Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Kemahiran Bertutur

•Berbual
•Bercerita
•Berbicara
•Berbincang
•Berpidato
•Berceramah
•Berforum
•Berpuisi
*Penerapan elemen Standarad Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2)
1. Berbual
berbual bermaksud berkomunikasi dengan seorang@ lebih
tentang sesuatu perkara.
memberi maklum balas dengan pantas
Juga merupakan satu meliputi latih tubi untuk untuk
menjadi seorang yang mahir bertutur.
Contoh : berbual tentang aktiviti harian

2. Bercerita
satu susunan peristiwa yang berlaku sama ada benar-
benar berlaku atau hanya rekaan.
satu aktiviti lisan yang menggunakan gaya,suara, mimik
muka dan intonasi.
bertujuan untuk menyampaikan pengajaran atau
teladan dan menyuburkan akal dan imaginasi.
Contoh : bercerita tentang perkelahan keluarga, cerita
Arnab dan Kura-kura.
3. Berbicara
aktiviti bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang
sesuai dengan kebolehan untuk mengemukakan idea secara
aktif dan memberikan gambaran tentang sesuatu tajuk.
Contoh : murid berbicara tentang hobi masing-masing

4. Berbincang
aktiviti berbentuk perbualan dalam kumpulan yang
bertujuan melahirkan nilai bekerjasama dan menggalakkan
bertukar pendapat antara satu sama lain.
Contoh : berbincang tentang persiapan Hari Keluarga.
5. Berpidato
pengucapan yang disampaikan secara secara individu
kepada khalayak ramai untuk menjelaskan sesuatu tajuk.
merupakan komunikasi secara sehala, iaitu pemidato
menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam
masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar
supayabersetuju dengan apa yang dipidatokan.
Contoh:Pidato tentang, Pembentukan Akhlak Pekerti Terpuji

6. Berceramah
ucapan yang disampaikan oleh seorang jemputan yang
berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.
Contoh : Ceramah tentang Endemik Covid-19 oleh Pakar
Perubatan daripada Hospital Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai