Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang
terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai
basikal di Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori
kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik
dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual
dengan harga yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman
permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada
hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.
Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah
digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di
badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di
bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai
sebuah basikal.

Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku
paling digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap
dibungkus, aku dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.
Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah
kedai menjual kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-
kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan
tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku
berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan
baruku ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai
untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-
kawan yang lain.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku
di luar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari,
tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku
dibiarkan di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas
sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat
kepada diriku lagi.
Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut. Pada
waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat
seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.
Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik
dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui
kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa
sungguh bangga.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku
ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.
Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua. Wanita
itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis di situ. Dia
pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas.
Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.Hidup aku tidak segembira
dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan dileburkan oleh tukang emas. Aku
akan diberi wajah baru.

Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan
plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah. Aku dilahirkan dari
kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan, seorang pekerja
menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak
rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang
berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan
kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka
ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk
berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke
sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan
seorang wanita. Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah
merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk
mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.Pemuda itu dapat diberkas atas
jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap pemuda itu. Tuanku
menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan
terima kasih kepada tuanku.
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap
pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku
berharap peristiwa itu jadi pedoman.

Anda mungkin juga menyukai