Anda di halaman 1dari 28

KKC60103: ISU-ISU UTAMA DALAM KAUNSELING KERJAYA UNTUK

INDIVIDU KURANG UPAYA

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

KAUNSELING KERJAYA LANJUTAN

NAMA PELAJAR:

LOGANANTHINI A/P DHANABALAN (M20211001590)

NAZATUL HAZARIAH BINTI MOHD ZAL (M20211002153)

SITI ROHAIZU BINTI AHMAD DIN

NAMA PENSYARAH: DR. SAYYIDATINA BINTI


2

ISI KANDUNGAN
3

PENGENALAN

Akta Orang Kurang Upaya 2007 mentakrifkan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai seorang
atau individu yang mempunyai ketidakupayaan sama ada dari segi fizikal, mental, intelektual
atau pancaidera dalam tempoh jangka panjang. Individu tersebut juga berhadapan dengan
pelbagai halangan yang menyebabkan dirinya tidak dapat melibatkan diri secara efektif
dalam komuniti atau masyarakat di sekitaranya.

KATEGORI OKU

Terdapat 7 kategori OKU iaitu kategori Kurang Upaya Pendengaran, Kurang Upaya
Penglihatan, Kurang Upaya Fizikal, Kurang Upaya Pertuturan, Kurang Upaya Mental,
Kurang Upaya Pembelajaran, dan Kurang Upaya Pelbagai.

Individu OKU yang berada dalam kategori pertama iaitu Kurang Upaya Pendengaran
merupakan individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas sama ada menggunakan kedua-
dua telinganya tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar
langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Jabatan Kebajikan
Masyarakat mentakrifkan kurang upaya pendengaran sebagai ketidakupayaan pendengaran
kekal pada kedua-dua belah telinga atau disebelah telinga iaitu individu yang mengalami
kecacatan struktur telinga atau sindrom yang berkaitan gangguan fungsi telinga. Terdapat
empat jenis ketidakupayaan dalam kategori ini iaitu bilateral hearing loss, single sided
deafness (SSD) atau profound unilateral hearing loss, kecacatan telinga kekal atau sindrom
berkaitan pendengaran, dan lain-lain.

Individu yang berada dalam kategori kedua iaitu Kurang Upaya Penglihatan
merupakan individu yang tidak dapat melihat atau individu tersebut mengalami penglihatan
terhad di kedua-dua belah matanya walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan
seperti cermin mata atau kanta sentuh. Dalam kategori ini, terdapat dua tahap jenis OKU
Penglihatan, iaitu jenis buta secara keseluruhan atau kategori low vision atau partially
sighted. Jabatan Kebajikan Masyarakat mentakrifkan kurang upaya penglihatan sebagai buta
4

kedua-dua belah mata, atau buta di sebelah mata, atau penglihatan terhad di kedua dua belah
mata, atau lain-lain gangguan penglihatan kekal seperti albanism.

Individu yang berada dalam kategori ketiga iaitu Kurang Upaya Fizikal merupakan
individu yang mempunyai ketidakupayaan anggota badan, sama ada kehilangan atau tiada
satu anggota badan, atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan sehingga menggangu
aktiviti atau kefungsian asas fizikal individu tersebut. Keadaan ini boleh terjadi akibat
daripada kecederaan trauma atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori,
hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, dan ginekologi. Jabatan
Kebajikan Masyarakat menyatakan terdapat 7 sub kategori di bawah kurang upaya fizikal
iaitu limb defect, spinal cord injury, strok, kerdil, traumatic brain injury, cerebral palsy, dan
lain-lain ketidakupayan seperti Duchenne Muscular Dystrophy.

Individu yang berada dalam kategori keempat iaitu Kurang Upaya Pertuturan
merupakan individu yang tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan untuk
berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh individu lain yang
berinteraksi dengannya. Bagi kanak-kanak, penilaian perlu dibuat oleh Pakar pada usia 5
tahun dan keatas atau umur kurang daripada 5 tahun bagi kes-kes tertentu agar dapat
mengesahkan keadaan ketidakupayaan sebenar kanak-kanak tersebut. Terdapat 5 sub kategori
kurang upaya pertuturan seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu
complex communication disorder, motor speech disorder, voice disorder, fluency disorder,
dan resonance disorder.

Individu yang berada dalam kategori kelima iaitu Kurang Upaya Mental merupakan
individu yang berada dalam keadaan penyakit mental teruk dan telah diberi rawatan atau
telah disahkan berdasarkan diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar
Psikiatri. Individu tersebut telah menjalani rawatan daripada Pakar Psikiatri, namun individu
tersebut masih tidak berupaya untuk berfungsi disebabkan oleh penyakit yang dialami
olehnya. Terdapat 4 sub kategori ketidakupayaan jenis ini iaitu organic mental disorder,
schizophrenia, schizotypal atau delusional disorders, mood disorder, dan severe anxiety
disorder. Walaubagaimanapun, individu dalam kategori ini perlu mendapatkan pengesahan
5

daripada Pakar Psikiatri yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia
(NSR).

Individu yang berada dalam kategori keenam iaitu Kurang Upaya Pembelajaran
merupakan individu yang mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan
usia biologikalnya. Individu yang tergolong dalam kategori ini adalah individu yang
mengalami satu keadaan dimana perkembangan tidak selaras dengan usia sebenar. Terdapat 6
sub kategori dibawah ketidakupayaan ini iaitu Global Developmental Delay (GDD), sindrom
down, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autistic Spectrum Disorder (ASD),
kurang upaya intelektual, dan specific learning disability (SLD) seperti dyslexia, dyscalculia,
dan dysgraphia.

Individu yang berada adalam kategori ketujuh iaitu Kurang Upaya Pelbagai pula
merupakan individu yang mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara
umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini.

Di Malaysia, terdapat sebanyak 4.8 juta populasi Orang Kurang Upaya (OKU) namun
sehingga 30 September 2021, hanya seramai 587,608 orang sahaja individu OKU yang
mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jumlah ini meningkat
sebanyak 6,343 orang berbanding tahun 2020, iaitu seramai 581,265 orang individu OKU
yang berdaftar. Daripada data tersebut dapatlah kita fahami bahawa masih ramai individu
OKU tidak berdaftar dengan JKM kerana jumlah yang mendaftar masih terlalu kecil
berbanding dengan populasi sebenar OKU di Malaysia. Selain itu, seramai 5,635 orang
individu OKU telah menerima kad digital OKU manakala 6,221 orang lagi masih dalam
proses. Selain itu, terdapat juga individu OKU yang mendaftar masuk (enroll) sebagai Pelajar
Sarjana Muda (undergraduate) di institusi-institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang
dengan jumlah pelajar seramai 1,742 orang pada tahun 2014, 1,930 orang pada tahun 2015,
2,444 orang pada tahun 2016, 2,139 orang pada tahun 2017, dan 1,874 pada tahun 2018
(Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar, Rosnizam Maarof, Muhammad Juzaili Hisam, & Nik
Nor Farah Annysa Husin, 2020). Jumlah keseluruhan kemasukan pelajar OKU ke institusi
pengajian tinggi daripada tahun 2014 sehingga 2018 adalah seramai 10,129 orang berbanding
6

jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1,658,525 orang. Data ini menunjukkan nisbah
kemasukan pelajar OKU adalah terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar di
Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

DASAR OKU

Di Amerika, adalah menjadi satu larangan sekiranya hak-hak Individu Kurang Upaya di
diskriminasi sama ada hak-hak dalam sektor pekerjaan, pengangkutan, pendidikan, tempat
awam, atau tempat persendirian. Larangan ini telah termaktub di bawah Undang-undang Hak
Sivil, Akta Ketidakupayaan Amerika (American Disabilities Act) pada tahun 1991. Akta ini
digubal bagi memastikan Indvidu Kurang Upaya di Amerika menikmati peluang dan hak
sama rata seperti orang lain. Pada tahun 2009, American Disabilities Act telah meminda
definisi hilang upaya.

Di Malaysia, Dasar OKU digubal sebagai asas bagi memastikan peluang, hak dan
kesaksamaan individu OKU dinikmati bersama agar OKU dapat menjalani kehidupan dengan
baik dan selesa sebagai anggota dalam masyarakat. Dasar ini juga mengutamakan nilai-nilai
kemanusiaan seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan agar individu OKU dapat hidup
berdikari dalam masyarakat. Terdapat 4 objektif utama Dasar OKU di Malaysia iaitu
memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang
yang sama rata dalam masyarakat, memastikan OKU menikmati hak-hak mereka, peluang
dan akses terhadap kemudahan dan fasiliti secara saksama, menghapus diskriminasi terhadap
ketidakupayaannya, dan mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak-
hak OKU.

Terdapat 10 teras strategik Dasar OKU di Malaysia yang melibatkan indikator khusus,
masa (time-frame), sasaran, dan pelbagai kementerian dan agensi peneraju bagi memastikan
pelan strategik dapat dilaksanakan dengan inklusif dan komprehensif selaras dengan objektif
dan dasar OKU di Malaysia. Teras strategik pertama adalah meningkatkan aksesibiliti OKU
melalui strategi meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup OKU supaya lebih produktif dan
inklusif. Hal ini bertujuan untuk memastikan OKU dapat menikmati kemudahan dan akses
fasiliti sama ada di Bandar atau pun di luar Bandar berkonsepkan persekitaran bebas
halangan (barrier-free) seperti kemudahan sukan, kemudahan laluan pejalan kaki kepada
7

OKU, kemudahan tempat letak kereta (parking), kemudahan masuk ke pusat membeli-belah,
akses kepada fasiliti kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU seperti laluan masuk
ke dalam LRT, ETS, komuter, bas awam, akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT), serta akses kepada kemudahan perbankan dan insurans.

Teras strategik kedua adalah memperkasakan ekonomi OKU melalui strategi


meningkatkan penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka, inklusif dan boleh diakses
bagi membolehkan individu OKU hidup berdikari dan dapat memberi sumbangan kepada
pembangunan Negara. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada
individu OKU dalam semua sektor pekerjaan sama sektor awam atau pun swasta. Selain itu,
peluang self-employment kepada individu OKU juga ditingkatkan melalui penyertaan dalam
Program Pemerkasaan Ekonomi dan bidang keusahawanan, serta galakkan dalam latihan
vokasional dan lain-lain program sokongan pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor awam,
swasta atau badan bukan kerajaan (NGO). Strategi ini disokong oleh kerajaan dengan
mewujudkan dasar 1% perjawatan OKU dalam sektor awam berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 iaitu Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang
Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya.

Teras strategik ketiga adalah meningkatkan akses OKU kepada pendidikan melalui
strategi pendidikan yang berkualiti dan inklusif di semua peringkat termasuk pendidikan
sepanjang hayat ke arah pembangunan modal insan individu OKU yang berbakat dan
berpotensi tinggi. Strategi ini adalah untuk meningkatkan akses OKU terhadap sistem
pendidikan yang saksama terutamanya kepada golongan kanak-kanak OKU seperti yang
dinikmati oleh masyarakat di Negara dan memperkukuhkan mekanisma perkhidmatan
sokongan pendidikan yang berkualiti dan efektif. Data kemasukan pelajar OKU ke institusi
pengajian tinggi masih lagi rendah berbanding jumlah keseluruhan pelajar sebenar yang
mendaftar masuk ke dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia (Syed Muhammad Rafy
Syed Jaafar, Rosnizam Maarof, Muhammad Juzaili Hisam, & Nik Nor Farah Annysa Husin,
2020). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan langkah proaktif
dalam memastikan halangan terhadap pendidikan dalam kalangan pelajar OKU dapat diatasi
melalui Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya Di Institut
Pengajian Tinggi. Dasar ini telah dirasmikan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia iaitu
8

Dr. Maszlee Malik yang bertujuan untuk memastikan agar setiap institusi pendidikan tinggi
melaksanakan Dasar Inklusif OKU secara holistik dan komprehensif agar pelajar OKU dapat
menikmati peluang kemasukan ke pusat pengajian tinggi dengan selamat dan selesa tanpa ada
halangan yang boleh menyekat perkembangan pembelajaran mereka.

Teras strategik keempat adalah meningkatkan akses OKU kepada fasiliti kesihatan
melalui strategi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan agar OKU dapat menjalani
kehidupan yang sejahtera seperti program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal
kesihatan (primary care), kemudahan laluan masuk dan keluar ke dalam fasiliti kesihatan
seperti klinik atau hospital, kemudahan terhadap akses perubatan yang berkualiti, dan
sebagainya. Selain itu, strategi untuk mengukuh dan memperluaskan akses OKU kepada
perkhidmatan atau program habilitasi dan rehabilitasi yang lebih komprehensif seperti
kesihatan, pekerjaan, pendidikan, dan sosial agar OKU dapat menyertai masyarakat dengan
inklusif, selamat dan selasa serta dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan
sejahtera.

Teras strategik kelima adalah memperkukuhkan perkhidmatan sosial kepada OKU


melalui tiga strategi iaitu meningkatkan akeses kepada kehidupan berbudaya, rekreasi dan
sukan, meningkatkan lebih banyak peluang untuk memiliki rumah kediaman dan
memantapkan mekanisme perlindungan sosial dan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.
Ketiga-tiga strategi ini adalah untuk melahirkan individu OKU yang berbakat dan berpotensi
tinggi dalam bidang sosial, kebudayaan, rekreasi, dan sukan. Selain itu, memastikan individu
OKU dalam menikmati kehidupan yang berkualiti dengan memiliki rumah kediaman serta
memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera sebagai
anggota dalam masyarakat.

Teras strategik keenam adalah meningkatkan penyertaan OKU dalam perancangan


dan pembuatan keputusan melalui strategi meningkatkan penyertaan individu OKU dalam
proses perancangan serta pembuatan keputusan. Hal ini termasuklah dalam proses
perancangan dan membuat keputusan ke atas dasar-dasar kerajaan seperti bidang politik,
pengurusan, professional, dan sebagainya serta meningkatkan kesedaran dan keterlibatan
OKU dalam proses pengundian. Terdapat beberapa tokoh individu Oku yang telah mendapat
9

tempat dalam bidang politik, pengurusan dan professional seperti Tan Sri Ras Adiba Radzi
yang telah dilantik sebagai Senator Ahli Dewan Negara.

Teras strategik ketujuh adalah menambah baik akses terhadap pengurusan risiko dan
bencana melalui strategi pembangunan pelan dan pengurusan risiko bencana kepada individu
OKU. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan serta meminimakan risiko bencana dalam
kalangan OKU serta menambah baik akses OKU semasa berlakunya risiko bencana.

Teras strategik kelapan adalah penyelidikan dan pembangunan melalui 2 strategi


utama iaitu menggalakkan penyelidikan dan pembangunan terhadap individu OKU dengan
menyebar luaskan hasil penyelidikan tersebut untuk tindakan penambahbaikkan kepada
dasar-dasar sedia ada serta untuk memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian program-program OKU. Hal ini bertujuan untuk pengumpulan
data yang komprehensif mengenai maklumat OKU, meningkatkan serta menggalakkan kajian
penyelidikan yang inklusif dan komprehensif terhadap individu OKU serta meningkatkan
kolaborasi dalam melaksanakan program-program yang bersesuaian dan berkesan kepada
golongan sasaran iaitu OKU.

Teras strategik kesembilan adalah advokasi iaitu meningkatkan kesedaran dan


membentuk sikap positif dalam kalangan masyarakat terhadap OKU serta menjalin dan
memperkukuhkan rangkaian kerjasama di antara multi sektor Negara-negara serantau dan
dunia dalam meningkatkan kefahaman, kesedaran dan memperkukuhkan advokasi
pembangunan dan kesejahteraan terhadap OKU. Selain itu, strategi ini juga bertujuan untk
memberi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman sama ada dalam kalangan ahli keluarga
atau anggota masyarakat terhadap isu ketidakupayaan individu OKU. Kajian tinjauan yang
dijalankan oleh Unicef (2016) terhadap 756 responden dari negeri Selangor, Kelantan, Sabah,
dan Sarawak mendapati bahawa 58% responden tidak mempunyai maklumat yang cukup
mengenai kanak-kanak kurang upaya manakala 87% responden mempuyai keinginan untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai ketidakupayaan. Advokasi juga bertujuan untuk
menggalakkan keterlibatan sukarelawan dalam program-program pembangunan dan advokasi
OKU, serta menggalakkan keterlibatan sektor korporat dalam melaksanakan tanggungjawab
sosial korporat (Corporate Social & Responsibility) terhadap golongan OKU.
10

Teras strategik kesepuluh adalah konvensyen hak OKU dengan melaksanakan


undang-undang selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak OKU (KMHO). Hal ini bertujuan
untuk mengkaji dasar-dasar dan perundangan sedia ada agar tidak bercanggah dengan
KMHO.

PROGRAM UTAMA OKU

Terdapat sebanyak 12 program utama yang telah diwujudkan oleh Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
mengkhususkan kepada individu OKU di Malaysia. Program Pemulihan Dalam Komuniti,
Institut Taman Sinar Harapan, Institut Bengkel Daya, Perkhidmatan Institusi Pusat Latihan
Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Program Perkhidmatan Job Coach, Program
Independent Living Centre (ILC), Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU),
Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi OKU, Taska OKU, Pusat Khidmat Setempat
(PKS), dan Disability Equality Training (DET). Walaubagaimanapun dalam penugasan ini,
kumpulan kami memfokuskan kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDP) sahaja.

Program Pemulihan Dalam Komuniti merupakan program yang dipelopori oleh World
Health Organization (WHO). Jabatan Kebajikan Masyakarat di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil insiatif untuk
melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara menyeluruh di Malaysia.
Program ini merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan,
latihan, pendidikan, kesamarataan peluang, dan integrasi sosial OKU bersama masyarakat
setempat. PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu di antara OKU, keluarga, komuniti dan
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian di seluruh
Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat
tempatan, berdikari dan rasa bertanggungjawab terhadap OKU, menggembleng sumber
tempatan untuk pemulihan sumber tempatan bagi pemulihan OKU, menggalakkan
penggunaan, teknik dan cara yang mudah diterima, murah, efektif, dan dengan keadaan
setempat, menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberikan
perkhidmatan, serta mengambil kira sumber ekonomi Negara dan membolehkannya untuk
11

diperluaskan mengikut keperluan OKU. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan
ke arah sokongan kepada OKU agar dapat menikmati taraf hidup yang lebih selesa sebagai
anggota masyarakat.

PDK berteraskan kepada 3 model utama iaitu home based, centre based dan centre-
home based. Modul home based memfokuskan kepada program pemulihan di rumah OKU
yang tidak dapat hadir ke PDK disebabkan oleh kecacatan yang dialaminya atau pun
disebabkan oleh masalah pengangkutan. Program ini akan dijalankan selama 4 jam sehari di
rumah OKU tersebut. Ezu tolong part ni

KAUNSELING KERJAYA OKU DI SEKOLAH

Fasa kesedaran (part ezu)

Guru Bimbingan Kaunseling atau Kaunselor Sekolah bukan sahaja perlu mahir dalam
kemahiran kaunseling atau teori kaunseling dan psikologi, malahan perlu mempunyai
kemahiran khusus bagi membina hubungan teraputik terutamanya kepada Murid
Berkeperluan Khas. Guru Bimbingan Kaunseling perlu lebih prihatin dan mahir dalam
mengintegrasikan teori, kemahiran kaunseling dan pendekatan yang bersesuaian dengan
Murid Berkeperluan Khas agar dapat membantu pelajar yang mempunyai ketidakupayaan
berhadapan dengan isu, masalah atau situasi yang mengganggu mereka. Maka, Guru
Bimbingan Kaunseling perlu mempunyai teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan
pelajar yang mempunyai masalah ketidakupayaan di sekolah. Pendekatan yang bersesuaian
bertujuan untuk mengubah cara golongan OKU berfikir, merasa atau bertindak dalam situasi
disebabkan oleh ketidakupayaan mereka (Susan Stuntzner dan Michael T. Hartley 2014).
Antara teknik yang telah mempunyai kajian emperikal adalah teknik kemaafan (self-
forgiveness), self-compassion dan daya tahan kendiri bagi membantu mengurangkan emosi
negatif dalam diri mereka seterusnya dapat meningkatkan fungsi dan kesejahteraan golongan
OKU.

Walaupun terdapat perkhidmatan Kaunseling Kerjaya di sekolah-sekolah, namun


kebanyakkan Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah (GBK) tidak mempunyai kemahiran atau
latihan khusus dalam memberikan bimbingan dan kaunseling kepada Murid Berkeperluan
Khas. Kajian kualitatif terhadap tiga buah sekolah yang menyediakan Program Pendidikan
12

Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif di Sabah mendapati Guru Bimbingan
Kaunseling kurang kesedaran, kurang memberikan perhatian kepada perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada Murid Berkeperluan Khas, dan
perkhidmatan kaunseling hanya tertumpu kepada Murid Berkeperluan Khas Program
Pendidikan Inklusif sahaja (Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman, 2019). Selain itu,
Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah tiada latihan yang khusus, tidak mempunyai
pengetahuan, teori, pendekatan dan strategi yang mendalam berkaitan kaunseling kerjaya
murid berkeperluan khas (Sazalia Mohd Salleh & Rosadah Abdul Majid, 2019). Terdapat
juga Guru Bimbingan Kaunseling sekolah yang kurang kurang memberikan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling kepada Murid Berkeperluan Khas disebabkan oleh bebanan tugas
yang tinggi (Rohaida, 2017).

Oleh itu, Guru-guru Bimbingan Kaunseling perlu menerima latihan, bimbingan dan
persediaan yang lebih inklusif dan komprehensif agar dapat memberikan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling secara professional, efektif dan efisyen bukan sahaja kepada
murid-murid berkeperluan khas, malahan kepada semua pelajar di sekolah, guru-guru, dan
kepada ahli keluarga yang terlibat. Menurut Azharizah Saimi dan Salleh Amat (2011), Guru
Bimbingan Kaunseling tidak mempunyai pengetahuan dan latihan khusus dalam
mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid berkeperluan khas, namun
mereka mempunyai persepsi positif dan bersedia memberikan kepada para pelajar
berkeperluan khas.

MODUL KHUSUS KEPERLUAN OKU (PART LOGA)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Program Pendidikan Khas Bagi Pelajar
Berkeperluan Khas melalui Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia di
13

bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 1997. Program ini merupakan suatu program
yang disediakan dan ditawarkan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau pendengaran. Program yang diimplementasikan ini terbahagi
kepada 3 kategori utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program
Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga-
tiga program utama ini disediakan di peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah.
Selain itu, terdapat juga pendidikan yang disediakan di peringkat teknik dan vokasional
khusus kepada pelajar yang mempunyai masalah pendengaran, malahan pelajar-pelajar
berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat politeknik melalui program
pendidikan secara inklusif bagi pelajar yang berkelayakkan.

Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khusus, seperti murid


pendidikan khas, murid peribumi dan kumpulan minoriti yang lain seperti Orang Asli dan
Penan, murid pintar cerdas dan murid di sekolah kurang murid, mempunyai peluang untuk
mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan mereka. [Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)]. Selaras dengan dasar sedia ada, murid
berkeperluan khas boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah
pendidikan khas yang menempatkan murid kurang upaya penglihatan, kurang upaya
pendengaran, dan masalah pembelajaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan sekolah arus perdana yang
mempunyai kelas khas untuk murid berkeperluan khas dan Program Pendidikan Inklusif bagi
murid berkeperluan khas yang boleh belajar bersama-sama murid arus perdana dengan
menempatkan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam satu kelas. Terdapat dua jenis
pendidikan inklusif yang dilaksanakan di Malaysia, iaitu pendidikan inklusif penuh dan
pendidikan inklusif separa (integrasi). Inklusif penuh bermaksud murid berkeperluan khas
yang terpilih akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
Namun, senarai nama murid akan kekal dalam pendaftaran kelas khas. Inklusif separa pula
adalah di mana murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas
biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Murid tersebut akan mengikuti semula program di
kelas pendidikan khas pada waktu yang selebihnya. Sama seperti pada inklusif penuh, senarai
nama murid tersebut akan didaftarkan dalam program Pendidikan Khas.
14

Menurut Saiful (2018), sistem pendidikan khas di Malaysia boleh dibahagikan kepada
lima dimensi iaitu pengesanan awal, intervensi, dan sokongan penjagaan kesihatan,
keluwesan, kerelevanan, dan kualiti kurikulum, guru dan tenaga pakar, infrastruktur dan
kewangan dan kesedaran dan pelibatan awam. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri
inisiatif bagi mencapai objektif Akta Kurang Upaya 2008 iaitu murid berkeperluan khas perlu
diberi sokongan untuk membantu mereka mencapai pelibatan penuh dan kesamarataan dalam
pendidikan. Gelombang 1 memberi tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada.
Gelombang 2 akan memberi tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan menambah jumlah
pakar sedia ada bagi menangani pertambahan murid berkeperluan khas dan kepelbagaian
keperluan khas yang timbul. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan
menggabungkan inisiatif yang berjaya.

Gelombang 3 (2021 - 2025) merujuk kepada menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam
Gelombang 3, kementerian akan menilai kejayaan semua inisiatif yang dilaksanakan dalam
dua gelombang sebelum ini dan membangunkan pelan tindakan masa depan. Matlamatnya
adalah untuk memberikan setiap murid berkeperluan khas akses kepada pendidikan berkualiti
tinggi dan relevan yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka, melengkapi setiap
guru dengan pengetahuan asas pendidikan khas, dan mendapatkan 75% murid berkeperluan
khas mendaftar dalam program pendidikan inklusif menjelang 2025.

Dasar inklusif OKU juga telah dilaksanakan di semua institusi pendidikan tinggi bagi
memastikan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar-
pelajar OKU yang mendapat tempat sama ada di Universiti awam ataupun universiti swasta.
Tujuan dasar ini adalah untuk mewujudkan budaya masyarakat yang prihatin terhadap OKU,
mewujudkan persekitaran berasaskan kasih sayang, hormat dan menyerdiakan program
pembangunan kerjaya OKU.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan Program


Transisi Kerjaya kepada murid bekeperluan khas (MBK) yang ditujukan kepada pelajar-
pelajar OKU di sekolah menengah. Objektif program ini adalah untuk menyediakan dan
menyokong proses transisi MBK ke arah menempuh alam pekerjaan dan alam dewasa dari
segi beberapa aspek seperti kekeluargaan, sosial kemasyarakatan dan rekreasi berdasarkan
15

keupayaan, kekuatan, minat dan potensi MBK setelah tamat sekolah menengah. Program ini
menggunakan modul khusus untuk meningkatkan kemahiran kehidupan, advokasi diri dan
pendedahan di tempat kerja. MBK diberi latihan bagaimana mereka perlu memainkan
peranan sebagai pekerja termasuk berdisiplin dan mematuhi arahan dan peraturan di tempat
kerja. Modul ini berasaskan 6 komponen iaitu kemahiran hidup, kemahiran advokasi diri,
kemahiran membudayakan kehidupan kedewasaan, kemahiran kerjaya, kesediaan kerjaya dan
pembangunan sokongan di tempat kerja. Maka, modul ini juga memberikan pengalaman
dalam situasi kerja sebenar yang dilalui oleh MBK melalui program latihan industri
membantu mereka untuk lebih bersedia menempuh alam pekerjaan dan kedewasaan selepas
menamatkan alam persekolahan. (Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif OKU di IPT)

Terdapat juga beberapa modul yang dilaksanakan oleh pihak luar yang prihatin
terhadap OKU di negara kita. Antaranya ialah latihan maya kejayaan OKU yang telah
dibangunkan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM. Latihan ini merupakan
latihan maya untuk OKU yang pertama di Malaysia bagi memberikan motivasi mereka yang
baharu hilang keupayaan akibat kemalangan atau penyakit. Modul ini mengambil masa
selama satu jam setengah dan sesuai untuk menaikkan semangat kepada yang trauma dan
berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan fizikalnya selepas terbabit kemalangan.

Suatu modul pembelajaran juga dibangunkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
USM. Modul pembelajaran USM ini membantu melatih OKU supaya berdikari. Pelatih OKU
akan mengikut latihan selama 1 hingga 6 bulan bergantung kepada keperluan mereka dan
dalam tempoh tersebut mereka akan menggunakan modul ini. Bimbingan dan latihan akan
diberikan sehingga mereka berkeyakinan dan boleh berdikari serta membina kerjaya dalam
bidang perniagaan ataupun pertanian. Ia memberikan peluang kepada OKU untuk
meningkatkan ekonomi dan kemahiran berdikari bagi meneroka peluang baharu dan boleh
bersaing di pasaran terbuka.

Modul latihan pembangunan sosioekonomi telah dianjurkan oleh Agrobank yang


menawarkan kursus pemasaran digital dalam talian secara percuma kepada usahawan
berdaftar dengan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia melalui Program Zero Cost
Marketing. Program ini diadakan selama 2 hari seminggu bagi tempoh tiga bulan. Program
16

ini dibekalkan dengan modul latihan sosioekonomi menerusi kelas bombing komprehensif.
Melalui modul ini OKU boleh menyediakan diri mereka dengan ilmu dan pengetahuan
baharu berkaitan trend perniagaan semasa. Maka, dasar-dasar yang diwujudkan oleh
kementerian dan juga program-program yang dianjurkan oleh pihak luar memberikan
manfaat kepada orang OKU.

Walaubagaimanapun, terhadap cabaran dalam perkembangan kerjaya OKU.


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Saidi, Amin, Mohamad Aun, Selamat, &
Mohd Nor (2018), terdapat sembilan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan Kurang
Upaya Penglihatan di Malaysia dalam isu perkembangan kerjaya iaitu faktor ketakupayaan,
usia, gender, tahap pendidikan, latihan dan program, keluarga, majikan, pengangkutan, dan
polisi syarikat. Oleh itu, kaunselor perlu memberikan perhatian terhadap isu cabaran kerjaya
dalam kalangan OKU ini.

KAUNSELING KELOMPOK KEPADA OKU

Khoo Bee Lee (2014), kaunseling kelompok merupakan perkembangan suatu perhubungan
antara individu. Perhubungan ini mempunyai ciri seperti kepercayaan, penerimaan, hormat-
menghormati, kemesraan, komunikasi dan fahaman. Kelompok ini terdiri daripada seorang
kaunselor dan beberapa orang klien yang bertemu dengan tujuan menolong antara satu sama
lain. Tujuannya adalah untuk menghadapi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan
cara-cara menghadapi cabaran tersebut. Menurut Dayang Masiah (2019), kaunseling
kelompok ialah satu proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman
ahli dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli kelompok. Menurut Azizah
(2019), program pendidikan kerjaya menggunakan pendekatan kaunseling kerjaya secara
kelompok telah mempelbagaikan akternatif komunikasi antara kaunselor pelatih dan pelajar
sekolah.

Menurut Ee Ah Meng, Suppiah dan Taquddin (2011) terdapat lima peringkat


kaunseling kelompok iaitu peringkat permulaan, peringkat konflik, peringkat perkembangan
dan kesepaduan, peringkat hasil dan penamatan. Pada peringkat permulaan, kaunselor akan
memperkenalkan dirinya dan menggalakan penyertaan setiap ahlinya. Peringkat ini juga
membantu ahli untuk berfikir tentang harapan mereka daripada sesi kaunseling kelompok
17

tersebut. Peringkat konflik, ahli-ahli akan berasa kaunselor tidak memainkan peranan dan
memerlukan sesuatu yang lebih berstruktur. Ahli-ahli akan berasa dirinya tidak diberikan
perhatian oleh kaunselor. Pada peringkat perkembangan dan kesepaduan, kepercayaan dalam
ahli akan meningkat dan mula berasa selesa untuk berkongsi masalah dan pengalaman
mereka. Ahli-ahli juga akan memberikan idea-idea dengan berani. Pada peringkat hasil,
perhubungan antara ahli-ahli begitu padu dan teguh. Ahli-ahli akan menerima apa jua kritikan
dengan hati yang terbuka. Akhirnya, peringkat penamatan memberikan peluang kepada ahli-
ahli meluahkan perasaan mereka. Ada juga ahli yang tidak mencapai matlamatnya tetapi
sekurang-kurangnya mereka dapat berkenalan dengan ahli lain dan dapat mempelajari
beberapa kemahiran.

Menurut Zunker (2015), ahli-ahli kelompok perlu mengisi inventori kaunseling


vokasional yang akan digunakan sebagai alat ukuran. Kaunseling kelompok tersebut
mempunyai 4 sesi yang berstruktur iaitu kaunseling penyesuaian diri/ sosial (personal / sosial
adjustment counselling), gabungan rakan sebaya (peer group affiliation), gabungan pekerja-
penyelia (worker-supervisor affiliation) dan sikap pekerja (job attitude). Aktiviti yang
dijalankan dalam penyesuaian diri/ sosial ialah kaunselor menjelaskan tujuan sesi kaunseling,
perkongsian tentang masalah pekerja OKU, masalah menyesuaikan diri dalam masyarakat
dan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja mereka. Dalam sesi gabungan rakan
sebaya pula akan mengadakan perkongsian tentang kepentingan rakan sebaya yang baik,
menerima bekerja dengan orang lain dan juga pengaruh persekitaran kerja terhadap kepuasan
bekerja. Seterusnya sesi gabungan pekerja-penyelia pula kauselor akan melaksanakan sesi
mengenai faktor yang mempengaruhi hubungan baik dengan penyelia, peranan penyelia,
kepentingan mempunyai hubungan antara pekerja dan penyelia yang baik supaya boleh
bekerja dengan cekap dan puas. Akhirnya, sesi tentang sikap pekerja akan membincangkan
tentang faktor-faktor yang menjayakan kerjaya, perkembangan sikap dan kecekapan bekerja.

PERANAN KAUNSELOR TERHADAP KLIEN OKU

Menurut kajian Lau Poh Li et.al (2011) dalam Azemi, Noor Azniza, Nurul Naimah dan Ashli
Abdullah (2018) dalam terdapat beberapa peranan kaunselor dalam membantu klien OKU.
Antaranya ialah merasionalkan sistem pemikiran klien, menjalankan sesi kelompok, menjalin
18

kerjasama dengan NGO dan berpengetahuan tentang OKU dan pengunaan alat ukuran.
Berdasarkan kenyataan Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2013), gangguan yang dialami
oleh seseorang individu berpunca dari sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menjadi
pegangan mereka. Dalam situasi ini, kaunselor berperanan untuk menukar sistem
kepercayaan tersebut kepada sistem kepercayaan yang lebih rasional. Kaunselor boleh
membantu klien OKU dengan membuktikan kepada klien tersebut bahawa sistem
kepercayaan selama ini adalah satu kesilapan. Maka, kaunselor perlulah membuktikan kepada
klien bahawa kepercayaan-kepercayaan negatif menghalang mereka untuk menyesuaikan diri
dalam masyarakat.

Selain menjalankan sesi kaunseling individu, kaunselor boleh membantu golongan


OKU dengan menjalankan sesi kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok ini memberikan
ruang kepada setiap klien untuk berkongsi perasaan, pengalaman, masalah dan juga boleh
membincangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh klien-klien OKU. Menurut Gadza (1969) dalam Ee Ah Meng, et.al (2011) ahli
kelompok berpeluang mempelajari cara-cara baharu mengendalikan masalah dengan
memerhatikan ahli-ahli lain menyelesaikan masalah yang sama ataupun hampir sama. Maka,
sesi kaunseling kelompok ini membantu golongan OKU mempelajari cara-cara mengatasi
cabaran yang dihadapi oleh mereka dengan memerhati ahli kelompok yang lain. Selain itu,
mereka juga akan mendapat sokongan kelompok yang positif dan merangsang seseorang ahli
kelompok OKU untuk bertindak kea rah tingkah laku yang produktif. Maka, kaunselor
memain peranan untuk menggalakan ahli kelompok meluahkan masalah dan perasaan
mereka. Oleh itu, kaunselor perlulah cekap mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
kaunseling dalam proses membantu ahli kelompoknya.

Kaunselor yang memberikan perkhidmatan kepada OKU juga berperanan menjalin


kerjasama erat dengan pihak yang mungkin terlibat dengan golongan OKU seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), hospital, dan organisasi bukan kerajaan yang lain.
Kerjasama ini bagi membolehkan jabatan-jabatan tersebut merujuk OKU yang mendapatkan
perkhidmatan mereka kepada pertubuhan.
19

Kaunselor juga boleh menjalankan sesi kauseling untuk ahli keluarga yang
mempunyai OKU dalam keluarga mereka. Ahli keluarga memainkan peranan penting dalam
membantu golongan OKU menyesuaikan diri dengan masyarakat dan dunia pekerjaan.
Sokongan emosi yang tinggi juga akan memberi kesan positif kepada latihan dan
perkembangan kerjaya OKU. Hasil kajian Aizan Sofia, Jamiah, Noremy (2017) menyatakan
bahwa sokongan yang padu daripada keluarga mereka dan mempunyai hubungan yang baik
dengan ahli keluarga. Kebanyakan daripada mereka melihat keluarga sebagai elemen yang
paling penting dalam hidup kerana penjagaan utama diberikan oleh ahli keluarga mereka
sendiri dan bukan diberikan oleh agensi kebajikan negara atau pihak-pihak lain. Ahli
keluarga turut sama terlibat dalam program pemulihan dan penyesuaian untuk OKU,
pemahaman terhadap mereka yang kurang upaya akan meningkat dan boleh mengurangkan
kerisauan terhadap keselamatan ahli keluarga mereka yang kurang upaya.

Pengetahuan yang mendalam tentang kategori-ketegori kecacatan amat diperlukan


oleh kaunselor agar mereka tahu apa kekurangan dan limitasi yang ada pada OKU yang
mempunyai sesuatu kecacatan. Hasil dapatan Azemi et.al (2018) juga menyatakan bahawa
kaunselor yang memahami budaya, bahasa isyarat sebagai media perhubungan amat
membantu golongan OKU dalam sesi kaunseling. Dapatan ini selari dengan dapatan Jampel
(2010) bahawa Begitu juga dengan Jampel (2010) mengatakan kaunselor yang memahami
bahasa isyarat, budaya OKU dan keempatian dapat membantu OKU berjumpa kaunselor.
Mereka lebih menerima kaunselor yang ingin menjalankan sesi kaunseling dengan mereka
dan mewujudkan rasa lebih mesra klien dengan kaunselor. Maka, dalam usaha untuk
membantu golongan ini kaunselor perlu menyediakan diri dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat melaksanakan sesi kaunseling dengan mereka. Ada juga kajian yang
menyatakan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran merupakan salah satu cabaran kepada
kaunselor-kaunselor di hospital. Kajian Pravina, Aizan and Nasrudin (2021), kurang
pengendalian sesi kaunseling bersama OKU memberikan kesan kepada tahap pengetahuan
dan kemahiran. Hasil dapatan juga menyatakan bahawa kurang pengalaman dalam
memberikan sesi kaunseling kepada klien OKU dan kurang pendedahan seperti kursus dan
ceramah yang dianjurkan kepada kaunselor yang bekerja di hospital.
20

Pengetahuan tentang penggunaan alat ukuran perlu ada pada diri seseorang kaunselor
yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada golongan OKU. Kaunselor perlu
berkemahiran dalam mentadbir dan membuat interpretasi terhadap ujian keupayaan, sikap,
pencapaian, minat, personaliti, dan konsep kendiri OKU. Pengetahuan tentang alat ukuran
tersebut membantu kaunselor memahami klien dengan lebih mendalam.

ALAT UJIAN UNTUK INDIVIDU OKU

Terdapat beberapa alat ujian yang boleh digunakan kepada golongan OKU. Nor Wahiza &
Seyedali, Jeffrey, Noraini & Siti Aishah (2021) telah menggunakan Self – Acceptance Scale
(SAS) dalam kajian mereka bagi mengukur penerimaan kendiri dalam kalangan golongan
OKU fizikal. Hasil dapatan kajian tersebut telah memberikan maklumat yang komprehensif
tentang penerimaan kendiri OKU di negara Malaysia. SAS juga boleh dijadikan sebagai alat
ukur yang yang membantu ahli keluarga dan guru memahami tentang penerimaan diri oleh
OKU fizikal dan boleh memberikan bantuan berdasarkan data-data SAS tersebut. SAS juga
boleh membantu kaunselor menjalankan sesuatu program yang lebih berkesan dan boleh
digunakan untuk membina profil OKU fizikal sebelum mereka menyertai sesuatu program
secara bersemuka ataupun maya.

Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) adalah alat ukur yang boleh digunakan untuk
mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Kajian oleh Mohd
Arsad (2021), telah menggnakan TSCS ini bagi mengetahui konsep kendiri dalam kalangan
OKU. Alat ukur TSCS mempunyai 100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif
yang memberikan respon jawapan berbentuk skala likert lima mata dan dibangunkan
menggunakan pendekatan rasional. Alat ukur yang sama boleh digunakan untuk tujuan
kaunseling dan diagnosis. Perbezaan antara keduanya adalah dari segi pemerkatan. Stensil
pemarkatan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain. Alat
ukuran TSCS dapat mengenal pasti lapan komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu
Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral
dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai skala
khusus yang digunakan untuk mengukur Kritik Kendiri.
21

Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC) merupakan ujian IQ untuk kanak-
kanak berumur 6 hingga 16 tahun. Ujian ini mempunyai beberapa subujian. Subujian
memberikan dibahagikan kepada dua bidang kecerdasan yang berbeza iaitu kemahiran lisan
dan kemahiran spatial (prestasi). Ujian lisan termasuk perbendaharaan kata, persamaan,
pemahaman, matematik, dan pengetahuan maklumat. Ujian prestasi pula mengandungi
penyiapan dan susunan gambar; reka bentuk blok; perhimpunan objek; dan coding. Gulsen
Erden, İbrahim, Cihat & Melike (2022) telah menggunakan WISC ini dalam kajian mereka
untuk mengetahui kegunaan Skala Kecerdasan Wechsler versi Turki untuk Edisi Keempat
Kanak-kanak (WISC-IV) untuk membezakan kanak-kanak normal daripada kanak-kanak
OKU. Kajian ini dilakukan terhadap 201 kanak-kanak biasa dan 201 kanak-kanak OKU.

Stanford-Binet Intelligence Scale (SBIS) juga merupakan ujian IQ yang digunakan


untuk mereka yang berumur antara 2 hingga 23 tahun. Terdapat lima belas subujian untuk
kumpulan yang lebih tua. Enam subujian diberikan kepada semua kumpulan umur. Ini ialah
perbendaharaan kata, pemahaman, analisis pola, kuantitatif, ingatan manik, dan ingatan ayat.
Dalam kajian oleh Urszula, Pawel, Michal, Ariadna, Anna & Bartosz (2022) telah
menggunakan SBIS untuk mengenal pasti kumpulan profil kognitif homogen dalam
heterogen populasi pelajar dengan Mild Intelectual Disability (MID). Kecacatan dinilai
berdasarkan prestasi mereka pada SBIS Edisi Ke-5

Banyak lagi alat ujian yang digunakan oleh kaunselor kepada OKU di seluruh dunia.
Kajian oleh Marleen, Annette dan Muirne (2021) menyatakan bahawa professional yang
bekerja dengan orang yang kurang upaya intelek dan pelbagai (PIMD) menggunakan
pelbagai alat penilaian kepada PIMD. Antaranya ialah Inventory of the Personal Profile and
Support (IPS), Behavior Problem Inventory (BPI), Modified Ashworth Scale (MAS), Pain
Behaviour Checklist dan sebagainya.

American Psycological Association (APA) telah menghasilkan garis panduan


penilaian dan intervensi kepada OKU (APA GUIDELINES for Assessment and Intervention
with Persons with Disabilities). Garis panduan ini ditujukan kepada ditujukan terutamanya
untuk ahli psikologi dan pelatih psikologi yang bekerja dalam pelbagai tetapan dengan klien
OKU. Garis Panduan ini juga mengiktiraf bahawa ahli psikologi yang pakar dalam bekerja
22

dengan klien orang kurang upaya boleh mendapatkan latihan hilang upaya yang lebih meluas
selaras dengan amalan khusus. Berikut merupakan garis panduan yang terdapat dalam APA
GUIDELINES for Assessment and Intervention with Persons with Disabilities (2022).

Pertamanya ialah pakar psikologi untuk memastikan kesahihan penilaian dengan


mempertimbangkan faktor berkaitan ketidakupayaan apabila memilih alat penilaian dan
menilai norma ujian. Pakar psikologi perlu menentukan sama ada sama ada norma am ujian
atau mana-mana norma khusus yang wujud adalah sesuai untuk digunakan dengan individu
kurang upaya berdasarkan persamaan peserta dan konstruk yang diminati. Ahli psikologi
harus cuba mencari instrumen yang memaksimumkan pengumpulan maklumat yang sah dan
merujuk manual ujian dan penerbit untuk mendapatkan maklumat yang mungkin boleh
digunakan. Pakar psikologi dinasihatkan untuk mengelakkan ujian dengan berat sebelah atau
masalah penting untuk digunakan dengan individu kurang upaya. Menurut Hills (2007), ahli
psikologi mengelakkan ujian kognitif yang memerlukan kemahiran bahasa pertuturan yang
meluas dalam penilaian OKU pekak yang bahasanya tidak bergantung kepada struktur
pertuturan bahasa Inggeris.

Seterusnya, pakar psikologi perlu berusaha untuk menyediakan kemudahan yang


sesuai kepada orang kurang upaya untuk mengalakkan penyertaan yang bermakna dalam
proses penilaian. Kegagalan untuk menyediakan akses ujian yang sesuai boleh
mengakibatkan diagnosis yang tidak tepat atau tidak sepadan dengan keperluan klien.
Terdapat pelbagai cara mentadbir ujian yang mungkin disesuaikan kepada orang kurang
upaya. Contohnya, mengubah arahan atau format persembahan, mengubah format respons,
mengubah masa, menghapuskan item atau bahagian ujian dan menggunakan penilaian
alternatif. Menukar format pembentangan adalah pengubahsuaian penginapan biasa bagi
kebanyakan individu kurang upaya. Ujian kertas dan pensel boleh diberikan secara alternatif
dalam Braille, format pita audio atau berkomputer. Membenarkan pengambil ujian yang
kurang upaya menggunakan format respons alternatif membolehkan mereka merekodkan
jawapan mereka dengan lebih tepat. Sesetengah peserta ujian juga mungkin memerlukan
bantuan daripada pembantu. Mengubah masa ujian selalunya merupakan kemudahan yang
sah, terutamanya untuk ujian pencapaian akademik dan apabila masa bukan binaan utama.
23

Menukar rangka masa ujian untuk mereka yang mempunyai stamina rendah atau tumpuan
perhatian mungkin sangat membantu.

Pakar psikologi berusaha untuk menjalankan penilaian pelbagai modal yang sesuai
untuk menyediakan maklumat yang pelbagai untuk menyokong tafsiran yang sah untuk hasil
penilaian. melalui penggunaan penilaian pelbagai modal, ahli psikologi boleh membuat
pemerhatian penting mengenai rangsangan persekitaran, perbezaan prestasi di sekolah, kerja,
atau rumah, gaya keibubapaan; interaksi sosial secara langsung. Menurut Mohr (2003), dalam
menilai klien kurang upaya, ahli psikologi boleh menjalankan temu bual bersepadu separa
berstruktur yang memfokuskan pada isu berkaitan ketidakupayaan klien yang berkaitan,
kepentingan relatif di antara pelbagai kebimbangan peribadi, dan bagaimana pengalaman
ketidakupayaan berinteraksi dengan isu psikologi yang lain.

RUMUSAN

Walaupun dasar OKU, pelan strategi telah dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan,
kefahaman, kesedaran terhadap keperluan, kefungsian OKU dalam masyarakat, namun ia
masih lagi berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama antara
satu sama lain dalam usaha membantu golongan OKU ini. Peranan kauselor juga sangat
penting supaya golongan ini tidak diabaikan dalam bidang kerjaya. Maka, kaunselor perlulah
menggunakan alat ukuran yang sesuai bagi mencungkil bakat dan minat yang tersembunyi
dalam diri seseorang individu kurang upaya.

RUJUKAN

Aizan Sofia Amin, Jamiah Manap, Noremy Md Akhir (2017). Peranan Keluarga dalam
Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia. Akademika 86(1)21-30.
24

American Psychological Association (2022). APA GUIDELINES for Assessment and


Intervention with Persons with Disabilities. Washington.

Azizah Abdullah. (2019). KAUNSELING KERJAYA DI ABAD KE 21 DI SEKOLAH:


APLIKASI ART THERAPY UNTUK MENEROKA MINAT DAN
KECENDERUNGAN KERJAYA PELAJAR. International Counselling Seminar
(ICONS).https://www.researchgate.net/publication/358675190_KAUNSELING_KERJA
YA_DI_ABAD_KE_21_DI_SEKOLAH_APLIKASI_ART_THERAPY_UNTUK_MENER
OKA_MINAT_DAN_KECENDERUNGAN_KERJAYA_PELAJAR

Azemi Shaari & Noor Azniza Ishak & Nurul Naimah Rose & Ashli Abdullah. (2018).
Aplikasi Kaunseling Individu Terhadap Murid Orang Kurang Upaya (OKU)
(Pendengaran dan Pertuturan). Jurnal Pembangunan Sosial 18. 171-184

Bali, Norafifah & Othman, Mohamad. (2019). Pelaksanaan Aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling Kepada Murid Berkeperluan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and
Education. 34. 87-103. 10.21315/apjee2019.34.5.

Dayang Masiah Abdul Majid (2019). Pendekatan Kaunseling Kelompok Psiko Pendidikan
Dalam Membantu Ibubapa Yang Mempunyai Anak-Anak Bermasalah Disiplin.
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019).
http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2019/05/ISPEN19_29.pdf

Ee, Ah. Meng, Suppiah Nachiappan., & Taquddin Abd Mukti. (2011). Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

Gülsen Erden, İbrahim Yiğit, Cihat Çelik & Melike Guzey (2022) The diagnostic utility of
the Wechsler Intelligence Scale for Children-Fourth Edition (WISC-IV) in
identification of gifted children.  The Journal of General Psychology, 149:3, 371-
390, DOI: 10.1080/00221309.2020.1862038

Hammad Mohd Saidi, Aizan Sofia Amin, Nur Saadah Mohamad Aun, Mohd Nasir Selamat,
Mohd Iqbal Haqim Mohd Nor. (2018). Isu dan Cabaran Pekerjaan Orang Kurang
Upaya Penglihatan di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia 32 (4) (2018), 55-65
25

Hill-Briggs, F., Dial, J. G., Morere, D. A., & Joyce, A. (2007). Neuropsychological
assessment of persons with physical disability, visual impairment or blindness, and
hearing impairment or deafness. Archives of Clinical Neuropsychology, 22(3), 389–
404. https://doi.org/10.1016/j.acn.2007.01.013

Jampel J. B. (2010). When hearing students work with a deaf therapist. Psychotherapy Teory,
Research, Practice, Training, 27(2).44-150.

Khoo Bee Lee (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Mohd Arsad Johanis (2021). Penggunaan teknik evokatif dalam membantu para OKU
meningkatkan keyakinan diri mereka. Satu kajian kes.
https://www.researchgate.net/publication/349916046_Penggunaan_teknik_evokatif_dal
am_membantu_para_OKU_meningkatkan_keyakinan_diri_mereka_Satu_kajian_kes

Mohr, D., & Beutler, L. E. (2003). The integrative clinical interview. In L. E. Beutler & G.
Groth-Marnat (Eds.), Integrative assessment of adult personality (2 ed.). New York:
Guilford Press.

Nor Wahiza & Seyedali Ahrari, Jeffrey, Noraini Mohamed & Siti Hassan. (2021). Validity
and Reliability of a Self-Acceptance Scale for Youth with Physical Disabilities.
Pertanika Journal of Science and Technology. 29(S1): 57-75

Pravina Govindasamy, Aizan Sofia Amin, and Nasrudin Subhi (2021). Cabaran kaunselor


dalam praktis kaunseling bagi orang kurang upaya di hospital. Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 18 (6),22-45.

Sazalia Mohd Salleh & Rosadah Abdul Majid. (2019). Persepsi Guru Bimbingan Kaunseling
Dalam Menjalankan Kaunseling Kerjaya Di Kalangan Murid Berkeperluan Khas. e-
Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Saiful Azam. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di
Malaysia. International Journal of Special Education 23(1).8-17.
26

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. (2014). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.

Susan Stuntzner & Michael T. Hartley (2014). Resilience, Coping, & Disability: The
Development of a Resilience Intervention. ACA’s VISTAs, Spring Issue.

Syed Muhammad Rafy Syed Jaafa, Rosnizam Maarof, Muhammad Juzaili Hisam, Nik Nor
Farah Annysa Husin. (2020). Inclusion Setting for Disabilities in Higher Education: A
Systematic Review of Issues and Challenges in Disabilities Research. Advances in
Social Science, Education and Humanities Research, Vol 470

Urszula Sajewicz-Radtke, Pawel Jurek, Michal Olech, Ariadna B. Lada-Masko, Anna M.


Jankowska & Bartosz M. Radtke (2022). "Heterogeneity of Cognitive Profiles in
Children and Adolescents with Mild Intellectual Disability (MID)" International
Journal of Environmental Research and Public Health 19, no. 12: 7230.
https://doi.org/10.3390/ijerph19127230

Wessels, M.D., van der Putten, A.A.J. and Paap, M.C.S. (2021), Inventory of assessment
practices in people with profound intellectual and multiple disabilities in three
European countries. J Appl Res Intellect Disabil, 34: 1521-
1537. https://doi.org/10.1111/jar.12896

Zunker,V.G. (2015). Career Counseling: A Holistic Approach (9thEd.). Boston, USA:


Cengage Learning

https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/PelanTindakan_OKU(EMAIL).pdf

https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2010/pp162010.pdf

https://www.moe.gov.my/pekeliling/2785-garis-panduan-pelaksanaan-dasar-inklusif-
oku-di-ipt/file

https://www.unicef.org/malaysia/media/951/file/KAP%20booklet%20(BM).pdf

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/
submenu&id=QWFkTUtUU2s0T0tKWDhUcHd3YmdVZz09
27

https://www.apa.org/about/policy/guidelines-assessment-intervention-disabilities.pdf

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894942/jumlah-oku-berdaftar-
dengan-jkm-masih-rendah

https://thefayn.blogspot.com/p/kemahiran-kaunseling_16.html

https://ipsas.upm.edu.my/berita/latihan_maya_oku-19733

http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/984-modul-pembelajaran-usm-bantu-
latih-oku-berdikari1

https://www.moe.gov.my/pekeliling/2785-garis-panduan-pelaksanaan-dasar-inklusif-
oku-di-ipt/file
28

Anda mungkin juga menyukai