Anda di halaman 1dari 11

Pengetua atau Guru Besar perlu berusaha dan perlu lebih kreatif dalam menjana idea untuk

mendapatkan dana. Ini kerana banyak projek dan aktiviti sekolah memerlukan sumber
kewangan bagi membolehkan ia dijalankan dan seringkali pihak sekolah tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai projek-projek atau aktiviti ini
berdasarkan peruntukan kerajaan yang sedia ada. Dana ini penting untuk menampung
pembayaran pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan, bengkel dan seminar akademik, hari
sukan, kokurikulum, prasarana dan peralatan sekolah serta 1,001 macam keperluan lagi. 
Pada pandangan saya, peranan komuniti sekolah adalah amat penting terutamanya
peranan guru besar atau pengetua. Dalam hal ini, pihak pengurusan sekolah khususnya
pengetua atau guru besar harus memainkan peranan penting menggunakan sepenuhnya
entiti utamanya iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mencari dana tambahan
selain peruntukan sedia ada daripada kerajaan. PIBG perlu aktif menjana idea dan kreatif
mencari dana.

Saya ambil satu contoh, PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13, Shah Alam misalnya
antara yang berjaya mendapatkan dana melalui Karnival Riang Ria yang diadakan pada
tahun 2018. Bukan setakat karnival biasa, sebaliknya olahan idea untuk program terbabit
berjaya membawa pulangan yang akhirnya dapat digunakan untuk menaiktaraf bangunan
sekolah. Antara 'resipi' kejayaan itu, adalah hasil kerjasama PIBG dan pihak sekolah. Selain
itu, melalui kerjasama dengan vendor (peniaga), sebahagian keuntungan diperoleh mereka
diberikan kepada sekolah. Menariknya masyarakat setempat dan warga sekolah juga hadir
memberikan sokongan padu.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu ambil inisiatif
menyuarakan pada masyarakat dan pihak luar sekiranya memerlukan sumbangan bagi
menampung keperluan. PIBG perlu manfaatkan media sosial untuk mohon sumbangan
seperti Facebook, WhatsApp, Frog VLE, Twitter, Instagram dan Sync sebagai medium
suarakan permohonan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Selain itu, antara cara lain yang boleh dicadangkan untuk menambah hasil kutipan dana
adalah melalui sumbangan daripada syarikat korporat, persatuan bekas pelajar, sumbangan
peribadi bekas belajar dan pihak lain bagi membiayai kelas tambahan dan pelbagai aktiviti di
sekolah. Apapun jika merealisasikan idea kreatif untuk mendapatkan sumber dana, tidak
mustahil hasil diterima memuaskan dan mampu memberikan pulangan.

Kesimpulannya, banyak aspek dan ruang yang boleh digunakan untuk mendapatkan
dana. Pengetua atau Guru Besar perlu berusaha dan perlu lebih kreatif dalam menjana idea
untuk mendapatkan dana
Kebanyakan sekolah sering menghadapi kekurangan sumber kewangan pada setiap tahun. 
Pengetua atau guru besar memainkan peranan yang sangat penting dalam hal
menguruskan sumber kewangan sekolah.  Pengetua atau guru besar juga perlu berusaha
mencari sumber kewangan tambahan jika sekolah menghadapi kekurangan wang.  

Salah satu cara untuk mendapatkan dana atau sumbangan luar ialah dengan membuat hari
kantin, Keusahawanan atau festival.  Program ini memang selalu dianjurkan oleh pihak
sekolah untuk mengumpul dana, ia juga mampu meraih jumlah keuntungan yang besar
sehingga lebih RM30,000.  

Selain itu, pengetua atau guru besar juga boleh memohon sumbangan dari syarikat
korporat.  Perkara ini selalu dibuat oleh pihak sekolah, Syarikat-syarikat besar kebiasaannya
mempunyai peruntukkan khas untuk memberi sumbangan, mereka juga akan dapat
pelepasan cukai dari kebajikan yang telah mereka buat.

Cara lain yang boleh dilaksanakan ialah kutipan derma.  Ini sememangnya Idea yang sudah
ramai tahu, tabung derma digerakkan ke setiap kelas dan guru. Ada juga diletakkan ketika
majlis atau program bersama ibu bapa.  Pengetua atau guru besar juga boleh mengadakan
jualan modul bagi subjek peperiksaan dan membuat persembahan jika sekolah mempunyai
pasukan persembahan yang hebat dan berbakat.  

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peruntukan kerajaan adalah tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan di sekolah. Oleh itu, Pengetua atau Guru Besar harus memikirkan
beberapa alternatif untuk menambah sumber kewangan selain dari peruntukan yang diberi
oleh kerajaan. Berikut adalah beberapa cadangan alternatif:

1. Derma Daripada Orang Perseorangan Atau Syarikat Swasta.

Kebijaksanaan Pengetua atau Guru Besar menjalin hubungan dengan ibu bapa, komuniti
setempat dan syarikat swasta akan membuka jalan untuk mendapatkan sumber kewangan
sama ada dalam bentuk wang tunai , harta benda atau sumbangan tenaga. Pengetua atau
guru besar harus bijak mengenali status pekerjaan dan kekuatan yang ada pada ibu bapa
atau penjaga pelajar supaya dapat memohon derma daripada mereka. Pengetua atau Guru
Besar harus turun padang bertemu dengan pihak syarikat swasta terutamanya syarikat
besar dengan menceritakan masalah yang dihadapi oleh sekolah. Sebagai ucapan terima
kasih , pihak syarikat swasta tersebut dijemput untuk merasmikan program dan memberi
laluan untuk mempromosi syarikat mereka seperti di dalam Program Hari Kokurikulum.
2. Tajaan Daripada Individu Atau Syarikat Swasta

Pengetua atau Guru Besar juga boleh mendapatkan sumbangan pendidikan daripada
individu atau syarikat melalui sistem tajaan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun
harta benda. Contohnya, taman-taman angkat atau bilik-bilik khas di sekolah yang dibina
atas tajaan seseorang atau syarikat boleh ditulis nama penaja sebagai tanda terima kasih.

3. Program Jamuan Makan Malam

Program Jamuan Makan Malam adalah satu program yang membawa pulangan yang
membanggakan. Dengan melibatkan orang-orang penting termasuk menteri merupakan
langkah bijak bagi mengumpul wang untuk pendidikan di sekolah. Contohnya, cabutan
bertuah boleh diadakan sebagai tarikan untuk menarik ramai penyertaan menyertai Program
Jamuan Makan Malam. Melalui program ini, penderma akan dapat menikmati jamuan
makan malam di samping membuat sumbangan untuk sekolah.

4. Sumbangan Daripada Persatuan Bekas Pelajar

Pihak sekolah juga boleh mendapatkan sumbangan kewangan daripada persatuan bekas
pelajar sekolah berkenaan. Pada kebiasaannya, persatuan bekas pelajar akan memberikan
komitmen yang tinggi kepada sekolah tempat mereka belajar. Mereka tidak akan teragak-
agak untuk menghulurkan sumbangan kepada sekolah yang telah mendidik mereka
sehingga berjaya.

5. Mengadakan Projek Besar

Pengetua atau Guru Besar boleh mencari sumber kewangan dengan mengadakan projek
yang melibatkan masyarakat luar termasuklah agensi-agensi kerajaan. Misalnya Karnival
Kokurikulum, masyarakat luar dijemput untuk mengadakan pesta jualan dengan
mengenakan sewaan gerai yang menasabah. Agensi-agensi kerajaan juga dijemput untuk
mengadakan pameran dan dikenakan sewa bagi tempat pameran tersebut.   Selain itu,
jualan kupon harus melibatkan masyarakat luar dan agensi –agensi kerajaan yang
menyertai karnival tersebut. Pihak sekolah juga boleh mengadakan “Jumble Sale” di karnival
ini. Hasil jualan lelong ini akan menambah sumber kewangan sekolah.

Kesimpulannya, Pengetua atau Guru Besar harus kreatif dalam mencari alternatif bagi
menambah sumber kewangan sekolah. Pengetua atau guru besar harus  mengambil idea-
idea dari sekolah-sekolah lain yang bersesuaian dengan kehendak dan budaya sekolah
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menampung kekurangan wang perbelanjaan.
Pengetua atau guru besar merupakan pengawai kerajaan yang dipertanggungjawab
sepenuhnya untuk memastikan aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, sering kali guru besar atau
pengetua mengalami pelbagai masalah dalam pengurusan kewangan di sekolah. Masalah
ini diwujud adalah salah satu sebab ialah peruntukan kerajaan yang tidak mencukupi
terutamanya sekolah - sekolah di luar bandar. jika saya sebagai pengurus sekolah yang
berkaliber, saya akan mencadangkan beberapa alternatif untuk mengatasi masalah
kekurangan wang di sekolah. Antara cadangan adalah:

a) Bantuan PIBG dan usaha mendapatkan biassiwa

     Pihak PIBG sekolah perlu berusaha mewujudkan satu tanbung untuk membantu pelajar -
pelajar yang datang dari keluarga miskin iatu status sosio-ekonomi yang rendah. sebagai
contohnya sebahagian daripada tabung bantuan ini dapat membantu mereka untuk
membayar yuran sekolah atau membeli buku kerja sekolah. 

b) Sewa bangunan dan kawasan sekolah

     Bagi menambah kewangan di sekolah pengetua atau guru besar boleh menyewakan
bangunan dan kawasan sekolah seperti kantin, dewan dan padang sekolah bagi pihak luar
sama ada orang perseorangan atau jabatan - jabatan kerajaan atau swasta. Sebagai
contohnya bangunan boleh di sewa bagi majlis - majlis keraian, kenduri perkhawinan, aktiviti
sukan dan sebagainya. Selain juga kantin boleh dipecah - pecahkan kepada sub bahagian
untuk mempelbagaikan gerai jualan. Dengan ini sekolah dapat memungut sewa kantin,
asrama, dewan dan padang untuk mengatasi masalah kekurangan wang di sekolah.

c) Jualan hasil tanaman

    Bagi sekolah yang mempunyai kawasan yang luas dan ada tanaman kekal seperti durian,
rambutan, manggis dan kelapa, maka hasil tanaman ini terutama kelapa boleh membantu
menambahkan sumber kewangan sekolah. Seorang guru besar perlu mengenalpasti
pemborang supaya meletakkan harga yang lebih murah sedikit berbanding harga pasaran
biasa. hal ini dapat menarik minat pemborong untuk terus datang membeli hasil tanaman
tersebut. Selain, aktiviti tanaman memberi hasil yang memuaskan bagi pelajar - pelajar
sains pertanian.

d) Mengadakan Projek besar

    Pengetua atau guru besar boleh mencari sumber kewangan dengan mengadakan projek
yang melibatkan masyarakat luar termasuklah agensi - agensi kerajaan. Sebagai contohnya
karnival ko-kurikulum dan hari kantin boleh mejemput masyarakat luar untuk mengadakan
pesta jualan di sekolah. Dengan ini setiap gerai dikenakan sewa yang munasabah. Di
samping itu dapat sumber kewangan untuk mengatasi masalah dan juga pelajar dapat
mempelajari selok-belok ilmu perniagaan.

e) Sumbangan daripada persatuan bekas pelajar

    Pihak sekolah njuga boleh mendapatkan sumbangan kewangan daripada bekas pelajar
sekolah tersebut. mereka tidak akan teragak -agak untuk menghulurkan sumbangan kepada
sekolah yang telah mendidik mereka sehingga berjaya. Jadi mereka rela dan ikhlas untuk
membantu sekolah.

Kesimpulannya, pengurusan kewangan adalah salah satu aspek yang penting dalam
pengurusan sekolah di negara kita kerana pengurusan kewangan yang tidak cekap dapat
menimbulkan banyak masalah. Jadi pengurus sekolah bertanggungjawab dalam hal
pengurusan kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan.

Hari Karnival Sekolah atau biasa dinamakan dengan pelbagai nama seperti Hari
Usahawan/Hari Kantin/Hari Kokurikulum/Karnival PIBG dan pelbagai lagi nama bagi satu
tujuan yang sama iaitu kempen jualan bagi menambah dana sekolah/PIBG. Pebagai bentuk
permainan karnival(carnival games) dan aktiviti-aktiviti karnival untuk satu tempoh yang
singkat yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat bukan terhad kepada para
pelajar sekolah terlibat sahaja. Taman tema ini dapat memenuhi kehendak peringkat umur
kanak-kanak sehingga peringkat umur dewasa untuk disertai. Aktiviti permainan fizikal,
pameran, hiburan, cabaran-cabaran fizikal dan mental dan pengalaman mencuba
permainan-permainan terbaru dipasaran dan permainan popular adalah tawaran kepada
para peserta dan pengunjung karnival.Hari Karnival Sekolah atau biasa dinamakan dengan
pelbagai nama seperti Hari Usahawan/Hari Kantin/Hari Kokurikulum/Karnival PIBG dan
pelbagai lagi nama bagi satu tujuan yang sama iaitu kempen jualan bagi menambah dana
sekolah/PIBG. Pebagai bentuk permainan karnival(carnival games) dan aktiviti-aktiviti
karnival untuk satu tempoh yang singkat yang boleh disertai oleh segenap lapisan
masyarakat bukan terhad kepada para pelajar sekolah terlibat sahaja. Taman tema ini dapat
memenuhi kehendak peringkat umur kanak-kanak sehingga peringkat umur dewasa untuk
disertai. Aktiviti permainan fizikal, pameran, hiburan, cabaran-cabaran fizikal dan mental dan
pengalaman mencuba permainan-permainan terbaru dipasaran dan permainan popular
adalah tawaran kepada para peserta dan pengunjung carnival
pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan boleh
diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat
memenuhi matlamat organisasi.  Sumber dana pendidikan adalah dimana semua pihak
memberikan bantuan subsidi dan sumbangan yang diterima oleh sekolah.

Berdasarkan sistem yang ada sekarang, pengetua selaku pentadbir sekolah adalah
bertanggungjawab penuh untuk merancang, mengurus, mengawal serta menentukan
pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekap dan berkesan. Secara amnya terdapat
tiga model pengurusan kewangan sekolah iaitu a). Model Berpusat (central model), b).
Model Tidak Berpusat (disentralisasi) dan c). Model Cantuman Kedua-dua Gabungan
(hybrid) (Sutton, M, 1996)

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan dana atau sumbangan dari luar

Menjual Modul
Menjual modul merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk mendapatkan dana,

Menjual BBM
Tahukah anda, dengan menjual BBM sahaja guru-guru telah menjana pendapatan
sampingan di bekerjasama dalam panitia atau satu kumpulan, hasilkan BBM dan jualnya
secara online dan offline.

Menjual Soalan
menghasilkan soalan yang lengkap dan sempurna mengikut standardnya.

Memohon Sumbagan Syarikat Korporat

Syarikat-syarikat besar kebiasaannya mempunyai peruntukkan khas untuk memberi


sumbangan, mereka juga akan dapat pelepasan cukai dari kebajikan yang telah mereka
buat.

Membuat Persembahan
Membuat persembahan ini biasanya yang mempunyai kumpulan, seperti kumpulan nasyid,
kumpulan dikir barat, kumpulan lakonan dan sebagainya.

Membuat Jualan Meja


Jual meja ini sebenarnya salah satu kaedah yang selalu digunakan Badan-badan Kebajikan
atau NGO untuk mencari dana daripada orang ramai. Biasanya satu majlis akan diadakan,
dan terdapat meja-meja yang dihidangkan makanan dan ia ditaja oleh mereka yang
berminat. Makanan itu pula akan dipelawa orang ramai atau anak-anak yatim untuk makan
bersama. Setiap meja mungkin berbeza harganya, dari situ kita akan dapat dana hasil jualan
meja.

Waqaf
Program Waqaf biasanya dilaksanakan oleh Sekolah di bawah Panitia Agama Islam dengan
kerjasama Majlis Agama Islam Negeri. Ia dibuat apabila ingin mendapatkan dana untuk
pembinaan atau penambah baikan surau. Kebanyakkan sekolah yang menyertai
Pertandingan Suau Imarah memerlukan dana yang banyak akan melaksanakan perkara ini.

Kutipan Derma
Tabung derma digerakkan ke setiap kelas dan guru. Ada juga di letakkan ketika majlis atau
program bersama ibu bapa.

 Guru Besar memainkan peranan penting dalam menguruskan kewangan sesebuah


sekolah. Setiap aktiviti yang dirancang di sekolah memerlukan dana yang besar.  Setiap
tahun hampir semua sekolah di Malaysia mendapat peruntukan 2 kali.  Peruntukan ini hanya
mampu digunakan bagi merancnag program akademik bagi sesuatu Panitia dimana 75 %
daripada peruntukannya diberi sebagai hadiah bagi program dan 25% lagi bagi
perbelanjaan membeli buku.

       Guru Besar perlu banyak mencari dana bagi merancang program seperti majlis
penyampaian hadiah, sukan sekolah ,hari kanak-kanak, hari kantin dan lawatan
terutamanya. Kesemua program  ini banyak memerlukan dana kewangan yang amat besar
tidak dikira sekolah bandar mahupun di sekolah pedalaman. Penglibatan  setiapmurid harus
diiktirafkan. Guru Besar berusaha mencari dana dengan bantuan pihak sekolah. Antara cara
yang lebih berkesan ialah mendapatkan bantuan daripada pihak Ahli Parlimen dan Adun.
Guru Besar perlu mengemukakan kertas kerja sesuatu program untuk mendapatkan
dananya. Dalam hal ini, dana yang dihulurkan hanya sebahagian  yang diperlukan atas
faktor kouta parlimen tersebut. Dalam ini, dana dapat diperolehi melalui sumbangan
Persatuan Bekas Murid sesebuah sekolah. Sejak kebelakangan ini Persatuan Bekas Murid
di kebanyakkan sekolah memang sangat bergiat aktif . Mereka sedia memberi sumbangan
dana kepada pihak sekolah bagi tujuan  menjayakan sesuatu program. Sumbangan ini
dapat digunakan untuk melancarkan pelbagai program yang dirancang di sekolah.

        Selain daripada itu, aktiviti hari kantin juga mendorong pihak sekolah mendapatkan
dana.  Penjualan kupon hari kantin dapat menambahkan dana untuk menjalankan pelbagai
program di sekolah. Penjualan hasil produk kraftangan yang dihasilkan oleh pelajar
contohnya, terrarium, penanda buku, kad perayaan, jualan hasil tanaman dan sebagainya
juga dapat meningkatkan dana sekolah.Akhirnya, dana bagi sesebuah sekolah dapat dijana
melalui komisyen daripada pembekal yang menjual barang di sekolah. Dalam pada
ini, penjualan barang kepada pihak 3R juga dapat menambahkan hasil dana di sekolah.
Pada pendapat saya, mutu penyata-penyata kewangan yang disediakan di sekolah masih kurang memuaskan. 
Keadaan sebegini timbul disebabkan: 

 Pengetua / Guru Besar kurang melibatkan diri dalam pengurusan kewangan sekolah dan menyerahkan
tugas-tugas urusan kewangan kepada pegawai-pegawai bawahan tanpa sebarang panduan dan
pengawasan.
 Pengetua / Guru Besar kurang arif tentang prosedur perbelanjaan / bayaran dan ini menyebabkan
perbelanjaan tanpa dokumen sokongan dibuat.
 Penyeliaan terhadap pungutan sekolah tidak dilaksanakan sepenuhnya dan ini menyebabkan
berlakunya akaun belum terima setiap tahun.
 Penyemakan dan pemeriksaan terhadap rekod-rekod sekolah seperti buku tunai, daftar bil dan daftar
stok buku resit tidak dijalankan secara regular oleh Pengetua / Guru Besar.
 Pematuhan kepada prosedur dan arahan kewangan juga tidak diberi penekanan oleh Pengetua / Guru
Besar.
 Kakitangan kewangan kurang mendapat latihan dan ini menyebabkan banyak peraturan dan arahan
kewangan tidak difahami sepenuhnya.

Menurut Surat Pekeliling Kewangan 4/88, pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan
tahunan sekolah pada atau sebelum 28/29 Februari tahun berikutnya kepada Pejabat Audit Sekolah supaya
pihak sekolah mempunyai tempoh satu bulan iaitu sehingga 31 Mac untuk membuat pembetulan, di mana-mana
yang perlu pada penyata tersebut. Penyata perlu dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Negeri yang
kemudiannya hendaklah mengemukakan kepada Pejabat Audit Sekolah mengikut Peraturan 6, Peraturan
Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002.
Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah melibatkan perkara utama seperti berikut:
            1.    Penyata Penerimaan dan Pembayaran
            2.    Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
            3.    Kunci kira-kira
            4.    Nota-nota kepada Akaun
 
a.    Penyata Penerimaan Dan Pembayaran
Penyata Penerimaan dan Pembayaran adalah penyata yang menunjukkan jumlah penerimaan sebenar yang
telah diterima dan juga jumlah pembayaran sebenar yang telah dibayar sebagaimana yang tercatat dalam buku
tunai dalam tempoh tahun kewangan berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada akhir
tahun.
 
b.    Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan
Penyata yang menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima termasuklah jumlah yang
masih belum diterima dan jumlah semua pembayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan termasuk
amaun yang masih belum dibayar. Penyata ini juga menunjukkan kelebihan/kekurangan pendapatan atas
perbelanjaan bagi tahun berkenaan.
 
c.    Kunci Kira-Kira
Kunci kira-kira merupakan penyata kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada satu tempoh kewangan.
Penyata menunjukkan jumlah aset, liabiliti dan baki Kumpulan Wang Terkumpul (KWT) pada 31 Disember tahun
yang dilaporkan.
i. Aset : Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh sekolah.
ii. Liabiliti  : Liabiliti ialah jumlah hutang yang perlu dijelaskan dalam bentuk wang, barang atau perkhidmatan.
Liabiliti wujud kerana barang/perkhidmatan telah diterima tetapi bayarannya belum dijelaskan.
iii. Kumpulan Wang Terkumpul (KWT) :  Merupakan kelebihan atau kekurangan pendapatan atas
perbelanjaan bagi setiap butiran yang berlaku semenjak akaun sekolah bermula hingga 31 Disember tahun
semasa
 
d.    Nota-Nota Kepada Akaun
Merupakan sebahagian daripada akaun yang perlu dibaca bersama dengan Penyata Kewangan Tahunan
Sekolah bagi tujuan:
i. Membantu memahami kandungan penyata kewangan
ii. Menjelaskan prinsip dan asas perakaunan yang diguna pakai.
iii. Menerangkan jumlah dalam Kunci Kira-Kira dan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
iv. Memberi perincian mengenai sesuatu amaun dalam Kunci Kira-Kira dan Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan.

. Penyata penerimaan dan pembayaran 


Penyata ini menunjukkan jumlah terimaan yang sebenarnya telah diterima dan jumlah bayaran sebenarnya yang
telah dibayar dalam tempoh tahunan kewangan yang berkenaan serta kedudukan baki yang ada dalam bank
pada akhir tahun.  Penyata ini menunjukkan satu ringkasan terimaan dan bayaran daripada Buku Tunai dengan
mengambil kira baki wang dalam bank pada awal tahun dan dicampurkan jumlah terimaan serta ditolak jumlah
bayaran untuk mendapatkan baki wang dalam bank pada akhir tahun.  
2. Penyata pendapatan dan perbelanjaan 
Penyata ini menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah semua pembayaran
yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan.  Penyata ini diimbangkan dengan menunjukkan lebihan/
kurangan pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan.  
3. Kunci kira-kira 
Kunci kira-kira adalah penyata mengenai kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada satu tempoh
kewangan.  Penyata ini menunjukkan amaun lebihan Aset berbanding dengan Liabiliti serta diimbangkan dengan
jumlah Kumpulan Wang Terkumpul pada 31 Disember tahun yang dilapor.  
4. Notis kepada akaun 
Nota kepada akaun mengandungi maklumat berikut: 
(a) Prinsip dan asas perakaunan yang diguna pakai 
(b) Penerangan mengenai akaun yang diselenggara 
      (i) Menerangkan jumlah yang ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira dan Penyata              Pendapatan dan
Perbelanjaan.  
      (ii) Membantu memahami kandungan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah.  

Penyata Kewangan Tahunan Sekolah adalah penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan untuk sesuatu
tahun berakhir pada 31 Disember pada setiap tahun. Penyata ini perlu disediakan untuk setiap kumpulan wang
yang diselenggarakan iaitu Kumpulan Wang Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama
oleh sekolah mengikut Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996.
Penyediaan Penyata Kwangan Tahunan perlu mempunyai dokumen dan rekod kewangan yang lengkap,
sempurna dan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi meastikan kelicinan dan tidak menerima teguran
bersyarat daripada Bahagian Audit Sekolah. Setiap Penyata Kwangan Tahunan Sekolah mengandungi penyata
berikut:
i.                     Penyata Penerimaan dan Pembayaran

 Menggambarkan jumlah terimaan yang sebenarnya telah diterima dan jumlah bayaran sebenarnya
yang telah dibayar dalam tempoh tahun keangan yang berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada
dalam bank pada akhir tahun
 Menunjukkan satu ringkasan terimaan dan bayaran daripada Buku Tunai dengan mengambil kira baki
wang dalam bankpada awal tahun dan dicampurkan jumlah penerimaan serta ditolak jumlah bayaran
untuk mendapatkan baki wang pada akhir tahun

ii.                    Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan

 Menggambarkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah semua pembayaran
yang sepatutnya di bayar pada tahun berkenaan. Ia diimbangi dengan menunjukkan lebihan kurangan
pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan.
 Ia mengambil kira semua pembayaran yang dibuat dan sepatutnya dibayar tetapi masih belum dibayar
dalam tahun kewangan (Akaun Belum Bayar)

iii.                  Kunci Kira-Kira

 Penyata mengenai kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada satu tempoh kewangan. Penyata ini
menunjukkan amaun lebihan Aset berbanding dengan Liabiliti serta diimbangkan dengan jumlah
Kumpulan Wang Terkumpul pada 31 Disember tahun yang dilapor.
 Ia mengandungi Aset, Liabiliti dan Kumpulan Wang Terkumpul

iv.                  Nota Kepada Akaun

 Merupakan sebahagian daripada akaun yang perlu dibaca Bersama dengan Penyata Kewangan
Tahunan Sekolah bagi tujuan:-

i.                     Menjelaskan prinsip dan asas perakauanan yang diguna pakai


ii.                    Menerangkan jumlah yang ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira dan Penyata
Pendapatan dan Perbelanjaan.

 Membantu memahami kandungan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah.


 Memberi maklumat terperinci mengenai sesuatu butiran peruntukan dalam Penyata Pendapatan dan
Perbelanjaan seperti peruntukan Teras, Elektif, Pendidikan Khas Integrasi dan Pelbagai

Anda mungkin juga menyukai