Anda di halaman 1dari 39

1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

2.0

KERAJAAN MAMLUK

2.1 LATAR BELAKANG DINASTI MAMLUK

2.1.1 SOSIAL

2.1.2 ASAL USUL MAMLUK


a) Habsyah

b) Zanj

c) Turki

d) Eropah

i)

Slav

ii)

Armenia

8
8

e) Barbar

f) Kurdi

2.1.3 NAMA-NAMA SULTAN MAMLUK BAHRI


1250-1382M).

(648-792H/
9

3.0

HUBUNGAN BAYBARS DENGAN TENTERA SALIB

4.0

PERSEDIAAN MENGHADAPI TENTERA SALIB

11

4.1 Melengkapkan jentera ketenteraan

13

4.2 Membeli hamba

13

4.3 Kemasukan tentera pelarian

13

5.0

4.4 Pemeriksaan ke atas kubu pertahanan

14

4.5 Perisikan khas

14

4.6 Sistem barid

15

4.7 Membuat perjanjian

16

GERAKAN KETENTERAAN DENGAN PIHAK SALIB


5.1 Ekspedisi pertama
5.1.1

Penawanan al-Qaisarah

19

5.1.2

Penawanan Haifa dan Athlith

20

5.1.3

Pengepungan Arsuf

20

5.2 Ekspedisi kedua.

21

5.3 Ekspedisi ketiga


5.3.1

Serangan keatas Yaffa

24

5.3.2

Penawanan Syaqif Arnun

25

5.3.3

Penawanan Anatakiah

25

5.4 Ekspedisi keempat


5.4.1

Serangan ke atas Tarabalas dan penawanan Safitha.

27

5.4.2

Kejatuhan Hisn al-Akrad

28

5.4.3

Penaklukan Hisn Akkar

29

5.4.4

Pengepungan al-Qurain

29

5.5 Perang salib Putera Edward

30

5.5.1 Penawanan al-Qusair

31

6.0 PERJANJIAN DAMAI ANTARA PIHAK ISLAM DENGAN

31

TENTERA SALIB.
6.1 Perjanjian damai Baybars dengan kumpulan Hospitalers
dari al-Marqab (665H/1267M)

32

6.2 Perjanjian damai bersama pemimpin Templars di Antartus


Hospitalers di al-Marqab.

dan
32

6.3 Perjanjian dengan Bohemond IV.

33

6.4 Perjanjian damai dengan pemerintah al-Sur.

33

6.5 Perjanjian damai Akka 670H/1272M.

33

7.0

PENUTUP

34

8.0

RUJUKAN

35

9.0

LAMPIRAN

36

1.0

PENDAHULUAN

Selepas abad keempat hijrah umat Islam telah mengalami kelemahan dan dilanda
perpecahan sehingga emperoro Islam yang dulunya terbentang luas menjadi berkecai
kepada wilayah-wilayah dan negeri-negeri yag kecil.

Menjelang abad kelima hijrah, dunia Islam dikejutkan dengan serangan ganas
yang dilancarkan oleh orang-orang salib, justeru ia dikenali dengan serangan perang
salib, yang dijukan kepada umat Islam di Mesir, Syma, Andalus, dan Morocco. Serangan
ini pada zahirnya bertopengkan agama dengan mendakwa ingin memelihara tempat suci
agama Kristian dan memebersihkan gereja al-Qiyamah serta membuka semula perjalanan
jemaah haji yang datang dari Eropah. Sementara tujuan sebenar ialah untuk merampas
kekayaan yang ada di bumi Islam dan menjajah dunia Islam yang pada masa itu umat
Islam sedang terlena dan alpa.

Ekoran dari serangan demi serangan yang dilancarkan oleh tentera-tentera salib
akhirnya umat Islam tewas dan tidak berupaya, sehingga orang-orang salib berjaya
mendirikan beberapa perkampungan dan kerajaan di tengah-tengah dunia Islam, seperti
kerajaan al-Raha di utara Iraq dan Syiria, kerajaan Tarabalas, kerajaan Baitul Maqdis dan
kerajaan Antakiah. Bahakan mereka terus menerus melancarkan serangan demi serangan
ke seluruh pelususk dunia Islam, seperti ke Mesir, Utara Hijaz dan sebagainya sehingga
mereka hampir menceroboh al-Madinah al-Munawawarah untuk menamatkan riwayat
Islam. Tapi syukur alhamdulillah, melalui inayah dan hidayahnya, umta Islam telah
kembali sedar dan kembali ke syariat yang sebenar.

Menjelang abad ke enam hijrah, umat Islam telah bangkit dan bersiap sedia untuk
mengusir orang-orang salib dari bumi Islam, dan Allah S.W.T telah mengurniakan

mereka pemimpin-pemimpin yang gigih seperti Imaduddin Zanki yang telah


menewaskan pasukan salib di al-Ruha, Nuruddin Mahmud yang telah berjaya merampas
semula Antakiah dan hampir berjaya menguasai Baitul Maqdis, Salehuddin al-Ayyubi
yang merupakan jaguh dalam peperangan Hittin dan berjaya merampas semula Baitul
Maqdis, al-zahir Baybars yang telah berkali-kali mematahkan serangan tentera salib
sehinggalah ke panglima Turan Shah putera al-Malik al-Salih Ayyub yang telah berjaya
menawan panglima perang salib iaitu Raja Louis IX dan kemudiaanya dikurung di rumah
Ibn Luqman di al-mansurah Mesir (Badrulmunir 1995: 3).

2.0

KERAJAAN MAMLUK
2.1

LATAR BELAKANG DINASTI MAMLUK

2.1.1 SOSIAL

Golongan Mamluk berasal dari belbagai suku bangsa di wilayah Balkan, Asia Kecil dan
Transoksianan, yang sering disebut dengan bangsa Turki (al-Turk) sehingga
pemerintahan yang berhasil mereka dirikan dinamakan Daulah al-Turk. Suku-suku
bangsa Mamluk adalah Turkoman, Kurdi, Romawi, Turki, Circasian dan Caucasus
(Kipcak). Mereka adalah suku-suku nomad yang hidup berpindah-randah. Pada musim
panas, mereka menempati suatu wilayah dan pada musim sejuk mereka mencari wilayah
yang lebih sesuai.

Ketika serangan-serangan bangsa Monggol, dilancarkan ke wilayah ini bangsa


Turki di Asia Tengah mengalami keakalahan, sehingga banyak yang tewas. Anak-anak
dan wanita diculik dan dijual kepada para pedang hamba. Para pedagang inilah yang
berperanan dalam memindahkan hamba ke wilayah-wilayah yang memerlukan mereka.

Pedagang-pedagang ini digelar al-Khawajah yang beerti pedagang asing yang sebahagian
dari mereka beragama Nasrani atau Yahudi dan diantara mereka juga berasal dari Parsi.
Mereka mengumpulkan anak-anak dari kawasan laut hitam, Turkistan, Mongolia,
Georgia, Armenia, Serbia, dan Albania (Muhammad 1998: 170).

Hamba-hamba yang dibeli ini dinamakan Mamluk yang beerti seseorang yang
dimiliki oleh tuannya sama ada dibeli mahupun yang bergabung ke pasukan Sultan.
Dalam sejarah Islam, Khalifah al-Mamun dari kerajaan Abbasiyah 198-218H/813-833M
adalah Khalifah pertama yang membawa masuk bangsa Turki setelah menerima hadiah
daripada penguasa Bukhara sekitar tahun 200H yang kemudiannya dijadikan hamba dan
tentera.

Manakala Khalifah al-Mutasim 218-227H/ 833-842M pula telah membeli


hamba-hamba dari wilayah Turki, khususnya dari daerah Dailam untuk dididik dan
dijadikan pengawal istana serta tentera menggantikan orang Parsi dan Arab yang telah
banyak menimbulkan masalah di istananya. Tradisi ini kemudiannya diikuti oleh
khalifah-khalifah Abbasiyah dan penguasa-penguasa daerah sesudahnya (Adibahwati
2001: 18).

2.1.2

ASAL USUL MAMLUK

Aktiviti Perhambaan di Timur Tengah telsh muncul sejak ssebelum Islam lagi dan ia
berterusan sehinggalah zaman pemerintahan khalifah. Pada mulanya, kehadiran mereka
tidak dianggap penting namun keadaan ini berubah apabila mereka mendapat tempat
dalam ketenteraan dan pemerintahan negara. Terdapat beberapa istilah yang digunakan
kepada bangsa mereka, antaranya ialah:

g) Habsyah

Habsyah atau Habasyah digunakan bagi negeri Ethiopia dan penduduknya, ia terletak di
hujung sebelah Utara Benua Afrika. Agama rasmi penduduknya adalah Kristian.
Hubungan awal Islam dan penduduk Habsyah bermula sejak zaman Rasulullah lagi
ketika Rasulullah memerintahkan sebahagian umat Islam berhijrah ke Habsyah.
Hubungan antara tanah Arab dan Habsyah ini terjalin melalui aktiviti perdagangan
hamba. Dengan cara ini orang Arab dapat memperkenalkan Islam kepada mereka.
Contohnya seperti yang terjadi kepada Bilal bin Rabah.
h) Zanj

Bangsa Zanj berasal dari perairan Timur Afrika. Ia sinonim dengan bagi golongan yang
berkulit hitam. Golongan hamba Negro ini diimport dari kawasan pertanian atau kampunkampung untuk dijadikan hamba di tanah Arab. mereka diperlukan untuk menampung
keperluan bagi buruh kasar. Mereka cuba mendapatkan hak mereka dengan mengadakan
peberontakan yang diketuai oleh Ali bin Muhammad bin Ahmad setelah dikatakan
kebajikan mereka tidak dijaga dimana kawasan kediaman, makanan dan minuman yang
disediakan tidak mencukupi. Pemberontakan ini terjadi ketika pemerintahan khalifah alMuhtadi dibahagian Barat Iraq.

i) Turki

Kehadiran mereka ke Timur melalui institusi hamba tidak boleh dianggap sepi apabila
komuniti mereka bertambah dari masa ke semasa menyebabkan kuasa dan pengaruh
mereka semakin kuat sehingga mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan sebagai

Wazir pada zaman Abbasiyah. Mereka berasal dari Benua Asia yang merupakan kaum
Nomad yang tinggal di antara kawasan Monggolia dan sempadan Utara China.

j) Eropah

Terdapat juga hamba dari Eropah yang kebanyakkannya berasal dari bangsa Slav dan
Armenia:

iii)

Slav

Sejarawan berbeza pendapat dalam menentukan asal kedatangan mereka ke tanah Arab,
ada pendapat mengatakan mereka berasal dari keturunan Yunan bin Yufath dari daerah
Burdjan dan Greek. Ada juga mengatakan berasal dari semenanjung Balkan. Sebab
perbezaan asal meraka ialah kerana mereka mempunyai kulit yang putih dan berambut
merah. Hamba dari Slav dibawa masuk setelah berlakunya peperangan di antara
Byzantine dan tentera Islam. Mereka dijadikan tawanan perang dan kemudiannya
dijadikan sebagai hamba.

iv)

Armenia

Mereka dikatakan berasal dari kawasan Tengah Asia yang dikelilingi bukit bukau dalam
lingkungan Bukit pontic di sebelah Utara dan built Taurus di bahagian Selatan. Secara

ringkasnya Armenia terletak di tengah-tengah antara Asia Minor, Azerbaijan dan Teluk
Kaspian.

k) Barbar

Golongan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara terumatanya dari Maghribi. Menurut
Encyclopedia of Islam, bangsa ini merupakan bangsa merantau dan berselerak di merata
tempat.
l) Kurdi

Berketurunan Iran menurut sumber Encyclopedia of Islam. Mengikut dari


penulisan sejarah Arab dan ahli geografi Arab, bangsa ini berpindah randah dan
penempatan

mereka

menjadi

semakin

meluas

ke

negeri-negeri

lain.

Walau

bagaimanapun, bangsa Kurdi ini mempunyai tanah air mereka sendiri iaitu Kurdistan
yang dibuka ketiak pemerintahan sultan Sinjar (552H/1157M) iaitu pemerintah terakhir
kerajaan Saljuk (Adibahwati 2001: 85).

2.1.3

NAMA-NAMA SULTAN MAMLUK BAHRI (648-792H/ 1250-1382M).

648H/1250M Syajarah al-Dur


648H/1250M al-Muiz al-Din Aibak
655H/1257M al-mansur Ali
657H/1259M al-Muzaffar Qutuz

10

658H/1260M al-Zahir Baybars al-Bunduqdari


676H/1277M al-Said Barakah Khan
678H/1280M al-Adil Salamusi
678H/1280M al-Mansur Qalawun al-Alfi
689H/1290M al-Asyraf Khalil
693H/1294M al-Nasir Muhammad
694H/1295M al-Adil Katbuga
696H/1297M al-Mansur Lajin
698H/1299M al-Nasir Muhammad II
708H/1309M al-Muzaffar Baybars al-Jasynakir
709H/1309M al-Nasir Muhammad III
741H/1340M al-Mansur Abu Bakar
742H/1341M alAsyraf Kujuk
743H/1342M al-Nasir Ahmad
743H/1342M al-Salih Ismail
746H/1345M al-Kamil Syaban
747H/1346M al-Muzaffar Hajji
748H/1347M al-Nasir Hassan I
752H/1351M al-Salih Salih
755H/1354M al-Nasir Hassan II
762H/1361M al-Mansur Muhammad

11

764H/1363M al-Asyraf Syaban


778H/1376M al-Mansur Ali
783H/1382M al-Salih Hajji (Adibahwati 2001: 213).

3.0

HUBUNGAN BAYBARS DENGAN TENTERA SALIB

Perang Salib merupakan siri peperangan yang panjang yang melibatkan tentera Kristian
Eropah dengan tentera Islam di bahagian Asia Barat khasnya. Ia berlangsung selama kirakira 300 tahun lebih bermula 1097-1426M. para sejarawan terutama Ahmad
Syalabimmenyenaraikan bebrapa sebab yang menyumbang kepada meletusnya perang
terbut. Antara sebab yang dikemukan beliau merangkumi sebab politik, agama dan sosial.
Walaupun bwegitu, perangh Salib pertama meletus lebih dilihat berppunca dari sebab
kerana ia bermatlamat membebaskan Baitul Maqdia dari tangan-tangan orang Islam.
Baitul Maqdia tau Jerusalem merupakn yanah c]suci orang orang Kristian keran
dipercayai tempat Nabi Isa. Mereka melihat penguasaan orang-orang Islam keatas Baitul
Maqdis meyukarkan mereka menunaikan haji disana setiap tahun.

Idea untuk memulakan perang Salib ini dimulakan oleh Poep Urban II iaitu salah
seorang ketua Paderi di Eropah. Pada 27 November 1095 Masihi, beliau telah
menyampaikan ucapan yang telah menyemarakkan semangat masyarakat Kristian di
Clermont, Ferrand, Perancis. Ekoran dari idea tersebut mendapat restu dari Raja Perancis,
pemerintah Konstantinople dan wilayah Eroapah yang lain. Pada 15 Ogos 1097M.
sekumpulan besar tentera Kristian memulakan ekspedisi untuk menguasai Asia Kecil
yang ketika itu dibawah pemerintahan Qillij Arslan. Selepas kejayaan ini, satu persatu
wilayah Islam tealh jatuh ketangan tentera Salib sehinggalah Baitul Maqdis jatuh
ketangan mereka pada 22 Syaban 494H bersamaan 15 Julai 1099Masihi.

12

Namun, pada hari Jumaat 27 Rejab bersamaan 2 Oktober 1187M, Salah al-Din alAyyubi telah Berjaya mendapatkan semula Baitul Maqdis dari tentera Salib. Kejayaan ini
telah membangkitkan semangat tentera Islam untuk berjuang menentang tentera Salib.

Pada 13 Masihi, tentera Salib tidak menjadikan Baitul Maqdis sebagai sasaran
utama mereka sebaliknya memberi perhatian terhadap Mesir. In kerana mereka
merasakan percubaan untuk mendapatkan tanah air mereka adalah sia-sia, ini kerana
sejak Islam menguasai Baitul Maqdis, tentera Islam telah mengenakan kawalan
pertahanan yang kukuh dan ketat ke atasnya. Secara kebetulan, tentera Salib mula melihat
kepentingan wilayah Mesir dari segi politik dan ekonomi. Mesir pada ketika itu dilihat
sebagai pusat pentadbiran ketenteraan Islam. Sekiranya Mesir Berjaya dikuasai, maka ia
akan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Islam yang berpusat disana.

Ketika Baybars mengusai tanah Mesir, wilayah Islam yang masih berda ditangan
tentera salib, ialah Akka, Qaisariyyah, Haifa, Arsuf, Safat, Sis, Yaffa, Antakiah, Tarabalas,
Al-Sur, Ladhiqiya, dan Beirut. Melihat keadaan ini Baybars berusaha untuk mendapatkan
semula wilayah tersebut dari tangan Kristian. Sebagai seorang Islam beliau perlu berbuat
demikian bagi mengembalikan martabat Islam dan menaikkan kembali maruah umat
Islam. Beliau juga merasakan Mesir tidak sepatutnya jatuh ke tangan Kristian kerana
kepentingan ekonomi disitu (Abd. Rauh 1999: 250-268).

4.0

PERSEDIAAN MENGHADAPI TENTERA SALIB

Sebelum memulakan ekspedisi peperangan, Baybars telah melakukan beberapa


persediaan dengan begitu teliti dan terperinci. Ini disebabkan beliau tidak mahu

13

rancangannya terganggu hanya disebabkan perkara yang boleh diselesaikan sejak awal
lagi.

4.1 Melengkapkan jentera ketenteraan

Beliau begitu mengambil kira kelebihan anggota tenteranya dari segi kuantiti
sehinggakan pada peringkat awal persediaaan beliau sentiasa mencari peluang supaya
angkatan tenteranya bertambah dari masa ke semasa. Ini dapat dibuktikan dari sumber
sejarah yang menyatakan bilangan tentera Baybars pernah mencapai angka sehingga 40
ribu.

4.2 Membeli hamba

Baybars juga ada membeli sebilangan hamba untuk diserapkan masuk kedalam angkatan
tenteranya. Baybars juga dikatakan telah menghabiskan sebahagian pendapatan beliau
untuk membeli Mamluk. Dengan adanya Mamluk sendiri ini, secara sedikit demi sedikit
pengaruhnya menjadi bertambah kuat.

4.3 Kemasukan tentera pelarian

Pertambahan anggota tentera Islam juga berlaku tanpa sengaja iaitu akibat kemasukan
anggota tentera pelarian dari wilayah naungan Mongol. Tentera pelarian ini juga digelar
Wafidiyyi dan Mustamina, iaitu anggota tentera Mongol yang telah melarikan diri dari
cengkaman Mongol sehingga menyebabakan pengaliran masuk golongan ini kedalam

14

tentera Islam menguntungkan pihak tentera Islam. Kemasukan ini banyak berlaku sekitar
tahun 659H/1262M 662H/1264M.

Terdapat juga askar tambahan dari wilayah-wilayah naungannya iaitu tentera alRum dari al- Jazira serta masyarakat Turkoman yang berasal dari Iraq. Kedua-dua
kumpulan ini tinggal pinggir Bandar dan ada juga yang tinggala di sempada wilayah
Islam dan tentera Salib. Walaupun menerima kemasukan tentera luar, Baybars tidak
mengabaikan anggota tentera tempatan di mana beliau sering memberi galakan supaya
jumlah anggota tentera di bawah wilayah naungannya dipertingkatkan dari masa ke
semasa.

Bagi memastikan persediaan anggota tenteranya, beliau sentiasa mengadakan


pemeriksaan ke atas tenteranya. Pemeriksaan ini dibuat sekitar tahun 667H/1269M
sehigga 670H/1271M.

4.4 Pemeriksaan ke atas kubu pertahanan

Selain memeriksa kelengakapan tenteranya, beliau juga membuat pemeriksaan ke atas


kubu pertahanan di seluruh Syria. Pada tahun 662H/1264M, Sultan Baybars telah
menghantar pegawainya untuk memeriksa persediaan fizikal di setiap wilayah
naungannya. Pernah Baybars menegur al-Mansur iaitu pemerintah Hamah kerana wilayah
itu tidak menunjukkan sebarang persediaan untuk menghadapi peperangan.

4.5 Perisikan khas

15

Bagi mengetahui segala gerak geri berkaitan dengan pihak musuh, beliau telah
menubuhkan satu unit perisiskan khas iaitu sebuah jabatan yang tersendiri dan bebas.
Melalui unit inilah Baybars akan mengesan setiap pergerakan pihak musuh termasuk
kelengkapan musuh, persediaan mereka, jumlah mereka dan lain-lain lagi. Beliau telah
menghabiskan sebilangan besar wang untuk tujuan ini, dengan membayar setiap agen
penyampai maklumat dengan wang yang lumayan.

Agen perisik beliau ini berada dimana-mana sahaja. Selain itu, terdapat juga
individu yang sukarela untuk menjadi agen perisik kepada Baybars. Mereka ini terdiri
daripada mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Baybars seperti golongan Arab
Khafajah, iaitu mereka yang tinggal di wilayah naungan tentera musuh serta para
pedagang yang singgah di pelabuhan Mesir. Berita-berita yang disampaikan oleh agenagen ini, diambil perhatian yang sewajarnya oleh Baybars bagi mengatur strategi yang
lebih mantap.

4.6 Sistem barid

Selain itu, beliau juga mementingkan sistem peyampaian maklumat

supaya

penerimaaannya lebih cepat dan tepat. Kepentingan sistem barid pada zaman ini lebih
kepada soal keselamatan wilayah-wilayah Islam. Terdapat dua kaedah pwenghantaran
maklumat yang digunakan pada zaman ini, iaitu melalui wakil yang dilantik dan juga
menggunakan burung merpati sebagai agen penyampai surat. Wakilpos pada ketika itu
akan menunggang kuda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Adakalanya
maklumat yang mereka bawa akan terlewat sampai kerana beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan.

16

Mengggunakan burung merpati sebagai agen adalah idea yang diketengahkan


oleh Baybars. Tujuannya ialah supaya masa penyampaian maklumat dapat disingkatkan.
Selain itu, dua buah stesyen utama di bina bagi memudahkan dan melicinkan perjalanan
penyampaian maklumat. Kedua-dua stesyen ini terdapat di al-Bira dan al-Rahba.

4.7 Membuat perjanjian

Baybars juga mencari jalan damai dengan pihak tentera Monggol melalui perjanjian
supaya tidak ada campur tangan Monggol ketika mereka menghadapi tentera Salib. Oleh
yang demekian, sekiatr tahun 659H/1260 an, Baybars cuba mencari jalan untuk
melemahkan kekuasaan Monggol. Pada ketika itu terdapat dua kuasa besar Monggol iaitu
Golden Horde dan Ilkhan. Golden Horde ketika itu diperiintah oleh Berke manakala
Ilkhan pula oleh Hulagu.

Memandang situasi ini, Baybars cuba untuk mengurangkan ancaman Monggol.


Beliau cuba untuk menjalinkan hubungan baik dengan pihak Monggol. Surat pertama
yang dihantar Baybars kepada Berke ialah pada tahun 1261M. bermula dari tahun inilah
hubungan dua kerajaan besar menjadi bertambah erat dengan masing-masing pihak saling
memberi hadiah. Hubungan baik ini diteruskan Baybars sehingga Golden Horde diganti
oleh anaknya iaitu Mongu Timur.

Melihat dari persiapan ini, dapat dilihat persiapan yang dilakukan beliau
merangkumi segala aspek. Bermula dengan melengkapkan ketenteraan, mengawasi
gerakan tentera Monggol sehinggalah aspek yang tidak kurang pentingnya iaitu sistem
barid. Beliau amat teliti dan berhati-hati dalam kerjanya (Adibahwati 2001: 132).

17

5.0

GERAKAN KETENTERAAN DENGAN PIHAK SALIB

Matlamat ekspedisi ketenteraan Mamluk ini adalah untuk menghalau tentera Salib. Ini
kerana saki baki tentera Salib yang tinggal kebanyakkannya berpusat di Palestin dan utara
Syria.

Setelah mengatur persediaan ketenteraannya dengan lengkap, beliau kemudiannya


melancarkan serangan ke atas tentera Salib. Beliau mula menumpukan perhatian terhadap
perang Salib pada akhir tahun 659H/1262M dan awal tahun 661H/1262M setelah
memastikan angkatan tenteranya bersedia menghadapi tentera Salib.

Serangan yang terhenti disebabkan perjanjian damai disambung semula apabila


Baybars dan angkatan tentera Islam meninggalkan Mesir untuk menghadapi tentera Salib
pada tahun Januaru hingga Februari 1263M,. Walaupun tempoh perjanjian belum tamat,
Baybars mempuyai sebab yang kukuh untuk mengahadapi Salib, antara sebabnya ialah:

a) Tentera Salib menghalang serta merampas barang dagangan para peniaga yang
melalui wilayah utama mereka terutama yang membawa barang mentah. Tindakan
ini dilihat sebagai sabotaj yang dilakukan Salib kepada angkatan tentera Islam
Mamluk.
b) Sikap tentera Salib yang melengah-lengahkan penukaran tawanan perang.
Sebaliknya mereka meminta wilayah Zirin sebagai pertukaran kepada tawanan
Islam tersebut. ini menambahkan lagi kemarahan Baybars yang menganggap
tindakan tentera Salib ini tidak menyenangkannya.
c) Tentera Salib telah membina tembok baru di wilayah Mamluk, iaitu Arsuf dengan
alasan untuk menjaga keselamatan penduduk di sana. Ini menyebabkan kerajaan

18

pimpinannya berasa kurnag senang dengan tindakan tentera Salib ini, yang boleh
menggugat kedudukan mereka.

Pada malam hari sabtu 4 haribulan Jamadil Akhir 661H/15 April 1263M, Baybars
mengetuai angkatan tenterannya dan bertolak ke Akka. Tentera Salib yang mengetahui
ekpedisi tentera Islam ini telah menggali parit di sepanjang luar kota bagi mengelakkan
tentera Islam dari memasuki kota tersebut.
Akan tetapi, semangat tentera Islam yang tinggi telah Berjaya menyeberangi parit
yang digali pihak Salib. Setibanya di kota tersebut, Baybars mengarahkan tenteranya
supaya melakukan pembakaran di sekeliling kota tersebut bagi melemaskan penduduk
dan tentera Salib di dalam kota tersebut. selain itu, pokok-pokok buah di sekitar itu juga
telah ditebang dan di bakar untuk melumpuhkan sumber makanan. Tindakan tentera
Islam ini akhirnnya menyebabkan tentera Salib keluar berdepan dengan tentera Islam.
Bertarung dengan diselubungi asap amat menyukarkan dan ia hampir-hampir
menyebabkan kekalahan tentera Salib.

Keadaan in membuatkan tentera Salib terpaksa berundur dan masuk ke dalam


kota dan menutup kembalipintu kota tersebut. Tentera Islam Mamluk cuba untuk
meneruskan pengepungan sehingga Salib menyerah kalah, malangnya tidak ada sebarang
tanda bahawa tentera Salib akan keluar menyerang mereka. Oleh yang demikian mereka
meneruskan serangan terhadap gereja di luar kota Akka iaitu al-Nazariah, gereja tersebut
dibakar dan dimusnahkan, tetapi Baybars sekali lagi tidak berjaya memaksa tentera Salib
untuk keluar dan menyerang mereka.

Misi ini segala dan menghampakan Baybars dan tentera Islam yang kemudiannya
berundur buat sementara waktu. Peperangan antara Mamluk dan tentera Salib ini

19

berlangsung dalam waktu yang panjang, disini dibahagikan waktu-waktu dan ekspedisiekspedisi serangan tentera Islam Mamluk terhadap tentera Salib:

5.1 Ekspedisi pertama

Ekspedisi ini bermula pada tahun 663H/1264-5M. ia bermula apabila tentera Islam
mengetahui bahawa tentera salib dan mongol telah bersekutu untuk menawan al-Bira.
Tentera Islam Mamluk terus bergegas untuk menghadapi mereka di al-Bira. Setelah
beroleh kejayaan di al-Bira. Baybars dan tentera Islam tidak mahu berpaling lagi dan
terus maju kehadapaj menhadapi tentera salib dan mengusir mereka dari wilayah Islam.
Bermula dari sinilah bermula ekspedisi beliau, dan wilayah pertama yang cuba ditawan
beliau ialah al-Qaisarah.

5.1.1

Penawanan al-Qaisarah

Selepas angkatan tentera Islam berjaya menguasai al-Bira, mereka memulakan jihad kali
ini untuk merampas semula al-Qaisarah dari tangan orang-orang Kristian. Al-Qaisarah
merupakan salah satu kubu terkuat tentera salib dan ia pernah dijadikan pusat pentadbiran
tentera salib sebelum dipindahkan ke Arsuf. Tujuan Baybars dan tentera Islam menyerang
al-Qaisarah adalah untuk menghalang bantuan ketenteraan dari sampai ke Arsuf. Beliau
juga tidak mahu tentera salib memindahkan semula pusat al-Qaisarah setelah Arsuf
ditawan.

Mereka tiba di Uyun al-Asawir pada hari rabu tahin 663H. walaupun baru saja
tiba, beliau tidak membenarkan angkatan tenteranya berehat panjang, malah sebelum
subuh lagi beliau mengarahkan tentera Islam bersiap sedia untuk bertolak ke al-Qaisarah.

20

Dan pada 9 Jamadilawal 663H, tentera Islam telah sampai di kota tersebut. serangan
bertubu-tubu keatas kota al-Qaisarah dimulakan dengan membedil pintu kota dan dinding
kota menggunakan manjanik. Walaupun begitu pintu dinding kota ini susah untuk
dipecahkan.

Kesukaran ini tidak mematahkan semangat umat Islam, malah beliau telaj
mengarahkan gabenor dari wilayahnya supaya menghantar lebh banyak manjanik,
akhirnya usaha ini telah membuahkan hasil pabila dinding berjaya dipecahkan dan pintu
gerbangnya dibakar supaya tentera Islam lebih mudah mara ke dalam kota. Tentera salib
telah menyerah kalah dan ada diantaranya melarikan diri dari kota tersebut. kejayaan ini
diperolehi oleh tentera Islam pada hari jumaat 15 Jamadilawal/5 Mac 1265M.

5.1.2

Penawanan Haifa dan Athlith

Kemenangan di al-Qaisarah telah menaikkan semangat tentera Islam untuk mendapatkan


Arsuf, iaitu pusat pentadbiran tentera salib di Palestin. Bagaimanapun tentera Islam tidak
terus menyerang Arsuf sebaliknya menwan Haifa dan Athlith terlebih dahulu.

Bagi menawan kota Haifa, Baybars telah menghantar amirnya untuk mengetuai
tentera Islam untuk menjatuhkan kota tersebut. walaupun hanya menghantar wakil, Haifa
dapat ditawan hanya dalam masa sehari iaitu pada 26 Jamadilawal. Setibanya tentera
Islam ke kota tersebut, tentera salib kebanyakannya melarikan diri melalui jalan lautt
keran tidak bersedia dengan srangan mengejut tersebut. akan tetapi ramai juga yang
berjaya dibunuh dan ditawan.

21

Seterusnya, tentera Islam telah bergerak ke Arsuf yang terletak di selatan Haifa
dan utara Arsuf, bagi menawan kota ini tentera Islam telah melakukan serangan yang
sama seperti Haifa. Tentera Islam juga berjaya menawan Athlith dalam masa sehari.

5.1.3

Pengepungan Arsuf

Setelah mendapat kejayaan dengan menakluki Athlith dan Haifa, Baybars dan tentera
Islam bergerak ke kota Arsuf. Perjalanan mereka bermula pada 29 Jamadilawal 663H dan
ia dibuat secara rahsia tanpa disedari oleh mana-mana pihak terutamanya tentera salib.
Kota Arsuf ketika itu didiami oleh golongan Hospitalers. Hospitalers merukan kumpulan
yang berfungsi untuk merawat orang-orang Kristian yang sakit ketika menunaikan haji.
Beliau membahagikan angkatan tenteranya kepada 2 kumpulan, dan kumpulan tersebut
diberikan tugas untuk membina dua buah parit yang baru. Parit-parit ini digali jauh dari
kubu tersebut supay panahan dari tentera salib supaya panahan tentera salib tidak
mengenai tentera Islam yang menyusup didalamnya. Pada masa yang sama Baybars
mengirim pesanan kepada Gabenornya di Dimasyq suapay menghantar beberapa majanik
untuk kegunaan mereka.

Tujuan penggalian parit tersebut adalah untuk tujuan keselamatan angkatan


tenteranya. Disini dapat dilihat bahawa Baybars amat mementingkan soal keselamatan
tenteranya. Akhirnya pada hari Isnin 8 Rejab iatu setelah sebulan melakukan kepungan,
dinding kota Arsuf telah pecah dan memberikan pelunag untuk tentera Islam untuk masuk
kedalam kota. Empat hari kemudian iaitu pada hari khamis tentera salib telah menyerah
kalah, dan tentera Islam telah berjaya menguasai sepenuhnya kota Arsuf.

Kejayaan penawanan kota Arsuf ini merupakan penutup kepada ekspedisi tentera
Islam Mamluk yang pertama (Adibahwati 2001: 129).

22

5.2 Ekspedisi kedua.

Selepas setahun merehatkan diri dengan mengedalikan pentadbiran negara, Baybars dan
tentera Islam mengambil keputusan untuk meneruskan semula ekspedisi ketenteraan
keatas tentera salib. Pada 3 Syaban 664H/10 Mei 1266M Baybars mengetuai bala tentera
Islam menuju ke Syiria. Pada kali ini beliau memberikan tumpuan pada kota di sekitar
wilayah Akkad dan kota yang menjadi sasaran beliau ialan Safad.

Tentera Islam dibahagika kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama diketuai


oleh Sayf al-Din al-Qalawun al-Alfi yang telah ditugaskan untuk menyerang wilayah
Tarablas. Mereka menggunakan jalan dipesisiran pantai bagi mengelakkan diketahui oleh
pihak musuh. Di wilayah ini terdapat 3 kota kecil iaitu, Halba, Arqa, dan al-Qulaiat.

Setibanya mereka di Halba, didapati kesemua tentera di kota tersebit telah


melarikan diri yang tinggal hanya orang awam iaitu oran tua, wanita dan kanak-kanak.
Ini menyebabkan kota tersebut dapat ditawan dengan mudah. Mereka seterusnya
meneruskan ekspedisi menawan kota Arqa dan diadapati pihak musuh juga telah
melarikan diri. Qalawun dan tentera Islam menuju ke al-Qulaiat. Seperti dua buah kota
sebelum ini, al-Qulaiat juga dapat ditwan oleh tentera Islam pada 4 Ramadhan.

Baybars kemudiannya mengarahkan beberapa orang amir untuk menyerang


beberapa buah kota di Akka. Antaranya Ala al-Din Bunduqdar dan Iz al-Din Ughan alRukni diarahkan ke Sur. Mereka telah merentasi kawasan bukit yang sukar untuk sampai
ke wilayah ini. Mereka kemudiannya berjaya menawan kota tersebut dalam masa yang
singkat. Amir Badr al-Din al-Baysari dan Badr al-Din Aydamir pula berjaya

23

menjatuhkan kota al-Qarn manakala amir Fakh al-Din al-Himsi pula ditugaskan untuk
menawan Jabal Amilah.

Melihat tidak ada sebarang reaksi positif tentera salib untuk bertindak balas,
Baybars mulai mengarahkan kesemua tentera Islam agar bergerak menuju wilayah Safad.
Baybars sekali lagi mengrahkan gabenor di Dimasyq untuk menghantar beberapa
manjanik ke Safad. Manakala amir Jamal al-Din al-Najibi dan Saif al-Din al-Zaini
ditugaskan mengetuai angkatan pembawa senjata ini ke Safad. Semasa mereka giat
menyerang kubu tentera salib, beberapa wilayah tentera salib telah menghantar utusan
mereka untuk berdamai. Ada dikalangan mereka yang menwarkan bantuan ketenteraan
sekiranya perjanjian ditemeterai. Walaubagaimanapun permintaan mereka ini ditolak oleh
Baybars.

Pada 26 Ramadhan tentera Islam telah menyerang temtera salib iaitu di kota Safad
dengan tanpa henti membedil dindingnya dengan manjanik. Serangan ini tetap diteruskan
walaupun pada 1 Syawal iaitu pada hari raya Eidul Fitri. Dan pada 2 Syawal tentera Islam
terus mara kehadapan sambil memanah kearah kota tersebut dengan menggunakan nafta
atau bahan api. Disini Baybars menawarkan ganjaran yang besar kepada mereka yang
dapat meruntuhkan kota tersebut. Pada 15 Syawal pula, dinding kota tersebut masih lagi
gagala ditembusi dan keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi penat dan tertekan.
Tentera Islam kemudiannya cuba membuat tipu helah diaman beliau menjanjikan
pengampunan kepada tentera salib yang menyerah diri dan serangan akan dihentikan
serta merta.

Akhirya tentera salib sendiri mulai tidak yakin untuk mempertahankan kota
tersebut, lalu menghantar utusan damai kepada Baybars dan tentera Islam pada 18
Syawal/23 Julai. Hasil perundingan tersebut tentera Islam berstuju untuk menghentikan
serangan, membebaskan tentera salin tanpa sebarang syarat dan membenarkan mereka

24

bertolak ke Akka tanpa sebarang gangguan. Namun sebaik sahaja meninggalkan Safad
mereka dikepung dan ditangkap oleh tentera Islam dan dibawa ke sebuah bukit di Safad
lalu dipancung semuanya. Bukit tersebut dipilih kerana bukit itulah menjadi tempat
menyembelih orang-orang Islam ketika tentera salib menduduki Safad.

Pada hari jumaat 18 Syawal/23 Julai tentera Islam telah berjaya mengusai kota
tersebut dan mendirikan solat jumaat pertama disana, ia juga dijadikan salah satu pusat
pentadbiran tentera Islam di Syiria dalam usaha untuk memerangi tentera salib
(Adibahwati 2001: 136).

5.3 Ekspedisi ketiga

Ekspedisi seterusnya dilancarkan pada awal tahun 666H/1268M. tujuan utam serangan
ini dilancarkan adalah untuk memerangi tentera Mongol yang ketika itu dikatakan sedang
mara ke Halab. Baybars dan tentera Islam yang ketika itu berada di Kaherah pada 2
Jamadilakhir 666H telah menuju ke Halab untuk menyeran Mongol, namun berita
tersebut tidak benar. Baybars seterusnya mengubah haluan dengan menyerang tentera
salib.

5.3.1

Serangan keatas Yaffa

Yaffa ialah kubu pertahana tentera salib yang terletak persisiran pantai. Tujuan beliau
menyerang kubu pertahanan ini adalah kerana:

25

i) Bybars sememangnya telah merancang untuk memerangi kota ini sejak berada di
Safad lagi.
ii) Yaffa merupakan pembekal utama keperluan asas kepada tentera salib di Akka.
iii) Penduduk Kristian disana telah membina sebuah tempat menjual arak dan
kemudiannya memaksa wanita Islam supaya bekerja disitu.

Pada 20 Jamadilakhir 666H/8 Mac 1268M, tentera Islam tiba di Yaffa lalu
membuat pengepungan keatas kota tersebut secar senyap tanpa disedari oleh penduduk
tersebut. menyedari kehadiran tentera Islam, Castellan of Jaffa memohon perdamaian
daripada tentera Islam, dan kemudiannya mereka (Kristian) dibenarkan meninggalkan
Yaffa dengan aman dengan syarat Yaffa diserahkan kepada tentera Islam.

5.3.2

Penawanan Syaqif Arnun

Syaqif Arnun merupakan kota yang penting kerana al-Subaiba berda dibwah naungannya.
Melalui al-Subauba tentera salib dapat berhubung dengan kubu mereka di sebelah utara
iaitu Sidon dan juga Akka di bahagian selatan kerana kedudukannya yang terletak
ditengah-tengah jalan perhubungan. Akan tetapi al-Subaiba merupak wilayah yang
diduduki oleh oran-orang Islam yang terpaksa tunduk kepada pentadbiran tentera salib di
Syaqif Arnun.

Pada 19 Rejab/4 April tentera Islam bertolak ke Syaqif Arnun dan memulakan
pengepungan keatasnya. Mereka membawa bersama dua buah manjanik dan melakukan
serangan bertubi-tubi. Tentera Islam melakukan serangan tanpa henti dan ini membuatkan
temtera salib tidak dapat bertahan lagi. Serangan tentera Islam bertambah kuat dengan

26

kedatangan beberapa buah lagi manjanik telah sampai dan menjadikannya sebanyak 26
buah daripada 15 April tentera salib akhirnya telah menyerah kalah.

5.3.3

Penawanan Antakiah

Baybars seterusnya meneruskan perjalanan ke Antakiah. Antakiah merupakan batu


loncatan bagi tentera Islam untuk meneruskan serangan bagi menawan Tarablas. Tarablas
adlah kubu terkuat tentera salib dikawasan tengah Syiria. Namun, tentera Islam tidak
terus menyerang sebaliknya cuba menawan Antakiah terlebih dahulu iaitu kota yang
kedua terkuat.

Tentera Islam dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pada 1 Ramadhan 666H/12 Mei
1268M telah tiba di kota Antakiah dan mengepungnya. Sebelum kedatang tentera Islam,
kumpulan perisikan Islam telah terlebih dahulu bertembung dengan tentera salib di
Antakiah. Kumpulan perisikan ini diketuai oleh Syam al-Din Aqsunqur telah bertembung
dengan pasukan salib yang dituai oleh Simon Mansel. Kumpulan yang diketuai oleh
Syams al-Din telah berjaya mengalahkan tentera salib ini. Pada 4 Ramadhan tentera
Islam telah mara ke kota tersebut dan memulakan bedilan ke atas dindingnya bertubitubi. Mereka juga menggunakan bukit Silpius untuk memanjat benteng pertahanan musuh
untuk masuk kedalam kota musuh. Akhirya pintu kota berjaya dibuka dan tentera Islam
berjaya menguasai Antakiah dan membunuh tentera salib yang melakukan penentangan.
Melihat keadaan ini, seramai lebih kurang 8000 orang kristian termasuk askar, wanita,
dan kanak-kanak telah bersembunyi di sebuah bangunan. Akibat kesesakan, dan
kekurangan makanan dan minuman mereka mengambil keputusan untuk menyerah kalah.

Baybars menghentikan seketika ekspedisinya dan kembali ke Kaherah untuk


menguruskan pentadbiarannya. Namun, tentera salib telah menimbulkan masalah yang

27

memaksa Baybars untuk kembali ke Syria dengan beberapa orang amir yang penting.
Tentera salib telah melanggar perjanjian damai yang mereka tandatangani semasa tentera
Islam berjaya menawan Sur dahulu. Dan pada 20 Ramadhan, Baybars telah
membahagikan sekumpulan kecil tentera Islam kepada dua dimana salah satunya diketuai
beliau sendiri dan satu lagi diketuai oleh Jamal al-Din al-Muhammadi untuk menyerang
Sur dari dua arah yang berbeza.

Sementara itu juga, Baybars juga menerima berita perjalanan segerombolan


tentera Salib yang diketuai oleh Raja Perancis, Louis bersama-sama beberapa orang Raja
dari negara Barat yang dipercayai sedang menuju ke arah Timur. Mereka dijangkakan
akan menyerang Mesir. Tanpa berlengah lagi tentera Islam terus kembali ke Mesir untuk
membuat persiapan manghadapi peperangan. Turut bersama dalam angkatan tentera Salib
ialah Charles of Anjou iaitu saudara kepada King Louis yang mempunyai hubungan yang
baik dengan Baybars. Oleh yang demikian, beliau telah mengalihkan perhatian supaya
menyerang Tunisia yang ketika itu dikuasai oleh orang Islam Barbar.

King Louis akhirnya bersetuju dan pada 20 Muharam, mereka telah menyerang
Tunisia. Baybars telah mnegetahui tentang berita tersebut. lalu Baybars menghantar
pasukan bantuan ketenteraan ke Tunisia serta menghantar pesanan kepada kumpulan
Arab Badwi di sebelah Barat Barqa untuk membantu Tunisia menghadapi tentera Salib.
Dalam perjalanan menuju ke Tunisia, King Louis telah meninggal dunia. Keadaan ini
membuatkan semangat tentera Salibsemakin lemah dan akhirnya mereka terpaksa
menandatangani perjanjian damai dengan Tunisia serta berundur pada 5 Safar/23
September (Adibahwati 2001: 142).

5.4 Ekspedisi keempat

28

Setelah peperangan Salib yang cuba dicetuskan gagal, Baybars kembali untuk
menyambung ekspedisinya yeng terhenti seketika. Pada kali ini Baybars dan tentera
Islam tidak menghadapi banyak masalah untuk mengalahkan tentera Salib di setiap kota
yang diserang.

5.4.1

Serangan ke atas Tarabalas dan penawanan Safitha.

Pada 10 Jamadil Akhir 669H/24 Januari 1271M, Baybars meneruskan kempennya di


Syria dan menjadikan Hisn al-Atrad sebagai tumpuan serangannya. Sebelum tiba ke Hisn
al-Atrad, tentera Islam menyerang Tarabalas terlebih dahulu. Serangan ini bertujuan
untuk melemahkan kota Tarabalas dan memberi amaran kepada Tarabalas supay tidak
membantu Hisn al-Atrad ketika ia diserang oleh tentera Islam.

Seterusnya mereka terus ke Safitha untuk menyerangnya, tetapi penduduk disana


meminta perdamaian dari tentera Islam. Akan tetapi mereka telah mengkhianatinya.
Batbars dan tentera Islam seterusnya meneruskan serangan keatas penduduk Safitha.
Sebelum sempat melancarkan peperangan, komander dari Antartus menghantar pesanan
bahawa beliau akan menjadi orang tengah bagi memujuk Safitha. Cadangan ini
kemudiannya dipersetujui dan seramai 700 penduduk Kristian termasuk wanita dan
kanak-kanak menyerah kalah.

5.4.2

Kejatuhan Hisn al-Akrad

Pada 9 Rejab 669H tentera Islam telah tiba di Hisn al-Akrad. Tentera Baybars
kemudiannya meminta bantuan dari tentera Islam lain untuk menakluki Hisn al-Akrad.
Gabenor Hama dan gabenor Sahyun iaitu Saif al-Din datang untuk memberikan bantuan,

29

mereka bersama-sama tentera Islam yang lain telah memulakan serangan pada 7
Syaban/21

Mac.

Dengan

memggunakan

beberapa

manjanik

mereka

berjaya

memecahkan benteng pertahanan Hisn al-Akrad dan pada 16 Syaban mereka berjaya
memusnahkan salah satu menara di kota tersebut.

Melihat kepada serangan tentera Islam yang tidak putus-putus ini, tentera salib
keluar dari kota mereka dan menyerah kalah. Mereka meminta supaya dibenarkan mereka
keluar dari kota tersebut dengan selamat.

5.4.3

Penaklukan Hisn Akkar

Pada rabu 17 Ramadhan tentera Islam telah bergeraka menuju Hisn Akkar. Tentera
Islam berusaha untuk membawa menjanik keatas bukit kerana kedudukan kota Hisn
Akkar yang berada di atas bukit. Tentera Islam juga menggali parit bertujuan untuk
perlindungan. Dan pada 20 Ramadhan/2 Mei tentera Islam telah melancarkan serangan
keatas kota Hisn Akkar dengan bertubi-tubi. Keadaan ini telah menyebabkan
pendududka kota itu menyerah menyerah kalah dan tentera Islam berjaya mengalahkan
mereka serta menyambut aidil fitri disana.

5.4.4

Pengepungan al-Qurain

Selepas mengalahkan kota Hisn Akkar, mereka melanjutkan serangan keatas kubu alQurain. Kubu ini merupakan kubu terakhir dalam siri ekspedisi yang keempat ini. Antara
sebab yang menyebabkan tentera Islam ingin menkluki al-Qurain adalah:

30

i) Kubu ini adalah antara kubu yang terkuat yang memberi ancaman kepada kota
Safad yang terletak berhampiran dengannya.
ii) Baybars dan tentera Islam sememangnya ingin menwan al-Qurain sejak berda di
Safad lagi, tetapi terpaksa kembali ke Kaherah kerana adanya masalah
pentadbiran disana.

Sebelum bertolak ke al-Qurain tentera Islam singgah dahulu ke Safad untuk


mengambil beberapa manjnaik. Setibanya di al-Qurain tentera Islam mendapat tahu
bahawa ada sekumpulan askar dari Akka datang untuk membantu tentera salib al-Qurain.
Kemudiannya Baybars mengarahkan tenteranya memulakan serangan dan pada 1
Zulkaedah/11 Jun mereka berjaya meruntuhkan kota pertahanan al-Qurain. Seterusnya
tentera salib al-Qurain meminta perdamaian dari tentera Islam dan keluar dari kota
tersebut tanpa membawa senjata dan wang. Setelah itu, tentera Islam memeusnahkan kota
tersebut, kerja-kerja pemusnahan tamat pada 24 Zulkaedah.

5.5 Perang salib Putera Edward.

Pada 27 Muharram 670H, tentera Islam terpaksa kembali ke Syiria, ini kerana tentera
salib dari Akka mengambil kesempatan untuk menyerang wilayah Islam iaitu al-Saghur
dan al-Bana. Mereka juga merampas tanaman ruji dan membakar hasil tanaman
penduduk Islam. Tentera salib yang diketuai oleh Putera Edward meminta bantuan dari
Abagha yang ketika itu mendapat tentangan dari tentera Mongol lain iaitu Ilkhan. Dan
pada 15 Rabiulawal tentera Mongol telah menyerang wilayah Islam sehinggalah ke
Harim. Tentera Mongol seterusnya menhadapi kekalahan yang teruk dan memaksa
mereka berudur. Melihat kepada situasi ini, Putera Edward mengambil kesempatan untuk
Palestin.

31

Berita tentang penyerangan kota Qaqun mnyebabkan Baybars dan tentera Islam
tidak bertangguh lagi, Baybars mengarahkan tenteranya di Ayn Jalut supaya memebri
bantuan kepada tentera Islam disana. Tentera Islam diketuai oleh Jamal al-Din Aqush alShamsi. Bantuan ini akhirnya memberi kejayaan kepada Islam, dan pihak tentera salib
menerima kekalahan yang teruk.

Tentera Islam tanpa berlengah lagi menneruskan misi mereka kesatu lagi kubu
kepunyaan tentera salib iaitu al-Qusair.

5.5.1 Penaklukan al-Qusair

Antara sebab yang menjadi alasan utama penyerangan kota al-Qusair adalah:

i)

Kota ini memberi ancaman kepada salah satu wilayah Islam iaitu al-Faua.

ii)

Al-Qusair juga sering menipu dalam pembahagian hasil pendapatan kota alQusair yang mana hasil tersebut sepatutnya dikongsi bersama seperti mana
yang telah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

iii)

Baybars juga tidak berpuas hati dengan sikap tentera salib yang tidak
mengendahkan amarannya supaya tidak menjual arak.

Bagi mendapatkan al-Qusair, Baybars terpaksa membuat tipu helah beliau telah
manghantar utusannya Saif al-Din untuk bertemu dengan Guillaume iaitu timbalan
pemerintahan al-Qusair. Antara tuhuan pertemuan tersebut adalah untuk menjalinkan
persahabatan akan tetapi Siaf al-Din menggunakan kebijaksanaannya untuk membawa
keluar Guillaume. Ketiadaan Guillaume di al-Qusar menjadikan peluang kepada tentera

32

Islam untuk menakluki al-Qusair. Tentera Islam telah membuat pengepungan dalam masa
yang lama. Akibat kekurangan makanan dari pihak tentera salib akhirnya mereka
menyerah kalah kepada tentera Islam. Peristiwa kemenangan Islam ini berlaku pada 23
Jamadilawal 674 H/ 14 November 1275 M (Adibahwati 2001: 148).

6.0

PERJANJIAN DAMAI ANTARA PIHAK ISLAM DENGAN TENTERA SALIB.

Selain dari peperangan, hubungan antara tentera Islam dan tentera salib juga dari segi
perjanjian damai. Terdapat beberapa perjanjian damai antara tentera Islam dan tentera
salib, antaranya:

6.1 Perjanjian damai

Baybars dengan kumpulan Hospitalers dari al-Marqab

(665H/1267M)
Perdamaian ini adalah dari permintaan Hospitalers sendiri. Ia ditandantangani
pada 10 Ramadhan 665 H dan berlanggsung selama 10 tahun, 10 bulan, 10 hari dan 10
saat. Antara isi perjanjian tersebut adalah:

a) Seluruh wilayah Hisn al-Akrad dan al-Marqab akan dibahagi dua bahagian
mengikut had-had yang ditetapkan
b) Hasil tangkapan nelayan hendaklah dibahagi dua kepada tentera Islam dan tentera
salib. Kawasan perairan juga dibahagi dua mengikut kedudukan wilayah masingmasing.
c) 50 dinar dari hasil cukai kedua-dua wilayah hendaklah diberikan kepada pihak
Hospitalers setiap tahun. Manakala Baybars boleh meminta seberapa jumlah yang
beliau inginkan.

33

d) Sekiranya terdapat masalah dari segi undang-undang, hendaklah dirujuk kepada


wakil yang dilantik oleh Baybars dan wakil dari tentera salib.

6.2 Perjanjian damai bersama pemimpin Templars di Antartus dan Hospitalers di alMarqab.

Pada tahun 669H Baybars memimpin pasukan Islam ke Hisn al-Akarad dan berjaya
menawannya. Ini bermakna perjajian yang dilaakukan sebelum ini (665H). Melihat
kejayaan ini pihak Hospaitalers dan Templars segera menawarkan perjanijian damai.
Dalam perjanjian ini pihak tentera Islam mendesak tentera salib supaya menyerahkan
wilayah Islam yang mereka rampas ketika pemerintahan al-Malik Nasir kepada Islam.

6.3 Perjanjian dengan Bohemond IV.

Baybars sentiasa menginginkan wilayah Tarabalas, ini membuatkan Baybars dan tentera
Islam mempunyai permusuhan yang ketat dengan pemerintah Tarabalas iaitu Bohemond
IV. Oleh sebab itu, tentera Islam sentiasa mencari peluang untuk menakluki wilayah
Bohemond IV. Pada 4 Syawal Baybars dan tentera Islam bersiap sedia untuk menyerang
Tarabalas. Mengetahui tentang kehadiran tentera Islam ini, Bohemond IV terlebih dahulu
memohon perjanjian damai. Beliau sanggup membebaskan kesemua tentera Islam yang
telah ditawan dan memberikan wang tebusan sebanyak 3 ribu dinar.

6.4 Perjanjian damai dengan pemerintah al-Sur.

34

John Montfort iaitu pemerintah al-Sur telah menghantar utusan bagi tujuan perdamaian
kepada pihak tentera Islam. Antara isi perjanjiannya ialah, tentera salib dikekalkan
haknya terhadap sebuah sahaja dari 10 buah, 5 buah lagi disahkan kepunyaannya kepada
pihak tentera Islam, manakala selebihnya dikongsi bersama.

6.5 Perjanjian damai Akka 670H/1272M.

Pihak tentera Islam telah menghantar utusan ke Akka dan mencadangkan supaya mereka
menandatangani perjanjian damai. Perjanjian ini dipersetujui dan pihak Akka meminta
wilayah Shafaram, Kabul dan Iskandaruna. Perjanjian ini dicapai pada 12 Ramadhan
670H/ 21 April 1272M. Perjanjian ini juga berlangsung selama 10 tahun 10 bulan 10 hari
dan 10 jam.

Dengan menunjukkan beberapa perjanjian ini dapat dilihat bahawa hubungan


pihak tentera Islam dengan tentera salib bukan sahaja bersandarkan pada peperangan
malah juga melalui perjanjian. Juga dilhat dalam perjanjian ini, pihak tentera salib
terlebih dahulu meminta perdamaian. Ini kerana banyak dari wilayah mereka yang telah
jatuh ke tangan Islam dan menyebabkan pihak tentera salib semakin lemah.

Bagi pihak Baybars dan tentera Islam, mereka harus berhati-hati walaupun
kebanyakan dari isi perjanjian ini lebih memihak kepada mereka. Walaupun kebanyakan
wilayah milik mereka, namun pihak tentera Islam tetap berwaspada dari serangan salib
dengan mengukuhkan ketenteraan mereka. Selain itu, mereka juga sentiasa bersedia
menghadapi kemaraaan Mongol yang juga merupakan ancaman kepada Islam
(Adibahwati 2001: 152).

35

7.0

PENUTUP.

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kerajaan Mamluk juga memainkan peranan yang
penting dalam siri-siri peperangan menentang tentera salib. Ini bermula dalam
kepimpinan Sultan Zahir Baybars al-Bunduqdari yang meminpin tentera Islam merampas
kembali tanah jajahan yang dirampas oleh pihak salib. Dengan kelebihan dari segi
kepimpinannya, Baybars telah membawa banyak kejayaan kepada dinasti Mamluk
khususnya dan umat Islam umumnya. Persediaan dari segi kelengkapan ketenteraan,
kekuatan serangan dengan menggunakan beberapan peralatan seperti manjanik, dan
kumpulan perisikan rahsia membuatkan Islam dengan mudahnya mengalahkan tentera
salib. Selain itu, ketinggian semangat jihad dikalangan tentera Islam juga membuatkan
tentera Islam bersedia melawan musuh walau bagaimanapun cabaran dan rintangan yang
mereka lalui. Contohnya ketika tentera Islam dalam perjalanan menakluki Hisn Akkar.
Walaupun di dalam bulan puasa iaitu pada 17 Ramadhan, tentera Islam tetap meneruskan
ekspedisi penaklukannya ke atas kota Hisn Akkar. Untuk menawan kota ini, tentera
Islam perlu membawa naik manjanik ke atas bukit, ini kerana kota ini terletak di atas
bukit. Akhirnya dengan semangat yang tinggi, walau dalam kepayahan, kota ini berjaya
ditawan pada 20 Ramadhan. Selain itu, hubungan dinasti Mamluk dengan tentera salib
juga dapat dilihat melalui perjanjian damai antara kedua belah pihak. Perjanjian ini
terjadi kebanyakkannya adalah dari permintaan kaum salib yang merasakan kedudukan
mereka tergugat. Isi perjanjian juga banyak membawa kelebihan kepada Islam. ini
semuanya menunjukkan bahawa dinasti Mamluk telah menjadi kuasa yang digeruni
pihak salib ketika dulu.

8.0

RUJUKAN

36

Abd. Rauh Yaakob & Ismail Bakar. 1999. Sejarah dan tamadun Islam. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adibahwati Bt. Hj. Mohamad Sidek. 2001. Hubungan sultan al-Zahir Baybars dengan
tentera salib. Tesis Ijazah Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Badrulmunir B. Muhamad Nur. 1995. Sastera Arab di zaman perang salib. Tesis Ijazah
Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad al-'Arusiy al-Matwiy. 1998. Perang salib di alam Islami. Terj. Ahmad Asri
Lubis. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Samsu Adabi Mamat. t.th. Sejarah dan tamadun Islam : zaman Umawi dan 'Abasi.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

9.0

LAMPIRAN

37

MASJID BAYBARS

38

Portal of the Khanqah of Sultan Baybars

Qibla Iwan of the Khanqah of Sultan Baybars.

39

Side facade of the Khanqah of Sultan Baybars

Anda mungkin juga menyukai