Anda di halaman 1dari 5

TEMA

3:

NASIONALISME

DAN

PEMBENTUKAN

NEGARA

BANGSA

[ KEMERDEKAAN]
Soalan 8
Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan
Malaysia pada tahun 1963? Bincangkan.
Pengenalan
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh
Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887
yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun
1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara
mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk Persekutuan
semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan
penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955.
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul
Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei
1961.Tunku Abdul Rahman mencadangkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei dicantumkan menjadi Persekutauan yang dinamai
Malaysia. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana salah
satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman
pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang
membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi
Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia
1.
A.

Mengekang pengaruh komunis


Perkembangan politik di Singapura.
Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah

yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura


pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolahsekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap
masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu.
Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku
bimbang

sekiranya

pengaruh

komunis

di

Singapura

tidak

dibendung

kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.


Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa
kepada penubuhan Parti Sosialis

yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP

akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti


Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini
menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan
menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri
semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kemungkinan

fahaman

komunis

akan

merebak

ke

Tanah

Melayu.

Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja


membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika
Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang
dikemukakan oleh Tunku.

Perkembangan politik di Sarawak.


Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman
pendudukan Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik
Cina Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan
setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah
pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA).
Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan
pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar
telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan
oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam
pendidikan Cina.
Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi
pisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah
mendorong kepada pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British
bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia
(PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam
kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin
memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.
2.

Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan


Sabah, Sarawak dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut
berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negerinegeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu
semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negerinegeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan
British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan

secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri


tersebut belum bersedia dari segi politik dan pentadbiran.
Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif
yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang
Sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri
itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya.
Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan
1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan
Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis
Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.
Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi
wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku
berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis
akan

dapat

digagalkan

dan

kemerdekaan

negeri-negeri

Borneo

dapat

dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan


dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.
3.

Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan


keseimbangan

komposisi

kaum.

Tunku

Abdul

Rahman

sedar

bahawa

kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi


pecahan kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura
adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan
selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang
Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang
kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul

Rahman berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke


dalam penubuhan Malaysia.
4.

Kerjasama Ekonomi antara wilayah


Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu,

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah
melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang
sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat
dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,
penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan
kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat
perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan
Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan
kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat
membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Namun begitu

pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia


Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya
telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

Anda mungkin juga menyukai