Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1 : PELAPORAN PBS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bermasalah
pembelajaran. Kemahiran ini sangat kompleks dan mencabar lebih-lebih lagi di sebabkan
oleh masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, sebuah pemerhatian telah dijalankan di
sebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di daerah hulu Selangor untuk
mengenalpasti seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis
mekanis. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang
terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006)

Gambar 1 : Hasil kerja murid

Gambar 1 diatas menunjukkan buku latihan yang merupakan hasil kerja seorang
murid bermasalah pembelajaran yang diperoleh daripada guru Bahasa Melayu di sekolah
tersebut. Melalui pemerhatian terhadap hasil kerja tersebut, saya telah mendapati bahawa
terdapat beberapa kesilapan dalam penulisan mekanis yang telah dilakukan oleh murid
tersebut. Antaranya ialah, murid tersebut membentuk huruf bermula dari bawah ke atas,
tulisan menaik dan menurun (tidak meletakkan huruf di atas garisan dengan betul) dan saiz
tulisan yang dihasilkan pula tidak sekata mengikut ketinggiannya. Tulisan yang dihasilkan
juga terlalu sesak kerana penggunaan jarak antara huruf dan, perkataan yang tidak sesuai.
Tulisan tersebut tidak kemas dan agak sukar dibaca oleh orang lain. Abjad yang ditulis juga
menunjukkan sedikit kekeliruan antara huruf a dan huruf u. Perkataan yang ditulis menjadi
tidak betul iaitu perkataan sebenar adalah duku tetapi ditulis duuk, buku kelihatan seperti
baka dan gajus menjadi gajas.

Faktor-faktor penyebab berlakunya masalah penulisan mekanis ini adalah cara murid
tersebut memegang pensel yang salah. Hal ini disokong oleh Che Zanariah & Fadzilah
(2011) yang mengatakan bahawa teknik pegangan pensel yang salah menyebabkan
penulisan huruf tidak dapat dilakukan dengan betul dan tepat semasa menulis. Murid sukar
menulis dengan betul apabila kedudukan pensel yang senget, bengkok dan condong di atas
buku latihan semasa menulis. Seterusnya, postur badan murid tersebut semasa menulis
juga tidak betul telah memberikan impak dalam penulisan yang dihasilkan oleh murid
tersebut.

Gambar 2 : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu (Masalah


Pembelajaran)

Gambar 3 : Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu (Masalah Pembelajaran)

Berdasarkan temu bual bersama guru Bahasa Melayu, beliau menyatakan bahawa
kemahiran menulis yang diajarkan kepada murid adalah berpandukan kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (rujuk gambar 2). Namun begitu, di sebabkan oleh
murid yang diajar adalah terdiri daripada pelbagai kategori dan tahap keupayaan yang
berbeza. Maka, setiap murid telah diberikan pendekatan yang berbeza dari segi pengajaran
kemahiran menulis. Beliau memberikan bimbingan sepenuhnya kepada murid yang masih
lemah dan belum menguasai kemahiran menulis dengan baik. Manakala, murid yang sudah
boleh menulis dengan kemas dan teratur diberikan latihan yang secukupnya untuk
mengukuhkan kemahiran menulis. Oleh itu, rancangan Pengajaran Harian (rujuk gambar 3)
yang dikepilkan menjadi bukti menunjukkan dua daripada lima orang masih lagi memerlukan
bimbingan daripada guru dan selebihnya sudah boleh menguasai kemahiran tersebut. Jadi,
guru akan memberikan tumpuan yang lebih sedikit kepada murid yang memerlukan
bimbingan tanpa mengabaikan murid yang telah mencapai kemahiran tersebut.

Bila setiap orang berbeza, kita kena ajar dengan cara yang berbeza. Saya
menggunakan pelbagai kaedah atau teknik untuk mencari kaedah yang bersesuaian dengan
tahpa kemampuan murid-murid saya.

- Guru Pendidikan Khas Bahasa Melayu -

Kurikulum yang sedia ada akan disesuaikan dengan pencapaian murid tersebut.
Guru tersebut juga berkata pengubahsuaian kurikulum itu perlu dilaksanakan apabila beliau
mengenalpasti murid yang masih lagi lemah dalam kemahiran tersebut. Hal ini disokong
oleh Noor Aini & Zamri (2015) bahawa aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru adalah
bergantung kepada keperluan dan kebolehan murid. Menurut Akta Pendidikan 1996 , Bab 8
Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan
pemelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Saya sesuaikan masa pengajaran mengikut jadual waktu yang diberi. Dan apabila
satu kaedah itu tidak berkesan, maka saya akan menggunakan kaedah pengajaran lain
yang lebih efektif.

- Guru Pendidikan Khas Bahasa Melayu -

Menerusi temu bual tersebut, saya mendapati bahawa jika dalam tempoh masa yang
ditetapkan murid-murid bermasalah pembelajaran didapati gagal mencapai objektif
pengajaran yang diharapkan, maka tempoh masa pengajaran akan dilanjutkan. Kedah
pengajaran yang lebih efektif juga akan dilaksanakan bagi membantu murid supaya mahir
dalam kemahiran menulis.

Secara keseluruhannya, transformasi perlu dilakukan dengan segera dalam


kurikulum dan pengajaran bagi murid-murid bermasalah pembelajaran agar amalan
pengajaran berkesan dapat dilaksanakan. Guru Pendidikan Khas disarankan agar
mengambil inisiatif sendiri bagi melakukan pengubahsuaian dalam kurikulum bertepatan
dengan tahap kebolehan murid supaya objektif dalam pengajaran guru akan tercapai.
RUJUKAN

Abdullah Yusof. (2006), Pengenalan Kepada Pendidikan Khas, Kuala Lumpur: Open
University

Akta Pendidikan. (1996). Akta Pendidikan. Dilayari pada 1 September 2017 daripada
http://www.polisas.edu.my/portal/images/stories/Mqa/Akta550.pdf.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Vol 1, Bil 1, 67-87.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Khas. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Noor Aini Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Pengubahsuaian dalam Pengajaran
Kemahiran Bahasa Malaysia bagi Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia 40 (1), 63-73

Anda mungkin juga menyukai