Anda di halaman 1dari 16

MARKAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

GRU 60104: KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF

ULASAN ARTIKEL (ARTICLE REVIEW)

TAJUK
KAEDAH READ, DISCUSS, ARRANGE (ReDiAr) DALAM MENCATAT
NOTA

NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON


LOGANANTHINI M20211001590 MT22C – 010- 401 6816
A/P BIMBINGAN
DHANABALAN DAN
KAUNSELING

PENSYARAH: PROF. MADYA DR ABDUL TALIB HASHIM

1
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


MUKA DEPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
PENGENALAN 3
PENINGKATAN KEMAMPUAN MENCATAT (NOTE 4-5
TAKING) TEKS BAHASA INGGRIS FORMAT
CORNELL
MIND MAPS AS A LIFELONG LEARNING TOOL 6 -7
THE EFFECTIVENESS OF USING CORNELL NOTE - 8-9
TAKING STRATEGY TO IMPROVE STUDENTS’
LISTENING COMPREHENSION
PERBINCANGAN 10 - 13
RUMUSAN 14
RUJUKAN 15

2
PENGENALAN

Menurut Syed Ismail (2010), salah satu masalah yang sering dihadapi oleh murid-
murid ialah masalah untuk mencatat nota. Saya perlu membimbing murid-murid
supaya mengetahui cara-cara mencatat nota secara efektif. Menurut Toh (2004),
mencatat nota merupakan keupayaan seseorang murid untuk meluahkan ideanya
menerusi pelbagai jenis penulisan yang relevan dengan ilmu pengetahuannya. Maka,
saya akan menjalankan bimbingan tentang kemahiran mencatat nota pendek dengan
menggunakan peta minda. Mencatat nota sangat penting dalam proses pembelajaran
kerana ia dapat membantu murid-murid mengingat semula isi-isi penting yang dicatat.
Nota yang disusun secara sistematik dan juga teratur memudahkan murid-murid untuk
memahami sesuatu perkara secara mendalam. Nota yang telah dicatat boleh juga
dijadikan sebagai bahan-bahan mengulangkaji pelajaran sewaktu peperiksaan. Melalui
bimbingan yang jelas, murid-murid boleh menghasilkan nota yang berkesan ialah
pendek, mempunyai isi-isi penting, mudah difahami dan senang diingati oleh mereka.
Maka, saya telah memilih tiga artikel yang berkaitan dengan kemahiran mencatat nota
untuk menganalisis dari segi beberapa aspek iaitu tujuan, metodologi, dapatan kajian,
implikasi kajian dan bahagian perbincangan. Artikel pertama bertajuk Peningkatan
Kemampuan Mencatat (Note Taking) Teks Bahasa Inggris Format Cornell (2018)
telah ditulis oleh Yuniarti dan Ika Kana Trisnawati. Artikel kedua telah diterbitkan
oleh Aliye Erdem (2017) yang bertajuk Mind Maps As A Lifelong Learning Tool dan
artikel ketiga pula ditulis oleh Ika Fitri Ramadhani1, Abdul Muin Dan Fitri Hilmiyati
(2020) tentang “The Effectiveness Of Using Cornell Note-Taking Strategy To
Improve Students’ Listening Comprehension”

3
PENINGKATAN KEMAMPUAN MENCATAT (NOTE TAKING) TEKS
BAHASA INGGRIS FORMAT CORNELL

Yuniarti dan Ika Kana Trisnawati


(2018)

Kajian ini telah membincangkan tentang masalah pelajar yang belum mengetahui cara
mencatat nota yang berkesan. Ini bermakna pelajar hanya menyalin semula kata per
kata daripada teks yang ada. Tujuan utama daripada kajian ini adalah meningkatkan
keupayaan mencatat nota daripada teks Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik
Cornell. Selain itu, meningkatkan keupayaan pelajar dalam mencatat nota seperti
catatan terperinci, mencatat isi utama dan meringkaskan maklumat yang terdapat
dalam teks merupakan salah satu tujuan kajian ini.
Reka bentuk kajian ini menggunakan pra eksperimen - kajian kes sekali
(model one-shot). Peserta kajian merupakan pelajar Jurusan Pendidikan Bahasa
Inggeris, Fakulti Agama Islam, Univertas Muhammadiyah Aceh yang melibatkan 15
orang pelajar. Peserta dipilih secara rawak daripada tiga kumpulan yang aktif.
Data diambil dari lembaran kerja pelajar dengan format Cornell dan dianalisis
secara deskriptif dan dibandingkan dengan rubrik penilaian mencatat nota yang
diadaptasi daripada AVID. Hasil kajian menunjukkan bahawa 60% pelajar mampu
mencapai kategori 2 iaitu cukup dan 40% berada di kategori 3 iaitu baik. Kriteria
penillaian catatn nota terdapat daripada Advancement via Individual Determination
(AVID) yang meliputi lima aspek iaitu, heading merujuk kepada mencatat nama
pengarang , judul, penerbit, tahun dan tarikh), organise notes merujuk kepada
mencatat isi utama, huraian, kata kunci, singkatan atau simbol), note taking ialah isi
utama, huraian, kata kunci, singkatan atau simbol yang dibulatkan atau digariskan
denga warna yang berbeza dan maklumat yang kurang penting perlu dipadamkan, cue
pula mencatatkan soalan untuk menghubungkait idea utama dan akhirnya ialah
summary ialah cara membuat ringkasan dengan mensintesiskan isi dan huraian.
Seterusnya, pada aspek heading, majoriti pelajar mencapai nilai baik sekali
iaitu 3 markah. Ini bermakna mereka dapat mencatat maklumat pada bahagian
heading dengan sempurna. Kolum catatan notes taking pada format Cornell
menentukan kualiti ringkasan yang dicatat oleh para pelajar. Pelajar perlu mencatat

4
fakta-fakta, isi penting, huraian, kata kunci dan singkatan. Rubrik untuk kolum ini
terdapat dalam aspek organise notes. Pada bahagian ini, kebanyakkan pelajar
mendapat markah 1 yang bermaksud bahawa mereka boleh membuat catatan nota
namun masih tidak sempurna. Pada aspek cue, para pelajar perlu membuat ayat
pertanyaan yang bersesuaian dengan idea utama dan kata kunci. Ayat tanya ini
memudahkan para pelajar untuk mengingat pemahaman terhadap apa yang dicatat.
Hasil capaian bagi aspek ini berada pada skor 1 yang bermakna mereka boleh
mencatat ayat pertanyaan tetapi bukan sempurna. Aspek terakhir ialah summary yang
digunakan untuk membuat ringkasan dengan cara mensintesiskan isi penting dan
huraian. Hasilnya, kebanyakkan dapat membuat ringkasan tetapi tidak sempurna.
Secara kesimpulannya, catatan nota pada ruang heading dapat mencapai hasil
yang sangat baik tetapi aspek-aspek yang lain seperti organise notes, note taking, cue
dan summary perlu ditingkatkan demi menghasilkan catatn nota yang berkualiti.
Maka berdasarkan hasil penelitian yang terdapat dalam artikel ini, saya boleh
membuat kesimpulan bahawa format Cornell ini dapat meningkatkan kebolehan
pelajar untuk mencatat nota daripada teks Bahasa Inggeris. Sebahagian besar hasilnya,
berada di kategori cukup yang telah dibuktikan melalui hasil catatan dan ujian
penialaian.

5
MIND MAPS AS A LIFELONG LEARNING TOOL
Aliye Erdem
(2017)

Peta Minda yang dibangunkan oleh Tony Buzan sebagai teknik mencatat nota,
merupakan aplikasi yang mempunyai kuasa untuk mendedahkan pemikiran yang
otakmempunyai tentang subjek dari sudut pandangan yang berbeza dan yang
mengaktifkan lobus kanan dan kiri otak bersama-sama sebagai alternatif kepada
pemikiran linear. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan pendapat daripada
pelajar universiti berkenaan dengan penggunaan peta minda dan membangunkan
proses dalam menyediakan peta minda.
Kajian ini telah dijalankan mengikut teknik temu bual iaitu antara kaedah
penyelidikan kualitatif. Seramai 31 orang pelajar yang menghadiri lima program
berlesen yang berbeza di Ankara Fakulti Sains Pendidikan Universiti pada semester
musim gugur tahun akademik 2016-2017 membentuk kumpulan kerja kajian ini.
Antaranya ialah, Psychological Counseling and Guidance ve Rehberlik, Mentally
Handicapped Teaching, Preschool Teaching, Computer and Instructional
Technologies Egitimi, dan Social Sciences Teaching. Majoriti yang menyertai kajian
ini merupakan pelajar daripada program Psychological Counseling and Guidance ve
Rehberlik.
Data kajian diperolehi pada akhir aktiviti dijalankan dalam skop kursus elektif
yang dinamakan "Mind Map Applications" yang diberikan di Ankara Fakulti Sains
Pendidikan Universiti. Pada peringkat aplikasi dalam kajian ini, pelajar yang memilih
kursus telah dimaklumkan tentang aplikasi teknik peta minda dan sampel peta minda
yang berkaitan dengan subjek yang berbeza telah diterangkan kepada pelajar. Selepas
itu, ia dipastikan bahawa pelajar menyediakan peta minda tentang mata pelajaran
yang berbeza semasa perbincangan yang disediakan sebagai kumpulan.
Borang temu bual separa berstruktur yang telah dibangunkan oleh pengkaji
digunakan sebagai alat pengumpulan data dalam kajian. Soalan temubual separa
berstruktur yang digunakan untuk mengetahui pandangan pelajar berkaitan
penggunaan teknik peta minda. Ia juga perlu dikemukakan kepada pendapat pakar dan
pindaan yang diperlukan perlu dilakukan. Temu bual juga dijalankan secara individu

6
dan ia telah dirakam menggunakan pita perakam bagi mengelakkan sebarang
kehilangaan data. Kemudian, rekod temu bual telah ditranskripsikan dan ketepatannya
dikawal dengan mendengarnya sekali lagi.Kod dan tema didapati daripada pendapat
pelajar dan analisis kandungan telah dilaksanakan untuk kajian ini. Dapatan yang
diperolehi telah disusun dengan kod dan tema dan ditunjukkan melalui jadual nilai
kekerapan.
Berdasrakan jadual yang terdapat dalam artikel iaitu Jadual 4, respon daripada
pelajar bagi soalan “Apakah tujuan anda untuk menggunakan peta minda?” telah
dikategorikan kepada 3 tema iaitu tema pembelajaran (learning), tema merancang
(planning) dan tema ciri sosial (social features). Berdasarkan tema "pembelajaran",
pelajar menggunakan peta minda kebanyakannya untuk tujuan mentafsir apa yang
dipelajari, mengukuhkan apa yang dipelajari dan meningkatkan keabadian,
menyediakan ringkasan dan mencatat nota. Jawapan bagi soalan kedua iaitu “Apakah
faedah didapati daripada penggunaan peta minda?” telah diketegorikan kepada tiga
tema iaitu, tema kognitif (cognitive), tema afektif (affective) dan tema ciri individu
(individual features). Berdasarkan tema “kognitif”, faedah yang didapati daripada
penggunaan peta minda ialah ia mewujudkan pembelajaran kekal, membantu
mengingat, memastikan pembelajaran bermakna dan cekap, memastikan pemikiran
pelbagai dimensi, dan dapat membayangkan apa yang dipelajari.
Jawapan bagi soalan ketiga iaitu “Apakah kekangan menggunakan peta
minda?” telah dianalisis dan dikategorikan kepada dua tema iaitu tema individu
(individual) dan tema bahan (material). Mengikut tema individu, kekangan yang
dihadapi ialah, menjadi sukar untuk orang lain memahami kerana ia adalah peribadi,
melupakan makna yang dikaitkan dengan beberapa simbol dan tidak mempunyai
kemahiran melukis. Soalan terakhir ialah “ Bagaimanakah anda menilai pembangunan
anda dalam penggunaan peta minda?” Soalan ini dapat merumuskan bahawa pelajar
yang menggunakan tulisan yang banyak telah mula menggunakan lebih banyak
visual, dan kemahiran melukis serta kemahiran berfikiran kreatif juga telah bertambah
baik dengan menggunakan teknik peta minda ini.
Secara kesimpulannya, dapatan kajian berkaitan dengan penggunaan peta
minda menyatakan bahawa pelajar menggunakan peta minda kebanyakannya untuk
mentafsir dan mengukuhkan apa dipelajari serta mencatat nota. Maka, pelajar boleh
menggunakan peta minda pada pelajaran mereka dengan tujuan yang berbeza seperti

7
mencatat nota, merumuskan dan menilai.

THE EFFECTIVENESS OF USING CORNELL NOTE -TAKING STRATEGY


TO IMPROVE STUDENTS’ LISTENING COMPREHENSION
Ika Fitri Ramadhani1, Abdul Muin, Fitri Hilmiyati
(2020)

Teknik mencatat nota Cornell Note-Taking merupakan strategi yang direka untuk
menyusun nota ke ayat sendiri yang memberikan maksud yang sama. Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui dan menjelaskan keberkesanan menggunakan teknik
mencatat nota Cornell untuk meningkatkan kefahaman mendengar para pelajar.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan kuasi eksperimen
sebagai reka bentuk penyelidikan. Pengkaji telah menggunakan kuasi-penyelidikan
eksperimen secara khusus kaedah penyelidikan. Kajian ini menggunakan ujian pra
dan ujian pasca. Pengkaji mengambil dua kelas sebagai kelas eksperimen dan kelas
kawalan. Kedua-dua kelas diberi pra-ujian, rawatan menggunakan strategi Cornell
Note-Taking dan ujian pasca.
Penyelidikan ini telah dijalankan di SMAN Pondok Pesantren Cahaya Madani
Banten. Populasi penyelidikan ialah 401 pelajar SMAN Cahaya Madani Sekolah
Asrama Banten. Sampel daripada penyelidikan ini adalah pelajar tahun pertama yang
terdiri daripada 30 orang pelajar kelas eksperimen dan 30 pelajar dari kelas kawalan.
Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data adalah ujian dalam bentuk aneka
pilihan. Ujian itu diberikan sebagai ujian pra dan ujian pasca kelas. Kedua-dua ujian
itu dijalankan untuk mengukur kefahaman mendengar murid sebelum dan selepas
memberi rawatan. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan T-test
dalam bentuk formula Fisher untuk melihat keberkesanan menggunakan teknik
mencatat nota Corrnell terhadap kefahaman mendengar pelajar.
Berdasarkan gambar rajah yang terdapat dalam artikel ini, terdapat
peningkatan markah untuk pelajar dalam kelas eksperimen manakala kelas kawalan
hanya beberapa orang pelajar sahaja mempunyai penambahbaikan. sebelum dan
selepas memberi rawatan. Daripada bukti tersebut, boleh disimpulkan bahawa
menggunakan teknik Cornell Note-Taking dalam kelas eksperimen adalah lebih baik
daripada kelas kawalan yang tidak menggunakan teknik Cornell Note-Taking. Secara

8
amnya, kefahaman mendengar pada darjah satu SMAN Cahaya Madani Banten
Sekolah Asrama (kedua-dua percubaan dan kelas kawalan) sebelum rawatan adalah
kurang. Dalam kelas eksperimen, boleh jadi dilihat daripada markah ujian pra, yang
markah tertinggi ialah 80 manakala yang terendah markah ialah 15. Jadi, markah
tertinggi bagi kefahaman mendengar pelajar ialah banyak manakala markah terendah
adalah sangat sikit. Sementara itu, markah pelajar sebanyak ujian pasca adalah baik,
markah tertinggi adalah 95 manakala yang terendah ialah 45. Sebaliknya, dalam kelas
kawalan, ia boleh dilihat daripada markah ujian pra, paling tinggi markah ialah 90
manakala markah terendah ialah 20. Markah tertinggi kefahaman mendengar adalah
sangat baik manakala yang terendah adalah sangat kurang. Sementara itu, markah
pelajar bagi ujian pasca selepas memberi rawatan, markah tertinggi ialah 100
manakala terendah ialah 25.
Secara kesimpulannya, teknik mencatat nota Cornell mempengaruhi secara
positif terhadap kefahaman mendengar pelajar tahun pertama SMAN Cahaya Madani
Sekolah Asrama Banten. Penerapan teknik mencatat nota Cornell lebih berkesan
dalam mempertingkatkan kefahaman mendengar para pelajar berbanding pelajar yang
telah diajar tanpa menggunakan teknik Cornell. Maka, boleh disimpulkan bahawa
pelajar yang menggunakan teknik Cornell telah mendapati skor yang lebih tinggi
daripada pelajar yang tidak menggunakan teknik Cornell.

9
PERBINCANGAN

Secara umumnya, semua kajian yang dipilih oleh pengkaji telah membincangkan
tentang kemahiran mencatat nota. Berdasarkan ketiga-tiga kajian, catatan nota dapat
dihasilkan dengan menggunakan teknik Cornell dan peta minda. Ketiga-tiga kajian
telah menggunakan pra eksperimen - kajian kes sekali (model one-shot), kualitatif dan
kualitatif – kuasi eksperimen masing-masing. Kajian-kajian tersebut telah mencapai
tujuan dan memberikan impak yang positif. Maka, saya akan membincangkan tentang
persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kajian-kajian tersebut.

ARTIKEL 1 ARTIKEL 2 ARTIKEL 3


FOKUS KAJIAN Kemahiran mencatat nota
TUJUAN 1.Meningkatkan 1. Menentukan pendapat 1. Mengetahui dan
KAJIAN keupayaan mencatat nota daripada pelajar universiti menjelaskan keberkesanan
daripada teks Bahasa berkenaan dengan menggunakan teknik
Inggeris dengan penggunaan peta minda mencatat nota Cornell
menggunakan teknik dan membangunkan proses untuk meningkatkan
Cornell. dalam menyediakan peta kefahaman mendengar para
2.Meningkatkan minda. pelajar
keupayaan pelajar dalam
mencatat nota seperti
catatan terperinci,
mencatat isi utama dan
meringkaskan maklumat
yang terdapat dalam teks
SAMPEL 15 orang pelajar. 31 orang pelajar. 1. 30 orang pelajar kelas
eksperimen
2. 30 orang pelajar kelas
kawalan
KAEDAH Pra eksperimen - kajian Temubual Kuasi eksperimen

10
kes sekali (model one-
shot).
METODOLOGI Kuantitatif Kualitatif Kuantitatif
IMPLIKASI Format Cornell ini dapat Pelajar menggunakan peta Pelajar yang menggunakan
meningkatkan kebolehan minda dengan tujuan yang teknik Cornell telah
pelajar untuk mencatat berbeza seperti mencatat mendapati skor yang lebih
nota daripada teks nota, merumuskan dan tinggi daripada pelajar yang
Bahasa Inggeris menilai. tidak menggunakan teknik
Cornell.
Jadual 1 : Persamaan dan perbezaan artikel
Jadual 1 menunjukkan persamaan dan perbezaan yang terdapat pada ketiga-tiga
artikel yang saya pilih. Pertamanya, saya ingin berbincang tentang persamaan yang
terdapat dalam ketiga-tiga artikel ini. Fokus kajian bagi ketiga-tiga artikel merujuk
kepada salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang individu iaitu
kemahiran mencatat nota. Menurut Joseph Siegel (2021), mencatat nota ialah tindakan
merekod maklumat dengan cara sendiri. Ini bermakna seseorang individu perlu
mencatat isi-isi penting mengikut kreativiti masing-masing. Hal ini juga disokong
oleh Buzan dan Buzan (2007) yang membuat kajian secara nota menyatakan bahawa
nota mesti mempunyai empat fungsi utama sebagai bersifat mengingatkan,
menganalisis, kreatif dan interaktif.
Persamaan yang kedua ialah metodologi kajian yang sama bagi artikel 1 dan
artikel 3. Metodologi yang digunakan dalam kedua-dua artikel ialah penyelidikan
kuantitatif. Artikel 1 menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk pra
eksperimen kajian kes sekali. Merujuk kepada Mohd Izwan, Norkhalid dan
Gunathevan (2015) dalam Aris Hanafi (2019), kajian pra eksperimen kajian kes sekali
(the one-shot case study) merupakan kajian yang melibat satu kumpulan dan
didedahkan kepada rawatan (X) dan ujian pasca (O) selain tiada kawalan dilakukan ke
atas kumpulan. Berdasarkan artikel 1, kajian pra eksperimen kajian kes sekali
dilaksanakan dalam bengkel yang berlangsung dari 15 hingga 17 Februari 2018.
Di dalam bengkel ini, para pelajar diberikan nota edaran dan lembaran kerja
untuk berlatih mencatat dengan sistem Cornell. Mereka juga diberi penerangan
tentang format mencatat dengan Cornell dan contoh catatan Cornell. Penerangan ini
boleh dikatakan sebagai pendedahan rawatan (X). Hasil catatan telah dikumpulkan

11
dan dianalisis dengan rubrik AVID dengan empat kriteria iaitu tidak memuaskan (0),
memuaskan (1), baik (2) dan sangat baik (3). Rubrik ini boleh dikaitkan sebagai hasil
rawatan tersebut (O). Artikel 3 pula menggunakan reka merupakan kajian kuantitatif
kerana mengukur perbezaan peratus markah ujian yang dijalankan. Manakala, reka
bentuk kajian ini ialah Kuasi-Eksperimen kerana kajian ini bertujuan menilai
keberkesanan strategi Cornell dalam peningkatan kefahaman mendengar oleh para
pelajar. Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji mengambil dua
kelas sebagai kelas eksperimen dan kelas kawalan. Kedua-dua kelas diberi ujian pra,
rawatan menggunakan strategi Cornell dan ujian pasca. Walaupun kedua-duanya
penyelidikan kuantitatif reka bentuk kajian tersebut berbeza mengikut objektif kajian.
Artikel 3 pula menggunakan penyelidikan kualitatif. Kaedah pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini ialag kaedah temubual. Menurut Best dan Kahn (2003), temubual
ialah soal selidik atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan dari
seseorang individu. Pengkaji membuat temu bual bagi megetahui pendapat pelajar tentang
peta minda. Menurut Sulaiman Tahajuddin (2021) kaedah temu bual separuh berstruktur juga
membolehkan individu yang ditemu bual sentiasa terpandu, merasa bebas dan kemungkinan
dapat mengutarakan beberapa isu baharu yang sebelumnya tidak diketahui penyelidik serta
mudah memahami fokus perbincangan yang diutarakan oleh penyelidik
Seterusnya, saya ingin membincangkan tentang perbezaan yang terdapat
dalam ketiga-tiga kajian. Perbezaan pertama ialah tujuan kajian. Tujuan artikel 1
adalah untuk meningkatkan keupayaan mencatat nota daripada teks Bahasa Inggeris
dengan menggunakan format Cornell. Artikel 2 pula bertujuan menentukan pendapat
daripada pelajar universiti berkenaan dengan penggunaan peta minda dan
membangunkan proses dalam menyediakan peta minda. Tujuan artikel 3 adalah untuk
mengetahui dan menjelaskan keberkesanan menggunakan teknik mencatat nota
Cornell untuk meningkatkan kefahaman mendengar para pelajar
Sampel kajian yang digunakan dalam artikel-artikel ini juga berbeza mengikut
metedologi yang digunakan. 15 pelajar dipilih sebagai sampel artikel 1, 31 orang
pelajar sebagai sampel artikel 2 serta 30 pelajar kelas eksperimen dan 30 orang pelajar
kelas kawalan dipilih sebagai sampel artikel 3. Sampel artikel 1 dipilh secara rawak
iaitu 3 kumpulan yang aktif pada bengkel dijalankan.
Akhirnya, cara-cara mencatat nota dalam ketiga-tiga artikel ini dapat mencapai
objektif kajian masing-masing. Artikel 1 dan artikel 2 menggunakan format Cornell
untuk mencatat nota. Menurut Friedman,dan Michael (2014), format Cornell telah

12
dipilih sebagai ringkasan pendek daripada bahan sumber yang dihasilkan melalui
penulisan sambil mendengar, mengkaji atau memerhati pada masa yang sama. Ia
mempunyai beberapa bahagian yang boleh diisi dengan soalan atau kata kunci,
penghuraian dan ringkasan. Artikel kedua pula menggunakan peta minda sebagai
salah satu cara untuk mencatat nota. Menurut Muniroh Hamat (2017) peta minda
adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu
mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda
iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu
dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat
bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji
nota dengan baik dan berkesan. Ini bermakna, pengkaji telah memilh kaedah yang
sesuai untuk mencatat nota.

13
RUMUSAN

Kesimpulannya, artikel-artikel yang dipilih telah memberikan impikasi yang


postif kepada sampel dan mencapai objektif kajian masing-masing. Pengkkaji artikel
1 membuat kesimpulan bahawa format Cornell ini dapat meningkatkan kebolehan
pelajar untuk mencatat nota daripada teks Bahasa Inggeris. Artikel 2 memberi
kesimpuna bahawa peta minda memberikan banyak kebaikan kepada para pelajar
seperti mencatat nota, merumuskan dan menilai. Akhirnya, artikel 3 merumuskan
bahawa penerapan teknik mencatat nota Cornell lebih berkesan dalam
mempertingkatkan kefahaman mendengar para pelajar berbanding pelajar yang telah
diajar tanpa menggunakan teknik Cornel

14
RUJUKAN

Aliye Erdem (2017). Mind Maps as a Lifelong Learning Tool. Universal Journal Of
Educational Research 5(12a): 1-7

Aris Hanafi Bin Abu Jalil, Gunathevan Elumalai, Mohd Izwan Bin Shahri (2019).
Pembinaan Rubrik Kemahiran Insaniah Bagi Matapelajaran Kokurikulum
Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal
Pendidikan Dedikasi Vol 17.

Best & Kahn 2003. Research In Education. Boston: Allyn And Bacon.
Buzan, T. & Buzan, B. (2007). The Mind Map Book. Edinburg, England: Bbc Active

Friedman, Michael. (2014). Notes On Note-Taking: Review Of Research And


Insights For Students And Instructors. Harvard Initiative For Learning And
Teaching.Harvard University

Ika Fitri Ramadhani1, Abdul Muin, Fitri Hilmiyati (2020) The Effectiveness Of Using
Cornell Note -Taking Strategy To Improve Students’ Listening Comprehension.
Indonesian Journal Of English Studies Vol 1(2).

Joseph Siegel (2021). Developing Notetaking Skills in A Second Language Insights


from Classroom Research. New York: Routledge

Muniroh Hamat, Hasfazilah Ahmat, Ch’ng Pei Eng and Siti Nurleena Abu Mansor.
(2017) Tinjauan Literatur Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran
Matematik. International Academic Research Journal of Social Science 3(1),
208-213

Sulaiman Tahajuddin (2021). Cabaran Dalam Proses Kutipan Data Kaedah Kualitatif
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp) Dan Pandemik Covid 19. Malaysian
Journal of Social Sciences And Humanities (6)9, 35-48

Toh Hon Leong (2004). Rahsia Pelajar Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd

Syed Ismail Dan Ahmad Subki (2010). Kemahiran Belajar. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd

Yuniarti Dan Ika Kana Trisnawati (2018). Peningkatan Kemampuan Mencatat (Note
Taking) Teks Bahasa Inggris Format Cornell. Jurnal Visipena 9(2).

15
16

Anda mungkin juga menyukai