Anda di halaman 1dari 4

KKH 60103 KAUNSELING INDIVIDU

LANJUTAN

VERBATIM RAKAMAN SESI KAUNSELING ( 5 MINIT)

PENSYARAH : DR. HAPSAH BINTI MD YUSOF

NAMA PELAJAR NO MATRIK

LOGANANTHINI A/P DHANABALAN M20211001590


Transkrip Rakaman Sesi - 3 (Verbatim)

Bil Transkrip Sesi ( Verbatim ) Kemahiran Asas Kaunseling Tahap Proses Kaunseling
1. Kaunselor : Ok...selamat pagi cikgu Ridzwan
2. Klien : Selamat pagi, Loga.
3. Kaunselor : Sihat hari ini?
4. Klien : Sihat..
5. Kaunselor : Hari ini kita akan masuk ke sesi ke-3
ya.. Sesi ke-3 ini pun kita alan ambil masa
selama 5 minit sahaja lah. Cikgu dah bersedia?
6. Klien : Dah..
7. Kaunselor : Saya nak imbas kembali tentang sesi
dua. Sesi kedua, cikgu pernah tentang kekeliruan
yang cikgu alami iaitu sama ada cikgu terima
tawaran ke PPD / JPN ataupun masih teruskan di
sekolah. Sekarang kekeliruan masih ada dalam
diri cikgu?
8. Klien : Sekarang ini masih ada. Sebenarnya dah
lepas pun. Tapi saya risau perkara ini akan ulang
kembali kerana perkara ini dah berlaku pada saya
dua tiga kali tau.
9. Kaunselor : Hmm..hmm.. (Angguk kepala)
10. Klien : And then saya risau nanti saya dah tak
boleh buat pilihan dan terus keluar surat. Itu yang
saya takut..
11. Kaunselor : Yang terus keluar surat maksudnya
diarahkan ke JPN / PPD ...macam itu ke?
12. Klien : Ya..betul. Sekarangkan sistemnya
memang begitu. Jika surat arahan dikeluarkan,
kita sebagai kakitangan kerajaan kita kena akur
lah kan.
13. Kaunselor : Nampaknya, cikgu risau nanti kena
akur pada arahan yang dikeluarkan oleh pihak
atasan.
14. Klien : Ya itu yang saya risau.
15. Kaunselor : Sebelum-sebelum ini cikgu terima
surat tawaran ya?
16. Klien : Oh sebelum ini dia bagi tawaran la..bagi
offer pada kita untuk kita datang temuduga dulu..
masa temuduga dia tanya everything..
Masalah bagi saya.. masa saya pergi temuduga...
say pergi tau...walaupun saya kata saya tak
nak...say pergi juga. Saya juga prepare semua
bahan yang dia nak. Semasa temuduga, saya
cakap saya ini tidak berminat. Ya lah..dah dua
tiga kali pergi, kali ini saya takut dia tak panggil
lagi temuduga dan terus keluarkan surat arahan.
17. Kaunselor : Sewaktu cikgu bercakap dengan
pegawai bahawa tidak berminat... apakah respons
pegawai itu?
18. Klien : Dia kata , awak ini cukup sangatlah dan
cukup syarat serta banyak kelebihan. Boleh bantu
daerah nanti..dan banyak sumbangan awak
sebelum-sebelum ini. Tapi saya maklumkan
belum bersedia untuk bertugas di pejabat kan...
sebab naluri saya masih di sekolah. Saya suka
buat program dengan murid. Saya kuranglah
dengan guru-guru ini. Kepuasan kerja saya
dengan pelajar-pelajar saya.
19. Kaunselor : Ok..nampaknya cikgu seronok di
sekolah dengan buat aktiviti dan program dengan
pelajar ya..
20. Klien : Ya betul.
21. Kaunselor : Ok,,kalau begitu kenapa cikgu fikir
tentang apa yang kawan cikgu cakap? Kenapa
cikgu utamakan apa yang kawan cikgu cakap itu?
22. Klien : Ahh..itu la..sepatutya hmm...kita
manusiakan...biasalah kalau orang lain cakap
dengan kita automatic akan terfikir perkara itu
kan.. Sebenarnya, kita dalam diri kita dah fit dah
untuk mengambil keputusan. Tapi kadang-
kadang rakan kita cakap kita dah mula macan dah
goyang... ah betul jugak ya...tu yang saya fikir.
Saya tak tahu macam mana nak hadapi keadaan
ini sampai kadang-kadang saya nak lari daripada
kawan-kawan saya.
23. Kaunselor : Ok... kalau begitu kawan-kawan
tersebut dah mengganggu cikgu ke?
24. Klien : hmm...betul
25. Kaunselor : Boleh ke kalau kawan cakap tentang
perkara ini, tak perlu fikir ataupun biarkan
sahaja?
26. Klien : Saya cuba juga lah..boleh saya buat tak
tahu je... dan happy.. dan tetap dengan diri
saya..Kadang-kadang tak boleh juga...tewas juga
kan..tapi dia sekejab je.. time berbual-bual
dengan kawan-kawan..lepas itu saya ignore..
27. Kaunselor : Maksudnya, cikgu masih boleh cover
perasaan tersebut?
28. Klien : Ya...saya masih boleh..
29. Kaunselor : Ok...apa yang cikgu akan buat akan
JPN dah beri surat arahan pindah ke PPD / JPN?
Boleh ke cikgu hadapi?
30. Klien : Kita kena akur kan.. kalu dah keluarkan
surat ..nak tak nak...saya kena ikut juga. Jika saya
tak boleh saya akan mohon balik ke sekolah..
31. Kaunselor : Ok.. saya rasa masa kita dah habis.
Boleh ke kita teruskan perkongsian pada sesi
yang seterusnya?
32. Klien : Ok..boleh. Jumpa lagi. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai