Anda di halaman 1dari 10

Kepentingan pelajar menguasai subjek Microcontroller bagi memastikan matlamat

pendidikan kemahiran iaitu bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang industri berjaya
dicapai.

Kajian yang dijalankan ini turut bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan kajian
iaitu :-
1. Adakah kesukaran pelajar untuk memahami konsep Microcontroller berpunca dari
peranti yang digunakan dan
dan memahami konsep Microcontroller itu sendiriTanggapan tersebut didorong oleh
beberapa faktor seperti sukar memahami bahasa pengantaraan yang digunakan didalam
sistem Microcontroller, perisian bagi membina program Microcontroller bersifat Close
Source dan hasil program yang dibina hanya dapat dilihat setelah semua proses lengkap
dijalankan. Close Source bermakna perisian yang digunakan untuk membina program
didalam IC perlu dimuat turun menggunakan perisian yang disahkan oleh pihak pembekal.
Disebabkan ciri perisian IC yang bersifat Close Source ini menyebabkan pelajar sukar untuk
membuat latihan kendiri bagi memahiri bidang Microcontroller ini.
Berikutan dengan itu, timbul persoalan mengenai kesukaran pelajar menguasai subjek
Microcontroller adakah disebabkan oleh:-
1. Perisian yang digunakan untuk membina program yang melibatkan Microcontroller
terdiri daripada perisian sumber tertutup (close source).
2. Bahasa penghantar yang digunakan untuk membina program.

3. Hasil program yang dibina hanya dapat dilihat setelah kesemua pemasangan
komponen selesai dibuat.
Persoalan ini telah mendorong penyelidik untuk mencari jawapan dan sumber alternatif yang
boleh digunakan dalam memudahkan pemahaman pelajar mengenai konsep operasi
Microcontroller agar pelajar yang mahir membina program Microcontroller berjaya
dilahirkan seiring dengan matlamat pendidikan kemahiran yakni melahirkan tenaga mahir
dalam bidang kemahiran.
Dalam usaha menjawap persoalan kajian dan mendapatkan gambaran mengenai
subjek Microcontroller ini, kaedah kajian literature yang melibatkan kajian lampau
digunakan dengan merujuk enam kajian terdahulu yang mengambil Arduino sebagai bahan
rujukan utama kajian.

Open Source
Microcontroller sering dilihat subjek yang sukar dikuasai berikutan dengan perisian
yang digunakan untuk membina program sukar didapati. Kebanyakkan perisian yang
digunakan untuk membina program bagi litar Microcontroller terdiri dari perisian yang
mempunyai lesen pengendalian tambahan pula perisian tersebut kebanyakkannya bersaiz
besar dan sukar untuk dimuat turun pelajar. Keenam-enam pengkaji berpendapat sebelum
kemunculan Arduino didalam pasaran, kebanyakkan perisian untuk membina program
Microcontroller terdiri daripada perisian berciri Close Source yang tambah menyukarkan
penguasaan subjek Microcontroller ini.
Sungguhpun begitu, perisian yang berciri Close Source merupakan sistem yang stabil
dan mempunyai pakar yang akan membimbing pengguna perisiannya. Perisian yang berciri
ini sering digunakan oleh badan korporat dan syarikat namun ia agak kurang mesra pengguna
terutama kepada pelajar berbanding dengan perisian yang berciri Open Source seperti
Arduino.
Arduino merupakan perisian Microcontroller yang dikeluarkan oleh Atmel AVR pada
tahun 2005 yang berciri Open Source. Pembinaan Arduino yang bertujuan asal untuk
memudahkan pelajar mendalami konsep Microcontroller dilihat mencapai matlamatnya
seperti pendapat Jauhari Arifin, Leni Natalia Zulita dan Hermansyah (2016) Arduino
merupakan perisian bercirikan Open Source yang mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja
termasuk pelajar yang baru berjinak dalam subjek Microcontroller. Manakala menurut
pendapat Effendi Dodi Arisandi (2014), Arduino merupakan satu sistem open source dari
segi software mahupun hardware yang membenarkan perbincangan mengenainya dijalankan
oleh

sesiapa sahaja termasuk individu yang tidak mempunyai asas dalam bidang elektronik.
Sistemnya yang bersifat open source memudahkan pencarian maklumat mengenai program
mahupun sambungan mudah diperolehi di internet.
Arduino juga membenarkan perbincangan dan penambahbaikkan dijalankan oleh
sesiapa sahaja yang menggunakan perisian ini. Keterbukaan pereka Arduino telah
merangsang pelbagai pihak mewujudkan platform perbincangan mengenai pelbagai rekaan
yang boleh dibina dengan menggunakan sistem Arduino seperti page yang dibangunkan
didalam media sosial seperti Facebook dan terdapat video-video yang dikongsi oleh ramai
pereka didalam platform Youtube. Ia merupakan perkembangan yang memberangsangkan dan
secara tidak langsung membantu pelajar yang berminat untuk mendalami subjek
Microcontroller mencari maklumat yang diperlukan mereka. Menurut Anip Febtriko (2017),
ciri open source Arduino sangat memudahkan pereka untuk menulis kod program dan
memuat naik kedalam hardware Arduino walaupun pereka menggunakan Operation System
(OS) computer yang berlainan dengan maklumat yang diperolehi didalam internet.
Ciri Open Source Arduino juga membuktikan perisian yang terbina bukanlah perisian
yang bersifat asas dan ringkas tetapi menerusi rekaan prototaip sistem pengendalian android
yang dibangunkan Muhammad Ichwan, Milda Gustiana Husada dan M.Iqbal Ar Rashid
(2013) membuktikan Arduino merupakan peranti Microcontroller yang mampu membina
projek tahap tinggi seperti kawalan Android. Mereka juga membuktikan ciri Open Source
yang terdapat didalam perisian Arduino sangat mudah difahami dan dibangunkan sesiapa
sahaja termasuk individu yang masih berada di peringkat pengajian. Rekaan sistem kendalian
dengan menggunakan Bluetooth oleh Prio Handoko (2017) turut membuktikan Arduino
mampu bersaing dengan peranti Microcontroller klasik yang menggunakan Close Source
yang dilihat lebih stabil dan ekslusif. Arduino juga dilihat fleksible bagi penggunaan dan
penambahan sebarang komponen tambahan seperti Sensor, IR Filter dan lain-lain seperti
menurut Ida Bagus Dwijaya Kesuma, Made Sudarma dan Ida Bagus Alit Swamardika (2016)
masukan peranti kedalam rekaan yang menggunakan Arduino mudah dilaksanakan berikutan
rekaan Arduino menyediakan pin masukan dan keluaran bagi memudahkan proses rekaan
projek dijalankan.
Ciri Open Source yang diketengahkan oleh Arduino ini dilihat sangat membantu
pelajar memahiri subjek Microcontroller ini barbanding peranti Microcontroller lain seperti
Proteus, 8051 dan PIC yang berciri Close Source dimana perisian ini hanya boleh didapati
secara berlesen dan sah dari pengedar perisian tersebut. Ditambah pula dengan harga yang
perlu dibayar bagi mendapatkan perisian Microcontroller tersebut menambahkan kesukaran
pelajar untuk memiliki perisian Microcontroller bagi tujuan latihan kendiri. Maka, kaedah
yang lebih mudah dan murah adalah pelajar menggunakan komputer yang terdapat dimakmal
yang pastinya masa yang diperuntukkan sangat singkat dan sukar untuk memahiri subjek ini.
Berdasarkan pengalaman mengajar subjek Microcontroller kepada pelajar Teknologi
Elektronik di GIATMARA, dapat dilihat kefahaman pelajar mengenai konsep
Microcontroller semakin meningkat dengan penggunaan Arduino sebagai peranti
Microcontroller. Peningkatan tersebut jelas dilihat tambahan pula perisian Arduino boleh
didapati secara percuma di internet yang memudahkan pelajar untuk membuat latihan kendiri
setelah tamat kuliah.

Bahasa Pemprosesan
Microcontroller merupakan perisian yang berupaya mengawal dan memanipulasi
arahan masukan. Bahasa yang digunakan Microcontroller bagi menafsir arahan yang
dimasukkan kedalam sistemnya adalah Bahasa Pemprosesan. Bahasa Pemprosesan
Microcontroller sering menjadi isu kepada pelajar berikutan terdapat perbezaan yang ketara
dari segi bahasa yang digunakan sehari-hari manusia dengan bahasa pemprosesan
Microcontroller. Bahasa Pemprosesan yang digunakan didalam sistem Microcontroller
terdiri daripada bahasa penghimpun (Assembly) atau turut dikenali sebagai bahasa mesin.
Menurut Effendi Dodi Arisandi (2014), bahasa penghimpun mempunyai keterbatasan yang
ketara dengan bahasa yang digunakan manusia kerana bahasa yang dipertuturkan manusia
merupakan bahasa tingkat tinggi. Menurut beliau, perkembangan bahasa pemprosesan dari
bahasa penghimpun ke bahasa tahap tinggi sangat diperlukan bagi memastikan
perkembangan sistem perisian teratur dan berstruktur.
Berikutan dengan itu, Arduino telah menggunaan bahasa tahap tinggi bagi bahasa
pemprosesan untuk perantinya dan secara Open Source seiring dengan matlamat
penciptaannya untuk membantu sesiapa sahaja yang cuba memahami konsep
Microcontroller. Keupayaan Arduino memahami arahan bahasa tahap tinggi dilihat
membantu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai konsep Microcontroller. Menurut
Effendi Dodi Arisandi (2014), Arduino antara perisian yang menggunaan bahasa
pemprosesan asas C yang berciri Open Source yang sememangnya berbeza dengan bahasa
pemprosesan peranti Microcontroller klasik seperti Proteus, 8051 dan PIC yang
menggunakan bahasa penghimpun (Assembler) dan kod-kod khas yang perlu dihafal dan
difahami pelajar.
Arduino juga direka bagi memudahkan sesiapa sahaja yang berhajat untuk
mempelajari subjek Microcontroller walaupun tanpa asas bahasa pemprosesan seperti bahasa
penghimpun kerana ia direka dengan bahasa C++ yang telah dipermudahkan didalam
arkibnya. Menurut Jauhari Arifin, Leni Natalia Zulita dan Hermawansyah (2016), Arduino
menggunakan Software Processing yang digunakan untuk menulis program kedalam
perantinya. Ia juga merupakan gabungan antara hardware bahasa pemprosesan dan
Integrated Development Enviroment (IDE) yang berperanan menulis program serta
menyusun kod binari yang dibina dan memuatnaik kedalam pusat ingatan Arduino. Sistem
pemprosesan Arduino pula merupakan gabungan antara bahasa C++ dan Java. Maka tidak
hairanlah jika arahan yang mampu dibaca kelihatan menghampiri bahasa yang digunakan
manusia.
Menurut Anip Febtriko (2017), lingkungan Open Source Arduino memudahkan
penulisan kod dan muatnaik kedalam peranti Arduino dibuat yang turut disokong
Muhammad Ichwan, Milda Gustiana Husada dan M. Iqbal Ar Rashid (2013) bahawa bahasa
pemprosesan Arduino sangat memudahkan arahan dirancang dan difahami oleh pengguna
walaupun bagi projek yang bersifat kompleks. Menurut Prio Handoko (2017), bahasa
pemprosesan yang terdapat didalam perisian Arduino sangat berbeza dengan bahasa
pemprosesan perisian Microcontroller lain yang jelas menggunakan kod-kod seperti 1
sebagai on dan 0 sebagai off. Kod-kod ini dilihat agak mengelirukan tidak seperti arahan
yang digunakan didalam perisian Arduino yang menggunakan perkataan seperti LOW
sebagai off dan HIGH sebagai on yang lebih menghampiri bahasa manusia.
Disebabkan Arduino mempunyai ciri Open Source, ia membenarkan perubahan
arahan dilaksanakan oleh pereka pada bila-bila masa yang diperlukan seperti yang dinyatakan
Ida Bagus Dwijaya Kesuma, Made Sudarma dan Ida Bagus Alit Swamardika (2016) bahawa
Arduino membenarkan perubahan arahan keluaran dibuat dengan sangat mudah disebabkan
oleh bahasa pemprosesan yang digunakan bersifat Open Source.
Bahasa pemprosesan Arduino dilihat bersifat mesra pengguna berikutan dengan
arahan (common) yang digunakan hasil gabungan Integrated Development Environment
(IDE) dan Java. Hasil gabungan ini memberikan peningkatan bahasa pemprosesan ketahap
bahasa tinggi yang dapat mempercepatkan pemahaman pelajar cara Arduino berfungsi dan
memahami arahan yang diberi. Perkembangan bahasa pemprosesan tahap tinggi juga
memudahkan perkembangan fungsi Microcontroller dibuat berikutan perbincangan dan
pemahaman bahasa pemprosesan dapat dibuat oleh pereka. Bahasa pemprosesan bagi perisian
Microcontroller yang lain dilihat sukar difahami berikutan dengan kod-kod yang perlu
digunakan kelihatan asing oleh pelajar berbanding dengan bahasa pemprosesan yang
digunakan Arduino yang kelihatan hampir dengan bahasa yang digunakan sehari-hari.

Software dan Hardware


Software dan hardware merupakan element yang penting dalam pembinaan projek
yang melibatkan Microcontroller. Bagi subjek Microcontroller, pelajar hendaklah mahir
mengendalikan kedua-dua element ini. Jika proses membina litar PCB (printed circuit board)
pelajar hanya perlu mahir membuat rekaan litar, menyurih dan memindahkan litar rekaan
keatas papan cooper yang pastinya hanya melibatkan kerja-kerja tangan. Namun bagi subjek
Microcontroller, pelajar hendaklah mahir mengendali software yakni mereka bentuk litar dan
membina program litar dengan menggunakan perisian seperti PIC, Proteus dan lain-lain dan
pelajar juga perlu mahir dalam menyambung litar yang telah direka.
Namun perkara yang sering menjadi isu kepada pelajar selain kesukaran mendapatkan
perisian untuk menjalankan latihan kendiri adalah penyambungan komponen elektronik atau
penyabungan hardware. Jika projek Microcontroller yang menggunakan Integrated Circuit
(IC) sebagai perati Microcontroller, penyambungan komponen lebih sesuai dibuat diatas
strip board atau copper board. Bagi penyambungan komponen diatas copper board dan strip
board ia melibatkan proses soldering. Ini menjadi isu kerana Integrated Circuit (IC)
merupakan komponen yang sensitif dan mudah rosak jika berlaku kesilapan penyambungan.
Kesukaran penyambungan ini menambahan kekeliruan pelajar terhadap subjek
Microcontroller yang sedikit sebayak memberi kesan keatas minat pelajar untuk mendalami
subjek Microcontroller ini.
Maka disebabkan itu, Arduino menjadi peranti yang ideal digunakan didalam kelas
untuk pengenalan Microcontroller kepada pelajar bukan saja dari segi software yang mudah
didapati tetapi juga binaan hardware yang lebih mudah dikendali oleh pelajar seperti menurut
Jauhari Ariffin, Leni Natalia Zulita dan Hermawansyah (2016), binaan hardware Arduino
direka bagi memudahkan pengguna dengan penambahan pin luar yang hanya perlu
disambung dengan menggunakan jumper wire dan penyambungan litar tidak melibatkan
proses soldering. Binaan hardware Arduino yang ringkas serta mesra pengguna turut diakui
oleh Anip Febtriko (2017) seperti menurut beliau, semua pin yang terdapat pada hardware
Arduino merupakan pin yang diperlukan untuk kefungsian Microcontroller serta mudah
digunakan dengan hanya menyambungkan Arduino menggunakan tiga cara bagi sumber
voltan samada menggunakan komputer menggunakan kabel USB, adaptor AC-DC atau
bateri.
Prio Handoko (2017) turut berpendapat bahawa Arduino merupakan peranti
Microcontroller yang mudah dikendali dan sesuai digunakan untuk sebarang projek
elektronik termasuk projek elektronik kompleks seperti sistem kawalan monolitik dengan
hanya menggunakan Arduino asas seperti Arduino Uno R3. Keterbukaan Arduino dalam
berkongsi perisian dan maklumat penyambungannya kepada umum telah banyak membantu
individu yang berminat dalam bidang Microcontroller. Perkara ini turut diakui oleh Effendi
Dodi Arisandi (2014) dengan menyatakan metode open source Arduino baik dari segi
software mahupun hardware telah membuka ruang perbincangan yang luas kepada semua
peneliti atau penggemar hobi elektronik terutama dalam cabang Microcontroller.
Keterbukaan Arduino dalam berkongsi maklumat termasuk perkongsian dari segi sambungan
hardware dan contoh-contoh program asas. Sungguhpun Arduino dilihat seolah-olah peranti
asas, namun Arduino turut mampu memanipulasi masukan aras tinggi seperti penetapan kata
laluan bagi sistem keselamatan pintu seperti yang dilaporkan oleh Ida Bagus Dwijaya
Kesuma, Made Sudarma dan Ida Bagus Alit Swamardika (2016).
Arduino juga mempunyai fungsi interaksi pihak ketiga seperti Android dan Bluetooth
tanpa perlu peranti tambahan. Menurut Muhammad Ichwan, Milda Gustiana Husada dan M.
Iqbal Ar Rashid (2013), Arduino dilengkapi dengan perincian bootloader dimana ia
membenarkan kemasukkan kod arahan baru tanpa perlu peranti tambahan. Ciri Arduino yang
lengkap dan mudah dikendali ini dilihat mampu meningkatkan minat pelajar untuk
memahami konsep Microcontroller yang dahulunya dilihat sangat sukar untuk difahami.

Masukan dan Keluaran


Bagi perisian Microcontroller yang menggunakan peranti Integrated Circuit (IC),
perkara yang sering menjadi kegusaran pelajar adalah untuk menetapkan masukan dan
keluaran litar elektronik. Kegusaran tersebut disebabkan oleh keserabutan penyambungan
yang berpunca dari kaki IC yang banyak. Ditambah pula dengan sifat IC yang sensitif
terhadap sebarang kesilapan sambungan yang boleh menyebabkan kerosakkannya.
Sedar akan permasalahan ini telah mendorong pereka Arduino mengeluarkan pin-pin
bagi bahagian masukan dan keluaran serta melabelkan pin-pin tersebut untuk memudahkan
pengguna. Tindakan ini dilihat sangat membantu pelajar untuk memahami konsep dan cara
operasi Microcontroller. Manfaat ini bukan saja dapat dinikmati pelajar tetapi juga kepada
para pereka berikutan label yang disediakan di peranti Arduino memudahkan proses
sambungan dijalankan seperti menurut Muhammad Ichwan, Milda Gustiana dan M. Iqbal Ar
Rashid (2013), penyambungan bagi masukan dan keluaran bagi projek pembinaan sistem
kawalan menggunakan Android mudah dilaksanakan berikutan dengan pin-pin masukan dan
keluaran pada peranti Arduino telah dikeluarkan serta dilabel yang sangat membantu dalam
penyambungan projek kompleks.
Ida Bagus Dwijaya Kesuma, Made Sudarma dan Ida Bagus Alit Swamardika (2016)
berpendapat pin-pin masukan dan keluaran Arduino mudah dikenalpasti dan memendekkan
masa pembinaan projek elektronik serta dilihat sangat membantu pengendali walaupun tanpa
pengetahuan asas mengenai penyambungan elektronik. Pendapat ini selari dengan pendapat
Effendi Dodi Arisandi (2014) yang menyatakan pin masukan dan keluaran yang disediakan
diperanti Arduino sangat memudahkan proses penyambungan litar Microcontroller
dilaksanakan dan ia turut mengurangkan risiko kesilapan sambungan litar Microcontroller.
Menurut Jauhari Ariffin, Leni Natalia Zulita dan Hemansyah (2016), Pin masukan
dan keluaran Arduino juga dipasang dengan menggunakan shield connector bagi
membenarkan masukan kabel dibuat tanpa memerlukan connector khas yang sangat mesra
pengguna. Jika peranti Microcontroller klasik yang menggunakan Integrated Circuit,
masukan data kedalam peranti sukar dikenalpasti berbanding peranti Arduino yang
menyediakan led RX dan TX bagi memberi isyarat masukan data dan interaksi interface
sedang berlaku seperti menurut Anip Febtriko (2017), led RX dan TX pada peranti Arduino
akan berkelip ketika data dimasukkan melalui cip USB-to-serial dan sambungan USB ke
komputer. Atmega328 yang terdapat didalam peranti Arduino membenarkan komunikasi
pengkalan data 12C (Two Wire Interface) dan Serial Peripheral Interface bagi tujuan
komunikasi antaramuka (interface) pada sistem.
Arduino juga dilihat sebagai peranti Microcontroller yang ideal berikutan dengan
kemampuannya melaksanakan arahan tahap tinggi seperti bluetooth dan wifi tanpa
memerlukan penambahan peranti luar. Kebolehan ini dilihat mampu menarik minat pelajar
untuk mempelajarinya berikutan dengan kemampuannya membina projek dengan teknologi
terkini. Menurut Prio Handoko (2017), Arduino merupakan peranti Microcontroller yang
mampu berkomunikasi secara langsung dengan gajet pengguna tanpa penambahan modul luar
seperti modul ethernet shield, bluetooth dan wifi-shield. Penggunaan modul-modul ini sangat
diperlukan memandangkan pangguna kini lebih menginginkan pengendalian dari lokasi yang
berbeza.
Kesukaran yang dihadapi pelajar dalam menguasai pengetahuan Microcontroller
dilihat mampu diatasi dengan menggunakan Arduino sebagai peranti Microcontroller
didalam kelas. Sebelum ini, kesukaran mendapatkan perisian Microcontroller dan kesukaran
untuk membina litar sambungan Microcontroller yang dilihat sangat rumit untuk difahami
membuatkan kebanyakkan pelajar menjauh dan hanya mempelajari subjek Microcontroller
sebagai syarat lulus peperiksaan sahaja. Namun dengan menggunakan perisian dan peranti
Arduino, diyakini dapat menarik minat dan membantu pelajar untuk memahami konsep dan
memahiri subjek Microcontroller. Kebolehan Arduino berinterasi dengan arahan masukan
dan keluaran juga dilihat dapat menambahkan keyakinan pengajar terhadap kemampuan
peranti ini sebagai alat bantuan mengajar bagi pengenalan Microcontroller ditambah pula
dengan harga perantinya yang rendah.
Arduino dilihat begitu ideal untuk penggunaan didalam kelas kerana jika diperhatikan
sejarah penciptaan Arduino oleh Harnando Barragánd, beliau membina peranti Arduino
dengan matlamat untuk memudahkan pereka dan pengguna menggunakan peranti
Microcontroller dengan meringkaskan segala butiran yang rumit. Butiran rumit yang terdapat
didalam perisian Microcontroller klasik telah diringkaskan bagi membolehkan pereka atau
pengguna menumpukan perhatian kepada objektif asal rekaan. Harnando Barragánd (2016)
menyatakan selain bertujuan untuk memudahkan pengguna mengendali peranti
Microcontroller, beliau juga berhasrat untuk mencipta peranti Microcontroller dengan harga
yang mampu milik. Harnando menawarkan perisiannya secara percuma yang boleh dimuat
hampir semua komputer yang menggunakan Windows, Linux dan lain-lain. Hardware
Arduino pula boleh didapati dengan mudah dan harga yang murah serta mampu dimiliki.
Harnando Barragánd (2016) juga menyatakan beliau memahami permasalahan yang
dihadapi umum dalam mengendalikan peranti Microcontroller adalah kesukaran memahami
bahasa pemprosesan yang menggunakan bahasa penghimpun yang jauh berbeza dengan
bahasa yang dipertutur manusia. Justeru itu, beliau telah menggabungkan bahasa penghimpun
Arduino dengan Integrated Development Enviroment (IDE) dan Java yang disimpan kedalam
arkib sistem Arduino bagi memudahkan pereka berkomunikasi dengan mudah bersamanya.
Berikutan dengan itu, pengendali Arduino dapat membina program yang diinginkan dengan
lebih mudah kerana banyak perkara dapat diselesaikan jika dapat berkomunika si dengan
bahasa yang difahami.

Kesimpulan
Hasil kajian mendapati terdapat kaedah yang boleh digunakan bagi menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi pelajar dalam memahami subjek Microcontroller. Berdasarkan
kepada kajian lampau yang dijalankan mendapati, Arduino merupakan peranti
Microcontroller yang terdiri dari software dan hardware yang sesuai digunakan dalam
memberi pengenalan mengenai konsep Microcontroller kepada pelajar Teknologi Elektronik
di GIATMARA Negeri Johor. Arduino sesuai digunakan berikutan oleh ciri-ciri yang
terdapat pada Arduino iaitu perisian yang mudah didapati dan dikendali, harga yang
ditawarkan berpatutan ditambah pula bahasa pemprosesan yang ringkas dan mudah difahami.
Kajian ini diharap dapat digunakan bagi pengajar yang mencari kaedah yang ideal dalam
memperkenalkan pelajar mengenai pengetahuan Microcontroller. Hasil kajian lampau juga
mendapati Arduino mempunyai keupayaan untuk mengendalikan projek elektronik dari tahap
rendah seperti kawalan on/off alatan elektrik seperti lampu dan penghawa dingin kepada
projek tahap tinggi seperti membina sistem kawalan yang melibatkan Android. Namun
begitu, perlu diingatkan kepada para pengajar dan pelajar agar tidak meninggalkan
pengajaran Microcontroller klasik dan meletakkan Arduino sebagai peranti tunggal dalam
cabang Microcontroller.
Sungguhpun perisian Microcontroller klasik seperti Proteus dan PIC agak sukar
dikendali, namun ia merupakan sistem perisian yang kukuh dan sukar dicerobohi oleh pihak
luar bagi menjamin keselamatan sistem yang dibangunkan. Umum mengetahui perisian yang
bersifat terbuka merupakan perisian yang kurang stabil dan kurang digunakan pihak korporat.
Disebabkan itu, pada bahagian awal kajian penyelidik menyatakan kesesuaian penggunaan
Arduino sebagai peranti dan perisian yang digunakan untuk membantu pelajar memahami
konsep Microcontroller berikutan dengan pengenalan konsep adalah pembelajaran awal
sesuatu topik mahupun subjek.
(3086 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai