Anda di halaman 1dari 18

KBK 3073 : KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TUGASAN 1

BERMASALAH PENGLIHATAN

KUMPULAN KLTN07(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA RUHASNI BINTI MAT HARUN

NO.ID D 20102043828

NO.TELEFON 013-9738581

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.KWAY ENG HOCK TARIKH SERAH : 02/05/2012

Isi kandungan

Muka Surat

1. Pendahuluan

13

2. Etiologi

3. Difinisi Kanak-kanak bermasalah Penglihatan

4 57

4. Kategori Kurang Upaya penglihatan

5. Punca-punca berlakunya cacat penglihatan

6. Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak bermasalah Penglihatan 9 12 12 13 14 15 16

7. Langkah-langkah pencegahan

8. Kesimpulan Bibliografi

Tajuk : Bermasalah Penglihatan Pendahuluan Memang menjadi hasrat setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya dalam hidup .Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal , mental, sosial, dan juga rohaniah.Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka ,ini adalah satu jihad. Tidak ada insan yang ingin dilahirkan cacat sama ada dari segi fizikal,mental,ataupun pancaindera.Semuanya inginkan kesempurnaan supaya dapat menikmati keindahan alam semula jadi.Sikap rasa bersalah,rasa terasing daripada masyarakat dan berasa seolah-olah bosan dan tidak diterima oleh keluarga mungkin wujud dikalangan individu yang cacat.Keadaan ini timbul kerana sesetengah masyarakat menganggap kecacatan kepada anak-anak adalah disebabkan oleh kesan perbuatan buruk ibu bapa.Kekeliruan begini mungkin akan membawa kepada keretakkan rumahtangga dan anak-anak tidak akan mendapat perhatian yang sepenuhnya. Kita tidak seharusnya memandang hina kepada golongan yang malang kerana kecacatan yang dialami bukannya kehendak mereka tetapi sudah ditakdirkan .Sebaliknya kita yang sihat anggota badan perlu sama-sama berusaha membantu mereka mengatasi atau mengurangkan beban yang ditanggung. Mata merupakan deria penglihatan yang amat penting kepada semua manusia kerana penglihatan merupakan sumber untuk mendapat dan menerima informasi. Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak. Mata merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain.Dalam laman Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) menyatakan saiz bola mata manusia akan berkembang antara 5 hingga 7 milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5 mm , manakala pada orang dewasa adalah 23 mm. Isipadu bola mata manusia juga akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan,ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Menurut Kementerian Kesihatan (2009),gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di Malaysia keadaan buta meliputi 0.2 peratus dan status penglihatan yang rendah meliputi 2.44 peratus daripada jumlah penduduk.Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya ketinggalan dari segi perkembangan pergerakan fizikal dan motor. Seringkali mereka tidak dapat mencari atau mencapai objek-objek kecil yang terjatuh.Membantu kanak-kanak ini memahami konsep ruang dan saiz akan membantu perkembangannya. Seseorang yang tidak berupaya akan menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan mereka tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samada dari segi fizikal ataupun mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu. Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi pendidikan. Menurut Huey Siew (2006) dari segi perundangan adalah masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa adalah 180 darjah. Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori orang cacat penglihatan iaitu separa / rabun (partially sighted). Ketajaman penglihatan bagi kategori ini adalah antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal.Oleh itu , kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (Culatta et al 2006).

Golongan kanak-kanak luar biasa adalah golongan kanak-kanak yang akan diambil perhatian ,tetapi daripada semua golongan kanak-kana luar biasa,kanak-kanak butalah yang biasanya mudah mendapat perhatian kerana kecacatan mereka itu senang kelihatan. Penglihatan dianggap sebagai satu-satunya alat yang terpenting sekali dalam pengalamanpengalaman pembelajaran. Di Malaysia untuk tujuan penentuan tempat belajar atau menerima bantuan daripada kebajikan masyarakat ,seseorang yang buta diberi definisi sebagai orang yang kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman 6/60 atau 20/200 ataupun kurang daripada itu.

Etiologi

Sebab-sebab yang menyebabkan masalah penglihatan adalah terdiri daripada pengaruh-pengaruh pralahir termasuk baka, penyakit-penyakit berjangkit, Kemalangankemalangan dan kecederaan-kecederaan , termakan makanan berbisa, pembengkakan-pembengkakan dan penyakit-penyakit umum. Penyakit-penyakit berjangkit termasuk siplis dan campak Rubela .Dalam satu kajian melibatkan 7700 murid-murid buta di Amarika Syarikat dalam tahun 1956 lebih kurang satu pertiga daripada mereka telah hilang penglihatannya kerana pembekalan oksigen yang berlebihan diberi kepada mereka sebagai bayi-bayi pramasa. Di Malaysia kekurangan makanan adalah satu faktor penting yang menyebabkan masalah penglihatan.Satu proses kemerosotan biji mata yang mengakibatkan masalah penglihatan adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin A.Penyakit-penyakit umum ,umpama kelumpuhan otak ,enceplalitis atau meningitis dan penyakit kencing manis boleh menyebabkan seseorang mempunyai masalah penglihatan.

Definisi Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward

(1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah. Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya. Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan. Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca. Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, kaedah penyampaian

pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Kategori Kurang Upaya Penglihatan Kanak-kanak kurang upaya Penglihatan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori,antaranya ialah : 1. Buta (blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa , walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

2. Rabun atau penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan.Rabun atau penglihatan terhad boleh dikategorikan kepada: Sederhana . Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penhlihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

Teruk Dimana pada tahap ini kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti, malah ia mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan dengan penglihatan termasuk mobiliti, ataupun dengan bantuan alat khas.

Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Menurut Nancy & Kathleen (2005) kedua-dua kategori di atas iaitu kebutaan dan rabun adalah sebagai kerosakan visual termasuk buta kerana menjejaskan prestasi pendidikan indvidu yang mengalami masalah buta ini. Tempoh termasuk penglihatan kedua-dua tidak sepenuhnya dan buta. Kerosakan ini merujuk terhadap ketidaknormalan mata iaitu saraf optic atau pusat visual untuk otak yang mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan. Pelajarpelajar yang mempunyai masalah penglihatan dikenal pasti mempunyai visual ketajaman 20/70. Sara Begum (2003) menyatakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan juga dikategorikan kepada lapan kategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme (rabun), glaucoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia (Nampak dua), Albinisme (sensitive pada cahaya), Myopia (rabun jauh) dan Hyperopia (rabun dekat).

Punca-Punca Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49%

kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan. Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.

Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitif terhadap cahaya,bahagian tepi

mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej. Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu terlanggar objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa. Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal). Hasil kajian taburan kecacatan bagi penduduk Semenanjung Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1981 telah dilaporkan oleh Hitam [1982], didalam kertas kerja bertajuk Keperluan Kanak-Kanak Khas :Aspek-aspek lain.Hasil kajian itu mendapati lebih kurang satu peratus penduduk ini terdiri daripada orang cacat yang dianggarkan seramai 142 612 orang. 41 339 orang ialah mereka yang berumur kurang daripada 17 tahun. Hewett dan Forness [1974] mengatakan 49% kecacatan disebabkan kesalahan pada mata seperti hiporepia, myopia, astigmatisme. 47% disebabkan jangkitan selepas lahir, 33% akibat peracunan, 7 8 % akibat penyakit dan dua peratus disebabkan kemalangan. Hasil kajian Menon [1981] pula mendapati di antara sebab-sebab menjadi buta ialah kerana katarak 66% , cacar,kurang zat pemakanan ,kemalangan dan glaukoma masing-masing sebanyak 25%, 15% disebabkan jangkitan dan lima peratus trakoma.

Punca-punca berlakunya cacat penglihatan Menurut Mohd Shaari (2004) masalah-masalah visual timbul daripada sebarang gangguan dengan laluan cahaya itu daripada kemasukannya untuk mata melalui untuk tafsirannya yang bermakna oleh otak. Berkurangan visual diklasifikasikan.Cacat penglihatan boleh terjadi kepada kanak-kanak melalui beberapa punca. Antara punca-punca yang sering menyebabkan berlakunya masalah penglihatan ialah : 1. Cacat penglihatan semula jadi. Keadaan ini mungkin sukar dielakkan kerana kemungkinan besar jika keduadua ibu bapa mengalami masalah penglihatan iaitu buta akan melahirkan anak yang buta . Ia berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa yang tidak buta dimana anak yang dilahirkannya berada dalam keadaan normal.Tetapi kekuasaan Allah tidak dapat dinafikan sekiranya kedua-dua ibu bapa tidak buta tetapi melahirkan anak yang buta.

2. Penyakit dan kuman Penyakit berjangkit seperti campak yang dialami oleh ibu mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami cacat penglihatan.Kurang vitamin A boleh menyebabkan buta yang lebih dikenali sebagai keratomalasia yang ada kaitannya dengan kekurangan makanan jenis protein. Penyakit-penyakit lain seperti glaucoma sering menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Harden [1976] mengatakan penyakit ini boleh juga menyerang kanak-kanak sejak lahir dan dipanggil glaucoma kogenital. Ini disebabkan perkembangan otot-otot mata tidak normal. Keadaan persekitaran yang tidak memuaskan iaitu kotor dan busuk boleh menyebabkan kanak-kanak senang diserang penyakit termasuk mata.Seterusnya ini mungkin menyebabkan kecacatan mata yang serius.Kuman seperti sitomegalovirus boleh menyebabkan kecacatan saraf bayi dan seterusnya bayi boleh menjadi buta [Abdul Jalil, 1982].

3. Kemalangan

Peringkat kanak-kanak merupakan satu perkembangan yang berlaku dengan pesat.Tingkah lakunya aktif.Kelalaian dalam menjaganya boleh menyebabkan kemalangan sama ada di rumah atau di luar rumah seperti terjatuh dan mungkin matanya terkena benda tajam, terkena bahan beracun dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami cacat penglihatan atau buta.

4. Ketumbuhan Benda-benda yang tumbuh dalam biji mata seperti tahi lalat mungkin boleh menutupi biji mata hitam.Ini menjadikan penglihatan seseorang itu terganggu.

5. Kecederaan semasa lahir Penggunaan forseps semasa lahir mungkin menyebabkan terkena saraf yang ada hubungan dengan mata . Ini akan mendatangkan kesan pada penglihatan bayi pada masa akan datang.

Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan pada peringkat prapersekolahan.Tetapi kecacatan tidak sepenuhnya, ianya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness (1974) mengatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkah laku dan aduan.Beliau menyatakan lagi di antara tanda-tanda yang dapat dilihat seperti yang dikemukakan oleh The National Sosiety for the Prevention of Blindess (1965) dan juga risalah Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MBA) ialah :

10

FIZIKAL Mata kanak-kanak yang cacat penglihatan boleh dilihat keadaan fizikal matanya dimana mata kanak-kanak cacat penglihatan tidak sama dengan mata kanak-kanak yang normal. Keadaan mata mereka adalah seperti berikut : 1. Matanya sangat sensitif pada cahaya. 2. Terdapat tanda putih pada anak mata (leucocoria) 3. Mata juling .Sebanyak 20 peratus pesakit mengalami tanda-tanda masalah mata juling.Bagi mengatasi masalah mata juling ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor pakar mata sekiranya mendapati anak mereka mengalami masalah mata juling. 4. Mata kemerahan dan membengkak (peringkat akhir).Pada peringkat ini pesakit telah terlewat untuk mendapatkan rawatan kerana ketumbuhan tersebut telah merebak. SOSIAL Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hatinya supaya dapat perhatian.Tanda-tanda yang menyebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah cacat penglihatan ialah :

1.

Mengadu tidak dapat melihat dengan jelas.

2. Berasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja. 3. Pandangan kabur. 4. Mengadu Nampak dua imej pada sesuatu objek. 5. Menyebabkan kurang keyakinan untuk berkembang dengan positif pada peringkat awal remaja, remaja dan seterusnya di peringkat matang. 6. Gaya pembelajaran sesuatu kemahiran sosial itu mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan kanak-kanak normal. 7. Berminat kepada aktiviti yang biasa dilakukan berbanding dengan kanak-kanak normal yang suka kepada aktiviti yang lebih mencabar.

11

8. Murid yang menjadi pasif kerana tiada pengalaman dalam menjalinkan sosialisasi. Oleh yang demikian, seharusnya guru menggunakan peluang dari sesuatu program yang dilaksanakan untuk membantu murid membina kepercayaan dan keyakinan dalam meningkatkan kemahiran yang hendak dipenuhi. Pengaruh rakan sebaya dapat meningkatkan lagi tahap penerimaan kendiri seseorang kanak-kanak (Kail, 1998).

KOGNITIF

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan perlu diberi rangsangan untuk meningkatkan perkembangan kognitif melalui perhubungan dan membuat perkaitan diantara penafsiran maklumat yang boleh diperolehi dari deria. Sebagai contoh klasifikasi, hubungkait, pengetahuan ruang dan ingatan.Diantaranya ialah, kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai lebih kebimbangan mengenai fantasi dan sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate. kognitif bagi kanak-kanak cacat penglihatan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kognitif tingkah laku kanak kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan seperti berikut : 1. Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan. 2. Selalu mengerutkan mata. 3. Suka menutup atau melindungi sebelah mata. 4. Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek. 5. Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek pada mata.

12

6. Kerap menangis. 7. Memegang kepala dengan cara luar biasa.

Perbezaan Perkembangan Dengan Kanak-Kanak Tipikal

Terdapat perbezaan antara kanak-kanak cacat penglihatan dengan kanak-kanak tipikal. Antaranya: Kekurangan stimulasi atau rangsangan dari alam sekeliling. Pembelajaran adalah melalui deria lain yang masih ada. Kuantiti dan kualiti maklumat akan kurang daripada kanak-kanak normal. Gangguan emosi, kurang keyakinan diri. Masalah berinteraksi dan bersosial. Susah mempelajari secara peniruan dan spontan (incidental learning). Mannerism Masalah membina gambaran mental mengenai alam sekeliling.

Langkah-langkah pencegahan

Kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan harus diberi perhatian dan langkahlangkah pencegahan boleh dilakukan dari awal lagi bagi mengelakkan berlakunya masalah penglihatan berlaku dengan lebih serius lagi.Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:

13

1.Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak perlu disegerakan.Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar tanpa ada sebarang pembetulan refraksi.

2. Terapi penglihatan. Terapi penglihatan berupa latihan penglihatan untuk merangsang semula penglihatan yang telah lama terbiar ataupun tidak dirangsang langsung sejak awal kelahiran.

3. Latihan . Dengan menggunakan alat rangsangan CAM yang merupakan corak berbelang hitam putih yang dipusing di bawah satu plat lukisan, Alat-alat mainan kecil yang dapat merangsang penglihatan dekat.Botol susu dan boneka berwarna hitam putih tanpa warna terang adalah digalakkan. Bayi juga digalakkan melihat poster rangsangan penglihatan yang ditampal di dinding pada paras mata dan bermain di atas permaidani atau alas mainan yang mempunyai corak hitam putih.Kanak- kanak perlu menjalani sesi pengatupan mata berselang seli (maksimum empat jam sebelah mata) untuk meningkatkan intensiti penggunaan mata yang tidak dikatup.

4. Semua ahli keluarga pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar.

5. Pemeriksaan itu penting sekiranya retinoblastoma merupakan penyakit turun-temurun keluarga terlibat.

6. Ibu bapa diminta supaya menerima nasihat doktor pakar demi keselamatan nyawa pesakit.

14

Kesimpulan

Kanak-kanak buta tidak semestinya terencat akal .Ramai yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka. Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi intelektualannya seperti kanak-kanak lain. Golongan kanak-kanak cacat yang paling sukar ditingkatkan daya pemikiran mereka ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar .Contohnya, kes congenital rubella yang melibatkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak. Kanak-kanak ini tidak dapat menggunakan tangannya seperti kanak-kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain. Oleh itu,dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak-kanak ini amat bergantung pada belaian kasih sayang ibu bapanya kerana ia boleh merasai pegangan mesra mereka.Pembedahan katarak serta penggunaan cermin mata atau kanta lengkap (contact lens) dari awal-awal lagi penting sekurang-kurangnya supaya mereka dapat melihat sedikit . Tetapi penggunaan kanta lengkap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal disamping kos pengendalian yang tinggi.
Kanak-kanak yang cacat penglihatan atau buta tidak seharusnya bersikap negatif.Mereka perlu berusaha dan belajar menerima hakikat keadaan diri mereka.Perasaan malu untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan khas untuk mereka perlu dihapuskan. Ini akan dapat membantu mereka membentuk corak hidup masa hadapan.Sikap terlalu bergantung dan mengharapkan simpati daripada orang lain perlu disingkirkan.Sebaliknya haruslah mencontohi mereka yang telah berjaya.

Perkembangan sosialisasi kanak-kanak, awal remaja dan remaja yang mengalami kecacatan penglihatan merupakan suatu perkara yang seharusnya menjadi agenda utama di dalam pendidikan di sekolah. Peranan guru dan ibu bapa amat diperlukan bagi membentuk sahsiah diri murid agar sejajar dengan perkembangan mereka.

15

Membentuk keyakinan bagi murid yang cacat penglihatan memerlukan pelbagai modul yang efektif dan percubaan yang tidak terbatas. Guru dan ibu bapa harus kreatif dan berpengetahuan dalam membantu mereka bersosialisasi. Kekurangan diri ini akan memberi impak yang teruk kepada emosi mereka dan seterusnya akan menjejaskan pencapaian kognitif mereka. Oleh yang demikian adalah wajar bagi individu normal untuk memahami keperluan sosial golongan cacat penglihatan ini dan membantu mereka mengenal persekitaran mereka dengan lebih efektif mengunakan sensitiviti mereka sendiri. Kerjasama antara masyarakat ,keluarga serta individu yang cacat itu sendiri amat perlu dalam membentuk sikap positif, disamping mengurangkan masalah yang dihadapi.Mereka ang cacat ini memerlukan perhatian yang lebih berbanding dengan mereka yang normal.Mereka juga tidak harus ketinggalan dalam menikmati kemudahan yang ada kern keperluan mereka sama seperti orang yang normal.Mereka ini hanya cacat dari segi penglihatan dan tidak dari segi lain.

16

BIBLIOGRAFI 1.Abdul Jalil 1982 : Mengapa bayi boleh cacat. 2. Dr.Abdul Halim Abdul Jalil. Masalah Perkembangan dan Tingkah Laku Kanak-Kanak. 3. Chua Tee Tee B.A (Hons), M. A (Colombia) Ph.D ( Uni. Malaya). Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Masadah (M) Sdn.Bhd. 4. Hajah Hasnah Udin. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa .Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. 5. Modul KBK 3073.Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Pusat Pendidikan Luar.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai