Anda di halaman 1dari 4

PUTERI SOLEHAH PENJANA KECEMERLANGAN UMMAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seuntai kata penghargaan buat saudara pengacara majlis, jambakan rasa hormat buat kombinasi kehakiman yang arif seterusnya siding hadirin dan hadhirat ummat kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w.

Puteri Solehah Penjana Kecemerlangan Ummah begitulah bunyinya tajuk keramat yang bakal saya kupaskan pada hari ini. Hadirin siding saksi bervisi, Sebelum bicara mengukuh bukti, izinkan definisi menyerlah erti Puteri solehah bolehlah ditakrifkan sebagai perempuan atau gadis yang berpegang kepada akidah islam dan mengamalkan syariat islam. Penjana: Alat untuk mengeluarkan Kecemerlangan ummah merujuk kepada masyarakat yang mementingkan kecemerlangan secara bersepadu iaitu cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Secara globalnya, tajuk ini membicarakan tentang bagaimana seorang gadis yang berpegang teguh kepada akidah islam dan mengamalkan syariat islam mampu melahirkan sebuah masyarakat yang di segani, di hormati serta berjaya dalam segenap aspek kehidupan.

Hadirin siding saksi bervisi, Persoalan yang di hadapi sekarang, bagaimana seorang perempuan atau gadis mampu menjadi seorang wanita yang solehah? Hadirin, di sini saya gariskan dua syarat untuk menjadi wanita yang solehah: Pertama: Taat kepada Allah dan Rasulnya Kedua: taat kepada suami. Penegasan ini membuktikan bahawa tidak lagi sulit bagi seorang gadis untuk menjadi wanita yang solehah. Namun, hanya keimanan seseorang yang membataskan diri untuk berubah bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Hadirin Sidang saksi bermisi, Persoalan seterusnya, apa pula ciri-ciri yang harus ada dalam diri setiap gadis untuk menjadi wanita yang solehah agar menepati syarat yang saya kemukakan sebentar tadi.. Hadirin, pertama.. untuk menjadi seorang insan yang solehah penjagaan solat haruslah di titikberatkan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 45 Marhumnya:solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar,solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunya boleh mencegah orang daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Hadirin sidang saksi bervisi, Paparan media elektronik mahupun cetak sering kali memaparkan kebejatan akhlak masyarakat. Kes-kes rogol,bunuh dan pembuangan bayi seringkali menjadi tajuk utama akhbar. Terbaru, berdasarkan statistic terkini Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak luar nikah yang di lahirkan oleh bangsa melayu Islam sejak lima tahun lepas adalah sebanyak 74, 723 orang. Manakala, pada tahun 2009 pula jumlah anak luar nikah yang di daftarkan seramai 17, 303. Gejala ini mampu di bendung seandainya setiap anak gadis bijak menjaga maruah diri dan tidak mendedahkan aurat. Hadirin siding saksi bervisi, Bagi ciri yang ketiga, Seorang wanita haruslah mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Sebagaimana sabar seperti Asiah (isteri Firaun), Setia seperti Khadijah (isteri Nabi Muhammad s.a.w) dan teguh seperti Fatimah (puteri Nabi Muhammad) Penegasan ini membuktikan bahawa, seorang gadis haruslah menjadi seorang yang baik dan boleh dijadikan sebagai qudwah hasanah atau role model dalam mengajak ummat manusia ke arah kebaikan.

Hadirin sidang saksi bermisi, Luqman al-Hakim pernah berpesan Berbuat baiklah kepada ibu bapamu Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13-14: Marhumnya: Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun Ini membuktikan bahawa Islam memandang berat dalam menjaga kebajikan ibubapa. Seperti mana peristiwa Rasulullah menyuruh Asmak Binti Abu Bakar menghormati ibunya walaupun ibunya bukan seorang islam. Inilah ciri terakhir yang harus ada dalam diri gadis yang solehah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Hadirin siding saksi bervisi, Sebagai khulasahnya, berdasarkan hujah serta dalil-dalil yang saya nyatakan sebelum ini, jelaslah kepada kita bahwa, Puteri solehah mampu menjadi penjana kepada kecemerlangan ummah. Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai