Anda di halaman 1dari 4

FILEM-FILEM MELAYU: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. FILEM MENTEGA TERBANG

Berdasarkan kajian yang telah. Terdapat lakonan watak yang dilakonkan dalam filem
mentega terbang pada penghujung watak bapa memberi keizinan dan restu kepada
anaknya untuk mencari agama yang bersesuaian dengan jiwa anaknya yang beragama
islam. Ini adalah bukti jelas dimana file mini berunsurkan kebebasan untuk murtad serta
tidak mengikuti garis panduan yang telah disediakan oleh JAKIM iaitu mempropagandakan
akidah, hukum dan ajaran yang menyeleweng.

Firman Allah SWT; ".....Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian,
rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)”

Ulama’ terdahulu berpendapat murtad termasuk dalam kategori dosa-dosa besar yang
tidak diampunkan oleh Allah SWT melainkan bertaubat.

Rasululullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang
muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin
melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan
meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin”

Justeru itu, sebagai negara islam kita hendaklah menyekat sebarang tontonan yang
mempunyai elemen propaganda terhadap islam bagi melindungi keimanan masyarakat
islam.
2. FILEM MENTEGA TERBANG

Berdasarkan hasil kajian yang terdapat dari filem Mentega. Terbang yang menjadi
isu hangat kerana terdapat beberapa isu yang bercanggah dengan agama islam. Antara isu
yang dibincangkan adalah menyentuh sensitiviti umat islam dan juga tidak mengikut garis
panduan yang telah disusun oleh pihak JAKIM. Antara babak yang menjadi isu adalah Ketika
Aisyah yang terlihat selesa Ketika menyentuh anjing dan memakan pau babi.

Menurut mazhab imam Syafie, seekor anjing adalah Najis dan kita juga diharamkan
untuk menyentuh dengan sengaja. Bertepatan dengan firman Allah SWT:

(Surah Al-Baqarah, 173)

Justeru itu, Perkara ini terkait dengan Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan 1997), Bahagian III – Kesalahan Tang Berhubungan Dengan kesucian
Agama Islam dan Institusinya Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina.

3. FILEM MENTEGA TERBANG

Hasil dari kajian ini, terdapat elemen yang bercanggah dengan garispanduan yang telah
disediakan oleh pihak JAKIM iaitu filem ini terdapat propaganda akidah pada watak Aisyah
lebih cenderung kepada kepercayaan ataupun akidah reincarnation iaitu kepercayaan
terhadap roh yang meninggal akan berpindah ke makhluk lain seperti tumbuhan atau
haiwan yang di mana bercanggah dengan akidah orang islam iaitu akidah kebangkitan dan
hari pembalasan. Sekali gus ia dia tidak mempercayai rukun iman iman yang ke-5 iaitu
beriman kepada hari akhirat.

Firman Alllah SWT;


Rasulullah SAW bersabda;

Disini kita faham daripada firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW bahawa
ketidakmampuan roh Kembali ke dunia selepas meninggal dunia.

4. FILEM PULAU

Hasil daripada kajian ini terdapat unsur perkara yang bercanggah dengan garis panduan
yang telah disediakan oleh pihak JAKIM iaitu mengandungi unsur-unsur yang bercanggah
dengan akhlak. Terdapat beberapa adegan yang menunjukkan akhlak yang tidak sepatutnya
di tayangkan kepada khalayak. Antara adegan yang ditayangkan adalah seperti peluk dan
aksi separa bogel yang dilakonkan oleh pelakon yang beragama islam. Sekali gus ia
bercanggah dengan hukum islam iaitu menutupi aurat dengan sempurna.

Firman Allah SWT;


Surah Al-Ahzab, Ayat 59

Rasulullah SAW telah bersabda;

Ini menunjukkan bahawa seseorang muslim hendaklah menutup auratnya dengan


sempurna bagi menjaga aib atau menjaga maruah seseorang khususnya Wanita yang telah
baligh bagi mengelak dari diganggu oleh orang yang ingin mengambil kesempatan.

Anda mungkin juga menyukai