Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

PERLAKSANAAN AKTIVITI BERTEMAKAN KONSEP STEM DAN PERMOHONAN


PERUNTUKAN BAGI AKTIVITI BERTEMAKAN KONSEP STEM

1 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memaklumkan Pihak Sekolah tentang segala aktiviti
bertemakan konsep STEM yang bakal dilaksanakan serta permohonan peruntukan sebanyak
RM600.00

LATAR BELAKANG .

Pendekatan STEM Bersepadu untuk peringkat sekolah semakin mendapat tempat di negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat. Perkembangan semasa di Malaysia pula memperlihatkan
minat mendalam pihak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pendekatan ini.

Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah mengorak langkah ke depan dengan
mengadakan pertandingan bertemakan STEM secara sederhana ini.

Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan murid-murid dalam segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dan pihak Sekolah
Menengah Sains Kepala Batas.

OBJEKTIF

Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti berkaitan STEM

Menyebarkan kesedaran murid-murid tentang STEM dalam kehidupan harian

Menggalakkan penglibatan semua murid dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Sekolah
Menengah Sains Kepala Batas.

4. JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERUNTUKAN

4.1. Pertandingan ‘Selfie dan Fotografi bertemakan STEM’ menempatkan 6 pemenang hadiah
utama.

4.2. Pertandingan ‘Kuiz bertemakan STEM’ menempatkan 25 pemenang hadiah utama.

4.3. Pertandingan ‘Video Pendek bertemakan STEM’ menempatkan 15 pemenang hadiah utama

4.4 Pertandingan ‘Galakan Membaca’ menempatkan 5 orang pemenang hadiah utama.

4.5 Pertandingan ‘Science Craft’ menempatkan 6 orang pemenang hadiah utama.

4.6 Pertandingan ‘Infografik bertemakan STEM’ menempatkan 6 orang pemenang hadiah


utama,
4.7 Pertandingan ‘Red Blood Vessel bertemakan STEM’ menempatkan 6 orang pemenang hadiah
utama.

5. CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1. Bagi memperlengkapkan Pelaksanaan Aktiviti Bertemakan Konsep STEM Anjuran Pusat
Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas adalah seperti berikut :-

BIL SETIAP PERTANDINGAN BILANGAN ANGGARAN ANGGARAN


PEMENANG HARGA KOS (RM)
HADIAH (RM)
1 Selfie dan Fotografi bertemakan 6 8 48.00
STEM
2 Kuiz bertemakan STEM 25 8.00 200.00
3 Video Pendek 3 8.00 24.00
bertemakan STEM
4 Galakan Membaca 5 8.00 40.00
5 Science Craft 6 8.00 48.00
6 Infografik bertemakan 6 8.00 48.00
STEM
7 Red Blood Vessel bertemakan 6 8.00 48.00
STEM

JUMLAH 552.00

5.2. Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Pihak Sekolah Menengah Sains
Kepala Batas

6. JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Majlis Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas Pengawas Pusat
Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

8. PENUTUP

Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini, cara
menyambut kita menuju kea rah kemajuan telah berubah dan cara pertandingan diadakan turut
berlaku perubahan mengikut zaman. Di samping menyebarkan pengetahuan berkenaan STEM ,
pertandingan yang dianjurkan dapat memupuk minat semua murid untuk mengkaji dan
mempelajari segala ilmu berkaitan STEM. Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala
Batas memohon peruntukan sebanyak RM 600.00 (Enam Ratus) bagi Pertandingan Bertemakan
Konsep STEM Anjuran Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.

Anda mungkin juga menyukai