Anda di halaman 1dari 9

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

Dalam era yang sedang membangun ini banyak kemudahan yang telah direka untuk memberi keselesaan
kepada pengguna. Ianya direka setiap masa dan membuat kajian dari masa ke semasa berpandukan
kepada kelemahan sebelumnya.
Semakin hari, pelbagai reka bentuk yang canggih dihasilkan. Keperluan pengguna yang inginkan
keselesaan sentiasa membuat pereka-pereka membentuk hasil yang terbaik untuk kepuasan pengguna
pada masa yang akan datang.
Mereka bentuk dan membuat Kereta Sorong Serbaguna (KSS) merupakan salah satu produk untuk
kepentingan pengguna. Projek ini meggunakan pelbagai jenis bahan seperti bekas aluminium kerangka
besi, getah dan tayar tubeless . Keseluruhan projek ini melibatkan berbagai-bagai proses bermula dengan
idea konsep reka bentuk, pemotongan bahan,mereka bentuk dan fabrikasi. Walaupun kereta sorong
seperti ini telah banyak dipasaran, namun kelainan dalam penyelesain produk ini telah dilakukan bagi
memastikan ianya lebih praktikal untuk digunakan.
Dalam proses mereka bentuk dari mula hinggalah kepada produk yang akhir, banyak kajian yang perlu
diambil perhatian. Perkara yang perlu difikirkan adalah bagaimana dan apakah kaedah yang harus
digunakan untuk memastikan produk dan keputusan yang berjaya memenuhi kehendak pengguna dapat
dihasilkan.
Keyakinan diri dalam mereka bentuk amatlah penting kerana ini akan menunjukkan akan kegigihan diri
sendiri. Pelbagai perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan produk. Antaranya ialah:-

i. Sentiasa mempelajari, memahami dan membuat kajian dengan jelas akan keperluan sesuatu
produk yang ingin dihasilkan.
ii. Gunakan kaedah yang bersistematik kerana ianya akan memberi kepuasan kepada pengguna dan
sesuai untuk digunakan.
iii. Menghasilkan produk yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk
digunakan.


Pengenalan Kepada Rekabentuk

Setelah adanya masalah-masalah yang di hadapi oleh pekerja kontraktor,pekebun dan lain-lain ini,telah
wujudnya idea bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan pekerja tersebut.
Alat ini di cipta atau di reka bagi meringankan beban para pekerja untuk mengankut barang yang berat
dan banyak. Selepas wujudnya alat ini,para buruh tidak perlu lagi menggunakan peralan pengankut
manual yang banyak dan beban akan menjadi lebih ringan dan tidak lagi menolak kereta sorong yang
lama dalam keadaan yang terumbang ambing disebabkan ketidak stabilanya
Rekabentuk alat ini tidaklah terlampau rumit dan mudah di gunakan atau di kendalikan kerana alat ini
mempunyai 2 roda bagi meggerakkannya dan membolehkan individu tersebut menstabilkannya dengan
baik lalu meringankan beban ia dan boleh mengelakkan daripada sakit otot di bahagian belakang.

Pernyataan Masalah

Idea rekabentuk sesuatu produk tercetus apabila melihat sesuatu masalah yang timbul di sebuah tempat.
Kesan daripada masalah yang timbul tersebut telah pengguna perlu menggunakan banyak jenis alat
pengangkut barang dan masalah mengimbangkan kereta sorong yang biasa. Dengan adanya masalah
tersebut, kajian bagi masalah tersebut dibuat dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut,
sehingga terhasilnya satu idea untuk mencipta Kereta Sorong Serbaguna (KSS)
Kebiasanya kami dapati para pekerja akan menggunakan banyak peralatan seperti pengangkut dolly,trolly
dan sebagainya di tempat kerja khusunya bagi perkerja-pekerja di tapat pembinaan dan pekebun bagi
mengankut barang yang berat,besar dan dalam kuantiti yang banyak. Ini bukan sahaja akan menambahkan
lagi kos malah akan membazir ruang penyimpanan peralatan-peralatan ini. Selain daripada itu, kami
dapati kereta sorong yang telah ada sekarang tidak efisyen terutama dari segi kestabilan. Para pekerja
perlu menggunakan tenaga yang banyak bagi menstabilkan ia lalu akan menyebabkan sakit di bahagian
otot-otot dan akan membazirkan tenaga. Apabila para pekerja perlu mengankat barang yang bersaiz kecil
tetapi berat, insan tersebut perlu menggunakan tenaga yang banyak bagi mengankutnya ke dalam kereta
sorong kerana ianya tinggi dan akan menjadikan kerja mereka lebih susah.






Masalah Dan Langkah Penyelesaian Di Dalam Permainan Bola Ping Pong

i. Peralatan yang mahal dan banyak diperlukan oleh seorang pekerja bagi mengankat berbagai jenis
barang
Banyak peralatan pengankutan telah dimasukkan sekali dengan KKS
ii. Ruang penyimpan menjadi sempit akibat terlampau banyak peralatan pengangkut barang
Para pengguna dapat menjimatkan ruang di dalam stor penyimpanan
iii. Kereta sorong yang sedia ada perlu menggunakan tenaga yang banyak bagi mengendalikannya
Para pengguna tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak ketika menggunakannya
iv. Pengguna perlu mengimbang kereta sorong agar barang tidak jatuh disebabkan ia mempunyai
hanya satu tayar di bahagian hadapan.
Pengguna tidak perlu lagi bersusah payah apabila tolak KSS di kawasan tanah yang tidak
sekata kerana ia mempunyai 2 tayar di bahagian hadapan bagi memastikan ia seimbang
dengan baik
v. Apabila kereta sorong yang sedia ada melalui kawan tanah yang berbatu, 2 kaki yang berada di
bahagian belakang selalu melanggar batu-batu dan kayu.
2 kaki di bahagian belakang KSS senang dilipat dan dibuka semula agar ia tidak akan
melanggar benda-benda di tanah seperti batu, kayu dan lain-lain.

Objektif Projek
i. Memudahkan pengguna mengimbangkan kereta sorong
ii. Menjimatkan ruang di dalam stor penyimpanan
iii. Mengurangkan kos pengguna dan peralatan pengangkutan
iv. Mengurangkan beban ketika pengguna mengangkat barang-barang yang berat
v. Memudahkan pengguna untuk mengangkut barang- barang yang berat

Skop Projek
Skop kerja adalah merupakan satu perkara yang penting kerana ianya adalah perkara yang perlu
dilakukan semasa mereka bentuk. Aktiviti yang perlu digunakan dalam memproses segala yang berkaitan
dengan projek.
Skop kerja yang telah ditetapkan adalah untuk memudahkan lagi kerja yang dilakukan. Ianya telah
ditetapkan seperti berikut.
i. Merekabentuk alat pengutip kereta sorong yang lebih ergonomik dan sistematik.
ii. Merekabentuk dan membina detail-detail yang difikirkan perlu untuk membina mekanisma.
iii. Menyediakan lukisan yang berkaitan dengan alat yang ingin dicipta.
iv. Mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan ataupun pembuatan yang digunakan
BAB II

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan
Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang dijalankan
terhadap sesuatu produk yang sedia ada tetapi memerlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi
mengatasi masalah pada produk tersebut dan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari yang sedia
ada. Kajian yang dijalankan adalah seperti mengkaji elemen-elemen yang digunakan dan bahan-bahan
serta prosedur kerja yang dijalankan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui adakah
produk yang akan dikeluarkan ini dapat memenuhi kehendak pengguna ataupun sebaliknya.

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian serta kajian keatas
produk tersebut. Selain itu juga, kajian dijalankan dengan mencari maklumat tentang produk ini melalui
pelbagai sumber seperti melayari internet, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan juga akhbar. Pelbagai
bentuk maklumat didapati dan digunakan untuk dianalisis dan dipilih sebagai rujukan yang tepat. Hasil
kajian yang dilakukan, sebarang kelemahan dan kebaikan yang ada pada produk boleh diperolehi. Setiap
kelemahan dan kekurangan ini diatasi untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berfungsi
dengan baik

Kajian Terdahulu
Kajian yang dimaksudkan adalah satu kajian yang dijalankan bagi mencari atau melihat produk
yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian ini, beberapa masalah dikenalpasti dan akan diatasi untuk
menghasilkan produk yang lebih baik, cepat, mudah dan berkualiti serta mendapat kepuasan hati
pengguna.


Kaedah konvensional
Jenis jenis kereta sorong yang terdahulu :

Bil Rajah Penerangan
1

Kereta sorong yang biasa.ia
memerlukan tenaga yang
bayak bagi mengimbangkan
jika ia diisi dengan beban
yang berat.
2

Batang pemegang yang
lurus hingga ke tayar
hadapan menyebabkan ia
boleh diangkat dengan sudut
yang selesa bagi pengguna.
3

Mempunyai sokongan
yang baik jika
dimasukkan apa-apa jenis
bahan yang berat.
4


Ia direka dari segi
bentuknya yang cantik
dan diperbuat dari kayu
bagi mengurangkan
beratnya.
BAB III

METADOLOGI
Pengenalan
Setelah adanya masalah-masalah yang di hadapi oleh pekerj kontraktor, pekebun dan
sebagainya ini,telah wujudnya idea bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu pengguna
kereta sorong sebagai kerja harian mereka. Alat ini di cipta atau di reka bagi meringankan beban
golongan pekerja ketika mengangkat benda berat. Selepas wujudnya alat ini,pemain tidak perlu lagi
membazirkan wang membeli alat pengangkut barang yang pelbagai jenis dan mempunyai kereta
sorong yang lebih ergonomic. Rekabentuk alat ini tidaklah terlampau rumit dan sangat mudah untuk
pengguna membuat penyelenggaraan.Alat ini juga sangat mudah di gunakan atau di kendalikan.

Pengajian kerja

Pengoperasian dalam merekabentuk sesuatu produk itu mestilah menggunakan langkah-langkah
seperti pengoperasian yang berkesan, cepat, murah dan mudah untuk mempertingkatkan lagi produk
yang dihasilkan. Berikut merupakan tiga elemen yang memainkan peranan yang penting dalam
mencapai penghasilan produk yang baik.


Struktur terhadap pengajian kerja yang ingin dicipta
Carta alir perlaksanaan projek



Struktur rangka kerja projek yang dihasilkan

Carta aliran bermula dengan pengenalan. Di sini, pengenalan rancangan pertama
memulakan projek ini. Permintaan penyelia untuk memahami projek dan membuat beberapa
penyelidikan mengenai tajuk projek. Pelajar membuat sinopsis projek, objektif, dan skopkerja,
pernyataan masalah dan perancangan. Setelah pengenalan dilakukan, permintaan penyelia untuk
memahamiprojek. Oleh itu, kajian literatur pada tajuk dilakukan dengan teliti meliputi semua
aspekprojek. The medium untuk kajian ini adalah melalui internet dan buku-buku. Perlumaklumat
yang berkaitan dengan projek ini berkumpul untuk rujukan. Dalam konsep, beberapa reka bentuk
yang dilakukan dengan menggunakan lakaran yang kemudiandisimpan untuk dikaji semula.
Lakarkan empat konsep yang sesuai untuk projek dengan 3-dimensidan pemahaman. Lakaran ini
adalah langkah pertama untuk pereka yang digunakan pada masa itu.
Reka bentuk dan konsep yang dikaji dan dikira semula untuk memenuhi dimensi yang terbaik dan
pelaksanaan alat mengutip bola ping pong. Selepas empat reka bentuk dilakarkan,pertimbangan
reka bentuk telah dibuat dan satu reka bentuk telah dipilih.Reka bentuk yang dipilih dilakarkan
kemudian memindahkan kepada model yang kukuh dan lukisan menggunakan aplikasi kerja yang
kukuh. Perisian digunakan kerana ia memberikan satu dimensi yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai