Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan


Pendidikan Negara Bangsa dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Tuan Haji Arshad bin Ismail kerana
tunjur ajar dan garis panduan yang diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami
menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tugasan ini tidak mungkin dapat
disiapkan dengan jayanya.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada ahli
keluarga kami terutamanya kepada kedua iba bapa kami yang sentiasa mendoakan
kejayaan kami dan sentiasa memberi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa doa dan
sokongan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami menjadi sia-sia.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah memberi bantuan dalam
membantu untuk menambahbaikan lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar
rakan-rakan banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu
sempurna.

Akhir sekali, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

PENDAHULUAN
i
Pembentukan sebuah negara berdaulat dan merdeka memerlukan satu proses
yang berterusan dan konsisten. Malaysia yang ada hari ini merupakan sebuah negara
bangsa yang telah melalui satu proses pendidikan negara bangsa yang cukup unik dan
tersendiri. Banyak proses pembentukan dan pendidikan yang pernah dilalui oleh
masyarakat tempatan dan imigran yang akhirnya melahirkan sebuah negara yang boleh
membanggakan bagi seluruh warganegara Malaysia. Setiap warganegara Malaysia hari
ini perlu berasa bertanggungjawab untuk memastikan proses pembentukan negara
bangsa Malaysia berada pada landasan yang betul.

Setelah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kini kita sedang bergerak
melaksanakan strategi perindustrian dan pemodenan yang pesat dalam usaha menjadi
sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.  Seiring dengan ekonomi Malaysia
untuk menjadi lebih berintegrasi dalam sistem ekonomi dunia yang global sifatnya,
masyarakat Malaysia juga tidak terkecuali mengalami perubahan pemodenan yang
pesat. Justeru, pembangunan pendidikan telah dikenalpasti sebagai wahana utama
untuk membolehkan perubahan pemodenan berlaku dengan berkesan, di samping
mencorak bersama pembinaan negara bangsa.

Sungguhpun demikian, satu ciri penting yang muncul dalam proses perubahan
ini ialah pertarungan yang tajam antara hubungan komuniti bersama budaya dan nilai
lama yang sudah mantap pada satu pihak, dengan hubungan sosial bersama budaya
dan nilai baru yang bersifat kontraktual dan ditentukan oleh kuasa pasaran yang begitu
berpengaruh di pihak lain. Pertarungan nilai ini juga tercermin dalam pelbagai bentuk
dalam semua bidang, termasuklah bidang pendidikan. Dalam hal ini, suatu wacana
yang serius tentang persoalan pertarungan nilai ini sama ada nilai universal, nasional
mahupun setempat dalam pembinaan negara bangsa, khususnya yang membabitkan
pembangunan pendidikan di Malaysia adalah sangat relevan dan perlu diberikan
perhatian mendalam.

ii

Anda mungkin juga menyukai