Anda di halaman 1dari 2

SULIT

1 Tujuan eksperimen ini ialah untuk mengukur kadar fotosintesis pada satu tumbuhan akuatik.
Jalankan eksperimen ini seperti berikut:
(i) Isikan tabung uji Y setengah penuh dengan air paip. Larutkan 0-5 g natrium hidrogen
karbonat dalam air itu.
(ii) Masukkan tumbuhan akuatik yang dibekalkan ke dalam tabung uji Y.
(iii) Tambahkan air paip ke dalam tabung uji Y sehingga aras air sampai ke mulut tabung
uji. Pasangkan penyumbat getah yang lengkap dengan tiub kapilari berbentuk-L kepada tabung
uji Y. Semasa memasang, pastikan bahawa air mengalir keluar daripada mulut tabung uji Y dan
air juga memasuki tiub kapilari sehingga mengalir keluar daripada hujung tiub kapilari.
Pasangkan ketat-ketat penyumbat getah supaya air keluar dari hujung tiub kapilari. Selepas itu
perhatikan turus air masuk ke dalam tiub kapilari. Pastikan hujung turus air itu berada seberapa
dekat yang boleh dengan lengkok tiub kapilari itu.
(iv) Ulangi langkah (i) dan (iii) dengan tabung uji Z.
(v) Letakkan kedua-dua radas ini dalam satu rak. Pastikan kedudukan tabung uji Y dan Z
adalah tegak dengan menggunakan plastisin.
(vi) Letakkan satu sumber cahaya pada jarak 5 cm dari tiap-tiap tabung uji itu. (Lihat
Rajah 1)
(vii) Ikatkan seutas benang kepada tiap-tiap tiub kapilari sebagai tanda hujung turus air.
(viii) Nyalakan sumber cahaya dan mulakan jam randik.

(ix) Ukur jarak di antara hujung turus air dan tanda benang pada kedua-dua tiub kapilari
tiap-tiap minit selama lOminit. Rekodkan nilai jarak, / Y , bagi tabung uji Y dan nilai jarak, / z ,
bagi tabung uji Z dalam Jadual 1.

Anda mungkin juga menyukai