Anda di halaman 1dari 2

Pengarang :Zaharoh Fajar Nina

Judul buku:Cikgu Bangkrap

Penerbit:Must Read Sdn Bhd

Tahun Terbitan :2018

Ulasan Buku:

Guru, menyebutnya sangat mudah. Hanya empat huruf yang jika seringkali dilafaz seiring
dengan tiupan angin yang berlalu manja . Namun yang tersirat disebalik kalimah itu ialah azimat
yang sangat ampuh bagi yang memakainya. Ianya keramat hidup dan mempunyai martabat
antara yang tertinggi di sisi Sang Maha Agung.

Penulis pada mulanya mendakap hati pembaca dengan melontarkan luahan rasa anak-anak
syurga yang bernama sang murid. Ada pelbagai karenah mereka antaranya nakal, banyak
bertanya itu..Ini..kenapa dan bagaimana dan ada juga secara tidak langsung meluahkan
permasalahan keluarga. Ini semua membuatkan pembaca dibuai-buai dengan liputan kenangan
indah semasa masih kecil dan bersama para rakan serta guru. Satu perkataan yang sesuai
'Kenangan'. Iya.. kenanganlah yang membuatkan para guru akan terus teringat ingat membawa
hingga ke alam nan abadi.

Seterusnya, penulis menekankan akan hakikatnya seorang guru adalah bukan sahaja semata
mata adalah perkataan. Guru pada penulis adalah insan mulia. Sang murabbi dan muaddib yang
mampu membentuk leluhur pekerti jiwa manusia kecil agar menjadi orang yang bermanfaat
pada alam nya nanti. Jika guru terjatuh, longlai di tengah jalan.. Maka segeralah bangkit kerana
pada guru ada jiwa yang hidup untuk menghidupkan jiwa jiwa yang lain.

Penulis juga mengangkat guru sebagai seorang insan yang mampu memberi sinar, kekuatan dan
harapan bagi para murid yang menginjak dewasa dan diuji dengan pelbagai kekalutan
permasalahan hidup tiada kesudahan. Dengan kata kata yang penuh hikmah biarpun tiada
bicara indah.. Hati orang muda yang keluh kesah akan terubat jua dengan senyum ceria. Guru
adalah 'Suria'. Tempias cahayanya menyegarkan semua.

Akhirnya, penulis menekankan pendidikan adalah satu proses panjang yang merangkumi ilmu,
kemahiran, bakat, bimbingan dan hubungan sesama manusia. Tanpa semua ini, jiwa manusia
kosong dan rasa rendah diri. Pentingnya disini ialah pandangan Allah serta keredhaanNya
dalam apa jua yang di ceburi.

Guru, Bangkrap pada zahirnya namun kaya pada batinnya. Aku bangga kerna aku jua Sang Guru.
NAMA : ROHIZAN BIN YA

NO. KAD PENGENALAN: 760208065439

NO. TELEFON: 0135452392

ALAMAT: SK TANJUNG BATU, 28000,TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.

Anda mungkin juga menyukai