Anda di halaman 1dari 5

Jelaskan peranan golongan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w.

PENDAHULUAN:

Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang
Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana
penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang
Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.

ISI:

1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan di Makkah :

a. Menerima dan mempertahankan agama Islam

Ø Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan
mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad
melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan
bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

Ø Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali
bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan
lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit.
Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara
terbuka. Mereka semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan
sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para
pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan

Ø Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat
daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental.

Ø Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan pembunuhan.
Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan Islam terus
berkembang. Contohnya keluarga Ammar b Yassir yang mati dibunuh dan penyiksaan teruk
ke atas Bilal bin Rabah.

c. Sanggup berkorban nyawa dan harta

Ø Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti
sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang
mereka banyak lakukan ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh
tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal
bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.
Ø Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah
Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat
di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara
yang lebih berkesan.

Ø Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-
apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang telah tidur ditempat tidur
Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi
Muhammad sewaktu Hijrah..

d. Menjalankan usaha dakwah

Ø Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan


terbuka sepanjang zaman Makkiah.

Ø Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain
ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya
mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam,
Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

Ø Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-
benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha
umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin
Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah

Ø Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata
mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar ke atas
nilai keimanan umat Islam di Makkah.

Ø Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan sebagainya demi
cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah
bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.

Ø Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan
Quraisy berhijrah ke Madinah.

Peranan di Madinah

a. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.

Ø Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam
Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya selepas peristiwa Aqabah
1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk
membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah
mencapai kejayaan yang besar.

Ø Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di


Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan
dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan
Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang
tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.

b. Mengukuhkan ketenteraan Islam

Ø Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada
tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam
menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b
Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.

KESIMPULAN

Golongan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan


dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Jelaskan peranan golongan Ansar dan dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.

PENDAHULUAN

Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang
telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian
Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya
menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping mempelawa
Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah
pemimpin mereka.

Peranan di Makkah

a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w

Ø Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan menerima


Islam dalam keadaan di mana orang-orang Makkah menentangnya dengan hebat.

Ø Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan
Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.

Ø Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak.


Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat
bersejarah.

Ø Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para
sahabatnya telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan Ansar.

Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam

Ø Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di


Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11,
12 dan 13 Kerasulan.

Ø Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat
Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di
Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan
berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

Ø Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

b. Membantu golongan Muhajirin


Ø Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah
dari Makkah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.

Ø Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat


tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan
isterinya untuk golongan Muhajirin ini.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran

Ø Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran
dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa menghadapi
peperangan .

Ø Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka dalam menghadapi
serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.

KESIMPULAN

Golongan Ansar mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan
mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai