Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR


GEMILANG 2020
PERINGKAT IPGM

TEMA: MALAYSIA PRIHATIN

BIL ATURCARA SKRIP


1. KETIBAAN Pengumuman 1
TETAMU Assalammualaikum w.b dan salam sejahtera.
Para hadirin diminta untuk mengambil tempat
masing-masing. Tuan-tuan dimohon untuk berada di
ruang parkir kenderaan berhadapan dengan
bangunan ini. Tuan-tuan akan dibantu oleh para
petugas yang akan menunjuk arah tempat untuk
tuan-tuan perlu berada bagi menjayakan acara kita
pada hari ini.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Tuan-tuan


dimohon untuk bersabar. Kita akan berpanas
seketika. Semoga keadaan ini lebih menggelorakan
dan menyemarakkan lagi rasa semangat
kebangsaan dan kemerdekaan kepada tanah air
yang kita cintai ini.

Tuan-tuan diminta untuk patuhi SOP. Perlu ada


penjarakan fizikal antara satu sama lain. Semua
diminta memakai pelitup muka. Kita harap cuaca
petang ini baik dan redup untuk majlis kita berjalan
dengan lancar.

Pengumuman 2
Sementara menanti ketibaan Rektor dan tetamu,
saya ingin berkongsi beberapa informasi. Tema
sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’.
Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa
negara yang memerangi Pandemik Covid-19

2. KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,


REKTOR
Yang Berusaha, Dr Rusmini Ku Ahmad, Rektor
Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Diiringi oleh
Dr. Jamiah binti Mohammad, Timbalan Rektor
Kanan IPGM
Timbalan-Timbalan Rektor
Pendaftar
Pengarah IPG Kampus dan
Ketua-Ketua Penolong Pengarah Kanan IPGM

3. UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim….
ALUAN
PENGACARA Yang Berusaha, Dr Rusmini Ku Ahmad, Rektor,
MAJLIS Institut Pendidikan Guru Malaysia,

Yang Dihormati, Timbalan rektor Kanan


danTimbalan-Timbalan Rektor
Ketua-Ketua Penolong Pengarah Kanan

Ketua-Ketua Penolong Pengarah

Pegawai-pegawai Institut Pendidikan Guru


Malaysia,

Ahli-ahli Jawatankuasa, dan seterusnya hadirin


sekalian

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Pihak Jawatankuasa mengalu-alukan kehadiran


para hadirin sekalian ke Pelancaran Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020
Peringkat IPGM

‘Malaysia Prihatin’!

Itulah tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia pada


tahun ini. Pemilihan adalah selari dengan keadaan
semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-
19
MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat
Malaysia
turut sama memerangi Covid-19.
manakala
PRIHATIN diterjemahkan sebagai Inisiatif Kerajaan
yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan
kelangsungan
hidup rakyat Malaysia

Justeru, semangat itu harus kita warga IPGM


terjemahkan dan tamsilkan dalam setiap tingkah
laku dan juga gerak geri kerana Hari kemerdekaan
yang ke 63 tahun bakal mengukir sejarah yang
tersendiri apabila ia disambut dalam keadaan norma
baharu.

4. PERARAKAN Hadirin dan hadirat sekalian


JALUR
GEMILANG Tanpa membuang masa, Majlis sambutan
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur
Gemilang dimulakan dengan Acara perarakan Jalur
Gemilang.

Perarakan jalur gemilang akan disertai oleh


pasukan pejalan kaki seramai 10 orang,
penunggang basikal seramai 3 orang, penunggang
motosikal seramai 3 orang dan pembawa kereta
nasional seramai 10 orang.

Perarakan jalur gemilang akan didahului oleh


pejalan kaki, diikuti penunggang basikal,
penunggang motosikal dan akhir sekali pembawa
kereta nasional.

Hadirin sekalian,
Sedang lintas hormat kepada rektor dan tetamu di
hadapan ini adalah pembawa jalur gemilang oleh
pasukan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Pasukan pejalan kaki terdiri daripada


 Nur Nadia binti Adnan
 Fadliza binti Ismail
 Abdul Karim bin Siajah
 Nor Qaswati binti Mohd Nawawi
 Monaliza binti Mustaffa
 Mohd Saidi bin Mat Yusoff
 Maura binti Salam
 Mazlihah binti Muhammad
 Sulina binti Wan Chik
 Mohd Fadzli bin Muhiyeddin
 Khairulzaman bin Alias dan
 Mohammad Sahar bin Mohamed Sam

Seterusnya, pembawa jalur gemilang yang


melakukan lintas hormat oleh penunggang basikal
terdiri daripada;
 1
 2
 3

Pasukan pejalan kaki dan penunggang basikal


mengibarkan jalur gemilang kebanggaan negara
dengan penuh semangat membara disamping
mematuhi norma baharu dalam memerangi COVID-
19.

Hadirin sekalian,
Lintas hormat dihadapan rektor dan para tetamu
seterusnya dilakukan oleh pembawa jalur gemilang
oleh penunggang motosikal yang dianggotai oleh
 En. Ahmad Azam bin Hasmawi yang
menunggang motosikal nasional jenama
jaguh, dan
 En. Nazri bin Bedin yang menunggang
motosikal nasional jenama Dinamik.
Syabas kepada penunggang motosikal nasional,
membawa dan mengibarkan jalur gemilang dengan
bangga dan penuh bersemangat.

Hadirin sekalian,
Lintas hormat terakhir akan dilakukan Pembawa
Jalur Gemilang oleh pembawa kereta Nasional jenis
proton dan produa, iaitu;
 Pn. Norsuriati binti Ngademan yang memandu
proton saga
 Pn Safura binti Md Zin ayang memandu
proton waja
 En Jamhari bin Shaari yang memandu proton
persona
 En. Mohd Saiful bin Sariudin yang memandu
proton perdana
 Pn. Bariah binti Selamat yang memandu
proton X70
 En Shahrul Baharin bin Baharom yang
memandu produa Viva
 Pn. Yusrina binti Ilyas yang memandu prosua
Myvi
 Pn. Nurlin binti Kamaruddin yang memandu
produa Alza, dan
 Pn Hasfazehan binti Hassan yang memanadu
produa Axia
Inilah kereta-kereta nasional kebanggaan rakyat
Malaysia. Lebih bangga lagi, jalur gemilang dibawa
dikibarkan oleh warga IPGM kita.

Terima kasih kepada semua pembawa-pembawa


jalur gemilang yang membuat lintas hormat dengan
menyemarakkan sambutan pelancaran bulan
kebangsaan dan kibar jalur gemilang 2020 peringkat
IPGM.

5. Bacaaan Doa Hadirin Sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah


sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh Al Fadzil Ustaz Muhammad
Nazid Hashim
Untuk melafazkan bacaan doa. Tuan dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang kita
rencanakan ini berlangsung dengan jayanya
sehingga usai segala-galanya.

6. Lafaz Ikrar Hadiri sekalian,


Rukun Negara
Prinsip Rukun Negara perlu dihayati dan ditekuni
oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya warga
IPGM.

Justeru, marilah kita sama-sama memperbaharui


tekad dan hasrat dengan sama-sama melafazkan
ikrar Rukunegara.

Bagi mengetuai Lafaz Ikrar Rukunegara ini,


penghormatan diberikan kepada Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia Dr. Rusmini binti Ku
Ahmad untuk memimpin lafaz ikrar. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad atas


lafaz ikrar sebentar tadi.

7. Penyerahan Hadirin sekalian,


Jalur Gemilang
kepada Rektor Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita
saksikan dan berikan tumpuan terhadap acara
penyerahan Jalur Gemilang symbol kedaulatan
negara Malaysia yang wajib sama-sama kita
pelihara.

Penyerahan jalur gemilang akan disampaikan oleh


Y.M Tengku Adli bin Raja Omar Timbalan Rektor
Hal Ehwal Pelajar kepada YBrs. Dr. Rusmini Ku
Ahmad Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Terima kasih kepada kepada Y,M Tengku Adli bin
Raja Omar dan YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad
kerana menyempurnakan acara penyerahan Jalur
Gemilang itu tadi.

8. Penyerahan Hadiri sekalian,


Jalur Gemilang
kepada wakil Pada 31 Ogos 1997, Bendera Malaysia secara
kampus rasminya telah dikenali sebagai Jalur Gemilang. Itu
secara ringkas sejarah Jalur Gemilang symbol
kedaulatan Malaysia.

Acara seterusnya adalah penyerahan Jalur


Gemilang kepada wakil kampus, simbolik
pelaksanaan program sambutan bulan kebangsaan
dan kibar jalur gemilang di peringkat kampus.

Bagi menyempurnakan acara ini, dipersilakan YBrs.


Dr. Abdul Rahman bin ………………… , Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam diiringi
saudara…………………………………. dari unit
beruniform …………………………………. ……
untuk menerima penyerahan Jalur Gemilang dari
Yang Berusaha Dr Rusmini Ku Ahmad Rektor
IPGM.

Terima kasih kepada kepada YBrs. Dr. Abdul


Rahman bin………………. Dan Yang Berusaha Dr
Rusmini Ku Ahmad atas penyempurnaan acara
penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil kampus.

Maka dengan penyerahan ini, IPG Kampus


diharapkan dapat menyambut usaha melaksanakan
program Bulan Kebangsaan dan kibar jalur
gemilang di peringkat kampus.

9. Menulis ucapan Hadirin sekalian,


di Papan
Kemerdekaan Untuk makluman, mulai hari ini sehingga 16
September 2020 sepanjang bulan kebangsaan,
warga IPGM dijemput untuk menulis catatan di
Papan Kemerdekaan yang disediakan bagi menulis
luahan rasa semarak semangat membara cintakan
negara kita.

Untuk memulakannya, dipersilakan rektor, diikuti


timbalan-timbalan rektor dan pendaftar untuk
meninggal coretan di papan kemerdekaan ini.

Terima kasih diucapkan. Selepas ini warga IPGM


dijemput untuk meninggalkan coretan di papan
kemerdekaan berkenaan.

10. Acara Potong Hadirin sekalian,


Kek

Acara seterusnya adalah acara memotong kek


simbolik pelancaran sambutan bulan kebangsaan
dan kibar jalur gemilang 2020 peringkat IPGM.

Justeru, majlis mempersilakan YBrs. Dr. Jami'ah


binti Mohamad, Timbalan Rektor Kanan IPGM
diiringi oleh YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad Rektor
IPGM bagi menyempurnakan upacara memotong
kek ini. Penghormatan diberikan kepada Dr Jami’ah
Mohamad yang bakal bersara tidak lama lagi. Tiada
kata secantik bahasa, tiada lafaz semanis bicara
yang bisa diungkapkan bagi menggambarkan
betapa besarnya pengorbanan serta jasa yang
dicurahkan oleh timbalan rektor kanan kita Dr
Jamiah binti Mohammad.

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Jami'ah


binti Mohamad dan YBrs. Dr. Rusmini Ku Ahmad

11. Jamuan Minum Hadirin sekalian,


Petang &
Bersurai Dengan berakhirnya acara memotong kek itu tadi,
maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Akar Keladi Melilit Selasih


Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Saya mewakili jawatankuasa program memohon


ampun ke atas salah dan silap sepanjang
pengendalian majlis.

Para hadirin semua dijemput minum petang di


dewan ……………………..

Anda mungkin juga menyukai