Anda di halaman 1dari 1

KAJIAN LITERATUR

 
Menurut laman web Circuits Today (2015), projek Arduino telah bermula di Interaction Design Institute
Ivrea
 (IDII) di Ivrea, Itali. Pada masa itu, pelajar menggunakan mikro pengawal Stamp BASIC dengan kos
pembelian sebanyak 100 dolar, perbelanjaan yang agak mahal untuk kebanyakkan pelajar. Pada tahun
2003, Hernando Barragán mencipta sebuah platform pembangunan Wiring sebagai projektesis untuk
pengajian Master beliau di IDII, di bawah pengawasan Massimo Banzi danCasey Reas, yang bekerja di
bawah bahasa pengaturacaraan Processing. Platform Wiring terdiri daripada papan litar bercetak (PCB)
dengan mikro pengawal Atmega 168, sebuah IDE berasaskan bahasa pengaturcaraan Processing 
 dan perpustakaan fungsiuntuk memudahkan proses mengaturcara mikro pengawal tersebut. Pada tahun
yangsama juga, Massimo Banzi bersama dengan David Mellis, pelajar IDII lain dan DavidCuartielles,
menambah sokongan untuk mikro pengawal Atmega8 yang murah kepada Wiring. Tetapi, mereka tidak
meneruskan projek Wiring, sebaliknya merekamembatalkan projek tersebut dan menamakannya semula
sebagai Arduino.

Arduino Uno R3 telah digunakan secara meluas di serata dunia kerana ianya amat sesuai
untuk seseorang induvidu yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai mikro
pengawal. Projek kami menggunakan Arduino Uno R3 sebagai asas kepada keseluruhan
projek. Selain Arduino Uno R3, kami juga menggunakan dua jenis komponen seperti
Temperature and Humidity sensor dan passive Infrared Sensor (PIR) sebagai inti kepada
projek yang dibina. Temperature and Humidity sensor akan mengesan suhu dan
kelembapan sekeliling untuk mengawal sebarang pergerakan dan akan ON sekiranya
terdapat sebarang pergerakan yang dilakukan oleh manusia atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai