Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAHAN DAN RADAS


UNTUK PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN AMALI SAINS
BERSEPADU (FIZIK) SARAWAK
2021

SMK KAPIT,
96807 KAPIT SARAWAK
PENDAHULUAN

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di


peringkat menegah atas mulai tahun 2020, Peperiksaan Amali Sains (Kertas 3) bagi
mata pelajaran Fizik akan dilaksanakan mulai tahun 2021. Oleh itu, makmal sains akan
digunakan sebagai makmal peperiksaan untuk pelaksanaan Peperiksaan Amali Sains.

Walaubagaimanapun, bahan dan radas diperlukan untuk menjalankan


eksperimen secara amali di sekolah adalah tidak lengkap. Ketiadaan bahan dan radas
menyebabkan banyak aktiviti dan eksperimen yang sepatutnya dijalankan oleh pelajar
tidak dapat dijalankan.

Berdasarkan senarai bahan dan radas yang diperlukan untuk peperiksaan amali
peringkat Sarawak, didapati jumlah keseluruhan radas dan bahan yang diperlukan bagi
13 calon per sidang terkini adalah tidak mencukupi dan tidak ada. Oleh yang demikian,
bagi menjamin pemahaman, keberkesanan pembelajaran dan penguasaan kemahiran
sains, saya ingin memohon sedikit peruntukan untuk menampung keperluan tersebut
memandangkan harga bagi bahan dan radas tidak dapat ditampung oleh duit yang
disediakan untuk panitia Fizik.

Bersama-sama ini disertakan sebut harga barangan yang diperlukan. Semoga


dengan adanya kelengkapan alatan dan radas sains ini dapat meningkatkan prestasi
pelajar dan sekolah pada masa akan dating. Saya berharap pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah
dihargai.
OBJEKTIF

Kertas kerja ini adalah untuk:

Pembelian bahan dan radas bagi persediaan Peperiksaan Amali Sains Bersepadu (Fizik)
Sarawak 2021.

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Oktober – November 2021

PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG agar sudi menghulurkan sumbangan
bagi menjayakan hasrat kami menambah baik bahan dan radas di dalam makmal Fizik.

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar kertas kerja yang kami rancangan ini beroleh sokongan
dari semua pihak agar dapat memudahkan proses pebelanjaan di dalam makmal Fizik.
AHLI JAWATANKUASA MAKMAL FIZIK SMK KAPIT,
96807 KAPIT SARAWAK

PENASIHAT
Encik Jeffry Anak Lias
(Pengetua SMK Kapit)

Encik Suliman Paulus Jujong


(Ketua Bidang Sains Dan Matematik SMK Kapit)

PENGERUSI
Cik Jane Sebestian Taka
(Ketua Panitia Fizik SMK Kapit)

AJK
Puan Ensimau Anak Mancha
(Pembantu Makmal SMK Kapit)

Disediakan Oleh:- Disemak Oleh:- Disahkan Oleh:-

(Jane Sebestian Taka) (Suliman Paulus Jujong) (Jeffry Anak Lias)


Ketua Panitia Fizik Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBELIAN BAHAN DAN RADAS UNTUK
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AMALI SAINS BERSEPADU (FIZIK) SARAWAK
2021

NO DESCRIPTON QUANTITY UNIT TOTAL


. PRICE
1 BATTERY HOLDER 4-CELL SIZE D, STACKABLE 15 SET RM24.50 RM367.50
2 A0929 RHEOSTAT 60 OHMS 6" 1.5A 15 PCS RM45.00 RM675.00
3 BATTERY SIZE D, BOX OF 24PCS 2 BXS RM52.50 RM105.00
4 BATTERY SIZE AA, PACK OF 4PCS 6 PCK RM7.80 RM46.80
5 A1214 WIRE CONSTANTAN SWG 24 100GM/REEL 1 RLL RM18.00 RM18.00
6 A2023 CLIP CROCODILE - BLACK, LONG & SHORT 200 PCS RM1.10 RM220.00
HANDLE (A7408)
7 A2024 CLIP CROCODILE - RED, LONG & SHORT 200 PCS RM1.10 RM220.00
HANDLE (A7408)
8 A0584 METER AMMETER AC 0 - 5A±0.25A 15 PCS RM42.50 RM637.50
9 A4452 POWER SUPPLY 13V CP4A AUTO (PLUG 2 UNT RM295.00 RM590.00
SELECTOR)
GRAND TOTAL RM2,879.80

Anda mungkin juga menyukai