Anda di halaman 1dari 1

Latihan Fartlek

Fartlek membawa maksud satu sistem latihan daya tahan (endurance) yang
mempunyai pelbagai kelajuan. Ia juga dikenali sebagai Speed Play di mana
seseoramg itu memerlukan ketahanan dan ketabahan dalam aktiviti yang
dijalankan.

Konsep Latihan

Melatih kecergasan fizikal seseorang dan baik untuk kesihatan jantung.


Meningkatkan motivasi untuk berlatih serta memantapkan reputasi dan
potensi.

Jenis jenis latihan fartlek


Fartlek Terkawal

Fartlek Bebas

Berada dalam grid yang telah


ditetapkan dan tidak jauh.Jarak,
laluan, tahap,
kelajuan larian dan kesukaran telah
ditetapkan.

Tiada grid latihan yang khusus


dalam satu-satu set latihan dan
jarak yang jauh (5 hingga 10 km).
Jarak dan laluan boleh ditetapkan
tetapi tahap kesukaran dan kelajuan
larian tidak ditetapkan.

Objektif :

Meningkatkan dan mengekalkan daya tahan kardiovaskular.


Membina daya tahan otot serta meningkatkan keupayaan untuk
melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
Membina dan meningkatkan kepantasan, kekuatan dan kelenturan.
Berupaya menghindarkan kelesuan serta kebosanan semasa latihan.
Meningkatkan keupayaan penggunaan tenaga yang tinggi.

Pelaksanaan Latihan Fartlek


a) Melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum
memulakan latihan.
b) Berlari mengikut rentak sendiri dan mengubah rentak kelajuan
mengikut keupayaan.
c) Hendaklah memastikan latihan yang dibuat tidak sampai lesu dan
berehat tidak sehingga pulih 100%.
d) Jumlah ulangan bergantung kepada kadar nadi latihan.
e) Jarak anggaran adalah antara 5 hingga 10km dalam masa 45 minit.
f) Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas selesai aktiviti.
Preskripsi Latihan Fartlek
Berjalan pantas selama lima minit
Berlari anak selama 10 minit
Pecut dengan 70% kelajuan maksima selama 30 saat
Berjalan perlahan selama tiga minit
Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit.
Berlari anak selama lapan minit
Pecutan dengan 80% kelajuan maksima selama 20 saat
Berlari dengan 60% kelajuan maksima selama dua minit.

Anda mungkin juga menyukai