Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

#Y $|9u s9 ygrB n=s = tu ( tG9$# us !$# u t


Sesiapa yang diberikan Hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang berjaya mencapai
kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan jalan yang benar kepadanya. [18:17]

n


  

 
 
Kepentingan Syaikh Mursyid
dalam Thariqat Naqsyabandi
Karangan:

Johan G.J. Ter Haar


Terjemahan:

Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi


Terbitan Edaran:

Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits


Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah

Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi


Kampung Sepakat Jaya, Wira Damai, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

1436H/2015M

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Kepentingan Syaikh Mursyid


dalam Thariqat Naqsyabandi

ersoalan tentang apakah ciri-ciri tersendiri Thariqat Naqsyabandi


biasanya dapat dijawab dalam dua cara. Pertama sekali perhatian adalah
ditarik kepada fakta bahawa keakuran dan kepatuhan kepada undangundang Syariat Islam adalah perkara yang paling penting dalam persaudaraan
ikhwan ini. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan Syariat adalah tema yang
berulang-ulang dalam pentakrifan yang banyak Para Masyaikh Naqsyabandi telah
berikan dalam perjalanan Suluk mereka. Kedua, rujukan dibuat kepada sebelas
prinsip yang diperkenalkan ke dalam persaudaraan ikhwan Para Shufi ini semasa
abad ke-13 dan ke-14 Masihi. Lapan prinsip-prinsip yang pertama iaitu: Hosy Dar
Dam, Nazhar Bar Qadam, Shafar Dar Wathan, Khalwat Dar Anjuman, Yad Kard,
Baz Gasyt, Nigah Dasyat dan Yad Dasyat adalah diperkenalkan oleh Abdul-Khaliq
Ghujduwani (m.617-18H/1220-21M), yang telah mengaitkan empat prinsip pertama
kepada Syaikh Mursyid beliau iaitu Abu Yaqub Yusuf Hamadani (m.534H/1140M).
Kemudian, Bahauddin Naqsyaband (m.791H/1389M) telah menambah tiga lagi
prinsip iaitu Wuquf Adadi, Wuquf Zamani dan Wuquf Qalbi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri lain yang pada pandangan Para


Naqsyabandi sendiri juga sangat penting dalam Thariqat Shufi ini. Ciri-ciri ini,
setakat mana yang asal-usulnya dan istilah-istilahnya berkait, adalah didapati juga
dalam hampir setiap tradisi Thariqat Shufi dan tidak boleh dianggap sebagai
semata-mata ciri bagi Thariqat Shufi Naqsyabandi. Walau bagaimanapun, ianya
telah mendapat kemasyhuran yang khas dengan Thariqat Nasqyabandi atau telah
disesuaikan ke jalan persaudaraan Shufi ini dan menyebabkannya terpahat sehingga
ke tahap bahawa ianya telah menjadi bahagian yang sangat penting dalam identiti
Thariqat ini. Cara Zikir yang diamalkan oleh Para Naqsyabandi adalah contoh yang
jelas bagi ciri-ciri tersebut. Contoh yang lain adalah peranan penting panduan
pembimbing Ruhani iaitu Syaikh, Pir, Mursyid yang terdapat dalam Thariqat ini.
Kepentingan peranan ini diakui dalam setiap persaudaraan Shufi, tetapi Para
Naqsyabandi membangunkan dan menghuraikan tema universal ini dengan cara
mereka sendiri. Esei ini memberi tumpuan kepada dua aspek ini iaitu pembangunan
dan penjelasannya.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Yang pertama adalah bahawa banyak Para Naqsyabandi dilaporkan adalah


sebagai Uwaysi, yang merupakan seseorang Ahli Shufi yang tidak hanya dibaiat
dan dirawat oleh seorang Syaikh yang hidup dan hadir secara fizikal, tetapi
mungkin juga dengan kehadiran Ruhaniyyat seseorang Syaikh yang sudah
meninggal dunia atau dengan Nabi Khidir. Aspek yang kedua adalah keperluan
bagi Murid yang baru untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan kukuh
dengan seseorang Syaikh sebagai cara yang sangat diperlukan untuk kemajuan atas
jalan Thariqat. Pada pandangan pertama, kedua-dua aspek tersebut mungkin
kelihatan bercanggah antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya ianya adalah
seperti dua permukaan pada satu syiling yang sama, kerana apa yang penting
dalam kedua-duanya adalah Ruh Syaikh Mursyid dan Ruhani tersebut tidak terhad
kepada kehadiran tubuh badannya.
Sebelum menyatakan kebenaran mengenai perkara ini, saya ingin
menyatakan beberapa perkara mengenai sejarah Thariqat Naqsyabandi. Dari sudut
pandangan terhadap identiti persaudaraan ikhwan ini dan cara ia berkembang
boleh dibezakan kepada tiga tempoh yang berasingan. Tempoh pertama adalah apa
yang Hamid Algar nyatakan sebagai Pra-sejarah Thariqat ini. Ia mungkin lebih tepat
untuk menyebutnya sebagai tempoh Proto-sejarah Thariqat ini. Dalam tempoh ini,
yang bermula dengan Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq dan berakhir dengan
Khwajah Abu Ali Farmadi (m.478-79H/1085-86M), Thariqat ini belum menerima
identiti tersendiri dan orang-orang yang tergolong dalam tempoh ini dan yang
namanya beraksi pada Silsilah Naqsyabandi tidak boleh dianggap sebagai pemilik
secara eksklusif kepada leluhur Thariqat Naqsyabandiyyah.
Pada tempoh kedua, fasa formatif dalam sejarah Thariqat ini adalah fasa yang
memberikan Thariqat ini identitinya yang tersendiri. Bagi tempoh seterusnya ini
telah menjadi milik pertama sekali adalah seorang yang dikenali sebagai Sarjana
Khwajagan, sekumpulan tujuh Masyaikh daripada Asia Tengah, yang pertama
daripada mereka ialah Khwajah Abu Yaqub Yusuf Hamadani (m.1140M) dan yang
terakhir daripada mereka ialah Khwajah Sayyid Amir Kulal (m.772H/1371M).
Tokoh utama dalam tempoh ini bagaimanapun adalah sudah tentu Bahauddin
Naqsyaband.
Hakikat bahawa Thariqat ini membawa namanya adalah suatu pengiktirafan
yang sesuai terhadap kemasyhuran besar yang dinikmati dan pengaruh berkekalan
yang beliau telah usahakan. Tempoh yang ketiga meliputi sejarah Thariqat ini dari
Bahauddin Naqsyaband hingga seterusnya. Dalam fasa ini menyaksikan antara lain,
keluarnya cabangan dari Thariqat ini ke beberapa laluan, antaranya Mujaddidiyyah
yang dinamakan sempena Syaikh Ahmad Sirhindi (m.1034H/1624M), yang
merupakan pembaharu alaf kedua dan digelar sebagai Mujaddid Alf Tsani, dan
Khalidiyyah dinamakan selepas Maulana Khalid Baghdadi (m.1243H/l827M).
Mengikut kitaran masa bagi koleksi esei ini, artikel ini mengutamakan dengan
tempoh formatif. Kadang-kadang, rujukan dibuat terhadap tempoh Proto-sejarah
dan juga tempoh Pasca-Naqsyabandi.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Jalan Uwaisi
Menurut Khwajah Muhammad Parsa (m.822H/1420M), seorang dari
pengikut Bahauddin Naqsyaband, ramai Para Masyaikh Naqsyabandi telah berjalan
menempuh perjalanan Thariqat secara Uwaisi. Istilah Uwaisi merujuk kepada Para
Awliya Allah yang pada zahirnya tidak memerlukan Syaikh Mursyid sebagai
panduan, kerana Nabi Muhammad menghargai mereka dalam ruang persendirian
daripada kekurniaannya, tanpa perantaraan orang lain kerana dia menghargai
Uwais Al-Qarani. Hanya dalam beberapa keadaan, definisi ini dapat dipegang
menurut takrifan bahasa. Menurut Abdur-Rahman Jami, sebuah contoh
pengurniaan Baiat secara langsung dengan Nabi Muhammad boleh didapati
dalam kes Jalaluddin Abu Yazid Purani (m.861H/1457-58M). Syaikh Ahmad
Sirhindi juga mendakwa telah dibaiatkan secara langsung dengan Allah. Dalam
salah satu suratnya, beliau menulis: Walaupun dalam Thariqat Naqsyabandi
Guru Mursyid pengajarku ialah Abdul-Baqi Billah, namun seseorang yang telah
memberikan Irsyad bimbingan kepadaku adalah Al-Baqi Yang Maha Kekal.
Selalunya bagaimanapun, istilah Uwaisi adalah merujuk kepada pembaiatan yang
tidak dilakukan oleh Syaikh yang hadir secara fizikal, tetapi oleh Ruhaniyyat atau
kehadiran Ruhani Syaikh Mursyid yang telah mati atau dengan kehadiran Khidir.
Dalam tempoh Proto-sejarah Thariqat Naqsyabandi terdapat dua keadaan
pembaiatan dengan secara kehadiran Ruhani Syaikh yang sudah meninggal dunia.
Abu Yazid Bistami (m.261H/875M) dikatakan telah dibaiatkan menerusi kehadiran
Ruhani Jaafar Ash-Shadiq, yang tarikh lahirnya diriwayatkan berbeza-beza
menurut sumber-sumber yang berbeza iaitu antara 80H/699M dan 86H/705M dan
meninggal dunia pada 148H/765M. Contoh kedua ialah Khwajah Abul-Hassan
Kharqani (352H/963M420H/1029M), yang telah dibaiatkan oleh Abu Yazid
Bistami. Dalam keadaan ini perhubungan Uwaisi digunakan untuk
menghubungkan dua orang dengan tidak memerlukan perhubungan tubuh badan
jasmani kerana Syaikh Mursyid telah meninggal dunia sebelum kelahiran murid itu.
Dalam hal perhubungan antara Abu Yazid Bistami dan Abul-Hassan Kharqani,
beberapa sumber mengatakan bahawa kedua-dua Syaikh tersebut sebenarnya
pernah bertemu, tetapi pandangan umum yang diterima adalah bahawa Abu Yazid
Bistami meninggal dunia pada 261H/875M dan oleh itu tidak boleh mempunyai
pertemuan dengan Abul-Hassan Kharqani yang dilahirkan hampir satu abad
sesudah beliau. Persoalannya bagaimanapun, mengapa motif Uwaisi digunakan
dalam kenyataan ini boleh dijawab hanya secara sebahagian darinya berbanding
secara umum, kerana sumber yang tersedia tidak menyediakan maklumat khusus
mengenai isu ini. Kita perlu menganggap bahawa orang-orang yang berada dalam
bulatan tengah idea perhubungan Ruhani ini mencapai kemajuan, fikirkan bahawa
adalah sangat penting bahawa orang-orang seperti Jaafar Ash-Shadiq, Abu Yazid
Bistami dan Abul-Hassan Kharqani semuanya termasuk dalam keturunan
Ruhaniyyah daripada Silsilah Naqsyabandi. Setiap daripada mereka menampilkan
ciri-ciri khusus yang jelas telah diperbadankan dan dianggap berkaitan dengan
Thariqat Naqsyabandi.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Kerana, seperti yang telah disebut bahawa Jaafar Ash-Shadiq, Abu Yazid
Bistami dan Abul-Hassan Kharqani bukanlah milik eksklusif kepada silsilah
keturunan persaudaraan ikhwan Thariqat ini, nilai-nilai ini tidak dapat dikenal
pasti, sekurang-kurangnya tidak dalam istilah Naqsyabandi. Jenis pembaiatan
Uwaysi yang agak berbeza boleh didapati dalam tahun-tahun perubahan antara
Proto-sejarah dan tempoh formatif sejarah Naqsyabandi, dalam hubungan antara
Abu Ali Farmadi dan Khwajagan yang pertama, Abu Yaqub Yusuf Hamadani.
Abdul-Khaliq Ghujduwani menulis di dalam karangannya Risalah Shahibiyyah
bahawa Abu Yaqub Yusuf Hamadani, selepas kematian Syaikhnya, beliau berjaya
memperolehi bantuan kehadiran Ruhaniyyah Abu Ali Farmadi untuk mendapatkan
jawaban bagi persoalan yang mengenai kedua-dua bidang undang-undang Syariat
Islam dan jalan Thariqat Tashawwuf. Abu Yaqub Yusuf Hamadani merasakan perlu
menyampaikan jawaban-jawaban ini kepada murid-muridnya yang baru, jadi dia
memberitahu kepada pengikutnya iaitu Abdul-Khaliq Ghujduwani. Sama ada
benar atau tidak bahawa Zikir secara senyap yang diperkenalkan oleh AbdulKhaliq Ghujduwani menjadi amalan lazim dalam Thariqat Naqsyabandi yang
digambarkan dalam nasihatnya sebagai tidak begitu jelas kerana sumber yang ada
tidak begitu tepat mengenai pendirian Abu Yaqub Yusuf Hamadani.
Khwajah Abdul-Khaliq Ghujduwani telah menyediakan contoh teladan
terkemuka dalam Thariqat Naqshbandi dengan pembaiatan dengan Khidir.
Baginda Khidir bukan sahaja mengajar beliau Zikir senyap, tetapi juga merangsang
beliau untuk menyertai Abu Yaqub Yusuf Hamadani. Bagaimanapun, terdapat
beberapa riwayat yang berbeza sama ada Khidir memberikan arahan kepada
Abdul-Khaliq Ghujduwani secara langsung atau tidak langsung. Menurut cerita
yang terkenal berkaitan perkara ini terdapat di dalam dua buah kitab yang berjudul
Nafahatul-Uns dan juga Rasyahat Ainul-Hayat, bahawa Abdul-Khaliq Ghujduwani
telah diberitahu oleh Khidir untuk membaca Zikir secara diam-diam, sambil
merendam dirinya ke dalam air. Abdul-Khaliq Ghujduwani sendiri, bagaimanapun
dilaporkan sebagai berkata bahawa Abu Yaqub Yusuf Hamadani mengajar dirinya
dengan Zikir Khafi melalui perintah daripada Khidir.
Meskipun Abdul-Khaliq Ghujduwani banyak terhutang budi kepada Khidir,
sama ada secara langsung atau tidak langsung, terdapat kenyataan yang
menghairankan dan juga cukup bukti yang menunjukkan sikap agak negatif kepada
Khidir di pihak Ghujduwani. Beliau dilaporkan telah menolak permintaan Khidir
untuk menikmati Shuhbat bersamanya dengan mengatakan: Anda minum air
kehidupan dan mencari kehidupan, tetapi saya masuk ke dunia kehancuran dan
saya sedang mencari kehancuran, jadi bagaimana mungkin kita boleh bershuhbat
antara satu sama lain? Dalam sumber yang sama, ada satu lagi kejadian aneh telah
disebut. Ketika Khidir dalam sekali peristiwa, pada suatu hari di musim bunga,
memakai jubah Khirqah yang ditanggalkan oleh Abdul-Khaliq Ghujduwani ketika
dia sedang bekerja di kebunnya, beliau telah berkata dalam nada sindiran: Adalah
tidak wajar untuk mengambil pakaian saya dengan tangan yang sama kamu telah
minum air kehidupan.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Dari sudut pandangan pembaiatan secara Ruhani, Bahauddin Naqsyaband


(718-791H/1318-1389M) adalah murid yang sebenar dan pengganti Abdul-Khaliq
Ghujduwani, walaupun mereka tidak pernah bertemu. Ini adalah contoh klasik
dalam persaudaraan ikhwan Shufi Naqsyabandi yang mengambil langkah pertama
atas jalan keshufian dalam kehadiran fizikal seorang Syaikh yang hidup, tetapi
berhutang pembaiatan sebenar kepada seorang Syaikh Mursyid pembimbing
Ruhani yang dia tidak pernah temui. Sumber-sumber Naqsyabandi bersetuju
bahawa Bahauddin Naqsyaband telah diperkenalkan ke jalan Shufi Khwajagan oleh
Baba Sammasi (m.755H/1354M), Khwajah yang keenam, dan kemudiannya oleh
pengganti beliau, Sayyid Amir Kulal. Sumber yang sama menambah bahawa dia
adalah murid Sayyid Amir Kulal hanya pada rupa luaran dalam erti kata bahawa
beliau menerima arahan berkenaan Adab-adab Thariqat daripada beliau. Pada
Haqiqatnya walau bagaimanapun, beliau adalah seorang Uwaisi, iaitu beliau
menerima asuhan keshufian daripada kehadiran Ruhani Abdul-Khaliq
Ghujduwani. Apa yang Bahauddin Naqsyaband telah terima dengan cara
perhubungan Ruhani dengan Abdul-Khaliq Ghujduwani adalah perintah supaya
bertindak tegas beramal Azhimat dan berterusan mengamalkan Zikir Khafi dan
menahan diri dari melakukan Zikir Jihri secara terbuka.
Jenis pembaiatan Uwaisi dalam hal ini adalah jelas merupakan faktor
penentu dalam pembangunan identiti Thariqat Naqsyabandi. Ia menerangkan aspek
pengenalan berkenaan aspek-aspek utama identiti ini. Pada masa yang sama ia
menyumbang dan mengesahkan fakta bahawa pengenalan aspek-aspek ini melalui
hubungan keruhanian dengan seseorang Syaikh yang sudah meninggal dunia
melibatkan sejumlah ketidak-setiaan kepada Syaikh sebenar yang masih hidup.
Untuk mematuhi arahan Abdul-Khaliq Ghujduwani berkenaan persembahan Zikir,
Bahauddin telah menyimpang dari kebiasaan Sayyid Amir Kulal yang
mengamalkan Zikir Jihri. Dan oleh itu, ketika mana Sayyid Amir Kulal dan
pengikut-pengikutnya mengamalkan Zikir Jihri dengan mengeraskan suara,
Bahauddin bangun dan meninggalkan majlis. Kelakuan ini sangat menyakitkan bagi
pengikut Sayyid Amir Kulal, tetapi Bahauddin menunjukkan tiada pertimbangan.
Dan apabila para pengikut melaporkan secara tertutup kepada Syaikh mereka
tentang tingkah-laku Bahauddin, Sayyid Amir Kulal memperingatkan kepada
mereka secara umum dengan mengatakan bahawa Allah selalu memandang dengan
kebaikan terhadap Bahauddin dan bahawa bukanlah kewajiban manusia untuk
mempersoalkan nikmat Allah. Di atas ranjang kemangkatannya, Sayyid Amir Kulal
dilaporkan sebagai berkata berkaitan dengan isu yang sama, bahawa perbuatanperbuatan Bahauddin Naqsyaband telah diilhamkan oleh Allah dan berdasarkan
kebijaksanaan Hikmat Ilahi, dan bahawa ianya tidak mempunyai apa-apa kaitan
dengan ikhtiar manusia. Seterusnya, Sayyid Amir Kulal menyatakan dengan jelas
bahawa dia telah dapat membimbing muridnya hanya untuk tahap tertentu. Dengan
kebenaran autoriti daripada Baba Sammasi, beliau telah mengambil berat tentang
didikan Tarbiyyat terhadap Bahauddin dengan sebaik mungkin, namun, beliau telah
memberitahu kepada Bahauddin, Murghi Himmati Shuma Buland Parwaz Uftada
Ast, yang bererti burung Himmat kesungguhan anda telah keluar untuk terbang
lebih tinggi.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Oleh itu beliau memberi keizinan kepada Bahauddin meninggalkannya dan


beliau menasihatkannya supaya jangan menjadi lalai dalam usahanya mencari jenis
bimbingan Thariqat yang sesuai dengan kesungguhan aspirasi Ruhaninya. Sesudah
itu Bahauddin berkhidmat selama tujuh tahun dengan Arif Dig Karani, seorang
pengikut Sayyid Amir Kulal, dan seterusnya menyertai Qutsum Syaikh dan Khalil
Ata, yang tergolong ke garisan Silsilah Thariqat Yasawi. Dengan Khalil Ata, beliau
telah mendampinginya selama dua belas tahun.
Bahauddin Naqsyaband bukan sahaja contoh yang paling ketara tentang cara
mengaplikasikan pembaiatan secara Uwaysi yang telah digunakan bagi Thariqat
Naqsyabandi. Beliau juga merupakan orang yang telah menjelaskan idea ini sedikit
sebanyak ke dalam bentuk teori atau lebih tepat, seorang yang telah membangunkan
idea ini dalam teorinya tentang kehidupan Shufi. Menurut teori ini, kehadiran
Ruhaniyyat Syaikh yang sudah meninggal dunia adalah suatu kuasa yang boleh
ditimbulkan oleh seseorang Shufi. Bahauddin mentakrifkan tumpuan Tawajjuh ke
atas kehadiran Ruhani seseorang Syaikh yang sudah meninggal sebagai suatu stesen
Maqamat, iaitu suatu peringkat atas jalan Thariqat yang mana Salik boleh mencapai
dengan usahanya sendiri. Maqam ini, jelas beliau adalah sebahagian daripada jenis
persiaran menempuh perjalanan Thariqat Shufiyyah yang dinamakan sebagai
kemajuan Suluk yang lawannya adalah tarikan Jazbah. Dalam Jazbah, Shufi ditarik
oleh Allah atau tertarik kepada Allah dengan hampir secara pasif, tetapi dalam
kemajuan Suluk ia adalah Shufi yang mengambil langkah pertama dan menetapkan
matlamatnya untuk Allah. Dalam keadaan ini orang yang dalam perjalanan
kemajuan Suluk mungkin dipandu oleh Arwah Para Masyaikh yang sudah
meninggal dunia yang bertindak sebagai Wasaith iaitu orang tengah. Dalam
keadaan Jazbah pula adalah sebaliknya iaitu tanpa ada Wasaith pengantaraan orang
tengah. Bahauddin Naqsyaband menggambarkan teorinya dengan dua contoh. Yang
pertama ialah Abul-Qasim Gurgani (m.469-70H/1076-77M), yang pada awal
perjalanan Thariqatnya memberikan sepenuh tumpuan Tawajjuh terhadap
kehadiran Ruhaniyyah seseorang Syaikh yang tidak kurangnya seperti Uwais AlQarani. Beliau selalu membaca menyebut nama Uwais ini tidak henti-henti sebagai
suatu jenis Zikir. Konsentrasi menumpukan kehadiran Ruhani Uwais Al-Qarani
membawa Gurgani kepada memutuskan sepenuh perhubungan dan pengunduran
dari benda-benda duniawi dan pemutusan dengan segala hubungan, baik yang
nampak dan yang tidak kelihatan, yang mana manusia terikat kepada dunia
material. Contoh kedua disediakan oleh Bahauddin sendiri, yang tertumpu kepada
keruhanian Muhammad Ibni Ali Al-Hakim Al-Tirmidzi (m.295H/908M). Hasilnya
ialah hal keadaan tanpa apa-apa sifat atau ciri.
Menurut Bahauddin Naqsyaband, hal keadaan ini memaparkan tahap
tertinggi pengalaman Shufi yang boleh dicapai oleh Para Aw1iya Allah. Para Awliya
Allah sebagai Rakan Tuhan boleh disifatkan misalnya dengan ciri-ciri pengenalan
Marifat atau cinta Mahabbat, tetapi tahap yang paling tinggi ialah keadaan tanpa
mana-mana cirri daripada ciri-ciri tersebut. Walaupun tahap ini adalah menjadi
milik kepada Nabi Muhammad , ia juga boleh dicapai oleh Para Rakan Tuhan.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Mereka ini dapat mencapai dengan lebih tepat akan bahagian yang ada pada
tahap ini sebagai orang-orang yang memungut tangkai padi dari tuaian nasib
kebaikan Nabi Muhammad . Idea perkongsian ini dalam pencapaian keruhanian
Nabi Muhammad telah dibangunkan semula kira-kira dua abad kemudian oleh
Syaikh Ahmad Sirhindi yang telah menjadikannya sebagai batu asas pemikiran
Thariqat Tashawwufnya. Beliau juga telah menyebutkan dalam sebuah surat kepada
Syaikh Mursyidnya, Muhammad Baqi Billah (m.1012H/1603M) berkenaan
Ruhaniyyat Para Masyaikh sebagai pengantara.

Ikatan Antara Mursyid Dan Murid


Tumpuan ke atas keruhanian seseorang Syaikh yang sudah meninggal dunia
bagaimanapun tidaklah sebagaimana bimbingan seseorang Syaikh yang tinggal
berjauhan. Yang satu tidak mengecualikan yang lain, bahkan mereka melengkapi
antara satu sama lain. Apa yang penting adalah untuk mencari Mursyid yang cekap
dan kompeten tidak selalunya mudah. Muhammad Parsa menjelaskan bahawa
sebelum ini terdapat banyak Para Masyaikh yang cekap, tetapi sejak kebelakangan
ini bilangan mereka telah jatuh dengan ketara hingga ke tahap bahawa mereka telah
menjadi suatu fenomena yang luar biasa, bahkan lebih bernilai dari belerang merah
Kibrit Ahmar.
Dalam usaha untuk menerangkan kehendak tersebut, seseorang Syaikh yang
benar perlu mematuhi sumber-sumber Naqsyabandi yang mempunyai rujukan
utama untuk kata sifat Kamil bererti yang sempurna dan Mukammil, Mukmil
bererti yang menyempurnakan. Syaikh sebenar hendaklah telah mencapai tahap
kesempurnaan dan membawa orang lain menuju kesempurnaan yang diistilahkan
sebagai Martabat Kamal Wa Ikmal Takmil. Menurut Bahauddin Naqsyaband,
mereka yang telah sampai ke akhir perjalanan keruhanian mereka iaitu Para Kamilin
yakni orang-orang yang sempurna dan Para Washilin yang telah merasai kesatuan
dengan Tuhan, boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
terdiri dari orang-orang yang telah mencapai tahap kesempurnaan tetapi tidak
dipertanggung-jawabkan dengan kewajiban memimpin orang lain kepada
kesempurnaan. Sebabnya ialah kerana mereka tenggelam dalam lautan penyatuan
Bahar Jam dan hilang sepenuhnya dalam perut ikan yang Fana. Oleh kerana
mereka itu tidak sedar pun mengenai diri mereka sendiri, maka bagaimana mereka
patut mengambil penjagaan terhadap orang lain? Kumpulan kedua terdiri dari
orang-orang yang Kamil Mukammilin iaitu sempurna dan menyempurnakan.
Mereka mampu untuk memimpin orang lain untuk menyempurnakan mereka,
selepas lemas di laut dalam Kesatuan, mereka telah dibebaskan dari perut ikan yang
Fana dan mencapai pantai perpisahan dan medan berkekalan. Mereka mempunyai
saham dalam Nubuwwat Kenabian sebagai tahap tertinggi pengalaman keruhanian,
manakala kumpulan pertama mendapati diri mereka pada tahap keruhanian yang
lebih rendah daripada Rakan-rakan Tuhan yang mencapai Wilayat Kewalian.
Yaqub Charkhi (m.1447M), seorang daripada murid Bahauddin menggambarkan
Syaikh Mursyid sebagai pembimbing Ruhani yang bukan hanya menyempurnakan
dirinya tetapi juga mampu membimbing orang-orang lain mencapai kesempurnaan
sebagai Nurani dan Nurbakhsy iaitu orang yang diterangi dan dapat menerangi.
1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Manakala Syaikh yang sempurna, oleh kerana dia telah mencapai tahap
kesempurnaan maka dia memiliki Nurani tetapi tidak mencapai tahap Nurbakhsy.
Beliau membezakan lagi dengan sejenis Syaikh pembimbing yang dipanggil sebagai
Kamil Muqallid, iaitu Syaikh yang memiliki kedua-dua ciri kesempurnaan dan
menyempurnakan tetapi dia hanya mampu memimpin orang lain untuk
kesempurnaan dalam meniru seseorang Syaikh yang benar-benar sempurna dan
menyempurnakan. Tugas pembimbing Ruhani terhadap murid baru dalam Thariqat
Naqsyabandi kerap hampir setiap kali, digambarkan sebagai suatu proses didikan
Tarbiyyat. Syaikh juga bertanggungjawab dengan arahan pengajaran Talim, tetapi
tumpuan utama adalah pada didikan Tarbiyyat. Ini mencerminkan perubahan
dalam penekanan mengenai tugas Syaikh yang boleh dikesan dalam sejarah
Tashawwuf secara umum, peralihan dari sudut memberikan arahan kepada
pendidikan Tarbiyyat.
Perhubungan antara seorang Syaikh Mursyid dan murid yang baru
adakalanya digambarkan sebagai perhubungan antara seorang bapa dan anak.
Yaqub Charkhi dengan jelas menyatakan bahawa Para Khwajagan selalunya
menganggap murid baru mereka seperti anak-anak angkat. Oleh itu, mereka
mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad yang telah mengambil Zaid Ibni
Haritsah sebagai anak angkat Baginda . Contoh terdahulu adat kebiasaan ini dapat
dijumpai dalam hubungan antara Abul-Qasim Gurgani dan Abu Ali Farmadi. Abu
Ali Farmadi dilaporkan berkata bahawa Abul-Qasim Gurgani telah menganggap
dirinya sebagai anak beliau. Contoh lain adalah Abdul-Khaliq Ghujduwani dan
Bahauddin Naqsyaband yang dilaporkan telah menjadi anak-anak angkat kepada
Khidir dan Baba Sammasi.
Syaikh Mursyid sebagai pembimbing Ruhani bukan sahaja seperti bapa
kepada murid baru, tetapi dia juga mempunyai suatu peranan sebagai ibu. Tugas
Syaikh adakalanya disamakan dengan penyusuan dan juga dengan ibarat penetasan
telur. Sayyid Amir Kulal pernah mengatakan kepada Bahauddin Naqsyaband:
Saya telah perah payudara saya untuk anda. Dalam peristiwa lain adalah
dikatakan bahawa berterima-kasih kepada pemeliharaan seseorang Syaikh Mursyid
yang membimbing Ruhani kerana menerusinya anak burung Ruhaniyyat seseorang
murid dapat muncul daripada telur kemanusiaan Basyariyyat.
Penekanan ke atas tugas Syaikh, khususnya pada aspek pendidikan tugas ini
juga terpapar dalam adat-adat atau teknik-teknik tertentu berdasarkan pemusatan
konsentrasi kedua-dua belah pihak iaitu Syaikh pada murid baru dan di pihak
murid terhadap Syaikh Mursyidnya. Walaupun teknik ini tidak digunakan sematamata oleh Para Shufi Thariqat Naqsyabandi, nampaknya ia telah mendapat
populariti yang istimewa dengan persaudaraan ikhwan silsilah ini. Yang paling
penting dari teknik ini adalah Tawajjuh dan Rabithah. Untuk penilaian yang betul
berkenaan peranan teknik-teknik ini yang diamalkan di dalam Thariqat
Naqsyabandi, adalah penting untuk menyedari bahawa mereka telah menjalani
pembangunan tertentu dengan mengambil kira dua perkara iaitu kandungan
mereka dan terminologi istilah-istilah yang mereka gunakan.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Dalam sumber Naqsyabandi sejak awal abad ke-16, Rabithah bermakna


murid baru hendaklah sentiasa menyimpan wajah Syaikh di dalam fikirannya,
untuk mencapai bukan sahaja jumlah penyerahan kepada kehendak Syaikh, tetapi
juga sejenis pengenalan dengannya. Murid baru akan kehilangan dirinya
sepenuhnya dalam Syaikh dan dengan itu mencapai tahap Fana terasa penghapusan
diri dalam Syaikh yang diistilahkan sebagai Fana Fi Syaikh, yang akan pasti
membawanya untuk mencapai Fana penghapusan diri dalam Allah iaitu Fana Fillah.
Sumber dari abad kemudian mencadangkan bahawa generasi para pengikut
Naqsyabandi meneruskan amalan Rabithah tanpa sebarang perubahan. Istilah
Tawajjuh walau bagaimanapun, mengambil pengertian makna yang baru atau
sekurang-kurangnya terdapat makna kedua. Menurut sumber-sumber Naqsyabandi
tersebut dari abad ke-16, ia bermakna bahawa murid menggambarkan nama Allah
sedang terukir dalam hatinya dan terus meletakkan tumpuan fikirannya
terhadapNya, sebagai satu cara untuk berada dalam kehadiran Hudhur Tuhan.
Kemudian istilah Tawajjuh yang digunakan untuk menunjukkan penumpuan
konsentrasi di pihak Syaikh pada para murid yang baru sebagai satu cara untuk
memindahkan Zikir untuk mereka. Syaikh Mursyid pembimbing Ruhani,
menghadapi murid baru dalam apa-apa cara yang hati mereka adalah dibayangkan
betul-betul berada bertentangan antara satu sama lain, kemudian berdoa kepada
Allah supaya cahaya Zikir yang beliau pernah menerima daripada Syaikh sendiri,
kini boleh dipindahkan kepada murid baru beliau. Syaikh kemudiannya memberi
tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai Lathaif iaitu organ halus supaya Zikir
menembusi seluruh kewujudan para murid.
Jalan keshufian Thariqat Khwajagan berkenaan dengan amalan Tawajjuh dan
Rabithah nampaknya tidaklah memainkan peranan yang begitu penting. Dalam
Risalah Shahibiyyah oleh Abdul-Khaliq Ghujduwani dan Maqamat Khwajah
Abdul-Khaliq Ghujduwani, perkara-perkara ini tidak disebut sama sekali. Perkara
yang sama dinyatakan dalam risalah berkenaan adab menempuhi jalan yang Suluk
Thariqat Tashawwuf, yang ditulis oleh Khwajah Ali Ramitani (m.715-16H/131516M atau 721H/1321M). Bahauddin Naqsyaband, di sisi lain memberikan konsep
Tawajjuh terhadap keruhanian Ruhaniyyat Syaikh yang sudah meninggal dengan
suatu kedudukan yang adil dalam teori kehidupan keruhanian, seperti yang telah
disebutkan. Beliau juga sudah membiasakan diri dengan Tawajjuh sebagai
konsentrasi pada pihak Syaikh yang hidup ke atas murid baru dan juga dengan
Rabithah. Kita diberitahu bahawa beliau pernah melakukan Tawajjuh kepada
Burhanuddin, putera Sayyid Amir Kulal. Kesan penguasaan Ruhani dapat dilihat
serta-merta, menurut sumber tersebut. Menurut cerita lain yang diberitahu oleh
Abdur-Rahman Jami, bahawa Bahauddin Naqsyaband pernah mengajarkan Zikir
yang kepada salah seorang murid baru dan seterusnya beliau berangkat ke Makkah.
Sekembalinya, beliau telah diberitahu bahawa murid baru itu telah mengamalkan
zikirnya hanya beberapa kali sahaja. Apabila Bahauddin mendapat tahu,
bagaimanapun bahawa murid baru beliau telah melihat beliau dalam mimpinya, dia
telah diyakinkan. Pada pandangan Jami, ini adalah suatu keterangan yang jelas
berkenaan Rabithah, walaupun dia sebenarnya tidak meletakkan istilah ini ke dalam
mulut Bahauddin.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

10

Kepentingan Syaikh Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandi

Dalam satu lagi cerita kita diberitahu bahawa Bahauddin sekali pernah
menasihatkan salah seorang murid baru untuk menumpukan perhatian kepada
beliau, iaitu memanggil ingatan terhadap wajah Syaikh dan berkata: Ia bukan saya,
ia adalah Khwajah. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Khwajah
Alauddin Atthar (m.803H/1400M), iaitu seorang murid Bahauddin Naqsyaband
yang sangat menonjol, telah melakukan Tawajjuh ke atas Syaikhnya untuk
mendapatkan bahagian yang penting dalam laluan Naqsyabandi. Dua karya risalah
yang ditulis oleh Hassan Atthar, anak sulung Alauddin dan Abdullah Imami
Isfahani, seorang daripada muridnya dengan jelas menyatakan bahawa murid baru
dalam Thariqat Naqsyabandi pertama sekali haruslah ingat wajah Syaikh Mursyid
yang menjadi pembimbing Ruhaninya.
Kedua karya ini menyatakan bahawa tumpuan konsentrasi ke atas Syaikh
adalah suatu kebiasaan yang dijadikan contoh teladan Para Naqsyabandi yang
mengikuti garis Alauddin yang dikenali sebagai Thaifah Alaiyyah. Peranan
penting beliau adalah diiktiraf oleh Bahauddin Naqsyaband, yang telah
mengamanahkan latihan Tarbiyyat kebanyakan dari para pengikutnya kepada
Alauddin. Teknik Rabithah dan Tawajjuh seperti yang difahami oleh generasi
Naqsyabandi terkemudian, muncul sebagai huraian dan penghalusan idea
mengenai Tawajjuh, yang telah diketengahkan oleh Bahauddin Naqsyaband dan
pengikutnya Alauddin Atthar.
Bagaimanapun, penjelasan dan perbaikan ini juga melibatkan sejenis jentera,
yang mana kuasa Syaikh telah dianggap sebagai beroperasi secara tertentu hampir
secara kejenteraan. Manakala Alauddin Atthar memberi amaran bahawa Tawajjuh
di pihak Syaikh tanpa usaha di pihak murid baru akan pudar kehilangan kuasanya.
Syaikh Naqsyabandi abad ke-19M, Syah Abu Said Dehlawi (m.1240-41H/1824-25M)
mengatakan bahawa kelajuan seseorang Shufi berjalan menempuh perjalanan
keruhanian adalah bergantung terutamanya kepada Tawajjuh daripada Syaikhnya
dan hanya pada tahap yang sangat kecil dengan bakat beliau sendiri. Beliau
memetik kenyataan Muhammad Mashum, putera dan pengganti Syaikh Ahmad
Sirhindi bahawa kesan berzikir tanpa Rabithah adalah sia-sia, Rabithah sahaja
adalah jalan yang sangat cekap tanpa membazirkan tenaga. Pada sudut yang lain,
seseorang itu perlu berhati-hati untuk tidak membuat kesimpulan umum dengan
kenyataan dasar yang sedikit ini. Seseorang perlu sentiasa ingat bahawa apa yang
terletak di bahagian dasar fenomena ini telah disentuh dalam artikel ini, ianya
adalah kesedaran bahawa faktor penentu dalam perhubungan antara Syaikh
Mursyid dan murid baru itu adalah Ruhaniyyat Syaikh yang merupakan suatu
kuasa yang tidak terhad kepada kehadiran tubuh badannya sahaja.

1436/2015 Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

11

Anda mungkin juga menyukai