Anda di halaman 1dari 2

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda

Mimbar Nakhoda O a
BIL: 21/RABIUL-AKHIR 1436H/JANUARI 2014M

PERCUMA UNTUK AHLI JEMAAH MASJID

Asy-Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani


Hadhrat Ghauts Azham Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah Alaih (470-561H/1077-1166M) adalah seorang Ulama besar dalam bidang
Fiqh dan Tashawwuf yang sangat dihormati oleh Ahli Sunnah dan dianggap Wali dalam aliran Thariqat dan Shufiya sehingga menjadi suatu
kewajaran jika sekarang ini banyak kaum Muslimin menyanjunginya dan mencintainya. Beliau lahir pada hari Rabu 1 Ramadhan 470H atau
471H/1077M di kota Jailan atau disebut juga Kailan, di selatan Laut Kaspia yang sekarang menjadi Provinsi Mazandaran di Iran. Beliau wafat
pada hari Sabtu malam, setelah Maghrib pada 9 Rabiul Akhir di daerah Babul Azaj, Baghdad pada 561H/1166M. 490/471 H. Sehingga di akhir
nama beliau ditambahkan kata Al-Jailani atau Al-Kailani atau juga Al-Jili. Ibnul Imad menyebutkan bahwa nama lengkap beliau adalah Abdul
Qadir bin Abi Shalih bin Janki Dost bin Abi Abdillah Abdullah bin Yahya bin Muhammad bin Daud bin Musa bin Abdullah bin Musa Al-Huzi bin
Abdullah Al-Himsh bin Al-Hassan Al-Mutsanna bin Al-Hassan bin Ali bin Abi Thalib. Ada dua riwayat sehubungan dengan tarikh kelahiran
Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Riwayat pertama bahawa dia lahir pada 1 Ramadhan 470H. Riwayat kedua menyatakan dia lahir pada 2 Ramadhan
470H.
Silsilah Syaikh Abdul Qadir bersumber dari Khalifah Sayyid Ali Al-Murtadha melalui ayahnya sepanjang 14 generasi dan melaui ibunya
sepanjang 12 generasi. Syaikh Sayyid Abdur-Rahman Jami memberikan ulasan mengenai asal-usul Syaikh Abdul Qadir sebagai berikut: "Beliau
adalah seorang Sulthan yang agung yang dikenali sebagai Ghauts Al-A'zham. Beliau mendapat gelaran Sayyid dari silsilah kedua orang tuanya
iaitu Hassani dari sebelah ayah dan Hussaini dari sebelah ibu". Silsilah keluarganya adalah seperti berikut:
1.
Dari Ayahnya (Hassani): Syaikh Abdul Qadir bin Abu Shalih bin Abu Abdillah bin Yahya Az-Zahid bin Muhammad Al-Akbar
bin Dawud bin Musa At-Tsani bin Abdullah Tsani bin Musa Al-Jaun bin Abdullah Mahdi bin Hasan Al-Mutsanna bin Hasan
As-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib, suami Fathimah binti Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam.
Dari ibunya (Hussaini): Syaikh Abdul Qadir bin Ummul-Khair Fathimah binti Abdullah 'Atha bin Mahmud bin Kamaluddin
2.
Isa bin Abi Jamaluddin bin Abdullah Sami' Az-Zahid bin Abu Alauddin bin Ali Ridha bin Musa Al-Kazhim bin Ja'far AshShadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zainal 'Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, suami Fathimah Az-Zahra binti
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam.
Syaikh Abdul Qadir dianggap sebagai Wali Allah dan diadakan acara penghormatan besar oleh sebahagian kaum Muslimin dari kalangan
pengikutnya di benua India. Di kalangan para pengikutnya beliau dikenali sebagai Ghauts Al-Azham. Ketika berusia 8 tahun dia sudah
meninggalkan kampungnya, Jailan menuju ke Baghdad pada tahun 488H/1095M. Kerana tidak diterima belajar di Madrasah Nizhamiyyah,
Baghdad yang pada ketika itu dipimpin oleh Syaikh Ahmad Al-Ghazali yang menggantikan saudaranya Abu Hamid Al-Ghazali. Di Baghdad beliau
telah belajar dengan beberapa orang Ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthat, Abul Husain Al-Farra' dan Abu Sa'ad Al-Muharrimi. Beliau
menimba ilmu pada Para Ulama tersebut hingga mampu menguasai Ilmu-ilmu Ushul dan juga perbezaan pendapat Para Ulama. Dengan
kemampuan itu, Abu Sa'ad Al-Mukharrimi yang membangunkan madrasah kecil di daerah Babul Azaj telah menyerahkan tugas mengelolakan
madrasah itu sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Dia mengelolakan madrasah ini dengan bersungguh-sungguh, bermukim di sana
sambil memberikan nasihat kepada orang ramai di sekitar madrasah tersebut. Banyak orang yang bertaubat setelah mendengar nasihat beliau.
Banyak pula orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang menimba ilmu di madrasah beliau hinggakan madrasah itu tidak mampu
menampung lagi, maka diadakan perluasan.
Murid-muridnya banyak yang menjadi Ulama terkenal seperti Al-Hafizh Abdul Ghani yang menyusun kitab Umdatul-Ahkam Fi Kalami
Khairil-Anam, Syaikh Ibnu Qudamah penyusun kitab Fiqh terkenal Al-Mughni. Syaikh Ibnu Qudamah sempat tinggal bersama beliau selama
sebulan sembilan hari. Kesempatan ini digunakan untuk belajar daripada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani hingga beliau meninggal dunia. Syaikh
Ibnu Qudamah ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir, beliau menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya.
Beliau menempatkan kami di madrasahnya. Beliau sangat memberikan perhatian terhadap kami. Kadang-kadang beliau mengutuskan putera
beliau yang bernama Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Beliau senantiasa menjadi Imam dalam Shalat Fardhu." Imam Ibnu Rajab juga
berkata, "Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah memiliki pemahaman yang bagus dalam masalah Tauhid, Shifat-shifat Allah, Taqdir dan
Ilmu-ilmu Ma'rifat yang sesuai dengan Sunnah." Beliau seorang Imam bermazhab Hanbali dan menjadi guru besar mazhab ini pada masa hidup
beliau. Beliau adalah seorang yang beraqidah Ahlus-Sunnah mengikuti jalan Salafush-Shalih. Beliau terkenal banyak memiliki Karamah tetapi
banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau, baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran Thariqah yang
berbeza dengan jalan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan Para Shahabatnya. Imam Adz-Dzahabi dalam menyebutkan tentang
Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Siyar A'lamin Nubala menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari 500 orang masuk
Islam menerusi tanganku dan lebih dari 100,000 orang telah bertaubat." Ibnu Rajab mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah seorang
yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak Para Masyaikh, baik Para Ulama dan Para Ahli Zuhud. Beliau memiliki banyak
keutamaan dan Karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al-Muqri Abul-Hasan Asy-Syathnufi Al-Mishri telah mengumpulkan kisah-kisah dan
keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar
kebohongannya. Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebahagian kitab ini
tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab yang
selain ini kerana kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenali. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh dari Agama dan
akal, kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan batil yang tidak terbatas. Semua itu tidak layak dinisbatkan kepada Syaikh Abdul
Qadir Al-Jailani. Kemudian aku dapati bahawa Al-Kamal Ja'far Al-Adfawi telah menyebutkan bahawa Asy-Syathnufi sendiri tertuduh berdusta
atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini." Imam Adz-Dzahabi mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani memiliki kedudukan
yang agung, tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebahagian perkataannya dan Allah menjanjikan keampunan atas kesalahan-kesalahan
orang-orang beriman. Namun sebahagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau." Imam Adz Dzahabi juga berkata, "Tidak ada
seorang pun Para Ulama besar yang riwayat hidup dan Karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dan banyak
di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi." Syaikh Rabi' bin Hadi Al-Makhdali berkata dalam kitabnya, AlHaddul-Fashil, "Aku telah mendapatkan Aqidah beliau di dalam kitabnya yang bernama Al-Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang
Salafi. Beliau menetapkan Nama-nama dan Shifat-shifat Allah dan Aqidah-aqidah lainnya atas Manhaj Salaf. Beliau juga membantah kelompokkelompok Syi'ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah dan kelompok lainnya yang bertentangan dengan manhaj Salaf.

USAHA DAKWAH SYAIKH


ABDUL QADIR AL-JAILANI
Al-Jaba'i berkata bahawa Syaikh Abdul Qadir pernah berkata kepadanya, Tidur dan bangunku sudah diatur. Pada suatu saat dalam dadaku timbul
keinginan yang kuat untuk berbicara. Begitu kuatnya sampai daku berasa tercekik jika tidak berbicara. Dan ketika berbicara, daku tidak dapat
menghentikannya. Pada saat itu, ada dua atau tiga orang yang mendengarkan perkataanku. Kemudian mereka mengkhabarkan apa yang aku
ucapkan kepada orang-orang dan mereka pun berduyun-duyun mendatangiku di Masjid Bab Al-Halbah. Kerana tidak memungkinkan lagi, maka
daku dipindahkan ke tengah kota dan dikelilingi dengan lampu. Orang-orang tetap datang di malam hari dengan membawa lilin dan obor hingga
memenuhi tempat tersebut. Kemudian, aku dibawa ke luar kota dan ditempatkan di sebuah Mushalla. Namun, orang-orang tetap datang
kepadaku dengan mengendarai kuda, unta bahkan keledai dan menempati tempat di sekelilingku. Saat itu hadir sekitar 70 orang Para Wali
Radhiyallahu 'Anhum.
Dalam beberapa manuskrip dinukilkan bahawa Syaikh Abdul Qadir berkata, Sebuah suara berkata kepadaku saat daku berada
dalam pengasingan diri, "Kembalilah ke Baghdad dan ceramahilah orang ramai. Daku pun pergi ke Baghdad dan menemukan para penduduknya
dalam keadaan yang tidak daku sukai dan kerana itulah daku tidak jadi mengikuti mereka". "Sesungguhnya mereka akan mendapatkan manfaat
dari keberadaan dirimu," kata suara tersebut. "Apa hubungan mereka dengan keselamatan Agama dan keyakinanku?" tanyaku. "Kembalilah ke
Baghdad dan engkau akan mendapatkan keselamatan Agamamu," jawab suara itu. Daku pun membuat 70 perjanjian dengan Allah. Di antaranya
adalah tidak ada seorang pun yang akan menentangku dan tidak ada seorang Muridku yang meninggal kecuali dalam keadaan bertaubat. Setelah
itu daku kembali ke Baghdad dan mulai berceramah.
Syaikh Abdul Qadir berkata, "Seseorang Syaikh tidak dapat dikatakan mencapai puncak keruhanian kecuali apabila 12 sifat berikut
ini telah mendarah daging dalam dirinya. Dua sifat dari Sifat Allah iaitu dia menjadi seorang yang Sattar yakni menutup aib dan Ghaffar yakni
pemaaf. Dua sifat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam iaitu penyayang dan lemah-lembut. Dua sifat dari Abu Bakar iaitu jujur dan amanah
dapat dipercayai. Dua sifat dari Umar iaitu Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Dua sifat dari Utsman iaitu dermawan dan bangun malam bertahajjud
pada waktu orang lain sedang tidur. Dua sifat dari Ali iaitu Alim, cerdas, intelek dan pemberani.
Syaikh Abdul Qadir berkata, Apabila lima perkara tidak terdapat dalam diri seorang Syaikh maka dia adalah Dajjal yang mengajak
kepada kesesatan. Dia harus sangat mengetahui hukum-hukum Syariat Zhahir, mencari Ilmu Haqiqah dari sumbernya, hormat dan ramah kepada
tetamu, lemah-lembut kepada faqir miskin, mengawasi Para Muridnya sedang dia selalu merasa diawasi oleh Allah. Syaikh Abdul Qadir juga
menyatakan bahawa, Syaikh Junaid mengajarkan sukatan Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita untuk menilai seorang Syaikh. Apabila dia tidak
hafal Al-Quran, tidak menulis dan menghafal Hadits, maka dia tidak pantas untuk diikuti. Syaikh Abdul Qadir berkata, "Kalimat Tauhid akan sulit
hadir pada seorang yang belum ditalqin dengan Zikir bersilsilah sampai kepada Rasullullah oleh Mursyidnya saat menghadapi Sakaratul-Maut".
Kerana itulah Syaikh Abdul Qadir selalu mengulang-ulang syair yang berbunyi:
Wahai yang lazat diulang dan diucapkan iaitu Kalimat Tauhid,
Janganlah engkau lupakan daku di saat perpisahan Maut.
Pada tahun 521H/1127M, beliau mengajar dan berfatwa dalam semua Madzhab pada masyarakat sehingga dikenali masyarakat
yang luas. Selama 25 tahun Syaikh Abdul Qadir menghabiskan waktunya sebagai pengembara Shufi di gurun padang pasir Iraq dan akhirnya
dikenali oleh Dunia sebagai tokoh Shufi besar Dunia Islam. Selain itu dia memimpin Madrasah dan Ribath di Baghdad yang didirikan sejak tahun
521H hingga wafatnya pada tahun 561H. Madrasah itu tetap bertahan dengan dipimpin puteranya bernama Syaikh Abdul Wahab (552593H/1151-1196M), kemudian diteruskan puteranya bernama Syaikh Abdul Salam (611H/1214M). Juga dipimpin anak kedua Syaikh Abdul Qadir
yang bernama Syaikh Abdul Razzaq (528-603H/1134-1206M), sampai ketika hancurnya Baghdad pada tahun 656H/1258M. Syaikh Abdul Qadir AlJailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Beliau wafat pada hari Sabtu malam, setelah Maghrib pada 9 Rabi'ul Akhir 561H di daerah
Babul Azaj.
Karya karya Penulisannya:
1. Tafsir Al-Jailani
2. Al-Ghunyah Li Thalibi Thariqil-Haqq
3. Futuh Al-Ghaib
4. Al-Fath Ar-Rabbani
5. Jala' Al-Khawathir
6. Sirr Al-Asrar
7. Asrar Al-Asrar
8. Malfuzhat
9. Khamsata Asyara Maktuban
10. Ar-Rasail
11. Ad-Diwaan
12. Shalawat Wal-Aurad
13. Yawaqitul-Hikam
15. Amrul-Muhkam
16. Ushul As-Sabaa
17. Mukhtasar Ulumuddin
Mimbar Nakhoda ini diterbitkan secara bulanan oleh Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda,
Jalan Nakhoda Tengah, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits,
Madrasah Ulul Azmi, Kampung Sepakat Wira Damai, Batu Caves. Cetakan adalah terhad, maka digalakkan untuk difotostat dan
diedarkan kepada orang lain, semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran pahala yang berterusan, Amin.

Ketua Editor: Ust. Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi / Penolong Editor: Sdr. Muhammad Taufiq

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda

Pesanan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani


Ikutilah Sunnah Rasul dengan penuh keimanan, jangan mengerjakan Bidah, patuhlah selalu kepada Allah  dan RasulNya , janganlah
melanggarinya. Junjung tinggikan Tauhid, jangan menyekutukan Allah , selalu sucikan Allah , dan jangan berburuk sangka
kepadaNya. Pertahankanlah kebenaranNya, jangan ragu sedikitpun. Bersabarlah selalu, jangan menunjukkan ketidak-sabaran.
Beristiqamahlah dengan berharap kepadaNya, bekerja-samalah dalam ketaatan, jangan berpecah-belah. Saling mencintailah dan jangan
saling mendendam. Tabir penutup Qalbumu tak akan tersingkap selama engkau belum lepas dari Alam Ciptaan; tidak berpaling dariNya
dalam keadaan hidup selama hawa Nafsumu belum pupus; selama engkau melepaskan diri dari kemaujudan Dunia dan Akhirat; selama
jiwamu belum bersatu dengan kehendak Allah  dan cahayaNya. Jika jiwamu bersatu dengan kehendak Allah  nescaya mencapai
kedekatan denganNya melalui pertolonganNya. Makna Haqiqi bersatu dengan Allah  ialah berlepas diri dari makhluq dan kedirian serta
sesuai dengan kehendakNya tanpa gerakmu, yang ada hanya KehendakNya. Inilah keadaan Fana dirimu dan dalam keadaan itulah
engkau bersatu denganNya, bukan dengan bersatu dengan ciptaanNya. Sesuai dengan Firman Allah , Tidak ada sesuatu pun yang
serupa denganNnya, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Anakku! Pertama-tama nasihatilah dirimu, kemudian nasihatilah orang lain. Perhatikanlah dirimu, jangan mengurusi orang lain,
jangan mengurusi orang lain selama dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki. Sungguh celaka! Engkau mengaku tahu cara
menyelamatkan orang lain. Engkau buta! Bagaimana dapat menuntun orang lain? Hanya yang memiliki penglihatan tajamlah yang
mampu menuntun umat manusia. Hanya seorang perenang handal sajalah yang mampu menyelamatkan mereka dari samudera ganas.
Hanya orang yang mengenal Allah  yang dapat mengembalikan manusia ke JalanNya. Seseorang yang tidak mengenalNya, bagaimana
dapat menuntun manusia ke JalanNya? Hai orang-orang yang lalai! Secara terang-terangan engkau menentang Allah  yang Maha
Benar dengan bermaksiat kepadaNya tetapi merasa aman dari siksaNya? Ketahuilah tak lama lagi rasa aman itu akan berubah menjadi
ketakutan, masa luangmu menjadi kesempitan, kesehatanmu menjadi sakit, kemuliaanmu menjadi kehinaan, kedudukanmu menjadi
rendah, kekayaanmu menjadi kemiskinan. Ketahuilah! Rasa aman dari siksa Allah  yang akan kau peroleh di Hari Qiyamat sesuai
dengan rasa takutmu kepadaNya di Dunia ini. Sebaliknya, ketakutanmu di Hari Qiyamat, sesuai dengan rasa amanmu dari siksa Allah 
di Dunia. Sayangnya! Engkau tenggelam di Dunia dan terperosok ke lembah kelalaian sehingga cara hidupmu seperti haiwan. Yang
kalian ketahui hanyalah makan, minum, menikah dan tidur. Keadaan kalian ini tampak nyata bagi orang-orang yang berhati suci. Rasa
rakus terhadap Dunia, keinginan untuk mencari dan menumpuk-numpuk harta telah memalingkan kalian dari Jalan Allah  dan PintuNya.
Hai yang ternoda kerana ketamakannya! Andaikata kamu bersama penghuni bumi bersatu untuk mendatangkan sesuatu yang bukan
bahagianmu, maka kalian semua tidak akan mampu mendatangkannya. Oleh kerana itu tinggalkanlah rasa tamak untuk mencari sesuatu
rezeki yang telah ditetapkan untukmu, mahupun yang tidak ditetapkan untukmu. Apakah pantas bagi seorang yang berakal untuk
menghabiskan waktunya memikirkan sesuatu yang telah selesai pembahagiannya?
Empat hal berikut dapat menghapuskan Agama kalian:
1. Kalian tidak mengamalkan apa yang kalian ketahui.
2. Kalian mengamalkan apa yang tidak kalian ketahui.
3. Kalian tidak mahu mempelajari apa yang tidak kalian ketahui, maka selamanya kalian bodoh.
4. Kalian mencegah orang lain untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui.
Kalian menghadiri majlis ilmu hanya untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan Duniawi kalian, bukan untuk mengubati
penyakit hati. Kalian tidak mendengarkan nasihat para penceramah, tetapi meneliti kesalahan mereka, kemudian menghina dan
mentertawakannya, kalian juga bermain-main dalam majlis. Sesungguhnya kalian sedang mempertaruhkan diri kalian kepada Allah 
Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Segeralah bertaubat, jangan mencontohi musuh-musuh Allah . Berusahalah untuk mengambil
manfaat dari apa yang kalian dengar.
Berpuasalah! Tetapi ketika berbuka jangan lupakan faqir miskin. Berilah mereka sedikit makanan yang kamu gunakan untuk
berbuka. Jangan makan sendiri, sebab orang yang makan sendiri dan tidak memberi makan orang lain dikhuatirkan kelak akan menjadi
miskin dan hidup susah. Perut kalian kenyang, tetangga kalian kelaparan, tetapi kalian mengaku sebagai Mukmin. Iman kalian tidaklah
sah jika kalian memiliki banyak makanan sisa, keluarga kalian telah makan, tetapi kalian tolak seorang peminta yang berdiri di depan
pintu kalian, sehingga dia pergi dengan tangan hampa. Jika ini kalian lakukan, ketahuilah, tak lama lagi kalian akan mengetahui berita
kalian, kalian akan menjadi sepertinya, kalian akan diusir sebagaimana kalian mengusir peminta itu ketika kalian mampu memberinya.
Sungguh celaka dirimu, mengapa engkau tidak segera bangun dan memberikan sesuatu yang kamu miliki dengan tanganmu sendiri.
Andaikata kalian mahu bangun dan memberinya sesuatu, maka kalian telah melakukan dua kebaikan, iaitu merendahkan diri kepada
sang peminta dan bersedekah kepadanya. Lihatlah Nabi kita Muhammad , Baginda bersedekah kepada peminta, memerah susu unta
dan menjahit pakaian Baginda dengan kedua tangan Baginda sendiri. Bagaimana kalian berani mengaku sebagai pengikut Sunnah
perbuatan Baginda . Kalian hanya pandai mengaku, tetapi tidak memiliki bukti!
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahwa dia lebih baik darimu, ucapkan dalam hatimu:
Bisa jadi kedudukannya di sisi Allah swt jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu:
Anak ini belum bermaksiat kepada Allah swt, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih
baik dariku.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu:
Dia telah beribadah kepada Allah swt jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu:
Orang ini memperoleh karunia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui
apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu:
Orang ini bermaksiat kepada Allah swt karena dia bodoh tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku
mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu:
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, bisa jadi di akhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal saleh. Dan bisa
jadi di akhir usia, diriku kufur dan berbuat buruk.

Wasiat Terakhir Syaikh


Abdul Qadir Al-Jailani
ABDUL WAHHAB, putera Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani meminta wasiat dari ayahanda beliau yang ketika itu sakit
yang membawa kepada kewafatan beliau. Beliau berkata: Tetaplah engkau Taqwa dan taat kepada Allah 
Jangan engkau takut kepada seorang juapun dan janganlah engkau mengharapkannya. Serahkanlah semuanya
keperluanmu kepada Allah  dan tuntutlah daripadaNya. Janganlah engkau bergantung kepada seorang manusia
pun selain dariNya. Tauhid! Tauhid! Tauhid! Sumber semuanya itu adalah Tauhid! Tatkala sakit beliau telah
semakin parah, beliau berkata: Apabila Qalbu sudah benar bersamaNya, maka tidak ada yang sepi dari hati dan
tidak ada yang keluar daripadanya. Daku adalah inti tanpa kulit.
Beliau juga berkata kepada putera-putera beliau: Menyingkirlah kamu dari sekitarku, sebab secara
zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara aku, kamu dan semua makhluk
ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan
janganlah kamu menyamakan seseorang dengan aku. Kemudian beliau berkata lagi: Selain kamu ada yang hadir
dekat denganku. Maka berilah mereka tempat duduk dan bersopan santunlah kamu kepada mereka. Di sini ada
Rahmat yang agung dan janganlah kamu menyempitkan tempat terhadap mereka.
Salah seorang Murid beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah
diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata: Dan semoga kamu mendapat
keselamatan, Rahmat Allah dan BarakahNya. Semoga Dia mengampuni daku dan kamu. Semoga Dia menerima
taubatku dan taubatmu. Dengan Nama Allah . Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam.
Beliau juga berkata: Aduhai! Aku sungguh kasihan kepadamu! Aku tidak mempedulikan sesuatupun
dan tidak juga terhadap Malaikat Maut. Mengingkirlah engkau! Sebab kami sudah mempunyai Tuhan yang
menguasai kami selain daripada kamu. Beliau menjerit dengan keras pada hari yang beliau wafat pada petang
harinya. Sebahagian putera beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab:
Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu. Aku adalah ini. Aku bergerak-gerak dalam
Ilmu Allah . Beliau berkata kepada putera beliau, Abdul Jabbar: Engkau tidur ataukah terbangun? Matilah
kamu dalam diriku, maka kamu akan terbangun. Salah seorang Murid beliau yang bernama Afif mendatangi
beliau tatkala sebahagian putera beliau berada di sisi beliau yang bernama Abdul Aziz menulis bagi pihak beliau.
Beliau lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada Muridnya tersebut untuk mencatat apa yang akan
disampaikannya. Kemudian Muridnya itu menulis: Nescaya Allah akan memberikan kelapangan setelah
kesempitan. [Surah Al-Thalaq: 7] Hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat disalin,
sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh HukumNya.
Dua orang putera beliau, Abdul Jabbar dan Musa mengkhabarkan bahawa Tuan Syaikh Abdul Qadir
Al-Jailani mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata: Bertaubatlah kamu dan masuklah kamu
ke dalam barisan! Beliau juga berkata: Rahmahlah! Rahmahlah kamu! Kemudian datanglah Al-Haqq dan
Sakaratul-Maut, lalu beliau berkata: Aku meminta pertolongan kepada La Illaha Illa Allah yang tidak akan mati
dan tidak takut kepada kematian. Maha Suci Zat Yang Maha Agung dengan KekuasaanNya dan mengalahkan
hamba-hambaNya dengan kematian. La Illaha Illa Allah Muhammadur Rasullullah. Putera beliau yang bernama
Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau menyatakan, Azhim (Agung) maka lisan beliau tidak mampu lagi
berkata secara benar. Beliau selalu mengulang-ulang hingga beliau berkata Azhim dan beliau memanjangkannya,
sehingga beliau berkata dengan benar.
Kemudian beliau mengucapkan: Allah! Allah! Allah! Lalu suara beliau samar dan lidah beliau
menempel pada langit-langit beliau. Kemudian beliau wafat. Semoga Allah  meredhainya dan meredhakannya
serta semoga Dia mengumpulkan antara beliau dan kita di tempat yang mulia di sisi Allah, Rabb Yang Maha
Kuasa. Segala puji bagi Allah  yang menjadi Tuhan atas sekalian alam. RahmatNya yang agung semoga tercurah
pada pimpinan Para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad Rasulullah , makhluk yang paling utama, Para Ahli
Keluarga serta Para Shahabat Baginda hingga kepada Tabiin dan Tabi Tabiin kesemuanya.

Anda mungkin juga menyukai