Anda di halaman 1dari 3

JELASKAN

PERANAN GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR DALAM MENGUKUHKAN


KERAJAAN ISLAM MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

PENDAHULUAN

1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan
iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar.
2. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk
mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
3. Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam dan
mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah
4. Manakala golongan Ansar atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj.
5. Golongan Muhajirin dan Ansar sememangnya berperanan penting ketika di Makkah dan
Madinah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW.

PERANAN MUHAJIRIN DI MADINAH

MEMBANTU RASULULLAH DALAM KEAGAMAAN DAN PENTADBIRAN


1. Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama Islam dalam
aspek keagamaan dan pemerintahan.
2. Contohnya, selepas peristiwa Aqabah 1 (622M), Mus’ab bin Umair telah diutus sebagai
pendakwah bagi membantu penduduk Madinah mendalami ajaran Islam.
3. Mereka bersama Nabi Muhammad S.A.W. menjalankan dakwah secara terbuka di Madinah.
4. Hasilnya umat Islam berjaya membina Masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan dapat
melakukan ibadat secara terbuka.
5. Tegasnya, peranan golongan Muhajirin semasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah
dapat membantu penduduk Madinah mendalami ajaran Islam.

BERKORBAN HARTA UNTUK AGAMA


1. Demi mengembangkan agama Islam, golongan Muhajirin juga telah mengorbankan nyawa
dan harta demi agama.
2. Sebagai contoh, Uthman bin Affan telah berkorban dengan menyumbangkan 100 ekor unta
dan 1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu tentera islam.
3. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut seterusnya syiar Islam
dapat dikembangkan

MENGUKUHKAN KETENTERAAN ISLAM


1. Setelah berhijrah ke Madinah, golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar
daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang.
2. Kekuatan dan semangat mereka menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi
serangan musuh.
3. Golongan Muhajirin juga merupakan tunggak ketenteraan dalam menghadapi musuh dan
mengembangkan agama.
4. Contohnya, Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Mutalib, dan Ali bin Abi Talib merupakan
pejuang Islam terkemuka dalam mengembangkan agama Islam.

MENJADI UTUSAN DAKWAH KE LUAR NEGARA
1. Dalam mengembangkan agama Islam di Tanah Arab, Rasulullah telah bertindak menghantar
golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab.
2. Contohnya, Amru bin Umayyah diutuskan ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi.
3. Usaha ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam
mengembangkan agama Islam.

PERANAN GOLONGAN ANSAR DI MADINAH

MEMBANTU MENYEBARKAN AGAMA ISLAM


1. Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah.
2. Mereka terdiri daripada golongan Aus dan Khazraj.
3. Mereka bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah.
4. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13
kerasulan.
5. Nabi Muhammad saw telah melantik 12 Naqib (9 orang Khazraj dan 3 orang Aus) untuk
membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan
lebih meluas di Madinah.
6. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita
tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.
7. Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

MENYUMBANG HARTA BENDA DAN BUAH FIKIRAN
1. Golongan Ansar di Madinah juga telah menyumbang harta benda dan buah fikiran.
2. Sebagai penduduk tempatan, mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran
dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai perjuangan
jihad.
3. Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah
dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.
4. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi.
5. Antaranya seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk
berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.
6. Mereka turut menyumbangkan buah fikiran dalam menghadapi serangan musuh Islam.
7. Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak.
8. Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam menghadapi serangan
musuh Islam dalam Perang Badar, Uhud dan Khandak.
9. Tegasnya, mereka telah memainkan peranan penting dalam merperjuangkan dan
membangunkan negara Islam Madinah.


KESIMPULAN
1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin memberi sumbangan yang tersendiri dalam
membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan
kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.
3. Golongan Muhajirin terus memainkan peranan penting selepas bergandingan dengan
golongan Ansar bagi memastikan kejayaan perjuangan Rasulullah di Makkah dan Madinah.
4. Walau bagaimanapun, selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan Muhajirin lebih
terserlah apabila daripada kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin
umat dan negara Islam Madinah.

Anda mungkin juga menyukai