Anda di halaman 1dari 10

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

PENGENALAN Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek pergerakan kreatif

a) lokomotor pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh pergerakan lokomotor i) berjalan ii) melompat iii) merangkak

b) bukan lokomotor pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. contoh pergerakan bukan lokomotor i) berlari setempat ii) melompat setempat iii) imbangan bangau

c) manipulasi alatan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.

contoh manipulasi alatan i) melantun bola ambil berjalan ii) memusingkan gelung dengan tangan iii) skipping sambil berjalan

Tema pergerakan

Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran

Tema 1 : Kesedaran tubuh badan Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema 3 : Kesedaran ruang Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan. Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat. Tema 7 : Lapan lakuan daya asas Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai. Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.

Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

MATLAMAT a) meningkatkan kecerdasan b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa c) meningkatkan kemahiran bertutur d) meninkatkan kreativiti e) mencungkil pemahaman dan tahap intelek mereka dalam mentafsir isyarat dan bahasa badan.

Aktiviti yang boleh dilakukan

Gimrama Tarian moden Tarian tradisional Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

NAMA AKTIVITI Permainan meneka frasa dan gambar.

KUMPULAN SASARAN Murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran

OBJEKTIF I. II. III. Dapat meningkatkan kemahiran bersosial. Dapat mendisplinkan murid. Dapat memberikan keyakinan kepada murid.

RASIONAL Murid dapat belajar isyarat tubuh dan mentafsir maksudnya serta mempelajari frasa dalam subjek Bahasa Melayu.

ANALISIS TUGASAN PROJEK Sebelum I. II. III. Merancang aktiviti yang ingin dijalankan. Menyenaraikan alatan / bahan yang diperlukan. Memilih tempat yang sesuai untuk mengadakan terapi

Semasa I. II. III. IV. Memberikan arahan / penerangan yang jelas kepada murid. Mengedarkan alatan / bahan kepada murid. Mendemonstrasikan cara melaksanakan aktiviti yang dirancang. Membimbing murid sepanjang aktiviti berlangsung.

Selepas I. II. III. Membuat rumusan terhadap aktivti terapi. Memberikan ganjaran kepada murid. Membersihkan tapak.

PERSEDIAAN BAHAN DAN ALATAN Kertas warna Gam Gunting Gambar Kad ayat

KOS Tidak ada perbelanjaan yang dibuat.

PELAKSANAAN I. II. III. IV. V. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh murid. Memperkenalkan aktiviti yang akan dilakukan oleh murid. Murid dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan. Guru mendemonstrasikan cara bermain teka ayat dan teka gambar. Guru membimbing murid-murid semasa melaksanakan permainan tersebut. Contohnya membuat domonstrasi aksi mengait dan menarik laying-layang. VI. Setelah tamat sesi pengajaran, guru mengumumkan markah kedua-dua kumpulan. VII. Guru memberikan ganjaran kepada murid sebagai penghargaan atas usaha mereka. VIII. Guru meminta murid untuk membersihkan sampah di atas meja dan di bawah meja. IX. Sesi refleksi.

Unsur Terapi I. II. pengamatan motor kasar

SYARAT-SYARAT DAN CARA PERMAINAN 1. 10 orang murid diperlukan dalam permainan ini. Murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan, iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. 2. Setiap soalan diperuntukkan masa 2 minit. Murid harus meneka aksi/pergerakan dan memberi jawapan yang tepat dalam masa 2 minit. 3. Kumpulan yang mengumpul markah yang tertinggi ialah pemenang. 4. Permainan ini dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah gambar, kedua ialah frasa dan ketiga ialah ayat. Guru ingin mengajar tentang perkataan, frasa dan ayat untuk subjek Bahasa Melayu. Guru menggunakan terapi pergerakan ini menyampaikan ketiga-tiga konsep ini.

A. GAMBAR 1. Pada peringkat pertama, salah seorang dari kumpulan akan mencabut gulung kertas dari bekas. Setiap kumpulan melakukan perkara yang sama. Kemudian, orang yang mencabut undi tersebut akan membuka gulung kertas tersebut. 2. Gulung kertas yang dibuka tidak boleh ditunjukkan kepada rakan sekumpulan. Murid tersebut perlu mengaksikan semula aksi atau membuat pergerakan seperti yang ditunjukkan di dalam kertas tersebut.Kemudian, rakannya yang seorang itu akan meneka aksi yang ditunjukkan dalam gambar. Murid yang beraksi tidak boleh bercakap,tidak boleh bersuara atau berbunyi. 3. Sekiranya jawapan betul, markah diambil. Sekiranya jawapan salah, tiada markah diberikan. 4. Untuk peringkat pertama, murid meneka aksi/pergerakan dengan berpandukan gambar.

B. FRASA 1. Untuk permainan frasa, rakan sekumpulan yang menjawab/ meneka pergerakan tadi pula yang akan mencabut undi untuk melakukan pergerakan/aksi mengikut kehendak soalan. Murid-murid bergilir-gilir untuk meneka pergerakan dan melakukan pergerakan.

2. Sama seperti di atas, seorang murid dikehendaki untuk melakukan pergerakan manakala seorang murid lagi dikehendaki untuk meneka frasa yang ditunjukkan. 3. Gulung kertas yang dibuka tidak boleh ditunjukkan kepada rakan sekumpulan. Murid tersebut perlu mengaksikan semula aksi atau membuat pergerakan seperti yang ditunjukkan di dalam kertas tersebut.Kemudian, rakannya yang seorang itu akan meneka frasa yang ditunjukkan dalam kertas. Murid yang beraksi tidak boleh bercakap,tidak boleh bersuara atau berbunyi. 4. Sekiranya jawapan betul, markah diambil. Sekiranya jawapan salah, tiada markah diberikan. 5. Untuk peringkat dua, murid meneka aksi/pergerakan dengan berpandukan frasa yang ditunjukkan di kertas.

C. AYAT 1. Untuk permainan ayat, rakan sekumpulan yang menjawab/meneka pergerakan tadi pula yang akan mencabut undi untuk melakukan pergerakan/aksi mengikut kehendak soalan. Murid-murid bergilir-gilir untuk meneka pergerakan dan melakukan pergerakan. 2. Sama seperti di atas, seorang murid dikehendaki untuk melakukan pergerakan manakala seorang murid lagi dikehendaki untuk meneka ayat yang ditunjukkan. 3. Gulung kertas yang dibuka tidak boleh ditunjukkan kepada rakan sekumpulan. Murid tersebut perlu mengaksikan ayat yang diminta dan kemudian membuat pergerakan seperti yang ditunjukkan di dalam kertas tersebut.Kemudian, rakannya yang seorang itu akan meneka ayat yang ditunjukkan dalam kertas. Murid yang beraksi tidak boleh bercakap,tidak boleh bersuara atau berbunyi. 4. Sekiranya jawapan betul, markah diambil. Sekiranya jawapan salah, tiada markah diberikan. 5. Untuk peringkat duaketiga, murid meneka aksi/pergerakan dengan berpandukan ayat yang ditunjukkan di dalam kertas.

LAKARAN GELANGGANG

Petunjuk

Murid

LANGKAH KESELAMATAN 1. Bagi terapi pergerakan ini, tiada pergerakan atau aksi yang sukar. 2. Murid-murid diberi peluang untuk membuat aksi atau pergerakan mengikut kreativiti serta kefahaman mereka. 3. Permainan ini sesuai dijalankan di dalam bilik darjah. Semasa di bilik darjah, pastikan ruang cukup luas dan tiada objek-objek yang merbahaya di sekitar bilik darjah. 4. Permainan ini juga boleh dijalankan di luar bilik darjah contohnya di padang sekolah, stadium sekolah, tempat yang berteduh dan sebagainya. 5. Sebelum terapi dijalankan, pastikan tempat sekitar bersih, tiada sampah sarap, tidak bising dan tidak membahayakan murid-murid.

UNSUR TERAPI 1. Untuk terapi pergerakan, unsur-unsur terapi yang lain seperti unsur terapi koordinasi mata dan tangan diterapkan dalam terapi pergerakan. Murid-murid dikehendaki untuk membuat kontak mata dengan rakannya dan membuat aksi seperti yang diminta. Murid menggunakan tangan untuk membuat aksi, membentuk huruf, membentuk nombor dan sebagainya. 2. Murid-murid juga terlibat dalam terapi fizikal secara langsung atau tidak langsung. Mereka cuba mengawal koordinasi badan mereka. Jadi, menerusi terapi pergerakan ini, murid-murid dapat memperkembangkan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. 3. Selain itu, unsur terapi main secara tidak langsung juga diterapkan dalam terapi pergerakan ini. Murid-murid berasa seronok kerana mereka berasa diri mereka sedang bermain dan mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sendiri juga sedang belajar.

Anda mungkin juga menyukai