Anda di halaman 1dari 3

Objektif Kajian

Kajian berkaitan dengan isu perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
telah dijalankan berdasarkan objektif yang berikut:
Mengkaji kepuasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai kemudahan yang
dibekalkan oleh perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak sering
mengunjungi perpustakaan.
Membantu pihak perpustakaan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan
mereka.
Membantu pelajar-pelajar untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat
yang selesa untuk belajar.














Kaedah Kajian
Dalam melakukan kajian lapangan ini, terdapat tiga kaedah kajian telah dilakukan
iaitu pemerhatian, soal selidik dan temu bual.
1. Pemerhatian
Pemerhatian adalah teknik pengumpulan data dalam sosiologi dan bidang
sains yang lain-lain. Istilah ini bererti pemerhatian penyiasatan dan rakaman tingkah
laku dan fenomena sosial secara langsung oleh seseorang pemerhati. Melalui
kaedah kajian ini, kami dapat melibatkan diri dalam kajian dan dapat melihat dan
memerhatikan kekuatan dan kelemahan perpustakaan yang dikaji. Kaedah ini
adalah berguna dalam menganalisis data yang diperolehi melalui kaedah borang
soal selidik dan temu bual.
2. Borang Soal Selidik
Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 40 responden dalam
IPG Kampus Ipoh. Dalam borang ini, terdapat Bahagian I dan Bahagian II.
Bahagian I merupakan ruang untuk mengisi latar belakang responden.
Bahagian II terdiri daripada 10 soalan dan responden diminta untuk menjawab
soalan mengikut skala yang telah ditetapkan.
Kami telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-
soalan yang berkaitan dengan perpustakaan untuk membuat kajian dan
menganalisis isu-isu tentang perpustakaan.
3. Temu Bual
Temu bual merupakan kaedah kajian yang paling mudah. Hal ini adalah
kerana kami dapat terus menanya soalan-soalan kepada sesiapa sahaja yang
terdapat di sekeliling. Selain itu, temu bual tidak mempunyai tajuk yang ditetapkan.
Soalannya adalah secara terbuka. Kami dapat membuat analisis data selepas
bertemu bual dengan beberapa orang.
Kaedah-kaedah kajian yang ditunjukkan di atas adalah berkaitan antara satu
sama lain dan adalah penting untuk menjayakan sesuatu kajian lapangan.

Anda mungkin juga menyukai