Anda di halaman 1dari 3

Aisyah binti Mohd Chabidi

17123999/1 | IIM18004
IIM4003 : Amalan Professional

Hakim Wanita. Ulasan dan Pandangan


Dalam sistem penghakiman, seseorang qadi atau hakim mempunyai satu
tanggungjawab tertinggi dalam untuk memberikan atau menentukan suatu penyelesaian bagi
setiap perkara. Dek kerana itu, pemilihan atau kriteria bagi seorang qadi atau hakim telah
diletakkan syarat-syarat yang ketat baik dari segi perspektif Islam mahupun dalam konteks
kontemporari kini. Jika berdasarkan kepada zaman jahiliah dahulu, wanita mendapat
kedudukan yang rendah, hina dan memalukan. Namun, setelah kedatangan Islam yang
mengangkat kedudukkan wanita, boleh dikatakan kebanyaakkan hal ehwal telah
didominasikan oleh golongan wanita. Misalnya dari segi Pendidikan, pada tahun 2013 sahaja,
lebih 86,798 wanita memasuki menara gading berbanding lelaki, meningkat daripada 67,734
orang daripada tahun 2009 (Ahmad Khairol, 2017). Data yang diperoleh ini telah menjadikan
Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa wanita melebihi lelaki dalam tujuh
daripada lapan bidang utama terutamanya pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Selain itu,
wanita juga menyerlah dalam bidang sains, matematik dan pengkomputeran yang
kebiasaannya didominasi lelaki di negara lain.

Seterusnya dalam bidang penghakiman juga yang perlu dilihat disini yang mana
Mahkamah Persekutuan kini dibarisi 14 hakim dengan lapan daripada mereka adalah wanita
(Unknown, Berita Harian Online , 2020). Ini telah membuktikan bahawa, masyarakat atau
negara sendiri telah memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita untuk menyerlah
dalam semua aspek yang mereka ceburi. Jadinya berbalik kepada pandangan mengenai
Hakim Wanita dalam perundangan syariah khususnya. Tidak seharusnya untuk terikat dengan
pernyataan wanita akan mengalami perubahan emosi atau gangguan emosi dari rumah
sehingga terbawa-bawa ke tempat kerja atau sebagainya. Ini kerana, jika emosi menjadi
tunjang alasan utama untuk menghalang wanita daripada menyertai mana-mana badan
professional, maka salahlah pernyataan berikut. Emosi adalah satu sifat atau perasaan yang
ada dalam mana-mana diri manusia baik lelaki mahupun wanita. Dan ianya sangat berkaitan
dengan bagaimana seseorang itu menghadapi emosi tersebut atau bagaimana seseorang
berunding dan mengatasi dengan emosinya yang tidak stabil itu yang mana ianya tidak harus
diukur dengan gender atau sebagainya. Misalnya dari segi perbezaan risiko bunuh diri antara
lelaki dan wanita berdasarkan percubaan sebelumnya. Sekitar 62 peratus wanita yang berjaya
Aisyah binti Mohd Chabidi
17123999/1 | IIM18004
IIM4003 : Amalan Professional

dalam bunuh diri telah membuat percubaan sebelumnya, tetapi apabila ia berkaitan dengan
lelaki, 62 peratus daripada mereka yang mati akibat bunuh diri tidak mempunyai percubaan
sebelumnya. Ini beerti bagi lelaki ia adalah satu perkara yang serius yang diambilkira dan terus
terjerumus dalam emosi tersebut (Nancy Schimelpfening, n.d.). Namun begitu, tidak
dinafikan memang benar sesetengah wanita tidak dapat mengatasi emosi yang dihadapi dan
terus terbawa ke tempat kerja dan sebagainya. Tetapi perlu diingat bahawa tidak semua
wanita adalah sedemikian rupa.

Seterunya berkaitan dengan kepimpinan, wanita juga mempunyai hak untuk


memimpin termasukklah dalam hal ehwal penghakiman. Ini kerana dalam Islam sendiri tidak
melarang untuk wanita berkarier. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada sebahagian ulama yang
telah membenarkan golongan wanita untuk menceburkan diri dalam pelbagai bidang.
Misalnya, pandangna daripada sebahagian ulama Hanafiyya yang membolehkan wanita untuk
menjadi hakim namun ianya terbatas kepada kes yang ‘amwal’ sahaja. Selain itu, ulama lain
yang membolehkan wanita untuk menjadi Hakim ialah Ibnu Jarir ath-Thabari (224-310H) yang
ada menyebut bahawa Hakim Wanita dibenarkan untuk mengadili apa juga perkara secara
mutlak. Pandangan ini adalah diberikan dengan berdasarkan dari ayat 13 Surah Al- Hujraat
yang berbunyi:

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang


laki-laki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal mengenal, Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujuraat: 13).

Ini telah menjadi bukti baahwa sesetengah telah meletakkan wanita itu berkeupayaan dalam
semua perkara baik dari segi penghakiman atau kepimpinan. Tambahan lagi, dalam
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-
Aisyah binti Mohd Chabidi
17123999/1 | IIM18004
IIM4003 : Amalan Professional

116 pada 20-21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Cadangan Pelantikan Ketua
Hakim Syarie dalam Kalangan Wanita. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa wanita
harus dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie dalam kes-kes selain hudud dan qisas. Pemilihan
dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur1.

Jadinya pada pandangan saya, wanita sememangnya layak untuk diberi peluang dalam
kepimpinan. Jika tidak, tidak wujudlah kepimpinan negara yang hebat yang dipimpin oleh
Ratu Balqis suatu Ketika dahulu atau juga kempimpinan Siti Khadijah dalam perniagaan dan
banyak lagi. Namun dalam perihal penghakiman juga dibolehkan oleh sebahagian ulama
tetapi harus diletakkan batas yang tertentu dalam kepimpinan kerana sudah menjadi fitrah
bahwa pemimpin adalah dalam golongan lelaki seperti mana yang telah diebut dalam Al-
Quran dan juga hadis. Mungkin dalam sesetengah perkara yang dihakimi, hakim wanita lebih
memahami situasi berikut dan begitu juga sebaliknya. Jadinya, berbalik kepada perihal Hakim
Wanita ini, seharusnya untuk berbalik kepada fitrah yang asal yang telah digariskan dalam
Islam yang telah menyebut secara jelas baahwa lelaki adalah pemimpin.

Bibliography
Ahmad Khairol, S. J. (2017, Oktober 6). Astro Awani. Retrieved from Wanita jauh lebih cemerlang
dalam pendidikan berbanding lelaki: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-
jauh-lebih-cemerlang-dalam-pendidikan-berbanding-lelaki-tetapi-157124

Nancy Schimelpfening. (n.d.). Reoveme. Retrieved from Perbezaan dalam Bunuh diri Antara Lelaki
dan Wanita: https://ms.reoveme.com/perbezaan-dalam-bunuh-diri-antara-lelaki-dan-
wanita/

Unknown. (2020, Julai 10). Berita Harian Online . Retrieved from Dua hakim wanita dilantik jadi
hakim Mahkamah Persekutuan:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709464/dua-hakim-wanita-dilantik-
jadi-hakim-mahkamah-persekutuan

Unknown. (n.d.). Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqqiyyah. Retrieved from Cadangan Pelantikan Ketua
Hakim Syar'ie Dalam Kalangan Wanita: http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/3

1
Unknown. (n.d.). Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqqiyyah. Retrieved from Cadangan Pelantikan Ketua Hakim Syar'ie
Dalam Kalangan Wanita: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/3

Anda mungkin juga menyukai