Anda di halaman 1dari 7

Makanan untuk Kanak-Kanak 1 6 Tahun

Makan untuk Kesihatan


Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa
ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara
sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 6 tahun, kanak-kanak telah
didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis
makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu
pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Piramid Makanan

Makan sedikit lemak, minyak dan gula

Makan sederhana daging, ayam, ikan dan kacang

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

Makan lebih banyak bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

Nasi dan gantiannya


Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang
membantu menjauhi penyakit.
Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh.
Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan
membina tubuh dan menyembuhkan luka.
Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang
tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang
berumur 1 6 tahun
Bilangan Sukatan Sehari
Kumpulan Makanan
Nasi dan gantiannya

Pilihan Satu Sukatan


cawan nasi

1 3 tahun

4 6 tahun

cawan bijirin sarapan


3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
Susu

1 gelas

23

Ikan dan gantiannya

ekor ikan

1 ketul ayam atau daging saiz


kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa
kepala
1 keping taukwa
cawan kekacang
1 biji telur
Sayur-sayuran

2 sudu makan

Buah-buahan

1 potong atau satu biji

Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun


Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 3 tahun
Sarapan pagi
1 gelas susu
2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
3 keping biskut
gelas minuman bersusu
Makan tengahari
cawan nasi
1 ketul ayam goreng kicap
2 sudu makan sayur
Air masak
Minum petang
1 keping kuih
1 potong buah
gelas minuman bersusu
Makan malam
1 mangkuk mihun sup
Minum malam
1 gelas susu
Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 6 tahun
Sarapan pagi
1 cawan mihun goreng
1 gelas minuman bersusu
3

Minum pagi
3 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
1 cawan nasi
1 ketul ayam masak merah
2 sudu makan sayur
1 potong buah-buahan
Air masak
Minum petang
2 keping kuih
1 gelas minuman bersusu
Makan malam
1 cawan bubur nasi campur ikan
Air masak
Minum malam
1 gelas susu

Bila anak anda tidak berminat untuk makan..


Tarik minat anak anda terhadap makanan

Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu

Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan
pelbagai jenis makanan

Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan

Sediakan makanan yang menarik

Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik

Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk

Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik

Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan

Elakkan memarahi anak anda semasa makan

Jangan ugut anak anda untuk makan

Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak

Galakkan anak anda makan sendiri

Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut
mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 6 kali sehari. Di samping 3
hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau
bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi
rendah kandungan garam dan gula.

Beri makanan ringan yang berkhasiat


Makanan ringan yang digalakkan
Jagung rebus
Sandwic
Buah-buahan
Susu kacang soya
Biskut kraker
Susu
5

Dadih
Air buah
Bebola ikan
Keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket
Ubi kentang goreng
Gula-gula
Coklat
Biskut krim
Kek manis
Minuman bergas
Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan
dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan
sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak
yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan
mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda
mencapai berat badan yang sepatutnya.
Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk
pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa
kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik Tanda baik

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan


Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan
perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar Tanda amaran
Petua
1.

Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.

2.

Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan

3.

Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan

4.

Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah
garam atau perasa

5.

Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

Anda mungkin juga menyukai