Anda di halaman 1dari 11

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemajuan Koperasi Sekolah Di Daerah Kota Setar

Termit Kaur Ranjit Singh Universiti Sains Malaysia termitk@gmail.com Siti Fasliyaton binti Ghazali seritliya@yahoo.com

ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah di daerah Kota Setar. Empat buah koperasi sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian melibatkan empat belas orang guru penasihat koperasi, empat orang pengetua dan dua orang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Kedah (SKM). Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif dimana kaedah triangulasi digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data. Datadata telah diperolehi melalui temu bual, pemerhatian dan kajian dokumen. Temu bual dijalankan dengan guru penasihat koperasi sekolah, pengetua dan pegawai dari SKM. Pemerhatian dijalankan di koperasi sekolah yang dipilih untuk melihat aktiviti koperasi, susunatur, kekemasan dan sebagainya. Kajian dokumen melibatkan Penyata Kewangan yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun terakhir dan dokumen perniagaan yang digunakan seperti yang termaktub dalam Akta Koperasi dan Peraturan Koperasi juga telah disemak dan dikaji. . Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan guru penasihat koperasi adalah penting dalam mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah di samping dorongan pengetua dan sokongan ahli serta warga sekolah. Guru penasihat juga mempunyai komitmen dan minat yang tinggi serta sikap positif terhadap penubuhan koperasi sekolah. Pematuhan kepada Akta Koperasi, Undangundang Kecil Koperasi dan Peraturan Koperasi juga merupakan faktor yang penting dalam membantu guru penasihat menjalankan aktiviti koperasi.Kajian ini merumuskan bahawa pengurusan yang cekap dan berkesan dapat membawa sesebuah koperasi itu ke tahap yang lebih cemerlang.
Abstract

ThisstudyaimedtoidentifyfactorsthataffectschoolcooperativesprogressioninKotaSetardistrict. Fourschoolcooperatives,involvingfourteenteacherswhowerecooperativesadvisorsandfour principalswereselectedasasampleforthisstudy.Thiscasestudyusedthetriangulationmethodfor analyzingdatacollected.Thestudiesshowedthatcooperativesadvisorsbackground,trainingand exposurewereimportantfactorsandareessentialininfluencingthedevelopmentofschoolsco operatives.Inthisstudy,itwasalsoproventhattheadvisorsinstilledhighcommitmentandinterestand alsopositiveattitudestowardsschoolcooperativesexistence.CooperativeActsandregulationsare alsoimportantinassistingcooperativesadvisorsincarryingoutschoolcooperativeactivities. Keywords:schoolcooperativesprogression,advisors,attitude

Pengenalan Koperasi adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan manusia yang mempunyai kepentingan atau masalah ekonomi uyang sama di mana mereka berpakat untuk menyatukan tenaga serta mengumpul modal bagi menjalankan aktiviti untuk menyediakan kemudahan atau perkhidmatan kepada ahli. Ia ditadbir sebagai badan perniagaan tetapi tidak bermotifkan keuntungan semata-mata dan lebih mengutamakan kebajikan ahli. Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia ( 1994) menjelaskan bahawa asas penubuhan koperasi sekolah bermatlamat untuk melatih murid-murid mengamalkan sikap jimat cermat dan prinsipprinsip hidup bermasyarakat secara demokrasi dan berusaha sendiri. Koperasi sekolah ialah sebuah koperasi yang didaftarkan di bawah Ordinan Syarikat Koperatif Bil. 33/48 dengan mempunyai undang-undang kecilnya sendiri. Dari segi keahlian, koperasi sekolah mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur kurang dari 18 tahun. Atas hal yang demikian koperasi sekolah didaftarkan di bawah ordinan dengan mendapat pengecualian daripada Y.B Menteri Pertanian di bawah seksyen 53 Ordinan mengenai pendaftaran. Tarafnya adalah sama dengan koperasi-koperasi lain Abdul Aziz (2001) menyatakan bahawa di peringkat permulaan koperasi ditubuhkan bertujuan untuk memberi pinjaman kepada ahli dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan ahli tetapi telah berkembang mengikut peredaran semasa. Menurut Abdul Aziz lagi terdapat beberapa kelemahan yang ketara yang ditemui dalam koperasi sekolah iaitu pengurusan yang tidak cekap, kurang pengetahuan tentang perniagaan, sistem perakaunan yang lemah, kedudukan kewangan yang lemah dan tidak ada matlamat serta perancangan yang teliti. Secara tidak langsung masalah ini menyebabkan koperasi sekolah tidak boleh berkembang maju kerana pengurusan kewangan merupakan faktor yang penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah dari segi latar belakang koperasi, guru penasihat, aspek pengurusan dan pentadbiran koperasi. Tumpuan juga diberikan kepada peranan pihak pengurusan dan pentadbiran, mengenalpasti aktiviti koperasi sekolah yang menguntungkan dan mengenalpasti masalahmasalah yang wujud dalam pengurusan koperasi sekolah. Hipotesis-hipotesis kajian Hipotesis yang akan diuji melalui kajian ini, ialah : Hl : Terdapat hubungan yang signifikan antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan fungsi dan kemahiran pengurusan di kalangan guru-guru koperasi sekolah. H2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan di kalangan guru-guru koperasi sekolah.

H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan kemahiran berkomunikasi di kalangan guru-guru koperasi sekolah.. H4: Terdapat pengaruh yang signifikan antara semua pembolehubah bebas, iaitu fungsi dan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan dan kemahiran berkomunikasi dengan kejayaan koperasi sekolah. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang koperasi dan guru penasihat. Selain itu, ia bertujuan mengetahui masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah. Pengkaji juga mengenalpasti latihan dan pendedahan tentang pengurusan koperasi yang diberi kepada guru koperasi serta mengenalpasti corak operasi koperasi sekolah. Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:a. Adakah latar belakang guru yang dilantik mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah? b. Apakah sikap guru penasihat terhadap gerakan koperasi sekolah? c. Adakah guru-guru penasihat koperasi diberi latihan dan pendedahan berkaitan dengan pengurusan koperasi? Kajian Literatur Mengikut Kenyataan Jati Diri, Ikatan Koperasi Antarabangsa (1995), koperasi didefinisikan sebagai satu pertubuhan yang berautonomi yang terdiri daripada orang yang bersatu secara sukarela bagi memenuhi keperluan sosioekonomi dan kebudayaan serta juga aspirasi yang sama menerusi usahawan yang dipunyai bersama dan dikawal secara demokrasi ( 24 September 1995 : Manchester, UK ).

Mengikut Seksyen 4, Akta Koperasi 1993 koperasi didefinisikan sebagai suatu pertubuhan yang terdiri daripada beberapa individu dan matlamatnya adalah untuk meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Adalah menjadi matlamat KPM (1998, 1999) agar semua sekolah di negara kita menubuhkan koperasi sekolah menjelang tahun 2010 untuk memenuhi keperluan pelajar dan memenuhi kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. Koperasi berjaya diukur berasaskan kepada pencapaian kewangan, aktiviti ekonomi yang menguntungkan serta pengurusan yang cekap dan berkesan. Koperasi yang berjaya juga dapat memberikan dividen yang tinggi kepada anggotanya. Kriteria ini juga digunakan untuk dipilih sebagai koperasi terbaik. Matlamat penubuhan koperasi sekolah ialah: a. Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari; b. Membantu mewujudkan suasana latihan amali bagi mempraktikkan teknik-teknik pengurusan dan perdagangan yang dipelajari di dalam kelas; c. Menyemai sifat-sifat demokrasi di kalangan pelajar; d. Menggalakkan sikap bekerjasana dan saling mambantu di kalangan ahli; dan e. Mengasuh bakat kepimpinan di kalangan generasi muda. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan mendapati banyak masalah yang timbul dalam menguruskan koperasi sekolah (Rahman, 1990; dan Bakar 1995 ). Di antara sebab utama faktor kegagalan sesuatu perniagaan yang dikenalpasti mengikut laporan dari ANGKASA ( 1994 ), Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia ( 1995 ), dan Maktab Kerjasama Malaysia ( 1995 ) ialah kerana masalah dari segi pentadbiran dan pengurusannya dan kekurangan kefahaman tentang konsep koperasi itu sendiri. Latar Belakang Koperasi Sekolah Adalah menjadi hasrat dan impian Kementerian Pelajaran supaya semua sekolah menengah menubuhkan koperasi sekolah menjelang 2010. Koperasi sekolah merupakan platform yang paling berkesan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat dan minat mereka di dalam bidang perniagaan terutamanya untuk mengaplikasikan subjek ekonomi, prinsip akaun, perdagangan dan matematik dalam kehidupan seharian. Idea penubuhan awal koperasi sekolah adalah dari cetusan minda Profesor Diraja Ungku A. Aziz, semasa beliau bertugas sebagai Naib Chanselor Universiti Malaya. Hasrat beliau tercatat di dalam Buku Biografinya yang telah menggalakkan penubuhan sebuah badan koperatif pelajar pada 20 Oktober 1966 di Kampus Universiti Malaya dan seterusnya badan-badan koperasi pelajar yang lain ( ANGKASA, 1994 ). Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. Pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Di samping itu pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Jamar Mat Ali menyatakan bahawa konsep Sun Tzu boleh digunapakai dalam perniagaan terutamanya koperasi iaitu kebijaksaan, kesetiaan, perikemanusian, keberanian dan ketegasan. Sifat kebijaksanaan perlu ada pada seorang pengurus di mana ia bolah mengetahui apa yang sedang berlaku dalam koperasi tetapi juga dapat meramalkan situasi semasa dan akan datang yang memberi implikasi terhadap starategi-strateginya. Pengurus juga perlu setia dan mempunyai sifat kemanusiaan iaitu mengambil berat tentang kebajikan ahli. Dengan menyertai koperasi, pelajar dapat mendisiplinkan diri dan menanam sifat jati diri dan modal insan yang tinggi kerana mereka perlu jujur, sadik dan amanah. Mahmud Yusof (1993) berpendapat bahawa jika koperasi dianggap sebagai satu alat yang boleh membantu pelajar menambahkan pengetahuan tentang perniagaan dan juga pada masa yang sama menambah pendapatan mereka.. Beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati tidak semua koperasi berjaya dalam pencapaian matlamat dan perniagaannya. Banyak juga di antaranya yang mengalami kegagalan dan kerugian lantaran beberapa sebab dan masalah yang mereka hadapi ( Rahman 1990; Mukhtar, 1994; dan Bakar 1995 ). Antara masalah masalah yang dikenalpasti mengikut laporan dari ANGKASA (1994) dan Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (1995) ialah : kurang sokongan dari guru besar dan guru tiada masa yang cukup untuk menguruskan koperasi, jumlah modal yang kecil tiada ruangan untuk perniagaan koperasi sekolah masalah pentadbiran dan pengurusan. kekurangan kefahaman tentang konsep koperasi itu sendiri Metodologi Kajian Persampelan Kajian ini merupakan satu kajian kes dan berbentuk kualitatif. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih 4 buah koperasi sekolah dalam daerah Kota Setar sebagai sampel kajian di mana melibatkan 14 orang guru koperasi yang terdiri dari bendahari, setiausaha dan AJK koperasi serta 4 orang pengetua dan 2 orang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi. Pemilihan yang dibuat berdasarkan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan lebih dari 10 tahun atas nasihat pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Kedah dan juga berdasarkan kepada keuntungan koperasi bagi 3 tahun terakhir iaitu 2007, 2006 dan 2005. Terdapat 2 jenis data yang digunakan dalam kajian ini iaitu data premier dan data sekunder. Data premier merupakan data utama yang digunakan untuk mencapai objektif kajian iaitu data yang diperolehi daripada responden melalui kaedah temubual, senarai semak dokumen iaitu Laporan Kewangan Koperasi yang telah diaudit dan disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Data sekunder pula diperolehi daripada Suruhanjaya Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia, ANGKASA, dokumen-dokumen rasmi kerajaan, koperasi sekolah, kajian-kajian lepas, majalah Pelancar, kertas seminar, bulletin, kertas kerja, internet dan kajian di perpustakaan. Kaedah kualitatif dipilih kerana ia lebih sesuai dan mudah untuk memperolehi data kerana pengkaji dapat berinteraksi terus dengan responden melalui temubual dan pemerhatian. Untuk meningkatkan keesahan dan kebolehpercayaan data-data yang dikumpul, kaedah triangulasi digunakan. Temubual diadakan dengan pihak pengurusan iaitu pengetua sekolah selaku pengerusi koperasi berkaitan dengan pengurusan koperasi, perlantikan

guru koperasi, aktiviti yang dijalankan, masalah yang dihadapi, sokongan dari pihak pengurusan dan warga sekolah. Temubual dengan guru penasihat koperasi, bendahari dan setiausaha koperasi berkaitan dengan latar belakang, pengalaman mengurus koperasi, kursus atau seminar yang pernah dihadiri, pandangan mereka terhadap penubuhan koperasi sekolah dan masalah yang dihadapi. Senarai semak dokumen dan pemerhatian adalah semakan yang teliti ke atas dokumen berkaitan iaitu Laporan Kewangan Tahunan untuk tahun 2005 sehingga 2007. Kajian dokumen adalah untuk melihat dokumen-dokumen yang digunakan untuk mencatat jualan harian, buku tunai, jurnal, lejer, buku stok, buku tugas AJK Koperasi dan Penyata Kewangan. Pemerhatian yang dibuat ke atas operasi koperasi sekolah merangkumi aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelajar dalam aktiviti jual beli, cara merekod jualan harian, penyusunan barang-barang, kekemasan, kebersihan, harga dan sebagainya. Data dikaji dan dianalisis secara deskriptif dan dirumus untuk proses membuat kesimpulan kajian. Analisis maklumat yang dibuat melalui kajian dokumen mengkehendaki pengkaji melihat dokumen sumber yang digunakan dalam pengurusan koperasi sekolah. Analisis dibuat bertujuan untuk melihat samada guru koperasi menggunakan dokumen yang terkandung dalam Undang-undang Kecil koperasi dan juga untuk melihat kepada kepatuhan Akta Koperasi. Maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kaedah temubual, pemerhatian dan kajian dokumen adalah berbentuk subjektif di mana kajian ini berkisar kepada pengurusan koperasi sekolah dan kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Dapatan Kajian Dapatan kajian menyatakan bahawa kedudukan sekolah, bilangan anggota, modal syer, sokongan pihak pentadbir, aktiviti koperasi dan kadar dividen memainkan peranan penting dalam kemajuan koperasi sekolah. Lokasi sekolah yang jauh dari pusat bandar menyebabkan kuasa beli pelajar adalah tinggi jika dibandingkan dengan lokasi sekolah yang terletak di bandar kerana saingan dengan kedai yang berhampiran dengan sekolah. Kajian mendapati majoriti guru penasihat yang dilantik adalah di kalangan guru wanita dan guru penasihat koperasi mempunyai sikat dan minat yang positif di dalam menjalankan tugas mereka. Hasil pemerhatian juga mendapati bahawa ramai pelajar berkunjung ke koperasi sekolah pada waktu rehat. Tinjauan ke atas dokumen juga menunjukkan bahawa ada koperasi sekolah menyediakan Buku Tunai, jurnal, lejer, jualan harian/tunai, buku log dan fail yang menyimpan senarai ahli, invois, resit dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga koperasi sekolah yang dikaji gagal menyediakan jurnal dan lejer seperti yang dikehendaki dalam Akta Koperasi. Dapatan kajian menyatakan bahawa pemilihan guru koperasi berdasarkan kepada kelayakan dalam bidang tertentu seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi, dan pengurusan perniagaan. Pengalaman dalam pengurusan perniagaan juga merupakan kriteria penting terutamanya untuk jawatan bendahari dan setiausaha. Pengurusan dan pengendalian koperasi bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan koperasi sekolah terikat dengan undang-undang dan akta.Ianya memerlukan pengawasan sepenuh masa kerana ia bukan saja merupakan satu pertubuhan sekolah tetapi juga sebagai badan perniagaan yang mencantumkan kehendak sosial dan ekonomi ahliahlinya (Zaleha, 1992). Sistem pengurusannya adalah berlainan, lebih kompleks di samping

mengamalkan sistem kawalan secara demokrasi (Ungku Aziz, 1992). Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan perjalanan koperasi sekolah berjalan lancar dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kemajuan koperasi sekolah. Komitmen guru juga merupakan kriteria yang penting kerana guru yang berdedikasi akan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dan dapat memikul amanah yang diberi dengan baik dan berkesan. Minat untuk mengurus koperasi juga penting kerana tanpa minat sukar untuk guru koperasi menguruskan koperasi sekolah dan menjalankan aktiviti. Mereka juga mahir dan arif tentang selok belok perniagaan terutamanya untuk mendapatkan pembekal yang menawarkan harga yang rendah. Majoriti ALK yang dilantik adalah dari kalangan guru. Ini bertentangan dengan matlamat asal penubuhan koperasi sekolah iaitu melatih pelajar sebagai usahawan di mana pelajar sendiri yang perlu mengurus koperasi sekolah. Hasil temubual dengan guru penasihat koperasi, mereka menyatakan bahawa sukar untuk mencari pelajar yang betul-betul amanah dan bertanggungjawab. Oleh itu guru perlu memainkan peranan untuk mengurus koperasi sekolah dengan dibantu oleh pelajar yang dilantik sebagai ALK. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat koperasi sekolah yang mengabaikan aspek latihan dan pendidikan koperasi. Kebanyakan koperasi sekolah menganjurkan kursus berkaitan dengan pengurusan koperasi sekolah dan perakaunan koperasi sekolah. Hanya sebuah koperasi sekolah yang mengadakan kursus tentang pengurusan koperasi sekolah, undang-undang koperasi, perakaunan koperasi sekolah, pernan ALK dan anggota koperasi sekolah dan juruaudit dalaman koperasi. Ini juga menunjukkan bahawa koperasi sekolah telah mengabaikan prinsip koperasi yang ke lima ititu pendidikan dan latihan koperasi. Kajian Halimahtun (2004) menjelaskan bahawa masih lagi wujud koperasi sekolah yang tidak mementingkan pendidikan dan latihan di kalangan anggotanya. Kajian juga menunjukkan bahawa guru penasihat koperasi sukar untuk mengadakan kursus kepada anggotanya kerana kesuntukan masa dan beban tugas yang lain. Guru penasihat koperasi juga perlu menumpukan perhatian kepada P & P kerana ada di kalangan guru penasihat yang mengajar kelas peperiksaan iaitu PMR, SPM dan STPM. Kajian MKM (1990 ), ANGKASA (1998) dan Armi (1998 ) dalam Mastor (2003) mendapati bahawa bebanan tugas guru dan kesukaran guru untuk mendapatkan kebenaran menghadiri kursus berkaitan kegiatan koperasi anjuran MKM dan ANGKASA adalah antara sebab mengapa guru kurang mendapat pendedahan bagaimana untuk menguruskan koperasi sekolah. Kajian oleh KPM (1998, 1999 dan 2000) dalam Mastor (2003) menegaskan bahawa faktor beban tugas guru tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan program pendidikan dan latihan berkoperasi kepada pelajar. Perbincangan Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemajuan Koperasi Sekolah Pengkaji telah mengenalpasti dan menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah dan mengetahui peranan guru penasihat, anggota koperasi dan pihak pentadbir dalam usaha mempelbagaikan aktiviti koperasi supaya koperasi sekolah dapat bertahan dan kekal sampai bila-bila.

1. Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak pentadbir supaya guru-guru yang dilantik mempunyai kelayakan, minat dan sikap yang positif terhadap penubuhan koperasi sekolah. Pengkaji mendapati bahawa guru penasihat koperasi mempunyai sikap yang positif dalam tugas mereka di mana mereka mampu mengurus koperasi walaupun sibuk dengan tugas-tugas wajib iaitu P&P. Guru penasihat yang terlibat juga mempunyai ilmu dan asas yang kukuh dalam bidang perniagaan kerana majoriti guru yang dilantik mempunyai kelayakan dalam bidang teknik dan vokasional. Guru yang dilantik sebagai bendahari juga faham dan jelas dengan Penyata Kewangan. Mereka yang terlibat juga bersedia untuk menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak koperasi sendiri ataupun pihak luar demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan koperasi sekolah. 2. Pengawasan daripada pihak pentadbir Pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan guru penasihat koperasi menjalankan tugas mereka berlandaskan kepada Akta dan UUK supaya tujuan penubuhan koperasi sekolah tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menjaga kebajikan ahli dan bukannya bermotifkan kepada keuntungan semata-mata. Matlamat koperasi sekolah adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan. Guru penasihat koperasi juga terikat dengan tugas-tugas yang lain dan mereka berharap semoga beban tugas mereka dapat dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dan juga tidak mengabaikan tugas utama mereka di dalam kelas. 3. Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah perlu diberi perhatian kerana impaknya kepada pelajar adalah besar, kerana dengan adanya koperasi sekolah pelajar-pelajar boleh membeli barang-barang dengan harga yang murah dan ada sesetengah koperasi sekolah mampu meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. Pertambahan anggota juga bertambah setiap tahun dan ini memberi kesan yang baik kepada koperasi sekolah kerana modal syer akan bertambah dan aktiviti koperasi juga boleh dipelbagaikan dan secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada keuntungan koperasi. Jika koperasi mendapat untung yang banyak, maka anggotanya juga akan merasa nikmatnya kerana mendapat dividen yang tinggi. Ada koperasi sekolah yang mampu mengagihkan dividen 100% dan 30% kepada ahlinya. 4. Mewujudkan kerjasama antara sekolah Guru-guru penasihat koperasi perlu diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasi sekolah, peranan anggota dan lembaga koperasi, penyelenggaraan akaun dan pelancongan. Guru-guru penasihat juga perlu dibawa melawat ke koperasi sekolah yang berjaya supaya mereka mendapat pendedahan dan pengetahuan dalam pengurusan. Melalui lawatan ini juga guru penasihat koperasi dapat melihat aktiviti yang dijalankan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Kursus

dalaman perlu dijalankan secara berkala supaya guru-guru yang pernah menghadiri kursus dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli yang lain. 5. Melatih pelajar yang boleh dipercayai untuk menguruskan koperasi Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah juga perlu diperluaskan supaya pelajarpelajar mendapat pengalaman menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar, maka ciriciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru penasihat koperasi agak keberatan untuk melantik pelajar memegang jawatan yang penting dalam koperasi terutamanya yang melibatkan kewangan. Dalam konteks ini, pengkaji mendapati bahawa sukar untuk mencari pelajar yang betul-betul amanah dan bertanggungjawab. Oleh itu, kebanyakan pelajar hanya diberi tugas yang mudah seperti membantu guru mencatat jualan harian, menyusun barang, sebagai pembantu kedai, dan mengira stok. Penyediaan akaun dilakukan oleh guru kerana koperasi sekolah yang dikaji menggunakan program SEKKOP. Perbincangan dan Rumusan Pengkaji mendapati bahawa penubuhan koperasi sekolah adalah baik dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memantapkan lagi pengurusan koperasi sekolah di masa depan. Oleh itu pengkaji berpendapat bahawa kajian berkaitan dengan jati diri koperasi perlu diberi perhatian sewajarnya. Jati diri yang kental dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah koperasi kerana jati diri dapat mendidik manusia bersikap amanah, jujur, sadik dan bertanggungjawab. Jika mereka berkesempatan memimpin koperasi apabila tamat persekolahan nanti, maka sudah tentu mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah organisasi koperasi Kemajuan dan kejayaan koperasi sekolah banyak bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan sokongan ahli serta pihak pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan koerasi sekolah. Keprihatinan pihak pentadbir juga merupakan faktor penting dalam memotivasikan guru penasihat dan ahli supaya sentiasa menyokong penubuhan koperasi sekolah. Pihak pentadbir juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru penasihat koperasi dan sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam pengurusan koperasi sekolah. Guru-guru penasihat perlu diberi kelonggaran dalam menjalankan tugas di mana waktu mengajar perlu dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah.

Rujukan Abdul Mukhti Husein. (1997). Pengalaman koperasi sekolah terbaik MRSM Perlis. Kertas Kerja Seminar Hari Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Akta Koperasi 1993. Petaling Jaya, Percetakan Maktab Kerjasama Malaysia.

ANGKASA. (1998). Program pendiddikan dan latihan koperasi. Petaling Jya. Penerbit Angkasa. Armi Zainudin. (1997). Prestasi Koperasi sekolah dalam gerakan koperasi. Seminar Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya. Armi Zainudin. (1998). Peranan Maktab Kerjasama Malaysia sebagai institusi latihan kepada gerakan koperasi menuju alaf ke 21. Bicara Koperasi, Petaling Jaya: Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Atan Long. (1978). Psikologi Pendiddikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asan Ali Golam Hassan. (1988). Gerakan koperasi di Malaysia. Peranan dan strategi dalam pembangunan negara. Sintok : Penerbit UUM. Farid Wajidi. (1982). Koperasi sekolah dalam sistem pendididkan. Bengkel koperasi sekolah 1982. Angkasa. Hayati Md Salleh. Kaedah dan latihan pendidikan melalui gerakan koperasi. Seminar Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya. Isteti Murni. (2003). Nilai keusahawann di kalangan pengurus koperasi sekolah: Satu tinjauan di Koperasi Sek. Men di Padang Sumatera. Tesis Sarjana Pendidikan UKM. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Saranan KPM terhadap pembangunan koperasi sekolah. Seminar Hari Koperasi Skeolah. Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya. Kularajah, N.A. (1980). Introduction to the Co-operative Movement. Kuala Lumpur: Co-op Printing Press Ltd. Maktab Kerjasama Malayisa. (1990). Gerakan Koperasi Sekolah: Satu Penilaian Semula. Kertas Kerja Unit Pengurusan Perniagaan, Maktab Kerjasama Malaysia: Petaling Jaya. Mariam Che Din. (1997). Pengalaman Koperasi Sekolah Terbaik SMK Raja Perempuan Zarina. Kertas Kerja Seminar Hari Koperasi Sekolah. Maktab Kerjasama Malaysia, Pettaling Jaya. Mukhtar, Peranan Kementerian Pendidikan dan Guru Dalam memajukan Koperasi Sekolah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Ali Hassan. (1997). Peranan ALK dan tanggungjawab angota dalam seminar hari koperasi sekolah. Wisma Angkasa. Peraturan-peraturan Koperasi. (1993). Maktab Kerjasama Malaysia. Petaling Jaya. Wan M. Chik. (1990). Bagaimana Mengendalikan koperasi. Marwilis Publisher & Distributor Sdn. Bhd. Wiersma W. (1995). Research methods in education. An introduction. Needham

Anda mungkin juga menyukai