Anda di halaman 1dari 3

Alat-alat muzik di dalam Islam

Saya ingin bertanya tentang alat-alat muzik yang tidak dibenarkan dan yang
dibenarkan dalam Islam untuk dimainkan. Bolehkah para netters berikan detail
tentangnya?
Jawab:
Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru untuk abad ini ialah
al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, al
Fatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas
empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa
makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik
atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri
yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan
fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula
tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin,
Jilid 2, halaman 208.)
Kedua: Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar
kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan
dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara
berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqahak terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai konteks yang
sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji, perkahwinan, perayaan hariraya.
Mengikut fuqahak Hanafi, muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia
bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, kefasikan, perzinaan dan
keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan
kepada konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap
muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu
perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah
al Araf: 32-33. Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan daripada Allah yang
telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik?..... hingga
akhir.
Kesimpulannnya: secara amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya
adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap
muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam al-Ghazali
(Ihya Ulumidin, jilid 2, halaman 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting

yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa ke semasa:
zaman, tempat dan ikhwan. 'Zaman' merujuk kepada masa, apakah muzik itu
melalaikan daripada jihad dan ibadah. 'Tempat' merujuk kepada suasana, situasi,
occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. 'Ikhwan': merujuk kepada
aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada
manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al-Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap
zaman menghukum muzik: zaman, tempat dan ikhwan.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak
dibenarkan dalam Islam?
Al-Ghazali menjelaskan (Ihya Ulumiddin, jiiid 2, halaman 271-272): tidak ada
keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat
muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti
kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan
kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.
Menurut Prof Lamya al Faruqui, hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri
alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu
Zaid al Qairawan, Bakhurah al-Sa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh
dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang
didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala
menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat
muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi
undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:
Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan
maksiat
Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan
haram. Ia bergantung kepada zaman, tempat dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang
baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan
dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut
keadaan umat dan ulamak semasa.
Sekian

Assalamualaikum..
Saya merasakan jawapan yang diberikan adalah jelas berdasarkan kepada konsep
penghayatan muzik. Bagaimana pula berkenaan dengan penggunaan JENIS-JENIS
ALAT MUZIK yang DIHARAM atau DIHARUSKAN oleh Islam? Ini kerana ada

setengah pendapat mengatakan alat muzik yang bertali dan bertiup adalah haram
manakala alat muzik yang diketuk seumpama gendang dan sebagainya... adalah harus.
Bagaimana pula dengan bunyian muzik yang menyerupai alat yang bertali dan
bertiup, tetapi ia dihasilkan bunyian itu daripada 'elektrik' seperti KEYBOARD atau
ORGAN?... Adakah ia haram atau harus?..
Jawab:
Daripada Fatwa Syaltut dan Ihya al-Ghazali sudah dijelaskan dengan jelas bahawa
muzik dan alat muzik itu semuanya harus. Ia terikat dengan tempat, zaman dan
ikhwan atau dengan kata lain untuk apa muzik dan peralatannya disalurkan?
Banyak orang menyalahkan TV. Ada yang menyatakan ia haram. TV itu hanyalah alat.
Jika ia menyalurkan Forum Perdana, maka ia sangat baik. Jika ia menyalurkan Filem
SX, yang salah bukan TV itu, tapi programnya.
Telefon. Jika telefon itu digunakan untuk komunikasi, maka baiklah penggunaannya.
Tapi jika ia diguna untuk menyalurkan talian 1-600 atau di USA 1-900, maka Telefon
itu sudah disalahgunakan.
Radio. Jika yang disiarkan rancangan berita, nasyid, ceramah agama dan hiburan
ringan, maka penggunaannya menepati kehendak Islam. tapi kalau yang disiarkan
sepanjang hari muzik lagha, yang salah bukan radio, tapi orang yang telah
menyalahgunakannya.
Computer, kereta, rumah, kedai, office, semua adalah alat, atau means sahaja.
Peralatan muzik, jika berada di tangan Raihan dan jika berada di tangan band Heavy
Metal yang berlambang Tengkorak sudah tentulah berbedza. Alat muzik di tangan
Raihan untuk membesarkan kebenaran dan keindahan; manakala Heavy Metal
menggunakan alat muzik itu bunyi-bunyian yang memecahkan anak telinga dan
memuja Iblis dan ghairah nafsu. Kenapa kita mempersalahkan muzik dan peralatan
muzik. Salahkanlah manusia.
Rumusan:
TV, Radio, Computer, Telefon, alat muzik, kesemuanya adalah alat, tools,
instruments, means, media. Baik buruknya bergantung kpd manusia sendiri.
Manusialah yang boleh merubahnya menjadi harus, makruh dan haram.
Inilah penafsiran saya terhadap fatwa-fatwa Syaltut, al Ghazali dan al Qardhawi.
Mungkin saya silap.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai