'Alam (
) yakni suatu katanama yang tepat ke atas Tuhan Pemelihara Yang Maha Memiliki
Keberkatan dan Ketinggian.
Futuhat An-Najihah


20

Adalah dikatakan bahawa Ianya merupakan Al-Ismu Al-A'zham (` `)
yakni Nama Teragung kerana Ianya disifatkan dengan sekelian himpunan Sifat-Sifat.
Sebagaimana yang telah dinyatakan menerusi FirmanNya di dalam Kitab Suci Al-
Quran pada Surah Al-Hasyar ayat 22 24:

< %! 9| | `=s -9 :9 -9 `>9 < %!
9| | 7=9 '_)9 `=.9 9 9 '-9 '!,>9 6.9 >, <
!s 2: < ,=9 !,9 '.9 `&! '!`{ _`.>9 _,. 9 !
,.9 _{ '-9 `3>:

22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Mengetahui yang ghaib dan
yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maharaja, Yang Maha Suci, Yang
Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci
Allah dari apa yang mereka persekutukan.
24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa,
Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di
langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maka, sekelian Nama-Nama Allah yang lain adalah merupakan Sifat bagi
ZatNya sebagaimana FirmanNya dalam Surah Al-A'raf ayat 180,

< '!{ _`.>: `s! !, ' %! >=` ` >` ! l. =-

Hanya milik Allah Nama-Nama Yang Terbaik, maka bermohonlah kepadaNya
dengan menyebut Nama-Nama Yang Terbaik itu dan tinggalkanlah orang-orang
yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut Nama-NamaNya, kerana nanti
mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Dan Firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 110 dan Surah Taha ayat 8,

Futuhat An-Najihah


21

% `s < `s -9 ! ! `s. `&# '!`{ _`.>: > 7..,
! !, _., , 79 ,
Katakanlah Wahai Muhammad: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan
Nama yang mana saja kamu seru, maka bagi DiriNya mempunyai Nama-Nama Yang
Terbaik, dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah
pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".

< 9| | `&! '!`{ _`.>:

Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNya Nama-Nama
Yang Terbaik.

Di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim ada dinukilkan sebuah Hadits
dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

` -

"Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus
kurang satu, barangsiapa yang menghitung-hitungNya nescaya dapat memasuki
Syurga."
Berkenaan jumlah Al-Asma Al-Husna (` ), terdapat Hadits yang telah
diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tirmidzi dan Hadhrat Imam Ibnu Majah
Rahmatullah 'Alaihima dan di antara kedua-dua riwayat tersebut ada terdapat
perbezaan.

Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya
daripada kenyataan sebilangan Para Masyaikh bahawa sesungguhnya bagi Allah Ta'ala
ada lima ribu Nama. Seribu Nama ada dinyatakan di dalam Kitab Al-Quran dan As-
Sunnah iaitu sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam yang Sahih dan seribu Nama ada di dalam Kitab At-Taurat dan seribu
Nama ada di dalam Kitab Al-Injil dan seribu Nama ada di dalam Kitab Az-Zabur dan
seribu Nama ada di dalam Kitab Al-Lauh Al-Mahfuz. Kalimah Allah (-) merupakan
Isim Al-Juma' ( ) yakni Nama yang merangkumi kesemua Nama-Nama Allah.
Tidak akan tersingkap tentangNya melainkan bagi Para AhliNya. Sekelian Nama-
Nama Allah bertakluk dengan sifat daripada Sifat-SifatNya kecuali Nama Allah (-)
kerana bertakluk dengan ZatNya dan sekelian Sifat-SifatNya.

Futuhat An-Najihah


22

Telah timbul perselisihan pendapat mengenai Nama Allah (-), adakah ia Isim
'Alam (

) bagi Zat ataupun Isim Mushtaq (

) dari Sifat? Tentang perselisihan


ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Isim 'Alam bagi
ZatNya, bukan Isim Mushtaq yakni bukan terbit daripada SifatNya, kerana nama-nama
segala Sifat-Sifat adalah sebagai turutan bagi nama-nama Zat. Kerana itulah ianya mesti
dikhaskan sebagai nama Zat bagi menjadikannya sebagai Isim 'Alam, supaya nama-
nama bagi sekelian sifat-sifat dan ciri-ciri menjadi sebagai turutan bagi Zat. Adapun
pendapat yang kedua mengatakan bahawa kalimah Allah (-) adalah Isim Mushtaq
yakni terbit daripada kalimah Alaha (

). Apabila dihubungkan dengan Alif Lam


Ma'rifah, maka dihazafkan huruf Alif Hamzah dan Tafkhim pada penyebutan lafaz
Allah (-).

Terdapat dua perselisihan pendapat pada mengatakan bahawa kalimah Allah
(-) sebagai Mushtaq. Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah (-) adalah
Mushtaq daripada Al-Walahu (

) yang bermakna kesedihan yang hampir kehilangan


akal, kerana sekelian Para Hamba menjadi kesedihan hampir hilang akal terhadapNya
iaitu mengalami perasaan terkejut dan terperanjat terhadapNya dalam urusan-urusan
mereka. Maka dikatakan kepada yang disedihi terhadapnya sebagai Ilah (). Pendapat
kedua mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Mushtaq daripada Al-Uluhiyah
(`) yang bermakna Al-'Ibadah () yakni pengabdian, kerana perkataan Yata-
allahu membawa makna Yata'abbadu.

Kemudian telah timbul perselisihan bahawa, adakah kalimah Al-Ilahu (`)
Mushtaq daripada perbuatan 'Ibadah ataupun daripada tuntutan hak 'Ibadah?
Terdapat dua pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ilahu (`)
adalah Mushtaq yakni terbit daripada perbuatan 'Ibadah. Atas pendapat ini, ianya tidak
akan menjadi sifat yang lazim serta Qadim bagi ZatNya, kerana bersifat baharunya
segala perbuatan pengabdian terhadapNya sesudah Dia menciptakan makhluk
ciptaanNya. Maka, mereka yang berpendapat dengan pendapat yang sedemikian ini
telah menolak bahawa Allah Ta'ala sebagai Tuhan semenjak sediakala, kerana mereka
menganggap bahawa sebelum Dia tidak disembah sebelum berlaku penciptaan
makhluk-makhlukNya.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa Al-Ilahu (`) adalah terbit daripada
tuntutan hak 'Ibadah. Atas dasar ini telah menjadikannya sebagai sifat yang lazim bagi
ZatNya, kerana DiriNya adalah semenjak Azali sediakala lagi menuntut hak bagi
perbuatan 'Ibadah, maka semenjak Azali lagi Dia adalah sebagai Tuhan dan pendapat
inilah yang sahih di antara kedua-dua pendapat tersebut. Ini adalah kerana, jikalau
kalimah tersebut terbit dari perbuatan 'Ibadah dan bukan dari tuntutan hak 'Ibadah,
maka akan menjadi lazimlah penamaan Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam sebagai Ilah
Futuhat An-Najihah


23

kerana gologan Nasrani melakukan perbuatan 'Ibadah kepadanya, dan akan menjadi
lazimlah penamaan sekelian berhala sebagai Ilah kerana golongan penyembah berhala
melakukan perbuatan 'Ibadah terhadap berhala tersebut.

Sebagai membatalkan segala hujjah tersebut, maka kami mengatakan bahawa
Ilah () adalah terbit dari tuntutan hak 'Ibadah dan bukannya terbit dari perbuatan
'Ibadah. Atas pendapat ini, Sifat Ilah adalah daripada Sifat-Sifat Zat, manakala
pendapat pertama menganggap Sifat Ilah adalah daripada sifat-sifat perbuatan.

Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir
Mu'allim At-Tanzil berkenaan firmanNya iaitu kalimah Allah (-) telah mengemukakan
kenyataan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil Rahmatullah 'Alaih dan jemaah
pengikutnya bahawa, Ia adalah Isim 'Alam ( ) yakni Katanama Tertentu yang
dikhaskan hanya untuk Allah 'Azza Wa Jalla, tiada Katanama Terbitan bagi NamaNya
seumpama segala katanama-katanama tertentu yang lain bagi para hambaNya seperti
Zaid dan Umar.

Ada satu jemaah yang berpendapat bahawa Nama Allah adalah Mushtaq yakni
suatu Katanama Terbitan, kemudian mereka telah berselisih pendapat dalam
menentukan Katanama Dasar baginya dengan mengatakan bahawa ianya terbit dari
kalimah Aliha Ilahah (`

) seperti 'Abida 'Ibadah ( ), Fa Maftuh dan 'Ain


Maksur dengan mengemukakan suatu kenyataan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas
Radhiyallahu 'Anhuma daripada Firman Allah pada ayat 127 Surah Al-A'raf:

!% |RQ % s '. ` % .`9 _{ 8 .9 !%
`.)` !, .`. !. !| `% `%

Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun terhadap diri Fir'aun:
"Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di Bumi
Mesir ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?" Fir'aun menjawab: "Akan
kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan akan kita biarkan hidup perempuan-
perempuan mereka dan sesungguhnya kita adalah berkuasa penuh atas mereka".

Kalimah Aalihataka () bermaksud 'Ibadataka () yang memberikan
makna bahawa DiriNya menuntut hak bagi 'Ibadah dan bukan terhadap selainNya.
Suatu jemaah yang lain mengatakan bahawa ianya berasal daripada kalimah Ilaha (

)
berdasarkan Firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 91:

Futuhat An-Najihah


24

! < $! ! l2 - 9| | %! . _9| !, ,=> -9 .-, ?s
_-, >, < !s .

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada Tuhan yang
lain besertaNya, jikalau ada nescaya kesemua Tuhan itu akan membawa makhluk
yang diciptakannya dan sebahagian dari mereka itu akan mengalahkan sebahagian
yang lain; Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.

Hadhrat Imam Al-Mubarrad Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa ianya terbit
daripada perkataan Alihtu () berdasarkan percakapan Bahasa 'Arab: Alihtu Ila Fulan
(` ) adalah memberikan makna: Sakantu Ilaihi ( ) ertinya berdiam
kepada seseorang kerana sekelian makhluk adalah mendiamkan diri terhadapNya dan
tenang tenteram denga mengingati ZatNya, atau memberikan makna: Faza'tu Ilaihi (
) ertinya berhenti terhadap sesuatu, sepertimana ungkapan dari Syair 'Arab:



Dan:



Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih turut menukilkan pendapat yang
menyatakan bahawa Al-Ilahu (

`) adalah berasal dari kalimah Walahu (`). Huruf


Waw digantikan dengan huruf Hamzah sepertimana kalimah Wasyah () dan Asyah
(). Zat Al-Haqq telah mengkhabarkan tentang DiriNya bahawa NamaNya ialah
Allah (-). Tiada yang dapat mengenaliNya kecuali Dia, dan tiada yang dapat
mendengariNya kecuali Dia, dan tiada yang dapat berkata-kata denganNya kecuali
Dia, kerana pada huruf Alif () adalah mengisyaratkan kepada Ananiyyat () dan
Wahdaniyyat (). Tiada sebarang jalan bagi makhluk untuk mencapai Ma'rifat
tentang KeesaanNya melainkan dengan Allah Ta'ala. Pada Nama Allah (-) juga
terdapat dua huruf Lam (). Huruf Lam () yang pertama mengisyaratkan kepada sifat
Al-Jamal () manakala pada huruf Lam () yang kedua mengisyaratkan kepada sifat
Al-Jalal (`). Kedua-dua sifat ini tiada yang dapat mengetahuinya melainkan orang-
orang yang sangat 'Arif berkenaan Sifat-Sifat Allah. Huruf Ha () mengisyaratkan
kepada Huwiyyah () yakni sifat DiriNya Yang Ghaib dan tiada yang dapat
mengenali DiriNya melainkan Dia. Makhluk ciptaan adalah terasing dan jauh dari
segala HaqiqatNya, maka telah dihijabkan DiriNya dengan Huruf-hurufNya untuk
mengenali DiriNya.

Futuhat An-Najihah


25

Dengan huruf Alif (), Allah mentajallikan HaqiqatNya dari Ananiyyat DiriNya
() terhadap hati orang-orang bertauhid yang mana mereka bertauhid dengan
ZatNya. Dengan huruf Lam () yang pertama, Allah mentajallikan HaqiqatNya dari
AzaliNya () terhadap ruh-ruh Para 'Arifin yang mana mereka sentiasa bersendirian
dengan Keesaan ZatNya. Dengan huruf Lam () yang kedua Allah mentajallikan
HaqiqatNya daripada sifat Jamal () yakni keindahan dalam menyaksikanNya
sebagai rahsia-rahsia Para Pencinta, lalu mereka ghaib di dalam lautan KecintaanNya.
Dengan huruf Ha (), Allah mentajallikan HaqiqatNya dari Huwiyyah () DiriNya
terhadap hati Para Muqarrabin.

Menurut Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih bahawa Nama
Allah (-) adalah Isim Al-A'zam ( `) yakni Nama Teragung yang merangkumi
kesemua Nama-Nama Allah secara keseluruhannya, dan pada kedudukan di antara
huruf Alif () dan huruf Lam () terdapat satu huruf tersembunyi yang ghaib daripada
yang ghaib kepada DiriNya yang Maha Ghaib dan rahsia daripada rahsia kepada
RahsiaNya dan hakikat daripada hakikat kepada HaqiqatNya. Tidak akan sampai
kefahaman tentangNya melainkan seorang yang suci dari sekelian dosa, yang makan
makanan yang halal dan teguh dalam menuntut dan memelihara kepentingan Iman.

Terdapat kenyataan sebilangan Mufassirin berkenaan Allah (-), bahawa Dia
adalah Al-Mani' () bererti Yang Menahan atau Yang Menegah. Bahawa Dialah yang
menahan dan menegah pencapaian pemahaman seseorang hamba untuk mencapai
ZatNya menerusi NamaNya. Sebagaimana NamaNya ini menegah seseorang hamba
untuk sampai kepada ZatNya secara Haqiqat, maka pemahaman tentang ZatNya itu
adalah lebih tertegah dan tertahan dengan sifat kelemahan hambaNya dalam
menzahirkan pengertian tentang NamaNya, supaya mereka dapat menyedari
kelemahan mereka dalam memahami tentang ZatNya. Dia memperlemahkan
kemampuan hamba-hambaNya dalam memahami penzahiran NamaNya iaitu Allah
(-), supaya Dia mengajarkan mereka dengan keadaan tersebut bahawa hamba adalah
lemah dalam kemampuan mereka untuk mengingati dan memahami Haqiqat Zat
Allah. Sebilangan Mufassirin ada menyatakan bahawa huruf Alif () mengisyaratkan
kepada Zat Allah Yang Maha Berdiri Sendiri dan mengasingkan DiriNya dari sekelian
makhluk ciptaanNya. Maka, tiada suatu pun dari makhluk ciptaan yang dapat bersatu
dengan ZatNya, sepertimana huruf Alif () yang tidak bersatu dengan sebarang huruf
pada permulaan kalimah, bahkan huruf-huruf yang bersatu dengannya dalam satu
kalimah adalah atas had yang tertentu menurut keperluannya sedangkan ia adalah
tidak memerlukan kepada sebarang huruf. Tiada suatu Nama pun daripada Nama-
Nama Allah yang kekal dengan pengertian ZatNya apabila digugurkan satu-demi satu
huruf-hurufnya kecuali Nama Allah (-), kerana jika digugurkan huruf Alif () dari
kalimah tersebut akan menjadi Lillah (), dan apabila digugurkan satu huruf Lam ()
yang pertama akan menjadi Lahu (), dan apabila digugurkan kedua-dua huruf Lam
tersebut menjadi baki huruf Ha () dan Dialah yang merupakan seutama-utama isyarat.
Futuhat An-Najihah


26

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam
Haqaiq At-Tafsir bahawa, sesungguhnya huruf Alif Pertama (` `) dari NamaNya
Allah (-) adalah PermulaanNya dan huruf Lam Pertama ( ` ` ) adalah Lam Al-
Ma'rifah ( `) dan huruf Lam Kedua ( `) adalah Lam Al-Ala (`` `) dan
An-Ni'ma (). Dan baris yang berada di antara kedua-dua huruf Lam ini
terkandung makna Mukhatabat () yakni orang yang dihadapkan sesuatu
percakapan padanya yang berkaitan perkara Al-Amar (`) dan An-Nahi (). Dan
huruf Ha () adalah bermaksud Nihayah () yakni penghujung pengabdian secara
hakikatnya adalah terhadapNya dan bukan yang selainNya.

Dan ada dinyatakan bahawa sesungguhnya huruf Alif () bermaksud Ala Allah
(- `) yakni Nikmat Allah dan huruf Lam () bermaksud Lutuf Allah ( -) yakni
Kurniaan Anugerah Allah dan huruf Lam () kedua bermaksud Liqa Allah ( -) yakni
Pertemuan Allah dan huruf Ha () adalah bermaksud Haibah Allah ( -) yakni
Kehebatan Allah dengan segala kurniaan nikmatNya.

Ada di kalangan Para Mufassirin yang menukilkan tentang penafsiran Kalimah
Allah (-) telah berkata bahawa, huruf Al-Alif (`) mengisyaratkan kepada Al-
Wahdaniyyah (), dan huruf Al-Lam (`) mengisyaratkan kepada Mahwu Al-
Isyarah (` ) yakni penghapusan isyarat, dan huruf Al-Lam (`) yang kedua
mengisyaratkan kepada Mahwu Al-Mahwu ( ) yakni penghapusan kesan
penghapusan dalam menyingkapkan pengertian huruf Al-Ha (). Dan turut
dinyatakan bahawa barangsiapa mengucapkan Allah (-) dengan huruf-hurufnya,
sesungguhnya dia belum mengatakan Allah (-) kerana Dia adalah di luar daripada
sebarang huruf, pengkhususan dan keraguan, tetapi Dia meredhai ucapan tersebut
darimu kerana tiada jalan untuk menuju kepada Tauhid berkenaanNya walau dalam
apa jua keadaan dan perkataan.

Terdapat kenyataan sebilangan Mufassirin yang telah menerangkan makna
Nama Allah (-) bahawa sesungguhnya seluruh Nama-NamaNya adalah termasuk di
dalam makna Nama ini dan terbit dari Nama ini. Pengertian makna seluruh Asma
Nama-Nama Allah adalah terbit dari Nama Allah (-) ini dan Nama Allah (-) ini tidak
terbit dari sebarang nama selain NamaNya kerana sesungguhnya Allah Yang Maha
Mulia lagi Maha Agung telah mengkhususkan bagiNya Nama tersebut dan tidak
kepada makhlukNya. Telah berkata Hadhrat Abu Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah
'Alaih tentang kalimah Allah (-), bahawa Dia menzahirkan KehebatanNya dan
KebesaranNya.

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan dari Hadhrat
Mansur Rahmatullah 'Alaih dengan Isnadnya daripada Hadhrat Ja'afar As-Sadiq
Radhiyallahu 'Anhu bahawa beliau telah berkata tentang Nama Allah (-),
Futuhat An-Najihah


27

"Sesungguhnya Ia merupakan Nama yang sempurna kerana mengandungi
empat huruf. Huruf Alif (`) adalah mengisyaratkan 'Umud At-Tauhid ( )
yakni tiang pengesaan terhadap Allah, dan huruf Lam Pertama (` `)
mengisyaratkan Lauh Al-Qalam ( ) manakala huruf Lam Kedua ( `)
mengisyaratkan Lauh An-Nubuwwah ( ) dan huruf Ha () adalah
mengisyaratkan penghujung An-Nihayah () bagi sekelian isyarat."

Allah (-) adalah Nama yang tiada terbanding dengan suatu apa pun, tidak
bersandar kepada segala sesuatu bahkan kesemuanya itu bersandar kepadaNya. Allah
adalah Al-Ma'bud () Zat yang disembah yang merupakan Tuhan bagi segala
penciptaan, Dia Maha Suci untuk ditanggap pengertian tentang DiriNya. Pengetahuan
yang meliputi oleh DiriNya adalah dengan KaifiyatNya yang tersendiri dan Dia adalah
Maha Tersembunyi dari pandangan dan pemahaman, dan Dia adalah terhijab dengan
Keagungan KebesaranNya dari sebarang pemahaman.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa,
"Allah (-) adalah Nama bagi Zat Ketuhanan Ilahiyyah sebagaimana keadaan
yang mutlak bagiNya, bukan dengan iktibar secara mensifatkan ZatNya dengan
sebarang sifat-sifat. Dan Ar-Rahman () adalah Yang Maha Melimpahkan
Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha Sempurna atas segala
sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan yang telah
ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang permulaan.
Dan Ar-Rahim () adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan yang bersifat
Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian mereka ke
martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat. Justeru, hendaklah kita berseru,

`

"Wahai Yang Maha Pemurah pada kehidupan Dunia dan Akhirat."

Maka ianya bermakna bahawa dengan rupabentuk Insaniah yang sempurna
serta himpunan yang lengkap dengan sifat Rahmah () secara umum mahupun
khusus adalah merupakan Mazhar tempat penzahiran Zat Ilahi. Dan dikatakan juga
bahawa segala yang wujud di alam wujud ini adalah terzahir daripada huruf Ba ()
Bismillah (- ). Dengan hakikat kebenaran yang agung ini berserta sekelian Sifat-
SifatNya kita memulakan dan membaca. Ianya merupakan Nama Teragung bagi Allah
Ta'ala. Maka, atas pengertian makna inilah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengisyaratkan kepada Ummat dengan
sabdanya,

`` `

Futuhat An-Najihah


28

"Daku telah dikurniakan dengan Jawami' Al-Kalim yakni kalam perkataan
yang mencakup dan daku telah diutus untuk menyempurnakan Akhlaq tatasusila
yang mulia."

Oleh kerana itu, sekelian kalimah adalah merupakan hakikat-hakikat bagi
sekelian perkara yang wujud dan merupakan zat-zat baginya, sepertimana telah
dinamakan kepada Hadhrat Baginda Nabi 'Isa 'Alaihissalam sebagai Kalimah Dari
Allah (- ). Akhlak yang mulia adalah merupakan hal keadaan baginya dan
sebagai kekhususan baginya yang mana merupakan tempat berlakunya segala urusan
tindakan perbuatan Allah Ta'ala yang secara keseluruhannya terlingkung dalam suatu
kejadian yang terhimpun iaitu Insan. Dalam sebuah Hadits ada dinyatakan,

-

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan Hadhrat Baginda Nabi Adam
'Alaihissalam atas gambaran rupa SifatNya"

Zat Allah dihijabkan dengan Sifat-SifatNya dan segala SifatNya dihijabkan
dengan Af'al PerbuatanNya dan segala Af'al dihijabkan dengan segala alam yang
wujud dengan segala kesannya. Maka, seseorang yang berlaku penzahiran ke atas
dirinya dengan Tajalliyyat Af'al tatkala terangkatnya hijab segala alam yang wujud,
akan terhasillah pada dirinya maqam sifat Tawakkal. Seseorang yang mengalami
Tajalliyyat Sifat-SifatNya sesudah tersingkap hijab Af'al, maka akan terhasillah pada
dirinya maqam sifat Ridha dan Taslim. Bagi seseorang yang berlaku Tajalliyyat Zat
dengan tersingkap hijab segala SifatNya, maka akan terhasillah pada dirinya Fana Fi
Al-Wahdah ( ). Seterusnya dia akan menjadi seorang yang bertauhid secara
mutlak dalam setiap apa juga tindakan dan amalan perbuatannya, dan dalam setiap
apa juga pengucapan dan pembacaannya ketika dia mengucapkan "Bismillahir-
Rahmanir-Rahim" ( - ), maka, Tauhid Af'al adalah mendahului atas
Tauhid Sifat, dan Tauhid Sifat adalah mendahului atas Tauhid Zat. Jesteru, atas ketiga-
tiga bahagian Tauhid inilah Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam telah berdoa dalam sujudnya dengan bersabda,



"Daku berlindung dengan KeampunanMu dari SiksaanMu, dan daku
berlindung dengan KeridhaanMu dari KemarahanMu, dan daku berlindung
denganMu dariMu."

Allah (-), Dia adalah Tuhan dan Diri Yang Disembah, Zat yang selayaknya
berada dalam Keesaan untuk disembah dan diibadati kerana kesempurnaan Sifat-Sifat
Ketuhanan yang ada padaNya dan telah diperjelaskan olehNya. Allah (-) adalah Nama
Futuhat An-Najihah


29

Zat DiriNya yang mana dariNyalah kesemua Nama-NamaNya yang lain menuruti,
seperti FirmanNya dalam Surah Ibrahim ayat 2:

< %! `&! ! ,.9 ! _{

"Allahlah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi"

Perbuatan yang hendak dilakukan oleh seseorang hamba telah dinafikan dalam
ayat tersebut untuk mengumumkan kenyataan yang diketahui sebagai Basmalah.
Maka, tidak kira walau apa juga perbuatan yang hendak dilakukan oleh seseorang
hamba, Basmalah adalah amat sesuai untuk disertakan bersama. Apa yang dapat
difahami dari keterangan ini adalah bahawa memohon keberkatan di permulaan
seseuatu pekerjaan dengan Nama Allah dan bahawa ianya dapat menzahirkan suatu
hakikat bahawa amal perbuatan tersebut adalah semata-mata untuk Allah.

Maka, ianya adalah seolah-olah seseorang hamba itu berkata,
"Daku meminta pertolongan Allah dengan sekelian Nama DiriNya Yang Maha
Pemurah, Yang Maha Pengasih dalam perbuatan yang akan daku lakukan."






















Futuhat An-Najihah


30

FASAL KELIMA: BISMILLAH ( )


Telah berkata Hadhrat Al-Husin Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu,
"Bismillah (- ) dari pihak dirimu adalah pada kedudukan "Kun" () dari
pihak DiriNya."

Hadhrat Imam Qushairi Rahmatullah 'Alaih menegaskan bahawa Allah telah
berfirman dengan Bismillah ( -) dan bukannya Billah (-) atas tujuan Tabarruk ()
iaitu bagi memperolehi keberkatan dengan menyebut NamaNya, sebagaimana pada
pegangan kaum Sufiyyah. Lafaz Bismillah ( -) juga adalah sebagai membezakan
maksud penggunaan huruf Ba () Bismillah ( -) adalah untuk tujuan Tabarruk yakni
mengharapkan keberkatan dan bukannya huruf Ba () pada Billah (-) yang digunakan
sebagai Al-Qasam () yakni ketika bersumpah menurut pendapat sebilangan kaum
yang lain, kerana nama adalah bagi sesuatu yang dinamakan dengan nama tersebut.

Di dalam Tafsir Al-Quran At-Tustari ada dinukilkan bahawa Hadhrat Imam
Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah ditanyakan berkenaan makna "Bismillahir-
Rahmanir-Rahim" ( - ). Maka beliau berkata,
"Huruf Ba () adalah Baha Allah 'Azza Wa Jalla ( - ) yakni Keelokan
Allah Yang Mulia dan Agung. Dan huruf Sin () adalah Sana Allah 'Azza Wa Jalla (
- ) yakni Ketinggian Darjat Allah Yang Mulia dan Agung. Dan Mim () adalah
Majdu Allah 'Azza Wa Jalla ( - ) yakni Kemuliaan Allah Yang Mulia dan
Agung. Dan Allah (-) adalah Ismul A'zam yakni Nama Teragung yang merangkumi
Nama-Nama Allah secara kesemuanya, dan pada kedudukan di antara huruf Alif ()
dan huruf Lam () darinya terdapat satu huruf tersembunyi yang ghaib dari yang ghaib
kepada yang ghaib, dan rahsia dari rahsia kepada rahsia, dan haqiqat dari haqiqat
kepada haqiqat. Tidak akan sampai pemahamannya melainkan bagi mereka yang suci
dari dosa-dosa, yang mengambil dari rezeki yang halal serta teguh menuntut keperluan
Iman."

Ada Muffasirin yang mengatakan bahawa huruf Ba () mengisyaratkan kepada
Bab Khazanah Allah (- ) yakni Pintu Khazanah Allah Ta'ala dan huruf Sin ()
mengisyaratkan kepada Sin Ar-Risalah ( ) yang bererti ketibaan Risalah
Kerasulan dan huruf Mim () mengisyaratkan kepada Mulk Al-Wilayah (` ) yakni
Kerajaan Kewalian. Sebahagian Mufassirin ada mengatakan bahawa Bismillah ( -)
bererti Billah (-) yakni: Dengan Allah, Dia telah mensejahterakan hati Para Awliya
Allah dari azab Allah dan menerusi Nuqtah titik pada huruf Ba () telah membukakan
jalan rahsia-rahsia Para Asfiya Allah terhadap HadhratNya dan dengan RahmatNya
telah mengasingkan hati Para HambaNya yang Khawas untuk sentiasa berserta dengan
HadhratNya.

Futuhat An-Najihah


31

Dan telah berkata sebahagian Mufassirin bahawa kalimah tersebut bererti:
Dengan Allah, Dia telah menghairankan hati Para 'Arifin tentang 'Ilmu berkenaan Zat
Allah, dan dengan SyafaqatNya yakni kasih-sayang Allah Ta'ala telah sampailah ilmu
pengetahuan Para 'Ulama terhadap Sifat-Sifat Allah Ta'ala dan dengan RahmatNya
telah datang kefahaman pada orang-orang yang berakal dari kalangan Para Mukminin
untuk menyaksikan apa yang dipersaksikan kepada mereka oleh Allah daripada segala
keterangan-keterangan dari sisi Allah. Dan dikatakan juga oleh sebilangan Mufassir
bahawa, dengan Ilahiyyat KetuhananNya telah mengasingkan hati-hati Para Hamba
Allah, dan dengan Belas-KasihanNya telah menjadikan sifat bagi Para Ruh
mencintaiNya, dan dengan RahmatNya sekelian diri Para HambaNya untuk
mengingatiNya.

Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih dalam mentafsirkan Al-Basmalah telah
berkata,
"Bismillah (- ) adalah KehebatanNya dan pada Ar-Rahman () adalah
PertolonganNya dan pada Ar-Rahim () adalah Cinta dan Kasih-SayangNya."

Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih telah dihikayatkan sebagai berkata
bahawa sesungguhnya Para Ahli Ma'rifah menafikan segala sesuatu daripada hati
mereka kecuali Allah. Jesteru, mereka berkata Bismillah (- ). Dan dikatakannya juga
bahawa sesungguhnya dengan Bismi () akan menjadi berkekalan sekelian ciptaan.
Jikalau dibukakan KitabNya dengan NamaNya, nescaya menjadi cairlah dibawahnya
hakikat sekelian penciptaan kecuali mereka yang terpelihara dari kalangan Nabi
ataupun Wali. Beliau juga telah berkata berkenaan huruf Ba () pada Bismillah (- )
adalah bermaksud bahawa, dengan Allah telah terzahirlah sekelian Para Anbiya
'Alaihimus Solatu Wasssalam dan denganNya mereka telah binasa dan dengan
TajalliNya telah mengelokkan segala perkara yang elok dan denganNya jugalah
terbukanya segala pintu kejayaan dan memudahkan segala kesukaran. Beliau juga ada
mengatakan bahawa, sesungguhnya Bismillah ( -) adalah bagi menerangkan tentang
Baqa () kekekalan alam kejadian yang amat besar. Jikalau memulakan pembukaan
KitabNya dengan NamaNya, nescaya akan lenyaplah sekelian Khalaiq ciptaan berada
dibawah HaqiqatNya kecuali sesiapa yang dari kalangan Para Nabi ataupun Para Wali.
Dan Al-Ismu (`) bermaksud bahawa dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas
hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepadaNya. Dan dikatakan juga berkenaan Bismillah
( -) bahawa, ianya merupakan suatu sifat Para Ahli Haqiqat kerana mereka tidak
dihiaskan dengan sesuatu melainkan dengan perhiasan Al-Haqq dan tiadalah mereka
bersumpah melainkan hanya dengan NamaNya.

Hadhrat Imam Ja'afar As-Sadiq Radhiyallahu 'Anhu telah berkata bahawa, Bismi
() adalah untuk golongan awam dan Allah (-) adalah bagi golongan khas dari yang
khas.

Futuhat An-Najihah


32

Telah dinyatakan di dalam Tafsir Ibnu Katsir bahawa Hadhrat Imam Al-Hafiz
Ibnu Mardawaih Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat
Isma'il Bin 'Ayash Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat
Isma'il Bin Yahya 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Mas'ar
Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Atiyyah
Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Abu Sa'id
Radhiyallahu 'Anhu telah berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermafhum,

` : :
: - : - : :
` ` - -
`

"Sesungguhnya Hadhrat Nabi 'Isa Ibni Maryam 'Alaihissalam telah dibawa
oleh ibunya agar mempelajari Agama Islam kepada seorang Ahli Kitab supaya dia
dapat mengajarkannya isi kandungan Al-Kitab. Maka berkatalah Juruajar
kepadanya, "Tulislah!" Lantas Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam bersabda, "Apa yang
perlu daku tulis?" Juruajar berkata, "Bismillah". Lalu, Hadhrat Nabi 'Isa
'Alaihissalam bertanya kepadanya, "Dan apakah erti Bismillah?" Juruajar berkata,
"Daku tidak mengetahui?" Bersabdalah Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam kepada
Juruajar tersebut, "Huruf Al-Ba () adalah Baha Allah ( ) yakni Keelokan
Allah dan huruf As-Sin () adalah SanaNya () yakni Ketinggian DarjatNya
dan huruf Al-Mim () adalah MamlikahNya () yakni Pemilikan KerajaanNya
dan Allah () adalah Tuhan bagi segala tuhan yang disembah dan Ar-Rahman
() adalah Yang Maha Pemurah pada kehidupan Dunia dan Akhirat manakala
pengertian Ar-Rahim () adalah Yang Maha Pengasih pada kehidupan Akhirat."

Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih menganggap bahawa Hadits ini
Gharib dan mungkin benar sebagai perkataan orang yang selain dari Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Ada kemungkinan juga
ianya bersumber dari riwayat Israiliyyat dan bukan termasuk dari kalangan Hadits
Marfu'. Dan sesungguhnya Allah adalah lebih mengetahui hal keadaan yang sebenar,
Wallahu A'lam.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan sebuah Hadits di
dalam Tafsir Al-Quran karangannya bahawa, pada suatu ketika Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah ditanya berkenaan huruf Alif
() pada huruf Ba () dalam Bismillah (- ), ke manakah perginya? Sebagai menjawab,
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

Futuhat An-Najihah


33



"Ianya telah dicuri oleh Syaitan".

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
memerintahkan Para Sahabatnya supaya memanjangkan tulisan ketika menulis huruf
Ba () pada Bismillah (- ) sebagai menggantikan huruf Alif () yang telah
dilenyapkan.

Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih berkenaan Bismillah
(- ), bahawa huruf Ba () sudah menjadi adat baginya mengkebawahkan baris
kalimah yang datang sesudahnya sebagaimana Min () yang bererti dari dan 'An ()
yang bererti daripada. Dan Muta'alliq bagi huruf Ba () ini adalah tersembunyi bagi
menunjukkan kesempurnaan jumlah Al-Kalam (`) pada ayat tersebut. Taqdir
baginya adalah:

-

Daku memulakan dengan Nama Allah.

Ataupun:

: -

Katakanlah: Dengan Nama Allah.

Dan digugurkan huruf Alif () dari Ismun () sebagai menuntut keringanan
terhadap penggunaannya dan kerana penggunaannya yang banyak, maka hendaklah
dipanjangkan huruf Ba ().

Menurut Hadhrat Imam Al-Qutaibi Rahmatullah 'Alaih ianya adalah supaya
pembukaan Kalam bagi Kitab Allah dimulakan dengan huruf yang agung. Huruf Ba
() daripada Bismillah ( -

) adalah Muta'alliq dengan Khabar bagi Ibtida yang


mengandungi Dhzamir gantidiri iaitu Jumlah Ismiyyah Khabariyyah. Dibangunkan
huruf Ba dan apa yang berhubungan dengannya pada keadaannya iaitu apa yang
sesudahnya Marfu' bertukar menjadi Maksur dan menempati kedudukan Khabar bagi
Ibtida Mahzuf yakni permulaan yang dilenyapkan dengan Taqdirnya sebagai:

-

Permulaanku adalah tsabit dengan Nama Allah

Futuhat An-Najihah


34

Atau:

-

Kemudian dilenyapkan Khabar dan ditegakkan huruf Ba dan apa yang datang
sesudahnya pada maqam keadaanya, dan inilah merupakan pendapat 'Ulama Basrah.
Telah berkata 'Ulama Kufah bahawa huruf Ba adalah Muta'alliq dengan Fi'il Mahzuf
yang dileyapkan yang mana apa yang datag sesudahnya adalah dalam keadaan
Mansub disebabkan kewujudan Fi'il tersebut dan mereka memberikan Taqdirnya
sebagai:

-

Saya telah memulakan Dengan Nama Allah

Menurut pendapat Ahli As-Sunnah, Al-Ismu (`) adalah Al-Musamma ()
yakni zat yang dinamakan. Dan telah berkata Hadhrat Abu 'Ubaidah Radhiyallahu
'Anhu:

- : -

"Makna Dengan Nama Allah adalah Dengan Allah."

Dan katanya:



"Nama sesuatu adalah zat sesuatu itu."

Seterusnya memberikan dalil atas kenyataannya dengan Firman Allah Ta'ala
daripada Surah Al-A'la ayat 1:

_, ` 7, ?s{

"Sucikanlah Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi."

Yakni bertasbihlah mensucikan Tuhan Pemeliharamu iaitu dengan mensucikan
Tuhan kamu. Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (`)
adalah Al-Musamma () yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan
merupakan 'AinNya () serta ZatNya ().
Futuhat An-Najihah


35

Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah Maryam ayat 7:

!2 !| 8:, =-, ` > 9 -> `&! `,% !

Wahai Zakaria, Sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan
beroleh seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah
menciptakan orang yang serupa dengannya.

Allah mengkhabarkan bahawa Nama Nabi yang akan dilahirkan itu adalah
Yahya, kemudian telah memanggil Hadhrat Nabi Yahya 'Alaihissalam dengan seruan,
"Ya Yahya". Dan Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'la pada ayat yang pertama,

_, ` 7, ?s{

Sucikanlah Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.

Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,

8,. ` 7, =>: .}

Maha Berkat Nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Al-Basmalah juga disebut sebagai Ismun, maka penggunaannya dinamakan
sebagai At-Tasmiyah oleh kerana banyak penggunaannya. Jika ditanyakan, apakah
makna At-Tasmiyah dari Allah untuk DiriNya? Maka sebagai jawaban dikatakan,
bahawa ianya adalah sebagai pengajaran kepada Para HambaNya bagaimana untuk
memulakan sesuatu pembacaan Al-Quran.

Telah berlaku perselisihan pendapat pada kedudukan Ismun () sebagai
Mushtaq (). Telah berkata Hadhrat Imam Al-Mubarrad Rahmatullah 'Alaih pada
pihak 'Ulama Basrah bahawa Ismun () adalah Mushtaq daripada As-Simwu ()
yang bererti Al-'Uluwwu () yakni sesuatu yang tinggi, seolah-olah ianya tinggi pada
pengertian maknanya dan apa yang terzahir ke atasnya, lalu kedudukan maknanya
berada di bawahnya. Telah berkata Hadhrat Imam Tsa'lab dari pihak 'Ulama Kufah,
bahawa Ismun ( ) adalah Mushtaq daripada Al-Wismu () dan As-Simmatu ()
yang bererti Al-'Alamat (`) yakni sesuatu yang merupakan tanda, seolah-olah ianya
menunjukkan keadaannya sebagai tanda bagi pengertian maknanya.

Futuhat An-Najihah


36

Adapun pendapat yang pertama adalah lebih sahih kerana apabila diubahkan
kalimah tersebut pada timbangan Tasghir () iaitu wazan Fu'ail () maka As-
Simwu () bertukar menjadi As-Summaiy ( ) dan jikalau ianya daripada kalimah
As-Simmatu () maka Tasghirnya akan bertukar menjadi As-Sumait ()
manakala Al-Wismu () akan menjadi Al-Wusaim ().

Terdapat Para Mufassirin yang telah berusaha mengenalpasti pengertian makna
huruf-huruf yang terkandung di dalam Bismillah dengan jalan Takwil yang mana
berlaku ke atasnya hukum-hukum huruf secara Maknawi sehingga menjadikannya
sebagai suatu maksud mengingati Allah ketika mengucapkan Bismillah.
Terdapat tiga pendapat berkenaan Takwil Bismillah.

Pendapat pertama mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba ()
bermaksud BahaNya () dan BerkatNya () dan BirrNya () dan BasirahNya
(). Huruf Sin () bermaksud SanaNya () dan SamuwNya ( ) dan
SiyadatNya (). Huruf Mim () bermaksud MamlikahNya () dan MajduNya
() dan MannuNya (

). Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Kalbi


Rahmatullah 'Alaih.

Pendapat kedua mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba () bermaksud
Bari Min Al-Awlad (`` ) yakni Yang Bebas Dari Memiliki Anak dan huruf Sin
() bermaksud Sami' Al-Aswat (` ) yakni Yang Mendengar Segala Suara
dan huruf Mim () bermaksud Mujib Ad-Da'awat ( ) yakni Yang Menjawab
Seruan Permohonan. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Sulaiman Bin Yasar
Rahmatullah 'Alaih.

Pendapat ketiga mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba () bermaksud
Baari Al-Khalq ( ) yakni Yang Menjadikan Makhluk dan huruf Sin ()
bermaksud Saatir Al-'Uyub ( ) yakni Yang Menutupkan Keaiban dan huruf
Mim () bermaksud Al-Mannan () yakni Yang Maha Mengurniakan. Ini
merupakan pendapat Hadhrat Imam Abu Rawuq Rahmatullah 'Alaih.

Adapun bagi Nama Allah (-), bahawa telah dikhaskan seluruh Nama-NamaNya
dengan Nama Allah, kerana tidak dinamakan sesuatu apapun dengan NamaNya
terhadap yang selainNya iaitu Allah (-). Telah dihikayatkan daripada Hadhrat Imam
Abu Hanifah Rahmatullah 'Alaih bahawa Nama Allah (-) adalah Al-Ismu Al-A'zham
(` `) yakni Nama Teragung dari sekelian Nama-Nama Allah Ta'ala kerana segala
sesuatu yang selainNya adalah tidak bersekutu pada NamaNya.

Ada sebilangan Para Mufassirin yang mengatakan bahawa barangsiapa
menyebutkan Allah dengan huruf-huruf, maka sesungguhnya dia sama sekali belum
menyebutkan Allah, kerana Dia adalah di luar huruf-huruf dan sebarang
Futuhat An-Najihah


37

pengkhususan dan sebarang sangkaan, akan tetapi keridhaanNya terhadap hambaNya
dengan perlakuan tersebut kerana sesungguhnya tiada jalan untuk mencapai
pemahaman Tauhid tentang Zatnya sama ada secara hal keadaan mahupun dengan
sebarang sebutan. Dan telah dikatakan berkenaan makna sebutan Allah, bahawa
sesungguhnya pengertian kesemua Nama-Nama Allah adalah terkandung di dalam
Nama ini dan kesemua Nama-Nama adalah terbit dariNya. Telah terbit dari Nama ini
segala pengertian makna bagi sekelian Nama-NamaNya dan Nama ini tidak terbit dari
sesuatu Nama selain NamaNya. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah
'Azza Wa Jalla mengasingkan Nama DiriNya dari makhlukNya dan melibatkan
makhlukNya dalam Nama-Nama terbitan yang terbit dari NamaNya.

Telah berkata Hadhrat Abu Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih berkenaan
sebutan Allah (-),
"Ianya adalah sebagai mezahirkan KehebatanNya dan KebesaranNya."

Hadhrat Mansur Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan dengan Isnadnya
daripada Hadhrat Ja'afar Radhiyallahu 'Anhu, bahawa beliau telah berkata berkenaan
sebutan Allah (-), bahawa sungguhnya Ia merupakan suatu katanama yang sempurna
kerana mengandungi empat huruf iaitu huruf Alif (`) yang diisyaratkan sebagai
Tiang At-Tauhid ( ) dan huruf Lam Pertama (` `) mengisyaratkan kepada
Lauh Al-Qalam ( ) dan huruf Lam Kedua ( `) mengisyarat kepada Lauh An-
Nubuwwah ( ) dan huruf Ha () adalah penghujung dalam isyarat yakni
Nihayah Fi Isyarah (` ).

Allah adalah suatu Nama yang terasing, tidak dikaitkan dengan segala sesuatu
bahkan segala sesuatu adalah dikaitkan kepadaNya. Dialah Zat yang Al-Ma'bud Yang
Disembah, yang mana Dia adalah Tuhan sekelian makhluk, suci daripada sebarang
kefahaman tentang hakikatNya dan bagaimana Dia meliputi segala sesuatu. Dia adalah
Zat yang tertutup daripada segala pandangan dan kefahaman dan DiriNya adalah
terhijab dengan KeagunganNya dari sebarang pemahaman.

Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam
Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba () di dalam ayat Bismillah ( -) adalah
sebagai huruf Tadhzmin () yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa dengan
Allahlah telah terzahirnya segala ucapan yang bersifat baharu dan denganNyalah telah
tercipta sekelian makhluk ciptaan. Selanjutnya beliau telah menegaskan bahawa, tiada
suatu ciptaan yang bersifat baharu melainkan kewujudannya adalah berserta dengan
Al-Haqq () dan Al-Haqq () adalah Pemiliknya dan daripada Al-Haqq ()
permulaannya dan kepada Al-Haqq () tempat kembalinya dan dengan DiriNyalah
Para Ahli Tauhid memperoleh limpahan Ma'rifat tentang DiriNya.

Futuhat An-Najihah


38

Hadhrat Imam Qushairi Rahmatullah 'Alaih juga telah menegaskan bahawa
Allah berfirman Bismillah ( -) dan bukannya Billah (-) atas tujuan Tabarruk ()
iaitu bagi memperolehi keberkatan dengan menyebut NamaNya, sebagaimana pada
pegangan kaum Sufiyyah. Lafaz Bismillah ( -) juga adalah sebagai membezakan
maksud penggunaan huruf Ba () Bismillah ( -) untuk tujuan Tabarruk () dan
bukannya huruf Ba () Billah (-) yang digunakan sebagai Al-Qasam () yakni ketika
bersumpah menurut pendapat sebilangan kaum yang lain, kerana nama adalah bagi
sesuatu yang dinamakan dengan nama tersebut. Demikian menurut pendapat Para
'Ulama. Beliau juga menyatakan bahawa, kaum Sufiyyah ketika memperingatkan
tentang Ayat ini, telah menyatakan bahawa daripada huruf Ba () adalah bermaksud
Birr Allah ( -) yang bererti Kebaikan Allah bersama Para AwliyaNya dan daripada
huruf Sin () adalah bermaksud Sirr Allah ( -) yang bererti Rahsia Allah berserta
dengan Para AsfiyaNya, dan daripada huruf Mim () adalah bermaksud Minnah Allah
( -) yang bererti Pengurniaan Anugerah Allah ke atas Para Ahli WilayatNya.

Maka, mereka dapat mengetahui bahawa dengan KebaikanNya mereka
mencapai penghasilan Ma'rifat berkenaan rahsia SirrNya, dan dengan Pengurniaan
AnugerahNya ke atas mereka dapatlah mereka memelihara UrusanNya, dan dengan
DiriNya Yang Maha Suci dan Maha Memiliki Ketinggian dapatlah mereka mencapai
penghasilan Ma'rifat tentang QudratNya.

Menurut Hadhrat Khwajah 'Abdullah Ansari Rahmatullah 'Alaih, bahawa
Bismillah ( -) adalah suatu isyarat dan tanda kehambaan. Bahawa seseorang yang
mengucapkannya adalah sedang menunjukkan tanda kehambaannya.

Bismillah bermakna: Daku memulakan denga setiap Nama yang dimiliki oleh
Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini adalah kerana kalimah Isim adalah dalam bentuk
tunggal dan Muzakkar yakni bersifat jantan, maka ianya adalah merangkumi sekelian
Nama-Nama Allah yang terbaik dan indah.













Futuhat An-Najihah


39

FASAL KEENAM:
AR-RAHMAN AR-RAHIM ( )

Kalimah "Ar-Rahman" () bererti Yang Maha Pemurah dan merupakan salah
satu Nama Allah yang memberikan pengertian bahawa Allah Ta'ala melimpahkan
kurniaanNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. "Ar-Rahim" () bererti Yang
Maha Penyayang dan memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah
() yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan RahmatNya kepada sekelian
makhluk yang dikasihiNya.

Hadhrat Sayyidina 'Ali Bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,
"Ar-Rahman Ar-Rahim ( ) adalah dua buah Nama Allah yang halus
pengertiannya, satu daripadanya adalah lebih halus dari yang berikutnya. Menerusi
kedua-dua buah Nama ini Allah Ta'ala telah menafikan sifat putus asa dari hamba-
hambaNya yang beriman."

Daripada Hadhrat Ja'afar Bin Muhammad Radhiyallahu 'Anhu dinyatakan
sebagai telah berkata berkenaan Ar-Rahman Ar-Rahim (

) bahawa, ianya
adalah apa yang berlaku ke atas Para Muridin yakni orang yang berkehendak dan Para
Muradin yakni orang yang dikehendaki. Maka, Nama Ar-Rahman (

) adalah bagi
Para Muradin agar mereka tenggelam dalam cahaya-cahaya sekelian Haqiqat dan
Nama Ar-Rahim (

) pula adalah bagi Para Muridin agar mereka terus kekal dengan
diri mereka dan kesibukan mereka secara zahir.

Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Dan Ar-Rahman () adalah Nama yang padanya terkandung khasiat dari
huruf yang tersembunyi di antara huruf Alif () dan juga huruf Lam (). Dan Ar-Rahim
() adalah Yang Melanjutkan ke atas hamba-hambaNya dengan kurniaan rezeki
pada sekelian cabangan dan permulaan pada asalnya adalah Rahmat kerana telah
mendahului IlmuNya sedia ada."

Menurut Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih, Ar-Rahman () adalah
Yang Maha Melimpahkan Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha
Sempurna atas segala sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan
yang telah ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang
permulaan. Dan Ar-Rahim () adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan
yang bersifat Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian
mereka ke martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat.

Hadhrat Al-Firuz Abadi Rahmatullah 'Alaih menyatakan di dalam kitab
Tafsirnya bahawa Ar-Rahman (

) bermaksud Ar-Raqiq Min Ar-Riqqah (


Futuhat An-Najihah


40

) yakni Yang Maha Lemah Lembut daripada KehalusanNya dan merupakan sifat
Ar-Rahmah () yang bererti belas kasihan dari sisiNya manakala Ar-Rahim (

)
pula bermaksud Ar-Rafiq () yang bererti teman, sahabat, rakan ataupun kawan.

Dengan Nama Ar-Rahman (), terbitlah sekelian kemuliaan bagi orang-
orang Mukminin seperti keimanan, ketaatan, kewalian, menjaukan diri dari perbuatan
dosa, segala kekurniaan dan segala kenikmatan yang berterusan. Tiada seorang pun
daripada kalangan makhluk yang berhak menggunakan Nama ini kerana makhluk
adalah bersifat kelemahan dan kekurangan pada menganugerahkan sesuatu kepada
seseorang secara berterusan dan berkekalan.

Sesungguhnya Rahmat kasih-sayang Allah terhadap Para Muridin yang benar-
benar berkehendakkan RahmatNya, maka Allah akan mengasingkan mereka dari
penumpuan yang selain dari Ar-Rahman () dan tatkala RahmatNya tersebar
secara umum pada masa kini ke atas seseorang Wali dan para musuhNya dalam
urusan penghidupan mereka dan sentiasa mengurniakan rezeki kepada mereka. Dan
dikatakan bahawa pada Nama Ar-Rahman () mengandungi pengertian kemanisan
pengurniaan dan Musyahadah penyaksian dalam Qurbah pendekatan dan sentiasa
memelihara tanggung-jawab melaksanakan tugas khidmat.

Ada dari kalangan Mufassirin yang menyatakan bahawa sesungguhnya Para
Muhibbin () yang mencintai Allah sentiasa memperolehi nikmat dengan segala
rahasia mereka dalam melakukan Riyadhah latihan menghayati pengertian makna Ar-
Rahman (). Maka terhasillah darinya segala buah-buahan kecintaan dan mereka
meminum air Al-Qurbah () daripadanya. Mereka juga memperolehi nikmat
daripada tebing sungai Al-Quds () dan mereka kembali daripadanya dengan
penglihatan terhadap segala anugerah kekurniaan dan kenikmatan.

Bagi Para Khaifun ( ) yakni mereka yang takut terhadap Allah, akan
merasakan kelazatan di dalam hati mereka dalam menghayati pengertian makna Ar-
Rahman () dan mereka akan berasa pertambahan kemanisan ketenangan dan
kedamaian.

Bagi Para Taibun () iaitu orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah
akan berjalan dengan segala rahsia mereka dalam menghayati pengertian makna
NamaNya Ar-Rahman () lalu mereka kembali daripada pengertian makna
tersebut dengan penyucian rahsia dan kesucian hati.

Bagi Para 'Asun () iaitu orang-orang yang melakukan dosa-dosa akan
berjalan di atas medan penghayatan pengertian makna daripada NamaNya iaitu Ar-
Rahman () lalu mereka kembali daripadanya dengan penyesalan dan Istighfar
memohon keampunan.
Futuhat An-Najihah


41

Ar-Rahman ( ) bermaksud kasih-sayang Allah terhadap Para AwliyaNya.
Dengan Nama Ar-Rahman (), Dia telah mentakrifkan DiriNya terhadap mereka
sehingga menerusi NamaNya mereka dapat mengenali sekelian Nama-NamaNya, Sifat-
SifatNya, Keagungan KebesaranNya dan KeindahanNya, dan denganNyalah telah
keluar segala Karamah bagi Para Abdal dan Para Siddiqin, dan denganNyalah telah
mempersediakan rahsia-rahsia Maqamat bagi Para Asfiya dan para Muqarrabin, dan
denganNyalah telah bertajalli cahaya-cahaya Ma'rifat bagi Para Atqiya dan Para 'Arifin,
kerana Nama Ar-Rahman () mengkhabarkan tentang Pencipta makhluk dan
kemuliaanNya mengatasi sekelian makhluk. Pada Nama Ar-Rahman ()
bermaksud kerehatan bagi Para Arwah orang-orang yang bertauhid dan pertambahan
kegembiraan bagi Para 'Arifin dan sebagai Tarbiyah bagi Para 'Ulama.

Ar-Rahman () adalah sebagai kenderaan bagi Para Salikin untuk mereka
bersiar ke arah khazanah keprihatinan 'InayahNya dan Ar-Rahim (

) adalah sebagai
suatu tali kebenaran bagi orang-orang yang Majzub yang mana telah menarik mereka
ke arah suatu loncatan untuk sampai kepadaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (),
Dia telah mengamankan Para HambaNya dari siksaanNya dan dengan Nama Ar-
Rahim (

), Dia telah mengurniakan kepada mereka ganjaran pahala. Nama Ar-


Rahman () adalah bermaksud sebagai Miftah Al-Mukasyafah ( ) yakni
anak kunci penyingkapan pandangan Mukasyafah manakala Nama Ar-Rahim (

)
adalah sebagai Mirqat Al-Musyahadah ( ) yakni anak tangga penyaksian
Musyahadah. Menerusi Nama Ar-Rahman (

), Dia telah membuka bagi Para


HambaNya perkara yang ghaib dan menerusi Nama Ar-Rahim (

), Dia telah
mengurniakan keampunan dosa-dosa terhadap mereka.

Hadhrat Imam Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih telah diriwayatkan sebagai berkata
bahawa Nama Ar-Rahman () mengisyaratkan bahawasanya tiada seseorang pun
yang dapat mendekatkan diri kepadaNya melainkan dengan perlakuan Rahmaniyyat
() kasih-sayangNya. Dan Nama Ar-Rahim (

) mendekatkan kepadaNya
menerusi ketaatan kerana ianya melibatkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana firmanNya dalam Surah At-
Taubah ayat 128. Ada pandangan dari sebilangan Mufassirin yang mengatakan
pengertian makna Ar-Rahim (

) dalam Al-Basmalah adalah bermaksud bahawa


dengan Sifat Ar-Rahim (

) Allah Ta'ala, Dia telah menghubungkan kamu dengan


Zat Allah (-) dan Sifat Ar-Rahman (). Limpahan Sifat Ar-Rahim (

) ini telah
mengutuskan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
kepada ummat manusia sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 128,

)9 2l> ^ 6. s =s ! `.s _> 6=. 9!,
' '>
Futuhat An-Najihah


42

Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
keimanan dan keselamatan ke atas kamu yang amat belas-kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang Mukmin. [At-Taubah: 128]

Maknanya ketikamana seseorang sedang mengucapkan kalimah Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ), adalah bahawasanya dengan sifat kerahiman dan
kasih-sayang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah memperhubungkan diri seseorang dengan pengucapan Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ).

Ar-Rahim () adalah Dia yang sanggup menerima keadaan Para HambaNya
meskipun dengan segala keaiban diri mereka tatkala mereka sedang berdiri
menghadapNya dan Dialah yang sentiasa memelihara hamba-hambaNya dengan
pemeliharaan yang sempurna dan segera meskipun mereka sedang berpaling dariNya
kerana SifatNya Yang Maha Kaya daripada mereka meskipun mereka menghadapNya
atau membelakangiNya.

Sesungguhnya pengertian makna Ar-Rahim (

) adalah apa yang terbit


daripada Rahmat Kasih-Sayang Allah Ta'ala untuk penghidupan sekelian makhluk dan
pemulihan tubuh badan mereka. Maka tiada terhalang untuk menamakan ZatNya
dengan Sifat Ar-Rahim (

).

Menurut Hadhrat Ibnu 'Ata Rahmatullah 'Alaih pada menerangkan makna Ar-
Rahman () telah berkata bahawa ianya bermaksud 'Aunuhu () yakni
BantuanNya dan Nusratuhu () yakni PertolonganNya. PadaNya terdapat kesucian
bagi Para Pencinta yang mencintaiNya, kesukaan bagi Para Syaiqin yang Shauq
kepadaNya, keamanan bagi Para Pendosa yang bertaubat dan tempat pengharapan
bagi Para Khaifin yang Khauf serta takut kepadaNya.

Ar-Rahim (

) merupakan hembusan yang khas bagi Ahli Khas, sebagai


sandaran bagi orang-orang yang memperolehi rahsia dan merupakan kegembiraan bagi
Ahli Qurbah yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Nama Ar-Rahim ()
mengandungi pengertian Mawaddah ( ) dan Mahabbah ( ) yakni cinta dan kasih-
sayang Allah Ta'ala.








Futuhat An-Najihah


43

FASAL KETUJUH:
BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM
( )

Hadhrat Imam Ibnu Mardawaih Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits
dari Hadhrat Yazid Bin Khalid Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari
Hadhrat Sulaiman Bin Buraidah Rahmatullah 'Alaih dan menurut satu riwayat yang
lain beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat 'Abdul Karim Abi Umayyah Rahmatullah
'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Abi Buraidah Rahmatullah 'Alaih
dan beliau telah meriwayatkan dari bapanya bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

" -
"
"Telah diturunkan ke atasku suatu Ayat yang tidak pernah sama sekali
diturunkan ke atas seorang Nabi pun selain Hadhrat Nabi Sulaiman Bin Hadhrat
Nabi Daud 'Alaihimassalam dan selainku, dan ianya adalah "Bismillahir-Rahmanir-
Rahim"."

Hadhrat Imam Daruqutni Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah
Hadits dari Hadhrat Ibnu 'Umar Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

-

"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam apabila datang kepadaku dengan
membawa Wahyu, pertama-tama apa yang beliau mentalqinkan ke atasku adalah
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah
Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah bersabda,

- `
` ``
``

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bergembira Ahli Langit
dari kalangan Para Malaikat dan telah bergoncanglah 'Arash kerana penurunannya,
Futuhat An-Najihah


44

dan telah turun berserta denganya seribu Malaikat dan telah bertambahlah keadaan
Iman sekelian Para Malaikat, dan telah keluarlah sekelian Jin menundukkan muka
mereka dan telah bergetarlah sekelian Falak dan bergementarlah sekelian sendi-
sendi kerana keagungan penurunannya."

Hadhrat Imam Abu Na'im dan Hadhrat Imam Ibnu As-Sunni Rahmatullah
'Alaihima telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat 'Aishah Radhiyallahu 'Anha
bahawa beliau telah berkata,
"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bertasbihlah gunung-ganang
sehingga ahli penduduk Makkah dan orang-orang di sekitarnya telah turut
mendengarnya. Lalu mereka telah berkata, "Rupanya Muhammad yang telah menyihir
gunung-ganang itu." Kemudian Allah telah menghantarkan awan sehingga bayang-
bayangnya telah meneduhkan ahli penduduk Makkah. Kemudian, Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- ` `

"Barangsiapa membaca "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" dengan yaqin, akan
bertasbihlah berserta dengannya segala gunung-ganang, cuma dia saja yang tidak
dapat mendengar Tasbih darinya."

Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah
Hadits dengan Isnadnya dari Hadhrat 'Abdul Karim Al-Kabir Bin Al-Ma'afi Bin 'Imran
Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari bapanya iaitu Hadhrat Al-
Ma'afi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Umar Bin
Dzarr Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Ata Bin Abi
Rabah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Jabir Bin
'Abdullah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

" - "
- ` `
` .

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", segala awan telah lari
bergegasan ke arah Timur dan telah terhentilah segala angin dan lautan telah
menjadi berkocak bergelora dan sekelian haiwan berkaki empat memperdengarkan
antara sesama mereka dengan khabar seruan tersebut dan sekelian Syaitan telah
direjam dengan rejaman dari langit dan Allah Ta'ala telah bersumpah dengan
KemuliaanNya dan KeagunganNya bahawa tiada seorang pun yang menyebutkan
NamaNya ke atas sesuatu melainkan dia mendapat keberkatan padanya."

Futuhat An-Najihah


45

Hadhrat Imam Ahmad Bin Hanbal Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di
dalam kitab Musnad karangannya bahawa Hadhrat Muhammad Bin Ja'afar
Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepadanya, bahawa Hadhrat Shu'bah Rahmatullah
'Alaih telah berkata kepadanya berkenaan sebuah Hadits dari Hadhrat 'Asim bahawa
beliau telah berkata,
"Daku telah mendengar Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu sedang berbicara
tentang ketika mana beliau menunggangi seekor keldai bersama Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata bahawa beliau telah
jatuh tersadung bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari keldainya, lalu daku berkata, "Telah binasalah
Syaitan."

Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah bersabda,

- `


"Janganlah kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", kerana sesungguhnya
bagi dirimu apabila kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", dia menjadi sombong
membesarkan diri dan dia berkata, "Demi kekuatanku, daku pasti mencari helah
untuk menumbangkannya." Dan apabila kamu berkata "Bismillah", dia akan
menjadi kecil sehinggakan berubah menjadi seperti lalat."

Demikian telah dinyatakan dalam riwayat Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah
'Alaih dan turut dinukilkan oleh Hadhrat Imam An-Nasai Rahmatullah 'Alaih. Dalam
sebuah Hadits lain yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Imam Ibnu Mardawaih
Rahmatullah 'Alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- `

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan
menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar
sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah", kerana sesungguhnya ucapan
tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."

Hadhrat Ibnu Jarir dan Hadhrat Ibnu Abi Hatim Rahmatullah 'Alaihima telah
meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Bashar Bin 'Imarah Rahmatullah 'Alaih dan
beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Abu Rauq Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah
meriwayatkan dari Hadhrat Dhzahhak Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah
meriwayatkan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa,
Futuhat An-Najihah


46

"Sesungguhnya awal-awal apa yang telah turun dengannya oleh Hadhrat Jibrail
'Alaihissalam ke atas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam adalah dengan firman,

-

"Wahai Muhammad, ucapkanlah: Daku meminta perlindungan dengan Allah
Yang Maha Mendengar Yang Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam".

Kemudian Hadhrat Jibrail 'Alaihissalam berfirman,

-

"Ucapkanlah Bismillahir-Rahmanir-Rahim yakni: Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah Yang Maha Pengasih."

Seterusnya Hadhrat Jibrail 'Alaihissalam berfirman kepada Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam,

- - -

"Dengan Nama Allah, Wahai Muhammad, Dia berfirman: "Bacalah dengan
berzikir mengingati Allah Tuhan Pemeliharamu dan bangunlah serta duduklah
dengan berzikir mengingati Allah Ta'ala."

Agama Islam telah mengajarkan kita supaya bertingkah-laku dengan amalan
yang baik dan antara tingkah-laku kebaikan yang diajarkan adalah memulakan segala
tindakan amal perbuata kita dengan menyebutkan Nama Allah terlebih dahulu.
Maksud yang tersembunyi di sebaliknya adalah di luar jangkauan fikiran dan berlipat-
ganda.

Seseorang yang menyebut Basmalah ketika memulakan pekerjaannya adalah
sedang membawa ingatan terhadap Allah kepada fikiran sebelum melakukan sesuatu
tindakan. Ia juga dapat menghindarkan seseorang dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

Seseorang yang menyebutkan Basmalah akan mendapat bantuan sokongan
Allah dalam sesuatu tindakannya. Ia juga akan mengingatkan seseorang kepada
maksud, sumber yang menyempurnakan segala keperluan, punca keberkatan bagi
sesuatu perbuatan dan tempat tujuan yang terakhir.

Futuhat An-Najihah


47

Ssegala sesuatu itu sumbernya adalah dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 21:

| `: | !s `> ! `&! | ), =-

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya dan Kami
tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu."

Menerusi sebutan ayat Basmalah mengandungi khazanah yang agung daripada
Khazanah Al-Quran, bahawa tiada suatu apa pun yang dapat diperolehi melainkan
ianya adalah daripada Yang Maha Esa yang Maha Memiliki segala khazanah
perbendaharaanNya, Dia Yang Maha Tunggal yang dalam genggaman TanganNya
tersimpan kunci-kunci bagi segala khazanahNya. Mencari sesuatu khazanah dari
seseorang yang lain adalah seperti mencari sesuatu daripada seseorang yang tidak
memilikinya atau memiliki sebarang keupayaan ke atas mereka. Dan Allah Ta'ala telah
berfirman dalam Surah An-Najm pada ayat 42:

<| 7, .9

"Dan bahawa sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu."

Allah memiliki segala khazanah yang kekal, bahawa setiap maksud bagi sesuatu
perkara atau sesuatu pekerjaan dikehendaki yang tidak dilakukan untuk mencari
keridhaanNya dan adalah tidak berhubungan terhadapNya dalam apa jua bentuk dan
keadaan, maka ianya adalah bersifat sementara dan lama-kelamaan akan beransur
lenyap kerana maksud terakhirnya bukanlah untuk bersama dengan HadhratNya.
Maksud yang terakhir hanya ada pada Zat Yang Maha Esa yang mana segala perkara
menemui kesimpulannya dan yang membuat keputusan terhadap makhlukNya dengan
kehendak IradahNya, Hikmahya dan 'Ilmu PengetahuanNya. Maka Dia adalah sumber
punca segala perkara yang diingini. Setiap sesuatu yang dicintai, jika ianya tidak
dicintai demi mencari keridhaan Allah, maka cinta tersebut menjadi sia-sia bahkan
ianya akan menjadi suatu tekaan dan azab kesengsaraan. Setiap tindakan yang tidak
dilakukan bagi mencari keridhaanNya adalah terbuang dan terluka. Setiap hati yang
tidak mencapai Diriya adalah terhalang dan terlindung dari mencapai kejayaan dan
kebahagiaan dari sisiNya. Tiada suatu apa pun yang dapat mengatasi Allah dalam
perkara yang perlu dituntut dan tiada yang dapat menemui jalan penyelesaian
menerusi segala yang selainNya.



Futuhat An-Najihah


48

BAB KEDUA: MAKSUD AL-BASMALAH

Maksud pembacaan Al-Basmalah ialah bahawa, "Daku memulakan pembacaan Surah
Al-Fatihah ini dengan menyebut Nama Allah yang penuh keberkatan." Setiap pekerjaan
yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut Nama Allah. Ketika hendak makan
dan minum, memakai dan menanggalkan pakaian, keluar dan masuk rumah, menaiki
kenderaan, menyembelih haiwan dan sebarang pekerjaan yang baik lebih-lebih lagi
ketika memulakan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran hendaklah dimulakan dengan
menyebut Nama Allah. Allah adalah Nama Zat Yang Maha Suci, yang berhak
disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak bergantung pada makhlukNya, tetapi
makhluk yang bergantung kepadaNya.

Di dalam kitab Tafsir Al-'Azhim karangan Hadhrat Imam Ibnu Katsir
Rahmatullah 'Alaih ada menukilkan bahawa Hadhrat Imam Abu Muhammad 'Abdur
Rahman Bin Abi Hatim Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah menyatakan
bahawa beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ja'afar Bin Musafir Rahmatullah 'Alaih
dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak As-San'ani
Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Salam Bin Wahab Al-
Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari bapanya Hadhrat Wahab
Al-Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Tawus
Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas
Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat 'Utsman Bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhu telah
bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala
'Alaihi Wasallam berkenaan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" ( - )? Maka
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

` ` - -

"Ia adalah nama dari Nama-Nama Allah dan tiadalah di antaranya dan antara
Nama Allah Yang Maha Besar melainkan kedekatan jaraknya adalah seumpama
antara mata hitam dan putih pada kedua belah mata."

Hadits ini telah diriwayatkan juga oleh Hadhrat Abu Bakar Bin Mardawaih
Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Sulaiman Bin Ahmad Rahmatullah 'Alaih dari
Hadhrat 'Ali Bin Al-Mubarak Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak
Rahmatullah 'Alaih. Hadits ini juga telah dikeluarkan oleh Hadhrat Imam Al-Hakim,
Hadhrat Imam Al-Baihaqi, Hadhrat Imam Abu Dzar Al-Harwi dan Hadhrat Imam Al-
Khatib Al-Baghdadi Rahimahumullah dengan riwayat dari Hadhrat Ibnu 'Abbas
Radhiyallahu 'Anhu.

Futuhat An-Najihah


49

Hadhrat Imam Ibnu Abi Ad-Dunya dan Hadhrat Imam Ibnu Syaibah
Rahmatullah 'Alaihima telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat Ash-Shu'bi
Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- ` -

"Dengan Nama Allah Yang Maha Teragung adalah Allah".

Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih telah mengeluarkan sebuah
Hadits dari Hadhrat Jabir Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

` - ` -

"Isim Allah Al-A'zham yakni Nama Allah Yang Paling Teragung adalah Allah.
Apakah kamu tidak melihat bahawasanya pada setiap pembacaan Al-Quran dimulai
dengan "Bismillah" sebelum menyebut sekelian nama."

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah
mengarang kitab Tafsir berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari Hadhrat Abu
Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ) adalah mengisyaratkan kepada kasih-sayang Allah
pada segala permulaan.

Menurut pengarang Tafsir Ruh Al-Bayan, Hadhrat Isma'il Haqqi Rahmatullah
'Alaih tentang perkara yang sahih lagi diterima di sisi 'Ulama Mutaakhirin Mazhab
Hanafiyah bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) adalah suatu ayat
yang berasingan dan bukan sebahagian juzuk daripada Surah Al-Fatihah. Ianya telah
diturunkan sebagai pembahagi bagi setiap Surah. Ianya juga diturunkan sebagai suatu
sumber keberkatan dalam memulakan sesuatu pekerjaan seperti dengan menyebutnya
pada setiap urusan yang penting.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) adalah Kunci Al-Quran dan
merupakan kalimah pertama yang telah dituliskan oleh Qalam pada Lauh Mahfuz dan
merupakan kalimah pertama yang telah diturunkan kapada Hadhrat Baginda Nabi
Adam 'Alaihissalam. Ketika hendak memulakan pembacaan Al-Quran, Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ) hendaklah dibaca sesudah mengucapkan Al-
Isti'azah iaitu kalimah memohon perlindungan Allah dari kejahatan Syaitan yang
direjam.

Futuhat An-Najihah


50

Hikmah dikemudiankan Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sesudah
Al-Isti'azah adalah sebagai mendahulukan pengosongan Takhalliyyah terhadap segala
perkara mengatasi pengisian Tahalliyyah dan terhadap permohonan kepada segala
sesuatu yang selain Allah dalam menghadap dan memberikan Tawajjuh kepada
HadhratNya.

Orang-orang kafir dalam masyarakat Jahiliyah pada kelazimannya memulakan
pekerjaan mahupun ucapan mereka dengan nama tuhan-tuhan mereka dengan
mengucapkan, "Dengan Nama Al-Lata dan Al-'Uzza". Maka bagi sekelian Ahli Tauhid
wajiblah memaksudkan pengertian makna yang khusus berkaitan Nama Allah dalam
pengucapan mereka ketika memulakan sesuatu pekerjaan, iaitu dengan mendahulukan
pengucapannya kemudian diikuti dengan amal perbuatan.






























Futuhat An-Najihah


51

BAB KETIGA: FAEDAH AL-BASMALAH

Hadhrat Imam Jalaluddin As-Sayyuti Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan sepuluh
faedah daripada Al-Basmalah.

Pertama:
Menurut Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih, Al-Basmalah bukanlah suatu ayat
daripada Surah Al-Fatihah dan buka dari sebarang Surah yang lain melainkan telah
dikhususkan di dalam kandungan Surah An-Naml. Menurut pendapat Hadhrat Imam
Syafi'I Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya adalah suatu ayat daripada Surah Al-Fatihah.
Menurut Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa ianya adalah suatu ayat
permulaan bagi setiap Surah.

Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih telah memberikan hujjah dengan
sebuah Hadits Sahih yang panjang yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat 'Ubay Bin
Ka'ab Radhiyallahu 'Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya bahawa,
"Telah diturunkan kepadaku sebuah Surah yang tidak ada seumpama
dengannya di dalam Kitab Taurat, Kitab Injil mahupun Al-Quran. Alhamdu Lillahi
Rabbil-'Alamin (Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara seluruh alam)."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah tanpa menyebutkan Basmalah. Hadits
tersebut juga telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tirmizi Rahmatullah 'Alaih
dan Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih di dalam At-Tafsir daripada
Sahihnya. Terdapat juga kenyataan dari sebuah Hadits Qudsi yang Sahih daripada
Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih seperti yang telah diriwayatkannya di dalam
Al-Muwatta dan oleh Hadhrat Imam Muslim di dalam Kitab As-Solah daripada
Sahihnya bahawa Allah Ta'ala telah berfirman,
"Aku telah membahagikan Solat antara Aku dan HambaKu dalam dua
bahagian. Apabila HambaKu mengucapkan: Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin"

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga
telah membacakan Surah Al-Fatihah tanpa menyebutkan Basmalah. Hadhrat Imam
Syafi'I telah mengemukakan hujjahnya dengan menampilkan sebuah riwayat Hadits
daripada Hadhrat Imam An-Nasa'I Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Ibnu
Hibban Rahmatullah 'Alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam selalu meyebut:

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekelian alam.
Futuhat An-Najihah


52

Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu telah memberikan hujjah bahawa
Basmalah adalah tertulis bersama setiap Surah di dalam Mushaf.

Kedua:
Apabila kamu memulakan pembacaan sesebuah Surah hendaklah membaca Basmalah
kecuali untuk Surah At-Taubah. Jika kamu memulakan membaca satu bahagian
daripada sesebuah Surah, kamu mempunyai pilihan antara membacakan Basmalah
atau meninggalkannya. Demikian menurut Hadhrat Abu 'Amr Ad-Dani Rahmatullah
'Alaih, seorang Imam dalam ilmu-ilmu penafsiran Al-Quran dan telah menulis banyak
kitab dalam berbagai kaedah pembacaan dan hukum-hukum pembacaan serta Tafsir
Al-Quran. antara kitabnya yang termasyhur adalah Kitab At-Taysir Fi Qira-ah Sab'ah
yang menyatakan sanad mereka yang telah menerima kaedah pembacaan daripada
tujuh orang pembaca Al-Quran. Sebahagiannya berkata agar ditinggalkan pembacaan
Basmalah. Jika kamu telah menyempurnakan suatu Surah dan hendak memulakan
suatu Surah yang lain, maka para pembaca adalah berbeza-beza keadaannya sama ada
hendak membacakan Basmalah ataupun meninggalkannya.

Ketiga:
Basmalah tidak dibacakan di dalam Solat menurut Hadhrat Imam Malik Rahmatullah
'Alaih, namun menurut Hadhrat Imam Ash-Shafi'I Rahmatullah 'Alaih ianya
disebutkan secara jelas dan kuat di dalam Solat yang dibacakan secara Jihri dan
hendaklah dibacakan secara perlahan dan rahsia di dalam Solat yang bacaan Al-Quran
dibacakan secara Sirri. Menurut Hadhrat Imam Abu Haifah Rahmatullah 'Alaih,
Basmalah hendaklah dibacakan secara rahsia dan perlahan di dalam kedua-dua jenis
Solat sama ada Solat Sirri mahupun Solat Jihri.

Hadhrat Imam Malik telah memberikan hujjah dengan menampilkan dua sudut.
Pertama, bahawa menurut beliau Basmalah bukanlah satu ayat daripada Surah Al-
Fatihah seperti yang telah dikemukakan. Kedua, bahawa apa yang telah dinyatakan di
dalam Hadits Sahih daripada Hadhrat Anas Radhiyallahu 'Anhu bahawa beliau telah
berkata,
"Daku telah bersolat bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Hadhrat Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu
dan Hadhrat 'Umar Radhiyallahu 'Anhu dan Hadhrat 'Utsman Radhiyallahu 'Anhu,
dan mereka telah memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah dengan ucapan:
"Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin" (Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekelian
alam)."

Tanpa menyebutkan Bismillah (Dengan Nama Allah) di permulaannya
mahupun di penghujungnya, yakni ketika memulakan pembacaan Surah yang lain
sesudah Surah Al-Fatihah.

Futuhat An-Najihah


53

BAB KEEMPAT: FADHILAT AL-BASMALAH

Sesungguhnya ucapan Al-Basmalah mengandungi kesan keberkatan yang sangat besar,
maka adalah Mustahab mengucapkan "Bismillah" pada permulaan setiap pekerjaan
mahupun perkataan. Adalah Mustahab mengucapkannya ketika permulaan
menyampaikan Khutbah kerana telah datang riwayat sebuah Hadits yang masyhur
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
telah bersabda,

` -

"Setiap urusan yang tidak dimulakan padanya dengan ungkapan "Bismillahir-
Rahmanir-Rahim" ( ), maka ianya adalah terkudung".

Dalam Hadits yang lain dengan sabdanya,

- `

"Setiap urusan penting yang tidak dimulakan dengan ungkapan "Bismillahir-
Rahmanir-Rahim" ( ), maka ianya adalah terputus dan ianya tidak
berkat".

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Daruqutni
Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Ibnu 'Umar Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengatakan,
"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam datang menemuiku dengan membawa Wahyu
dan mula-mula yang diberikannya kepadaku ialah kalimah "Bismillahir-Rahmanir-
Rahim" ( - ).

Mengucapkan Al-Basmalah juga adalah Mustahab ketika hendak memasuki
tandas kerana terdapat Hadits yang menyatakan sedemikian. Adalah Mustahab
mengucapkannya ketika permulaan Wudhu' kerana ada dinukilkan sebuah Hadits
Hasan oleh Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah 'Alaih dalam kitab Musnad karangan
beliau dengan riwayat daripada Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Sa'id Bin Zaid dan
Hadhrat Abu Sa'id Radhiyallahu 'Anhum bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- `

"Tiadalah sempurna Wudhu bagi seseorang yang langsung tidak menyebut
Nama Allah atas Wudhunya."
Futuhat An-Najihah


54

Terdapat sebahagian di kalangan Para 'Ulama yang telah mewajibkan menyebut
bacaan Al-Basmalah ketika memulakan Wudhu berdasarkan Hadits ini. Begitu juga
ketika menyembelih haiwan, adalah Mustahab menyebutkan Al-Basmalah di sisi
Mazhab Syafi'iy dan jemaah para pengikutnya manakala sebahagian yang lain telah
mewajibkan pembacaannya. Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih telah
menukilkan dalam kitab Tafsirnya berkenaan fadhilat kelebihan Al-Basmalah menerusi
beberapa buah Hadits, antaranya sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat
Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

-

"Apabila kamu mendatangi isterimu, maka sebutlah Nama Allah kerana jika
dikurniakan kamu dengan anak, nescaya akan dituliskan pahala Hasanah kebaikan
bagimu sebanyak bilangan nafas-nafasnya dan nafas-nafas zuriatnya."

Begitulah juga ketika makan dan minum, adalah menjadi Mustahab
menyebutkan Al-Basmalah ketika memulakannya kerana ada sebuah Hadits yang
dinyatakan di dalam Sahih Muslim bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda kepada Hadhrat 'Umar Bin Abi
Salamah Radhiyallahu 'Anhu,

-

"Ucapkanlah "Bismillah" dan makanlah dengan tangan kanan kamu dan
makanlah dari apa yang dekat padamu."

Begitu juga, adalah Mustahab mengucapkan Al-Basmalah ketika Jima' kerana terdapat
riwayat di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim dari Hadhrat Ibnu 'Abbas
Radhiyallahu 'Anhu telah meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

-


"Jikalau salah seorang di kalangan kamu ketika hendak mendatangi isterinya
hendaklah mengucapkan:
"Dengan Nama Allah, Wahai Allahumma, jauhkanlah kami dari Syaitan dan
jauhkanlah Syaitan terhadap apa yang Engkau rezekikan kepada kami." Kerana
sesungguhnya jika ditaqdirkan antara kedua pasangan tersebut anak, maka Syaitan
tidak akan dapat mendatangkan sebarang mudharat kepadanya selama-lamanya."

Futuhat An-Najihah


55

Terdapat banyak Hadits Nabawi yang menyatakan berkenaan Fadhilat dan
kelebihan Al-Basmalah. Bahawa Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah 'Alaih telah
melaporkan daripada Hadhrat Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu berkata mafhumnya,
bahawa beliau sedang menunggang dibelakang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lalu kaki tunggangannya terjatuh dan beliau
telah berkata: "Celaka Syaitan!" Mendengarkan perkataan beliau Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- `

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan
menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar
sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah" kerana sesungguhnya ucapan
tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
diriwayatkan sebagai pernah bersabda mafhumnya,

` -

"Tiada seseorang hamba mengucapkan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
) melainkan hancur Syaitan sebagaimana hancurnya timah yang ditaruh di
atas api."

Ada dinukilkan di dalam Kitab Pati Rahsia karangan Hadhrat Tuan Guru Haji
Nik Mahmud Bin Isma'il Rahmatullah 'Alaih iaitu Datuk Perdana Menteri Paduka Raja
Negeri Kelantan Darun-Na'im berkenaan Nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha
Tinggi. Bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mempunyai tiga ribu nama iaitu
sebanyak seribu Nama, Allah Ta'ala memberikan pengetahuannya kepada Para
Malaikat sahaja. Sebanyak seribu Nama, Allah Ta'ala memberikan pegetahuannya
kepada Para Nabi sahaja. Sebanyak tiga ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab At-
Taurat, sebanyak tiga ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab Az-Zabur, sebanyak tiga
ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab Al-Injil, sebanyak sembilan puluh sembilan
Nama ada tersebut di dalam Kitab Al-Quran dan satu Nama Khas tersimpan dalam
Pengetahuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sekelian makna Nama-Nama Allah Ta'ala yang berjumlah tiga ribu itu ada
terkandung di dalam ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) dan jika
sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ), nescaya Allah
Subhanahu Wa Ta'ala akan mengurniakan kepadanya balasan pahala sebanyak pahala
yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekelian Nama Allah Subhanahu Wa
Ta'ala yang tiga ribu itu.
Futuhat An-Najihah


56

Sesiapa banyak membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) pada
mana-mana perkara yang yang dihajati dan istimewa pula pada mendapatkan rezeki,
nescaya Allah Ta'ala memudahkannya dan mengurniakannya dengan kehebatan pada
hati mereka yang memandang kepadanya.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) dua puluh satu
kali ketika hendak tidur, terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada
kejahatan manusia dan jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat daripada
mati terkejut dan terjauh daripada bala dan penyakit. Jika dibaca Bismillahir-Rahmanir-
Rahim ( - ) sebanyak seratus kali selama tujuh hari berturut-turut pada
mana-mana penyakit ataupun pada orang yang kena sihir, nescaya sembuh orang itu
daripada sihir dan penyakit.

Sesiapa yang membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) seratus
tiga belas kali pada hari Jumaat ketika Khatib di atas Mimbar, kemudian berdoa
bersama Khatib dan memohon daripada Allah Ta'ala aka apa-apa hajat, nescaya Allah
Ta'ala akan mengurniakan apa-apa yang dipohonkannya itu. Sesiapa membaca
Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak tiga ratus tiga belas kali ketika
terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan menghadap Qiblat, nescaya Allah
Ta'ala mengurniakan kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak tujuh
ratus lapan puluh tujuh kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai
oleh Allah Ta'ala atau pada mencapai sesuatu hajat atau hendak menjauhkan apa-apa
bala, nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya. Cara yang terlebih elok
dalam mengamalkan pembacaan Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
sebanyak tujuh ratus lapan puluh tujuh kali ialah ketika dalam keadaan berpuasa di
tempat yang suci yakni berkhalwat selama tujuh hari berturut-turut, kerana kaifiyat
seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak dua
ribu lima ratus kali setiap selepas Solat Subuh selama empat puluh hari berturut-turut
serta ingat kepada fadhilat-fadhilat kelebihannya, nescaya dibukakan oleh Allah Ta'ala
akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu pengetahuan.

Sesiapa sentiasa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
sebanyak seribu kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju
kepadanya. Sesiapa sentiasa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
seribu kali pada tiap-tiap hari, nescaya mudahlah memperolehi apa-apa yang
dikehendakinya. Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
seribu kali pada tiap-tiap hari dan malam, nescaya terlepaslah daripada bala musibah
dan kesusahan.
Futuhat An-Najihah


57

Jika dibaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) seribu kali pada suatu
mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh, ketika terbit
matahari selama tujuh pagi berturut-turut, teraglah hatinya dan mudah ingat apa-apa
yang dipelajarinya.

Sesiapa mengekali membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur,
makan, mengambil Wudhu, menulis, membaca dan lain-lai lagi, nescaya Allah Ta'ala
mempermudahkan baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai
apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Malaikat Munkar
dan Nakir dan Allah akan memperluaskan kuburnya denga keadaan cahaya yang
gilang-gemilang dan pada Hari Qiyamat akan dikeluarkannya dari kuburnya dengan
keadaan putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan mendapatlah kebahagiaan dan
kesenangan dan akan dapat melalui Titian Sirat dengan cepat seolah-olah seperti kilat
lajunya masuk ke dalam Syurga.

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam yang bermafhum bahawa,
"Allah Ta'ala tiada menolak permintaan orang berdoa yang dimulai dengan
Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ).

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam yang mafhumnya bahawa,
"Sesiapa daripada kalangan kamu yang hendak menulis, jadikanlah Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ) pada awal tulisan kamu."

Dan lagi sabdanya,
"Sesiapa menulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) denga tiada
dihapus, nescaya Allah Ta'ala mengurniakan kepadanya seribu kebajikan dan
menghapuskan seribu kejahatan."

Sesiapa menulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) dengan tulisan
yang elok kerana memuliakan Allah Ta'ala, nescaya Allah Ta'ala mengampunkan dosa-
dosanya. Sesiapa yang mengutip sekeping kertas yang ada padanya tulisan Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ) kerana takut terkena pijak, nescaya Allah Ta'ala
mengurniakan kepadanya masuk ke dalam kumpulan Para As-Siddiqin. Dan antara
tanda-tanda kelebihan kalimah yang agung Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( -
) ini ialah Surah-Surah dalam Al-Quran dimulai dengannya.

Jika ditulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak dua puluh
satu kali pada suatu kertas kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang
selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu. Sesiapa menulis
Futuhat An-Najihah


58

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak tiga puluh lima kali pada
suatu kertas kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada
Syaitan, Jin dan diberi kepadanya Berkat yang banyak dan Allah Ta'ala akan
memelihara hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan. Sesiapa menulis
kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) sebanyak seratus satu kali pada
suatu kertas yang putih kemudian tanamka dalam kebun, nescaya subur tumbuh-
tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

-

"Telah diturunkan ke atasku suatu Ayat yang tidak pernah sama sekali
diturunkan ke atas seorang Nabi pun selain Hadhrat Nabi Sulaiman Bin Hadhrat
Nabi Daud 'Alaihimassalam dan selainku, dan ianya adalah "Bismillahir-Rahmanir-
Rahim"."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

-

"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam apabila datang kepadaku dengan
membawa Wahyu, pertama-tama apa yang beliau mentalqinkan ke atasku adalah
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

- `
` ``
``

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bergembira Ahli Langit
dari kalangan Para Malaikat dan telah bergoncanglah 'Arash kerana penurunannya,
dan telah turun berserta denganya seribu Malaikat dan telah bertambahlah keadaan
Iman sekelian Para Malaikat, dan telah keluarlah sekelian Jin menundukkan muka
mereka dan telah bergetarlah sekelian Falak dan bergementarlah sekelian sendi-
sendi kerana keagungan penurunannya."

Futuhat An-Najihah


59

Hadhrat 'Aishah Radhiyallahu 'Anha bahawa beliau telah berkata,
"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bertasbihlah gunung-
ganang sehingga ahli penduduk Makkah dan orang-orang di sekitarnya telah turut
mendengarnya. Lalu mereka telah berkata, "Rupanya Muhammad yang telah
menyihir gunung-ganang itu."

Kemudian Allah telah menghantarkan awan sehingga bayang-bayangnya telah
meneduhkan ahli penduduk Makkah. Kemudian, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- ` `

"Barangsiapa membaca "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" dengan yaqin, akan
bertasbihlah berserta dengannya segala gunung-ganang, cuma dia saja yang tidak
dapat mendengar Tasbih darinya."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

" - "
` ` -
` .

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", segala awan telah lari
bergegasan ke arah Timur dan telah terhentilah segala angin dan lautan telah
menjadi berkocak bergelora dan sekelian haiwan berkaki empat memperdengarkan
antara sesama mereka dengan khabar seruan tersebut dan sekelian Syaitan telah
direjam dengan rejaman dari langit dan Allah Ta'ala telah bersumpah dengan
KemuliaanNya dan KeagunganNya bahawa tiada seorang pun yang menyebutkan
NamaNya ke atas sesuatu melainkan dia mendapat keberkatan padanya."

Sebuah Hadits dari Hadhrat 'Asim bahawa beliau telah berkata,
"Daku telah mendengar Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu sedang berbicara
tentang ketika mana beliau menunggangi seekor keldai bersama Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata bahawa beliau telah
jatuh tersadung bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari keldainya, lalu daku berkata, "Telah binasalah
Syaitan". Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah bersabda,

Futuhat An-Najihah


60

- `

"Janganlah kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", kerana sesungguhnya
bagi dirimu apabila kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", dia menjadi sombong
membesarkan diri dan dia berkata, "Demi kekuatanku, daku pasti mencari helah
untuk menumbangkannya." Dan apabila kamu berkata "Bismillah", dia akan
menjadi kecil sehinggakan berubah menjadi seperti lalat."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah
bersabda,

- `

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan
menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar
sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah", kerana sesungguhnya ucapan
tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."

























Futuhat An-Najihah


61

BAB KELIMA: HURUF AL-BASMALAH

Bilangan huruf yang dilafazkan bagi kalimah Al-Basmalah ini ada lapan belas
manakala yang termaktub dalam bentuk penulisan adalah sembilan belas. Apabila
dihuraikan kalimah-kalimah tersebut, ianya mengandungi dua puluh dua huruf. Lapan
belas mengisyaratkan kepada Al-'Awalim () yakni sekelian alam yang diiktibarkan
sebagai Lapan Belas Ribu 'Alam. Oleh kerana Al-Alfu (`) yang bermakna seribu
adalah merupakan bilangan yang sempurna merangkumi atas baki martabat-martabat
bilangan, maka bilangan seribu dianggap sebagai Ummu Al-Maratib (

) yang
mana tiada bilangan yang mengatasinya. Maka, Lapan Belas Ribu 'Alam tersebut
diiktibarkan sebagai Ummahat Al-'Awalim ( ) yang merangkumi 'Alam
Jabarut, 'Alam Malakut, 'Arash, Kursi, Tujuh Petala Langit, Empat Anasir dan sekelian
juzuk-juzuknya. Sembilan belas huruf adalah mengisyaratkan kepada 'Alam Insani.
Meskipun ianya termasuk dalam 'Alam Haiwan, namun dengan mengambil iktibar
pada kemuliaannya dan keterhimpunannya secara keseluruhan dan melingkungi
segala kewujudan 'Alam yang lain, terdapat hal pekerjaan yang besar dan hujah
baginya.

Hadhrat Imam Al-Waqi', Hadhrat Imam Ats-Tsa'labi, Hadhrat Imam Al-Qurtubi
dan Hadhrat Ibnu 'Atiyyah Rahmatullah 'Alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits
dari Hadhrat Al-A'mash Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari
Hadhrat Abi Wail Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat
Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

- " - " -


"Barangsiapa berkehendak agar Allah memeliharanya dari siksa Malaikat
Zabaniyyah Penjaga Neraka yang sebanyak sembilan belas, maka hendaklah dia
mengucapkan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", kerana Allah akan menjadikan
baginya dari setiap huruf daripada pengucapannya sebagai perisai dari segala
sesuatu."

Terdapat tiga huruf Alif () yang terhijab bagi menyempurnakan bilangan dua
puluh dua huruf yang terhurai adalah mengisyaratkan kepada 'Alam Ilahi Al-Haqq
( ` ) dengan diiktibarkan kepada Zat, Sifat dan Af'al. Maka, terdapat tiga
'alam secara Tafsil yang pada hakikatnya adalah merujuk kepada 'Alam Yang Maha
Satu. Tiga huruf Alif () yang tertulis adalah mengisyaratkan bahawa penzahiran ketiga-
tiga alam tersebut adalah pada Mazhar yakni tempat penzahiran yang agung iaitu
Insan dan sebagai menghijabkan 'Alam Ilahi.

Futuhat An-Najihah


62

TUJUH AYAT AL-FATIHAH

Dalam Tafsir Jalalain ada dinyatakan bahawa Surah Al-Fatihah adalah Surah yang
diturunkan di Makkah mengandungi tujuh ayat beserta Tasmiyah yang juga dikenali
sebagai Al-Basmalah (). Seandainya Al-Basmalah () adalah dari kandungan
Surah Al-Fatihah, maka ayat yang ketujuh adalah "Siratal-Ladzina" ( ) hingga
ke akhirnya, dan jika Basmalah bukan daripada Surah Al-Fatihah, maka ayat yang
ketujuh adalah "Ghairil-Maghdhubi" ( ) sehingga ke akhirnya.

Telah timbul Ikhtilaf perselisihan pendapat berkenaan kedudukan ayat Al-
Basmalah () atau At-Tasmiyah () ini. Terdapat tiga Mazhab pendapat
berkenaan perkara ini seperti yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Imam Al-Baghawi
Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsir beliau yang berjudul Mu'allim At-Tanzil seperti
berikut:

1. Pendapat Mazhab yang pertama adalah Para Qurra iaitu orang-orang yang
mahir berkenaan Al-Quran dari kalangan penduduk Madinah, Basrah dan Para
Fuqaha iaitu orang-orang yang mahir dalam bidang ilmu Fiqah di Kufah.
Mereka berpendapat bahawa ayat tersebut bukan daripada ayat pembukaan Al-
Kitab Al-Quran dan bukan pula ayat pembukaan Surah-Surah yang lain.
Pembukaan pembacaan Al-Quran dengan ayat tersebut adalah bagi
menghasilkan maksud At-Tayammun () dan At-Tabarruk () yakni
bertujuan memperolehi keuntungan dan keberkatan dengan Nama-Nama Allah
Ta'ala.

2. Pendapat Mazhab yang kedua adalah dari kalangan Para Qurra di Makkah,
Kufah dan kebanyakan Para Fuqaha di Hijaz dengan menganggap bahawa ayat
tersebut adalah daripada Surah Al-Fatihah dan bukannya ayat daripada sekelian
Surah kerana ianya dituliskan sebagai Fasal pembahagi untuk setiap Surah.

3. Pendapat Mazhab yang ketiga adalah pendapat Hadhrat Ats-Tsauri, Hadhrat
Ibnu Al-Mubarak dan Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy Rahmatullah 'Alaihim.
Mereka berpendapat bahawa ayat tersebut adalah daripada Surah Al-Fatihah
dan juga daripada setiap Surah kecuali Surah At-Taubah kerana ianya telah
ditulis di dalam Mushaf dengan tulisan pada hampir setiap Surah di dalam Al-
Quran.

Hadhrat Imam Al-Mawardi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam
Tafsir An-Nukat Wa Al-'Uyun karangannya bahawa, telah menjadi Ijma' kesepakatan
Para 'Ulama dan Mufassirin bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - )
adalah daripada isi kandungan Al-Quran di dalam Surah An-Naml.

Futuhat An-Najihah


63

Walaupun demikian, terdapat perselisihan pendapat pada mengitsbatkannya
sebagai kandungan daripada Surah Al-Fatihah. Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy
Rahmatullah 'Alaih dan sebahagian Para 'Ulama telah mengitsbatkan Al-Basmalah
() sebagai ayat permulaan bagi setiap Surah kecuali Surah At-Taubah. Hadhrat
Imam Abu Hanifah Rahmatullah 'Alaih telah menafikan pendapat tersebut dengan
menganggap bahawa ianya bukan termasuk sebagai ayat permulaan bagi setiap Surah.

Telah bersepakat Para 'Ulama bahawa Surah Al-Fatihah adalah mengandungi
tujuh ayat. Di sisi Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih ayat Bismillahir-
Rahmanir-Rahim ( - ) adalah ayat yang pertama daripada Surah Al-
Fatihah dan permulaan ayat yang terakhir adalah Siratal-Ladzina ( ). Bagi
mereka yang tidak menggapkannya sebagai ayat daripada Surah Al-Fatihah telah
menjadikan ayat yang pertama ialah Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin ( - )
dan permulaan ayat yang terakhir ialah Ghairil-Maghdhzubi 'Alaihim ( ).
Antara hujjah mereka yang menjadikan Al-Basmalah sebagai suatu ayat daripada Surah
Al-Fatihah dan juga sebagai suatu ayat bagi Surah-Surah yang lain adalah kerana telah
dituliskan di dalam Mushaf Al-Quran dengan tulisan sepertimana yang tertulis di
dalam Al-Quran. Di samping itu mereka mengemukakan sebuah riwayat dari Hadhrat
'Abdul Wahhab Bin Muhammad Al-Kisai Rahmatullah 'Alaih bahawasanya Hadhrat
Abu Muhammad 'Abdul 'Aziz BinAhmad Al-Khilal telah menyatakan bahawa Hadhrat
Abu Al-'abbas Muhammad Bin Ya'aqub Al-Asam Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan
bahawasanya Hadhrat Ar-Rabi' Bin Sulaiman telah menyatakan bahawa Hadhrat Imam
Ash-Shafi'iy telah menyatakan bahawa Hadhrat 'Abdul Majid telah meriwayatkan
daripada Hadhrat Ibnu Juraij Rahmatullah 'Alaih bahawa beliau telah berkata bahawa
bapanya iaitu Hadhrat Juraij Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan daripada
Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu telah membacakan Firman Allah dari
Surah Al-Hijr ayat 87,

)9 7. !-, !:9 )9 L-9

Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-
ulang dan Al-Quran yang agung. [Al-Hijr: 87]

Seterusnya, Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa Surah
Al-Fatihah adalah Ummu Al-Quran ( ). Kemudian, Hadhrat Sa'id Bin Jabir
Radhiyallahu 'Anhu telah membacakan Surah tersebut sehingga tamat kepada Hadhrat
Juraij Rahmatullah 'Alaih lalu berkata bahawa,
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim ( - ) adalah ayat yang ketujuh".

Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu seterusnya telah berkata,
Futuhat An-Najihah


64

"Hadhrat Ibnu 'Abbas telah membacakannya kepadaku sepertimana daku telah
membacakannya kepada kamu, kemudian beliau telah berkata,

` ` - .

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim adalah ayat yang ketujuh, maka ianya telah
disimpan untuk kamu dan tiada pernah ianya dikeluarkan untuk sesiapa pun
sebelum kamu."

Bagi mereka yang tidak menganggapkan Al-Basmalah sebagai satu ayat
daripada Surah Al-Fatihah telah berhujjah dengan sebuah riwayat yang telah
dikhabarkan oleh Hadhrat Abu Al-Hasan Muhammad Bin Muhammad Ash-Shirazi
Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan bahawa Hadhrat Zahir Bin Ahmad
Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan bahawa Hadhrat Abu 'Isa Ishaq Al-Hashimi
Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan daripada Hadhrat Abu Mus'ab Rahmatullah
'Alaih daripada Hadhrat Malik Rahmatullah 'Alaih daripada Hadhrat Hamid At-Tawil
Rahmatullah 'Alaih daripada Hadhrat Anas Bin Malik Radhiyallahu 'Anhu bahawa
beliau telah berkata,
"Daku telah pernah berdiri Solat di belakang Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq dan
Hadhrat 'Umar Bin Al-Khattab dan Hadhrat 'Utsman Bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhum
dan sesungguhnya kesemua mereka tiadalah membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim
( - ) ketika sudah memulakan Solat."

Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu telah meriwayatkan daripada
Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidak dapat mengenali tanda-tanda yang
membezakan sesebuah Surah sehinggalah telah diturunkan ayat Bismillahir-Rahmanir-
Rahim ( - ).

Hadhrat Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,

- ` .

"Sesungguhnya kami tidak mengetahui Fasal yang menjadi pembahagi di
antara dua buah Surah sehinggalah turun ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
)."

Hadhrat Imam Ash-Shu'bi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, adalah
menjadi kebiasaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam menulis pada permulaan setiap urusan atas adat resam bangsa Quraish iaitu
dengan menuliskan Bismika Allahumma ( ) sehinggalah ayat 41 daripada Surah
Hud diturunkan,
Futuhat An-Najihah


65

!% ,2 ! `., < !1> !8` | "-9 >

Dan Nabi Nuh 'Alaihissalam berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan
menyebut Nama Allah di waktu berlayar dan ketika berlabuhnya." Sesungguhnya
Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah mengubah permulaan penulisannya dengan kalimah Bismillah (- )
sehinggalah ayat daripada Surah Al-Isra ayat 110 telah diturunkan,

% `s < `s -9 ! ! `s. `&# '!`{ _`.>: > 7..,
! !, _., , 79 ,

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan Nama yang mana saja
kamu seru, Dia mempunyai Al-Asma Al-Husna iaitu Nama-Nama yang terbaik dan
janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula
merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu".

Maka, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah mengubah permulaan penulisannya dengan kalimah Bismillahir-
Rahman ( - ) sehinggalah turun ayat 30 daripada Surah An-Naml,

| = | `., < >9 >9

Sesungguhnya surat itu dari Hadhrat Nabi SuIaiman 'Alaihissalam dan
sesungguhnya isi kandungannya ialah: "Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha
Pemurah Yang Maha Penyayang."

Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah menurutinya dalam memulakan penulisan dengan kalimah Bismillahir-
Rahmanir-Rahim (

).

Anda mungkin juga menyukai