Anda di halaman 1dari 8

MANDI WAJIB

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


MAKSUD MANDI WAJIB / MANDI JUNUB
 Mandi untuk membersihkan diri seseorang daripada hadas besar.
 Mandi ini tidak memerlukan sabun.
 Seseorang yang berhadas besar dan tidak mandi wajib, maka
amal ibadatnya tidak akan diterima Allah S.W.T

HUKUM MANDI WAJIB / MANDI JUNUB


 Wajib dilakukan bagi orang yang berhadas besar
AMAL IBADAT YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN
KETIKA BERHADAS BESAR
 Memegang dan membaca Al-Quran
 Menunaikan solat
 Menunaikan Haji
SEBAB DIWAJIBKAN MANDI WAJIB/JUNUB
 Keluar air mani
 Sama ada keluar disebabkan mimpi, bersetubuh, melancap, ghairah melihat
wanita/lelaki
 Mesti mandi wajib walaupun hanya sedikit yang keluar
 Berjimak (bersetubuh)
 Sama ada persetubuhan halal (suami isteri) ataupun haram (berzina)
 Keluar darah Haid
 Darah yang keluar dari rahim seorang perempuan bukan disebabkan oleh luka
 Berlaku ke atas perempuan yang dudah baligh (berumur 9-12 tahun.
 Keluar darah Nifas
 Darah yang keluar dari kemaluan perempuan sewaktu melahirkan anak
 Paling lama adalah 40 hari (selama tempoh berpantang)
 Keluar darah Wiladah
 Darah yang keluar selepas melahirkan anak (sama ada anak itu kering atau basah)
 Mati
 Mati selain mati syahid
CARA MANDI WAJIB

 Niat ketika air sampai ke tubuh


 Membaca “Bismillah”
 Mencuci tangan 3 kali
 Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
 Mencuci tangan kiri dengan sabun
 Berwuduk
 Meratakan air ke seluruh anggota badan
 Dimulakan dengan anggota kanan terlebih dahulu
SESI SOAL JAWAB

PERSOALAN ????
Apa hukum apabila seseorang berjimak pada malam hari. Dan keesokan harinya lambat utk mandi wajib dan berpuasa. Adakah puasanya sah?

Jawapan kami;

Sunat bagi seseorang yang berjunub mandi wajib sebelum waktu Subuh.

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

ْ ‫الجنَابَ ِة قَبْ َلال ْ َف‬


‫ج ِر‬ َ ‫ُبأ َ ْن ي َ ْغتَ ِس َل‬
َ ‫ع ِن‬ ُّ‫ح ّـ‬
َ َ‫َوي ُ ْست‬

"Disunatkan bahawa dia mandi junub sebelum fajar (masuk waktu Subuh)..."

Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan baginda kemudiannya mandi, solat dan meneruskan puasa
seperti biasa. Diceritakan oleh Marwan, sesungguhnya Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu anhuma memberitahunya;

‫ب ِم ْن أ َ ْهلِ ِه ث ُّمَ ي َ ْغتَ ِس ُل َويَ ُصو ُم‬


ٌ ُ ‫ج ُر َو ُه َو ُجن‬ َ ‫عل َيْ ِه َو َسل ّ َ َم ك‬
ْ ‫َان ي ُ ْد ِرك ُُه ال ْ َف‬ َ ‫ أ َ َّن َر ُس‬ 
َ ‫ولالل َّ ِه َصلَّىـ الل َّ ُه‬

“Sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pernah berkeadaan junub pada waktu Subuh disebabkan hubungan kelamin. Kemudian
baginda mandi junub dan berpuasa."(Riwayat al-Bukhari).

Justeru, junub tidak menghalang kesahihan puasa seseorang kerana ibadah puasa pada hakikatnya tidak mensyaratkan suci daripada hadas
besar dan hadas kecil.

Namun, adalah lebih afdal mandi junub tersebut dilakukan sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) agar seseorang yang berpuasa berada
dalam keadaan suci dari awal puasanya sekaligus terkeluar daripada khilaf Abu Hurairah radhiallahu anhu yang menyatakan bahawa tidak sah
puasa orang yang sedang berjunub. Selain itu, ia juga dapat mengelak daripada air termasuk ke dalam rongga sehingga boleh membatalkan
puasanya (Syarh al-Mahalli, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj).
‫اليسع‬
Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai