Anda di halaman 1dari 29

We lead

Siri Tutorial Webex PPPJJ, USM

Kuliah Webex ini hanya untuk kegunaan


pelajar PPPJJ Universiti Sains Malaysia
yang mendaftar kursus ini sahaja.

Nota dan rakaman ini tidak boleh disalin


atau diedar untuk tujuan lain.
Kuliah Webex PPPJJ, USM

JMS 516: Sejarah Sosio-Politik


Malaysia: Gerakan Protes

Gerakan Protes Di Naning 1831- 1832


i. Latar Belakang
ii. Tradisi Menentang Penjajah oleh Naning
iii. Faktor-Faktor Penentangan

Dr. Ku Boon Dar


kubd@usm.my
Objektif Pembelajaran
We lead

JMS 516- Sejarah Sosio-Politik Malaysia:


Gerakan Protes

• Membincangkan tradisi menentang


penjajah di Naning.
• Menilai faktor-faktor gerakan
protes menentang British di Naning.
Latar Belakang
We lead

❑ Terletak kira-kira 16 km ke utara Melaka - antara


bandar Melaka dengan Rembau
❑ Keluasan 220 batu persegi; 25 mukim
❑ Penduduknya suku Minangkabau; Adat Perpatih
❑ Penerokaanya dipelopori Dato’ Perpatih Pinang Sebatang
(gelaran Orang Kaya Seri Maharaja Merah, Dato’ Naning)
❑ Peringkat awal mengaku pertuanan Melaka; Johor;
Negeri Sembilan [penguasaan Bugis dalam politik Johor]

www.gopixpic.com
Tradisi Menentang Penjajah di Naning
We lead

❑ Sejarah lama orang Naning menentang penjajah


❑ 1586, apabila Diego de Azambuja menyerang
Naning
❑ 1641, Belanda membuat perhubungan dengan
Naning
❑ Mendesak Naning menyerahkan senjata, harta
dan hamba Portugis
❑ Belanda melantik ketua suku Biduanda menjadi
Penghulu Naning bergelar Orang Kaya Seri
Maharaja Merah Dato’ Naning
❑ Gabenor Johan Van Twist menghantar tentera ke
Naning. Baharu desakan mendapat semula harta
Portugis dipenuhi.
❑ Perjanjian ditandatangani 15 Ogos 1641.
Tradisi Menentang Penjajah di Naning
We lead

❑ Naning bersetuju membayar 1/10 hasil padi, buah-buahan,


sirih dan lada.
❑ Hasil 1/10 bagi hasil padi dibayar sekiranya pengeluaran
mencapai empat ribu gantang [bersamaan 3.6 kg]
❑ Kedua-dua pihak bersetuju berhubung soal keselamatan,
hamba, perdagangan, cukai dan pelawat yang memasuki
Naning.
❑ Naning juga berjanji menyerahkan penentang-penentang
Belanda yang lari atau berlindung di wilayah tersebut.
❑ 1642: Naning menentang Belanda apabila Belanda
menghalau Tok Lela Pahlawan yang dituduh memusuhi
Belanda.
❑ 1643, Belanda menghantar 3 ekspedisi tentera tapi gagal
mengukuhkan kekuasaan malah askar-askar tersebut diserap
hendap.
Latar Belakang
We lead

❑ 1644 Naning cuba menyerang Kota Melaka


❑ Belanda mengambil tindakan balas melancarkan bumi
hangus ke atas Naning dan Rembau 1645 dan 1646
❑ Tenang sementara. Kemudian 32 tahun berikut, muncul
gerakan anti-Belanda
❑ Raja Ibrahim bersama Rembau – atas nama Islam dan
jihad
❑ Selepas itu, berdamai melalui perjanjian tahun 1680
❑ Pemimpin-pemimpin Minangkabau-Naning bersetuju ke
Melaka setiap tahun mendapatkan nasihat dan mengulangi
pernyataan taat setia kepada Belanda.
❑ Soal cukai – perlaksanaan kurang berkesan; boleh
dikecualikan alasan kemiskinan dan kes-kes rayuan
❑ Hukuman/ denda: hantar hamba ke bandar Melaka atau
dikehendaki menghantar binatang ternakan; boleh
dikecualikan atas alasan tidak mampu atau tidak cukup
tenaga kerja
Pendudukan British dan Cabaran Naning
We lead

❑ British menduduki Melaka 1795 – 1818 melalui


Surat Kew 1795.
❑ Peperangan di Eropah dan Perancis menduduki
Belanda. Bersetuju menyerahkan wilayah-wilayahnya
di timur ditadbir sementara oleh British.
❑ 1801, Kolonel Taylor menjadi pemerintah British di
Melaka melawat Naning.
❑ Berjaya mendapat ikrar taat setia dari Naning –
membayar hasil padi 400 gantang padi setahun
sebagai ufti tahunan.
❑ Kolonel Taylor melantik Dol Said sebagai Penghulu
Naning ganti bapa saudaranya, Dato’ Anjak yang uzur
Pendudukan British dan Cabaran Naning
We lead

❑ Robert Farquhar menjadi Residen Melaka. Cuba kuatkan


pengaruh British di Naning.
❑ 1807, Farquhar memberhentikan kutipan cukai 45 ½
sen ke atas setiap perahu Naning yang datang ke Melaka.
❑ Juga ufti tahunan beberapa ekor kerbau ke Melaka.
❑ Balasannya, mahu hak pihak berkuasa Naning membicara
dan menjatuhi hukuman atas kes-kes berat diserahkan
kepada pihak berkuasa Naning.
❑ Penghulu Dol Said dan dato’-dato’ Naning
tidak mematuhi.
❑ Inggeris tidak pula menggunakan paksaan kerana sedar
kedudukan mereka hanya sementara di Melaka
❑ 1818, Melaka diserahkan semula kepada Belanda.
❑ Perjanjian London ditandatangani 17 Mac 1824
merubah situasi politik di Naning.
Dol Said (1773 – 1849)
We lead

❑ Penghulu Naning ialah Dato’ Naning Abdul Said


yang dikenali sebagai Dol Said
* Pusat pentadbiran terletak di Taboh
* Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-
buahan, sirih dan bijih timah
* 1831 Dol Said telah bangkit menentang British

❑ Dol Said ialah Penghulu Naning yang kesembilan.


❑Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831
menjadikan beliau seorang wira yang telah
mengukir tempat di sejarah Melaka.
Dol Said (1773 – 1849)
We lead

❑Asalnya daripada suku Semelenggang, Dol Said


mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu
Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur
26 tahun.

❑Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan


disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh, di
Naning.
Faktor Penentangan – Status Naning
We lead

❖ 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian


Inggeris-Belanda dalam perjanjian itu Melaka diserahkan
kepada British.
❖ British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
❖ Perdebatan status Naning berdasarkan Perjanjian 1801.
❖ W. T. Lewis (Pemungut Hasil Tanah) dan Gabenor Robert
Fullerton sependapat Naning sebahagian daripada wilayah
Melaka
❖ T. Braddell berpendapat perjanjian-perjanjian terdahulu
menunjukkan Naning hanya menerima naungan dan
bukan menyerahkan wilayahnya.
❖ Samuel Garling (Penolong Residen Melaka) melihat
semangat am perjanjian 1801 cenderung menjelaskan
kemerdekaan Naning.
Faktor Penentangan – Status Naning
We lead

❖ Oleh itu, British mengarahkan Naning perlu


mematuhi peraturan dan arahan yang
ditetapkan dari Melaka [British]. Namun arahan
British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol
Said dan rakyat Naning.
❖ Dol Said dan Dato’-Dato’ Naning menganggap
wilayah mereka merdeka. Penghantaran hasil
1/10 ke Melaka hanya tanda persahabatan dan
menerima naungan.
❖ Percanggahan status ini mencetuskan
ketegangan kedua-dua pihak sebelum
meletusnya penentangan terbuka.
Faktor Penentangan – Sikap Pegawai British
We lead

❖ W.T.Lewis, Pemungut Hasil Tanah


Melaka diarakan oleh Gabenor Robert Fullerton
supaya mengkaji kedudukan Naning.
❖ Penelitian rekod-rekod Negeri-Negeri Selat
(NNS) 1828 – 1831 berkesimpulan Naning
sebahagian dari Melaka.
❖ Juga mendapati Belanda mengutip hasil 1/10
dari Naning.
❖ Hasil tinjauan: -Mendapati rakyat Naning hidup
teraniya di bawah pentadbiran Penghulu Dol
Said.

Gabenor Robert Fullerton


Faktor Penentangan – Sikap Pegawai British
We lead

❖ Lantaran itu, berpendapat bahawa British perlu


mengambil tindakan segera menyelamatkan
rakyat dan berfikir bahawa kedatangan askar-
askar British akan disambut baik penduduk
Naning.
❖ Pendapat beliau diterima ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Negeri-Negeri Selat (NNS).
❖ Namun, pada pandangan penduduk Naning, Dol
Said mengikut lunas-lunas Adat Perpatih dan
agama Islam.
Faktor Penentangan – Sikap Pegawai British
We lead

❖ Perwatakan Robert Fullerton – suka membuat


keputusan menunjukkan beliau lebih berkuasa.
❖ Contohnya pernah mengemukakan persoalan
status Naning kepada SHTB di India. SHTB
berpendapat bahawa ia tidak mampu melibatkan
diri dalam sebarang perselisihan dengan Naning
– khuatir terlibat dalam kancah peperangan lalu
bersedia melepaskan ufti 1/10 yang dituntut
oleh Fullerton.
❖ Beliau terlalu menurut undang-undang tertulis
dari melihat aspek amalannya.
Faktor Penentangan – Sikap Pegawai British
We lead

❖ Menolak pandangan-pandangan Samuel Garling


dan John Anderson.
❖ Bertegas mahu kutipan cukai 1/10 dibayar.
❖ Majlis Mesyuarat NNS juga dipengaruhi kajian
Lewis dan keputusan Gabenor Robert Fullerton.
❖ Kajian Lewis sejak tahun 1827, hanya siap Mac
1829 dan hakikatnya masih tidak lengkap.
❖ Apabila Fullerton meminta Dol Said datang ke
Melaka pada Oktober 1829 untuk berunding, Dol
Said tidak dipenuhi permintaan tersebut
menyebabkan Fullerton hilang sabar.
Faktor Penentangan – Sikap Pegawai British
We lead

❖ Tetapi keputusan Majlis Mesyuarat berdasarkan


laporan Lewis yang dihantar dari masa ke
semasa – malangnya maklumat/laporann Lewis
juga salah.
❖ Pengganti Fullerton, Gabenor Ibbeston mendapati
Naning bukan sebahagian wilayah Melaka,
Bagaimanapun, peperangan telah meletus.
❖ Demi maruah dan air muka, maka peperangan
tersebut dibiarkan.
Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
We lead

❑ British memperkenalkan Peraturan Penghulu


(menggantikan Undang-Undang Adat Perpatih),
peraturan 42 mengandungi perkara-perkara
berhubung perlantikan, kuasa dan tugas-tugas
penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa
Dol Said.
❑ Peraturan ini melarang penghulu membicarakan
kes-kes jenayah atau awam yang berat –
beranggapan memusnahkan wewenang
perundangan tempatan dan menyerahkan urusan
kehakiman kepada recoder Mahkamah Melaka.
Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
We lead

❑ Disember 1828 Dol Said diberi amaran oleh


British kerana menyelesaikan kes jenayah di
Naning.
❑ Namun Inggeris sekadar menasihat Dol Said;
tidak dapat mengambil tindakan kerana alasan
pegawainya di Naning.
❑ 1829, hamba berhutang, Rabeah melarikan diri
ke Melaka. Anaknya dijadikan sebagai jaminan
sehingga hutang 40 ringgit diselesaikan. Inggeris
beranggapan satu bentuk penindasan.
Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
We lead

❑ Isu Dol Said menyelesaikan aduan kes kecurian


saudagar Cina, Kwi Chang Ho juga dipertikaikan.
❑ Hak sebidang tanah dusun Encik Surin di
sempadan Melaka-Naning turun-temurun sejak
1723.
- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan
sekiranya tidak mematuhi arahan British
Menentang Bayaran Cukai
We lead

❖ Menentang Bayaran Cukai


- melalui Undang-Undang 1830 British (hasil
cadangan Lewis Julai 1828) memaksa Naning
membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran
pertanian (padi)
❖ Arahan dibuat selepas British mendapati hasil
daerah Naning berjumlah $4500 dolar sebulan
❖ Tentangan dari penduduk Naning. Dol Said
bersetuju membayar 1,600 gantang padi sebagai
balasan British tidak akan campur tangan
❖ 1828, Penolong Residen Melaka menawarkan
pencen kepada Dol Said dan dato’-dato’ Naning
sebagai balasan penyerahan cukai 1/10 dan kuasa
perundangan.
Menentang Bayaran Cukai
We lead

❖ Soal Sistem Pemilikan Tanah versus tanah adat


dan tanah pusaka. Untuk memudahkan kutipan
cukai.
❖ Soal pemilikan tanah tidak timbul kerana tanah
tidak diterokai masih luas dan bilangan penduduk
masih sedikit.
❖ Fullerton menyimpulkan bahawa mana-mana
tanah kosong yang tidak diusahakan selama 5
tahun milik British.
❖ Peraturan 19, Tahun 1830
“Gerakan anti cukai merupakan salah satu isu pokok
kebangkitan Naning.”
Mohd Isa Othman, hlm. 45
Peristiwa Penentangan
We lead

❑ 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said


sebagai penderhaka.
❑ British menghantar seramai 150 orang Sepoi
yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya.
❑ British berjaya ditewaskan Dol Said berjaya
kerana menggunakan taktik perang gerila dan
mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai
Ujong, Johol dan Muar.
❑ Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali
dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan
diketuai menantunya Syed Sha’aban.
Peristiwa Penentangan
We lead

❑ British sedar Naning sukar dikalahkan.


❑ British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali
dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning.
❑ Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan
tentera menyerang Naning.
❑ British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan
serangan kedua ke atas Naning.
❑ Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan
Naning.
❑ Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan
rumah penduduk Naning dibakar.
❑ Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya
menyerah diri kepada British.
Kesan Penentangan
We lead

❑ British menjadikan Naning sebahagian daripada


jajahan Melaka. Seorang penguasa dilantik untuk
menggantikan penghulu.
❑ Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
❑Syarikat Hindia Timur British membelanjakan
jumlah wang yang besar untuk membina jalan ke
Taboh dan membiayai peperangan dengan
Naning. British kerugian sebanyak 100 000 paun
sterling.
❑Walaupun Naning gagal dalam perang tetapi
berjaya menghidupkan semangat juang dalam
kalangan penduduknya.
Kesimpulan
We lead

Sejenak…
# Status Naning
# Sikap Pegawai
British
#Persoalan Tanah
dan Cukai
*Tradisi Menentang # Soal Perundangan
penjajah di Naning
sejak zaman Portugis,
Belanda dan British
Buku Rujukan
We lead

1. Mohd Isa Othman. (2010) Gerakan protes


dalam perspektif sejarah Malaysia pada abad
ke-19 dan awal abad ke-20. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
& PPPJJ, USM.

2. Buyong Adil Perjuangan orang


(1983).
Melayu Menentang Penjajahan: Abad 15-19. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Capaian melalui laman sesawang [via perdana library]
[http://library.perdana.org.my/Digital_Content/NLM/Batch4/DVD01/0
4-10/M959.5BUYPerjuanganOrangMelayuMenentang
PenjajahanAbad15-19%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf]
We lead

Terima Kasih

Presented by
Dr. Ku Boon Dar | kubd@usm.my

Anda mungkin juga menyukai