Anda di halaman 1dari 3

1.2.

3 PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN


NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

A) Masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW

i) Golongan Muhajirin
● Kaum Muhajirin merupakan penduduk asal kota Mekkah dikenali masyarakat
Quraisy.
● Kelompok awal memeluk agama Islam.Kemudia golongan ini berhijrah ke
Madinah.
● Ahli majlis Syura tertinggi seperti Abu Bakar as-Siddiq,Umar bin al-Khattab dll.
● Terlibat dalam gubal piagam Madinah
● Berperanan dalam ekspedisi ketenteraan seperti Pedang Uhud,Khandak dll.

ii) Golongan Ansar


● Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah.Terdiri Aus dan Khazraj.
● Menganut agama Islam hasil dengan pertemuan dengan Nabi Muhammad di
kota Mekkah melalui perjanjian Aqabah 1 dan 2.
● Terdapat golongan Parsi dan Yahudi memeluk agama Islam.
● Golongan Ansar tanggung jawab sebarkan agama Islam.
● Golongan Ansar berganding bahu dengan Golongan Muhajirin mempertahankan
agama Islam.
● Muncul tokoh seperti Saad Bin Ubaidah dan Saad bin Muaz.

B) Masyarakat Islam zaman Khulafa al-Rasyidin

i) Golongan Arab Madinah


● Merupakan penduduk majoriti yang asalnya adalah penduduk Muhajirin dan
Ansar.
● Khalifah al-Rasyidin yang memimpin umat Islam Madinah terdiri daripada
golongan Arab Muhajirin.
● CTH: Abu Bakar as-Siddiq
ii) Golongan al-Riddah
- Muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman pemerintahan Khalifah
Abu Bakar.
- Muncul di sebahagian Tanah Arab kecuali Makkah, Madinah dan Taif.
- Terbahagi kepada 3 golongan:
● Golongan murtad;
-terdiri drpd kabilah arab yg memeluk islam kerana takut dengan tentera islam
-kembali kepada amalan jahiliah selepas kewafatan nabi
-percaya islam semakin melemah selepas kewafatan nabi

● Golongan enggan membayar zakat


-Salah tafsir Al-Quran
-Berpendapat bahawa zakat hanyalah ufti yang perlu dibayar kepada nabi
semasa hayatnya sahaja
-Contohnya, penduduk di Bahrain

● Golongan nabi palsu dan pengikutnya


-cth: Sajah binti Harith
-demi kepentingan peribadi, mengaku menerima wahyu

iii) Golongan Ahl al-Ayyam


● Wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
● Khalifah Umar menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan
Mesir.
● Golongan Ahl al-Ayyam membantu tentera Islam menewaskan musuh di medan
perang dan diberi layanan istimewa oleh khalifah.
● Antara pemimpin mereka termasuk al Ashtar dan Yazid bin Qais.
● Mereka yang membuka tanah dan menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada
tiga golongan iaitu Ahi al Ayyam, Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan
murtad.
● Mereka diberi kuasa mentadbir ladang ladang dan tanah di wilayah Iraq
termasuk memungut sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap
kerajaan Islam.
iv) Golongan al-Qurra
● Berasal dari Ahl al-Ayyam yang diberi amanah dan kuasa untuk mentadbir
tanah di Iraq.
● Menggelarkan diri sebagai al-Qurra (orang-orang kampung) bagi menjaga
status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama
bekas golongan murtad.
● Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak
kerana isu pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah
Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi
Khalifah Uthman.
● Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khalifah
Uthman.
● Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama
dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
● Setelah tamat Perang Jamal, golongan al-Qurra berpaling tadah dan
menentang Khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan
Khawarij.

v) Golongan bukan Arab (Mawali)


● Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq, Syam dan Mesir.
● Golongan bukan Arab yang datang ke Iraq terdiri daripada orang Parsi yang juga
dikenali sebagai Mawali (Ajam).
● Masyarakat Islam Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan) didiami orang Arab
dan bukan Arab iaitu Yahudi, Syria dan Rom. Golongan bukan Arab ini
kemudiannya memeluk Islam.
● Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang Arab yang berhijrah dari Semenanjung
Tanah Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam. Mereka
menganut Islam sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab.
● Golongan mawali memberi sumbangan besar terhadap Islam samada dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai