Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN

DARIPADA PIBG

SMK LA SALLE KLANG


PERSIARAN RAJA MUDA MUSA,
41200 KLANG SELANGOR

__________________________________________________________________
TAJUK AKTIVITI : KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN DARIPADA
PIBG BAGI PEMBELIAN PERALATAN DAN BAHAN-
BAHAN DALAM MAKMAL SAINS UNTUK PEPERIKSAAN
AMALI SAINS SPM 2021

PEGAWAI MEJA : PN. NORHAYATI BINTI HARUN


TARIKH : 30 NOVEMBER 2021

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan PIBG bagi meluluskan peruntukan
kewangan bagi menyumbang pembelian peralatan dan bahan-bahan keperluan amali sains
untuk persediaan Peperiksaan Amali Sains SPM 2021.

2. LATAR BELAKANG

Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal : Sastera memperakukan


Peperiksaan Amali Sains peringkat SPM dilaksanakan semula bagi membolehkan
pentaksiran bidang sains dilakukan secara menyeluruh. Hal ini diperkukuhkan dengan
perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysua (2013 – 2025) yang
menetapkan supaya Peperiksaan Pusat Amali Sains Peringkat SPM dilaksanakan
semula mulai 2015. Namun begitu terdapat kekangan yang menyebabkan
pelaksanaannya tertangguh sehingga pelaksanaan semula mulai 2021.

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di


peringkat menengah atas mulai 2021, maka Ujian Amali Sains (Kertas 3) mata
pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi peperiksaan SPM akan dilaksanakan bagi
menggantikan Ujian Amali Bertulis (Kertas 3) mulai tahun 2021. Perubahan format
instrumen Ujian Amali Sains (Kertas 3) ini adalah memastikan semua murid aliran sains
dapat menguasai proses sains dan manipulatif.
3. RASIONAL/OBJEKTIF

Permohonan ini dibuat bertujuan untuk menampung pembelian beberapa peralatan dan
kelengkapan di dalam makmal sains yang masih tidak mencukupi kerana kekangan
kewangan bagi persediaan menghadapi peperiksaan amali Sains SPM 2021 yang akan
berlangsung pada bulan Februari 2022 nanti.

Untuk makluman, pihak sekolah sudah pun menggunakan sebahagian besar


peruntukan PCG mata pelajaran membeli bahan-bahan pengajaran semasa PdPR
dahulu. Pihak sekolah sudah pun membeli beberapa peralatan dan bahan-bahan untuk
persediaan amali Sains SPM 2021 menggunakan baki daripada peruntukkan kewangan
mata pelajaran tersebut, namun masih ada peralatan yang sudah lama dan tidak dapat
berfungsi dengan baik yang perlu diganti segera supaya perjalanan amali SPM 2021
buat anak-anak SMK La Salle berjalan dengan lancar. Tambahan pula ini adalah tahun
pertama peperiksaan amali Sains SPM diperkenalkan semula. Sudah tentunya banyak
peralatan lama sudah rosak, tidak dapat digunakan semula dan perlu penggantian yang
baharu.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid tingkatan 5L dan 5U

5. IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan bagi perbelanjaan peralatan seperti bawah adalah dari peruntukan PIBG.
Berikut adalah cadangan perbelanjaan.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL PERALATAN ANGGARAN BILANGAN JUMLAH


HARGA PER UNIT PERLU
UNIT BELI
1. PENEBUK GABUS RM 23 15 RM 345
2. PENIMBANG ELEKTRONIK RM700 2 RM 1400
3. KLIP BUAYA RM 1 100 RM 100
4. PICAGARI BERJARUM 5 ML RM 4 30 RM 120
5. ‘REAGENT BOTTLE’ RM 12 30 RM 360
6. KAKI RETOT RM 45 10 RM 450

JUMLAH RM 2775
7. PENUTUP

Besar harapan saya agar pihak PIBG dapat memberi sokongan dan bantuan sepenuhnya untuk
menyumbang pembelian peralatan yang disenaraikan di atas. Semoga dengan sumbangan ini
dapat mencetus semangat murid-muird 5L dan 5U menghadapi peperiksaan amali Sains SPM
2021 nanti dengan jayanya.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

......................................... ......................................
( NORHAYATI BINTI HARUN ) (NORANI BINTI MOHAMED )
GKMP Sains dan Matematik Penolong Kanan Pentadbiran
SMK La Salle Klang SMK La Salle Klang

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI/TIDAK DIPERSETUJUI

...........................................
( MANOKARAN A/L PONNIAH )
Pengetua SMK La Salle , Klang

Cop :

Tarikh :

DISOKONG OLEH :

...........................................................
(JAYANDRA A/L KUNAKUNRUKODY )
YDP PIBG
SMK LA SALLE KLANG

Anda mungkin juga menyukai