( )
H
Haad
dh
hr
raatt M
Maau
ullaan
naa M
Mu
uffttii SSaayyyyiid
d A
Abbd
du
ull Q
Qu
ud
dd
du
uss T
Tiir
rm
miid
dzzii
Penterjemah:
H
Haad
dh
hr
raatt M
Maau
ullaaw
wii FFaaq
qiir
r JJaallaallllu
ud
dd
diin
nA
Ah
hm
maad
dA
Ar
r--R
Ro
ow
wii
N
Na
aq
qssyya
abba
an
nd
dii A
Ak
ka
ad
deem
mii Q
Qu
ur
ra
an
n SSu
un
nn
na
ah
hH
Ha
ad
diittss
Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah
Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi
Kampung Sepakat Jaya, Wira Damai, Batu Caves
Selayang, Gombak, Selangor Darul Ehsan
1436h/2015m
Mengkafirkan Mirzaiyyat
Apabila pendakwa Nubuwwat dan Masihiyyat Qadiyani mendakwa dengan
Nubuwwat Kenabian dan Masihiyyat sebagai Hadhrat Nabi Isa Al-Masih dan
mengingkari bahawa diri baginda telah diangkat. Dan setelah pegangan Aqidah
buruk dan Zindiq mereka mulai nyata terzahir, maka Para Masyaikh telah
memberikan fatwa Kafir terhadapnya.
Berziarah Ke Raudhah
Melakukan ziarah ke Raudhah Suci Hadhrat Sayyidul-Mursalin adalah beroleh
ganjaran pahala yang sangat besar, bahkan adalah mendekati hukum Wajib,
meskipun terpaksa melakukan safar perjalanan dan terpaksa mengorbankan diri dan
membelanjakan harta.
Hukum Wasilah
Berwasilah dengan Para Anbiya Alaihimussalam dan Para Awliya Allah dalam
berdoa adalah Jaiz diperbolehkan, sama ada ketika mereka masih hidup mahupun
juga sesudah mereka wafat. Sebagai contohnya mengatakan bahawa, Ya Allah!
Dengan Wasilah kepada Buzurg Fulan, daku memohon Qabuliyyat penerimaan doa.
Mengingati Rasulullah
Segala hal keadaan yang mana Hadhrat Nabi Akram Muhammad bertakluk
dengannya biarpun sedikit, maka mengingatinya adalah disukai dan mencapai darjah
Mustahab yang tertinggi, sama ada memperingati tentang kelahiran Baginda yang
diberkati atau Tazkirah berkenaan sebarang hal keadaan Baginda .
Masalah Taqlid
Pada zaman ini adalah Wajib bertaqlid dengan salah satu daripada Aimmah Arbaah
iaitu Imam yang empat (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam
Hanbali), kami dan Para Masyaikh kami dalam permasalahan Usul dan Furu adalah
Muqallid kepada Imamul-Muslimin Hadhrat Imam Abu Hanifah Rahimahullah.
Keperluan Berbaiat
Di sisi kami adalah Mustahab bahawa seseorang Insan apabila sesudah
memperbetulkan Aqidah dan berhasil mengetahui permasalahan Syara yang
menjadi keperluan, maka hendaklah berbaiat dengan seorang Syaikh yang
Aqidahnya Rasikh dalam Syariat, tidak mengharapkan Duniawi, menuntut
Ukhrawi, yang dirinya adalah sempurna dan dapat menyempurnakan orang lain
juga.
Khulasah Al-Muhannad
Kesemua perkara Aqaid ini diambil daripada kitab Khulasah Al-Muhannad. Untuk
huraian yang lebih Tafshil dan terperinci hendaklah mentelaah kitab-kitab berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Khatimah
Akhir kata dimohon daripada sekalian para pembaca secara umumnya dan Para
Ulama Kiram secara khususnya bahawa pegangan Aqaid ini disebarkan secara
meluas, dan bagi Para Mudaris yang mengajar di Madrasah agar dapat menetapkan
pengajiannya kepada para pelajar kerana pada masa kini seluruh orang awam kerana
mereka awam bahkan para penuntut dan sebahagian Para Ulama juga tidak begitu
mengetahui berkenaan pegangan Aqidah Para Akabirin. Semoga Allah Taala
mengurniakan Taufiq untuk tetap berdiri atas Shirath Mustaqim dan menerima kita
dengan QabuliyyatNya, Amin.
Ahqar,
Sayyid Abdul Quddus Tirmidzi Ghufira Lahu
Jamiah Haqqaniyyah, Sahiwal, Sargodha
12 Zulqaidah Al-Haram 1420H
10